Pemikiran Kritis
Definisi
Matlamat
Asasnya, Pemikiran Kritis menjadikan kita
lebih terbuka dalam menerima sesuatu, di samping cuba mempertimbangkannya semula,
menganalisa secara kritis dengan mengambilkira pelbagai sudut. Ia juga memungkinkan
pencernaan beberapa idea dan konsep baru.
Ilmu Pemikiran Kritis juga membolehkan selain menganalisa hujah (hujah yang kuat atau lemah, teori berguna atau menyangkalnya), kita juga berupaya berhujah dengan berkesan sekali. Hakikatnya ia mampu membuatkan kita berhujah dengan baik atau menganalisa hujah dengan lengkap.
Pemikiran Kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji sesebuah hujah ataupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun konteks struktur penyataannya adalah betul.
Pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya secara falasi kejahilan. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat sesuatu fenomena.
Secara kesimpulannya, pemikiran kritis adalah sebuah kemahiran hidup yang amat penting. Ia pada dasarnya mampu membantu kita ketika
*Berhujah secara berkesan (iaini jelas
dan tepat)
*Menganalisa hujah secara kritis dan lengkap
(sama ada dalam artikal atau interpersonal
komunikasi)
*Memungkinkan kita untuk berfikiran positif
dan inovatif serta terbuka (open minded)
TEORI
Fenomena
Pemikiran Kritis
Beberapa Konsep Asas
Hujah Deduktif
Sesebuah hujahitu dianggap sebagai hujah
deduktif berasaskan pertalian antara premis-premis dengan kesimpulannya (premis
mengimplikasi kesimpulan). Umumnya, ia ditanggap,spesifikasi kepada general (dominan -
jika terdapat 'kalau'). Dengan kata lain sesebuah hujah deduktif yang sah,
premis-premis hujah itu mengimplikasikan kesimpulannya.
Berikut adalahcontohnya;
Semua orangdi dalam kelas A tahu tentang
Pemikiran Kritis (premis1)
Shah berada di dalam kelas A (premis2)
Jadi, Shah tahu tentang Pemikiran Kritis (Kesimpulan)
Contoh ini menunjukkan premis-premisnya
mengimplikasi kesimpulan.
Hujah Induktif
Hujah ini pula, kesimpulannya mempunyai
maksud yang lebih luas dari premis-premisnya.Jadi, maksud kesimpulan melebihi maksud
premis-premis. Generalisasi kepada spesifikas i(yang bukan universal sebenar 'sebahagian
besar', 'kebanyakan', atau 'sehingga kini'). Ini bermakna kesimpulannya boleh jadi tidak benar
(mampu menjadi benar atau tidak benar) walaupun premis-premisnya adalah tidak benar.
Berikut adalah contohnya;
(Premis1)
Budin adalah penduduk Malaysia (premis2)
Jadi, Budin tahu tentang
Pemikiran Kritis (kesimpulan)
Dari contoh di atasi, kesimpulannya melebihi premis-premisnya. Setiap kesimpulan menyebut
sesuatu yang tidak terdapat di dalam premis-premis hujah.
Penyataan
Suatu ayat atau
sebahagian dari suatu ayat yang benar atau tidak benar, ataupun ia adalah suatu ayat yang
boleh dibuktikan sebagai benar atau tidak benar.Walau bagaimanapun dia bukan suatu ayat
seruan, soalan, dan suruhan.
Berikut adalah contohnya;
Badrul adalah seorang yang bijak
Ia adalah ayat penyata
Premis
Merupakan sebab-sebab yang diberi
untuk menyokong kesimpulan sesuatu hujah