Ahli Neraka
Assalamualaikum, buat iktibar bagi kita yg selalu leka... ... ... ...
Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-
Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh
dgn cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini.
utk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau pun
tinggal dibumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut
sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yg
patut disembunyikan bagi seorang perempuan dr pandangan lelaki ajnabi
atau mahramnya.
Gadis itu dlm lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg
dipenuhi uban menegurnya... ... Wahai pemudi ... .. alangkah baiknya
jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran & adat serta agama
Islam kamu... ... .. "Itu lebih baik drp kamu berpakaian begini yg pastinya
menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki... " nasihat org tua itu.
Namun , nasihat yg sangat bertetapan dng tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dgn jawapan sinikal/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka Setelah menghamburkan
kata-kata yg sangat menghiris perasaan org tua itu
gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kpa org tua tadi sambil melafazkan
kata-kata yg lebih dahsyat.
"Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik dineraka jahannam utkku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah
dgn begitu biadab.
Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dr sigadis
manis. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk.
Penumpang-penumpang yg lain turut terdiam ada yg menggelengkan
kepala kebingungan. Semua yg didalam bas tidak menghiraukan gadis yg masih
muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu. dan mereka tidak mahu
menasihatinya kerna khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk
lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu
bas termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri. Tiba tiba org tua tadi memeriksa nadi sigadis.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali
menemui Tuhannya dlm keadaan yg tak disangka. Para penumpang menjadi cemas
dgn berita yg menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu , tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh
kepinggir jalan. Org ramai segera berkejar utk menyelamatkan
jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.Sesuatu yg aneh menimpa
jenazah yg terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah
dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan
krna tangan mereka terasa panas & hampir melecur sebaik saja menyentuh
tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yg menimpa gadis malang
tersebut.Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka
dimakbulkan Allah? Nauzubillah..Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dgn kisah benar ini
sebagai muslim sejati.Jangan sekali sekali kita mempertikaikan
hukum Allah & mahupun sunnah RasulNya s..a.w. dgn mempersendakan atau ejekkan.
|
|
|
|