Bijak!bijak!
Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang
telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat
5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.
Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau
aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil
beg pertama dan terus terjun.
Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US.
Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga
berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.
Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US!George W. Bush. Aku ada
tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula,
akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg
hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.
Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada
penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan
saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg
parachute yg terakhir
tu".
Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachuteutk pakcik.
President terpandai dalam sejarah US tu
terambil beg sekolah saya".
|
|
|
|