13 Sebab Anda Mesti Menolak Dia Selepas 1st Date
1.Dia ayik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit.
2.Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan angin.Sudahlah begitu, daripada banyak
tempat perlancongan dan percutian di dunia, katanya, dia paling suka ke Thailand.dan bila dia
beritahu yang dia pernah hadapi masalah ketika menjalani ujian darah, anda patut pertimbangkan
masak-masak mana tahu dia HIV positif.
3.Dia(lelaki) lebih pendek daripada anda.Masalahnya, dia betul-betul pendek dan cuma setinggi
celah ketiak anda, dan anda menyedarinya bila emua orang tersenyum-senyum memandang anda berjalan disampingnya.
4.Bila dia beritahu anda, isterinya yang tidak pernah memahaminya, yang tidak pernah menjaga
kebajikannya, dan tidak pernah menghargainya ebagai suami, ruparupanya si iteri sedang sarat bunting-anak kesembilan.
5.bila anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar bila melihat semua wanita
cantik@manis@seksi melepasi meja makan anda berdua.
6.Tangannya miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun baru satu jam anda
berkenalan dengannya.
7.Bila dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak sangat bertemujanji
dengan anda, tetapi dai buat juga, kerana kasihan, anda yang beria-ria sgt mahu menemuinya.
8.Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidapi penyakit kelamin yang kronik.
9.Dia langsung tidak bagi can anda bercerita tentang diri anda ataupun tentang famili anda,
kerana dia rasa cerita tentang familinya lebih menarik dan lebih penting.
10.Bila anda pesan Coke dan dia memesan Carlsberg.
11.Bila dia cakap gedegang-gedegung macam tin kosong konon bapaknya ada bisnes minyak dan
datuknya orang paling kaya di Sarawak, tapi bil makan sampai, dai buat tak tahu.Anda juga
yang terkorek-korek cari duti dalam tas tangan.
12.Dia beritahu yang hatinya sangat-sangat terluka, dan dia masih lagi bersedih kerana putus
cinta- dengan gadis yang sedang hamilkan anak luar nikahnya.
13.Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi surirumah sepenuh
masa.Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya kata dia sedang mencari tukang masak,
tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit, tukang sental, pendek kata semuanay
tukangla dan katanya lagi-dia juga sedang cari kilang beranak.
|
|
|
|