Menghormati Azan
Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati....
mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai
orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri
tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh
mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut
dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka
kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang
mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang
dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan
kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut
menghampiri kami...."
|
|
|
|