Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
   
  Ex Student - Diploma in Management Technology ( Accountancy ) Universiti Teknologi Malaysia
Kuala Lumpur ( 1997 - 2000 )

(Screen Area Recommended : 1024 by 768 pixels)

   :: From U to Us > Back to From U to Us [ Main ] 

Aku Sebatang Rokok


Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Lee Yan Seng.. yaaaa.. aku masih ingat nama itu.. dialah yg memiliki kami..Suatu malam datang seorang lelaki bernama Hafiz. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Hafiz dgn Taukey Lee Yan Seng.. apa yg aku ingat..setelah itu Hafiz menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain.

Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh impati. simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri.. Kerana mereka sedar. mereka juga bakal menerima nasib yang sama. Hafiz membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.. sungguh indah pemandangan bandaraya ini.. alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan.. tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa..

Hafiz tiba-tiba berhenti.. melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-olah ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya.. perlahan-lahan Hafiz menyentuh tubuhku.. dilurut-lurutnya berkali-kali.. aku rimas diperlakukan begini.namun apakan daya.. sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.

Hafiz semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali.. terasa sekujur tubuh ku membahang.. uhhh. TIDAK!!!.. raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku.. tubuhku semakin longlai dikerjakan Hafiz. Sampainya hatimu Hafiz.. engkau manusia berhati binatang. syaitan bertopengkan manusia.

Hafiz menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? apakah dia kini menyesal?.. Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis..

Suasana sepi seketika.. Hafiz senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya.. Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Hafiz kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Hafiz memperkenalkan aku padanya.. Lala. begitu jugak dengan yg lain2.. Ijai, Azwa, Jaeddin dan Reza ..

Lala membisikkan sesuatu pada Hafiz..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Lala. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.. diisap..diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati.. dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang.

Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?.. tidakkah mereka sedar.. aku juga punya harga diri. Syaitan2 itu tak mungkin akan mengerti.. Kini.. tinggallah aku sendirian.. menangis.. merintih.. mengenangkan nasib hidupku. ya.. inilah nasib hidupku...............

Itulah aku sebatang rokok.




 
 


For further information, enquiry or any comments, please e-mail to shidinar@yahoo.com


@ 2003 Ex DDW UTM. All Rights Reserved.