Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
Pengenalan

Pusat Tuisyen Metro ditubuhkan pada tahun 1999 dengan hasrat untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang ulung milik penuh bumiputera yang berkualiti dan professional. Pihak pentadbir mendakwa mereka adalah kumpulan tenaga-tenaga pakar dan berpengalaman yang akan menjadikannya sebagai sebuah pusat tuisyen yang terkenal dan mampu menyaingi pusat tuisyen yang sudah lama bertapak.

Falsafah mereka adalah untuk memikul tanggungjawab mencorakmuliakan negara dengan usaha murni membangunkan dan meningkatkan tradisi keilmuan dan kecemerlangan anak bangsa dalam setiap lapangan kehidupan yang serasi dengan tradisi pembangunan dan sejajar dengan falsafah negara. Wawasan mereka pula ialah untuk menjadikan pusat tuisyen pintar iaitu cemerlang dan berprestij dengan menawarkan sistem pengajaran pembelajaran tercanggih dan pengurusan yang dinamik dan menepati keperluan negara.


HOME