Tiga Kali Je
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya
bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang
Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri,
sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung
isterinnya, bernama Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh,
abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak
abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni,
pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata
dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi
hanya 3 kali sahaja selama ni" "3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah,
dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali
tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita
mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu
hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita,
"Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu
dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk
abang mulakan perniagaan.." "Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi
abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata
si suami, " Kali ke 2 pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?"
si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang
pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat
pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."
"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab
apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak..
yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya
dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi
bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi... ."
Tan Sri pengsan kat situ jugak... .
|
|
|
|