Tata Tertib Tidur
1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak
2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur
kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua
kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak
melakukan maksiat apabila terbangun nanti.
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya
supaya ianya empuk dan halus.
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali
jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.
7. hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.
8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah
baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh
badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah
33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati, manakala
bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia
itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya
mencintai Allah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada
dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa
ilaiHiinnusyuur.
|
|
|
|