Keberkatan Yaasiin
Awalan ayat - Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang
Ayat 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s. a. w.
berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah
dan kejahatan mulut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan
Allah s. w. t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat
Muhammad. Kita orang Islam.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka
bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia
ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi
sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya:
Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum
keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri.
Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada
Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal - Elok di baca
sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk
dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 -
Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 2 - Hancur
Tiupan 3 - Semua orang hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.
Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata,
Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah
hancur? 79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala
makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)
berturut-turut Baca pada air (100x). Dan berdoa apa sahaja hajat.
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang
mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan tenaga, fikiran lemah, tidak
boleh beranak.
|
|
|
|