Cara-Cara Nak Handle Hantu
Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak
ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya
perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan
tarik kain balutannya.
Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri
anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir
lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,
pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan
dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita
cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan
dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari
raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh
kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak
kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau
terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak
perasan kita ada disitu.
Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,
dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya
dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan
untuk berdiri tegak.
Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu
sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu
dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat
penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.....
Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni
cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih
tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah baca e-mail
nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak
jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja .....
|
|
|
|