Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 Arak  atau Ibu Maksiat

 

MINUMAN ARAK TAPI DINAMAKAN BUKAN ARAK (KHAMAR)

 Dari Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. Bersabda; “Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan meminum khamar(arak) dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.. Allah swt. Akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. Akan merobah mereka menjadi kera atau babi”.

 Ibnu Majah,

 Berdasarkan hadis di atas, akan ada kalangan ummat Islam ini yang meminum khamar (arak),  tetapi mereka akan meniklankan bahawa yang diminum itu bukanlah (arak) khamar.  Mereka mengatakan bahawa apa yang diminum  itu hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga.

 Minuman tersebut akan dinamakan  dengan pelbagai nama yang indah-indah. Perkataan Arak, Tuak, Khamar dan sebagainya. Pelbagai nama akan dicipta atau dilabelkan. Kalau dilihat pada botolnya , pelbagai bentuk dan hiasan berwarna-warni. Ini bertujuan menarik perhatian orang ramai dan sekali gus mengelirukan umat Islam, agar membeli minuman tersebut.

 Adalah menjadi kelaziman kepada sipemabuk, kalau dilihat dalam cerita-cerita filem, dalam majlis yang dihidangkan minuman jijik itu biasanya  disertai dengan alunan muzik dan pelbagai hiburan seperti nyanyian daripada artis-artis terkenal. Ini bertujuan menarik lebih ramai lagi umat Islam melibatkan diri dalam angkara maksiat itu. Inilah salah satu cara orang-orang Yahudi hendak menewaskan Islam. Apabila sudah ramai kalangan orang Islam sudah tidak dapat membezakan mana satu halal dengan mana satu haram, apabila makin ramai yang terlibat dalam kerja maksiat itu, sudah pasti iman mereka kian berkurangan, lama kelamaan akan lenyaplah iman di hati mereka. Mereka inilah yang akan menjadi petualang kepada Perjuangan Islam.  Golongan inilah yang akan bertindak menentang Islam secara lebih zalim lagi. Kalau Yahudi masih belum berani membunuh mukmin lain. Tapi mereka bersedia membunuh tanpa memikirkan kemanusian dan keagamaan.

 Seterusnya baginda Rasulullah saw. Telah memperingatkan mereka akibat dari perbuatan mereka itu. Allah akan menurunkan bala seperti yang telah diturunkan kepada kaum-kaum yang terdahulu. Mereka ditimpa dengan gempa bumi  atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi  atau boleh dikatakan juga wajah mereka menyerupai wajah kera atau babi.

 Buat masa kini, kebenaran hadis di atas sudah jelas dapat dilihat, Gempa bumi yang dahsyat sudah berlaku di beberapa tempat  di dunia ini. Baru-baru ini sama-sama kita dapat melihat Gampa Bumi di Turki dan diikuti dengan beberapa negara yang lain. Ini sebagai satu seksaan atau sebagai satu peringatan daripada Allah swt.

 Sekiranya masih lagi belum diinsafi pasti Allah akan menjadikan mereka ini kera atau babi. Tetapi apa yang dapat kita perhatikan sekarang, kebanyakkan golongan pemabuk ini dilihat berperangai atau cara hidup mereka sudah berubah menjadi  cara hidup kera atau cara hidup seperti babi yang digelumang dengan najis-najis kemaksiatan, kemungkaran dan kekufuran.

 Pakteh Derga