Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Webmaster
Contact the Webmaster

Laman Web Rasmi STAROBA

Laman Web Rasmi Bekas Penuntut
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Laman Web STAR

Senarai Batch
Bulletin
Info Niaga
Wakil Kami
Album
Bilik Borak
Buku Pelawat
Links Berkaitan

 

Sudahkah kita bersedia untuk kembali kepadaNya? Jika belum, sama-samalah kita berusaha ke arah jalanNya ......kita pulang nanti, bawa dosa bawa pahala!

Di sini kita bermula .........

 

Laman web ini diwujudkan bagi memudahkan bekas-bekas penuntut STAR menghubungi semula rakan-rakan lama yang mungkin telah terpisah sejak meninggalkan bangku persekolahan lagi. Di samping bertujuan mengeratkan semula silaturahim, ianya bolehlah juga dijadikan sebagai pusat maklumat batch 1980-1984.

Apa jua kenangan yang telah kita alami selama kita bermastautin di kampus dulu, jadikanlah ia sebagai ikhtibar dalam mengharungi kehidupan kita masakini. Yang baik jadikanlah teladan, yang buruk jadikanlah sempadan. Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Janganlah ada hendaknya yang masih menyimpan dendam atau merasa rendah diri sesama kita. Kembalilah ke pangkuan batch kita dengan menyertai STAROBA.

Terima kasihlah cikgu-cikgu kerana sudi ajar kami,
dari tingkatan satu hingga jadi manusia.
Minta halal segala ilmu yang cikgu beri selama ini,
di tapak kaki cikgu kami tunduk minta redha .........

Jika anda ada sebarang maklumat berkaitan dengan batch 1980-1984 ataupun ingin menghubungi kami, silalah berhubung melalui wakil-wakil kami atau egroups moderator kami. Anda juga boleh berhubung terus dengan webmaster kami. Kerjasama dari batch-batch lain adalah amat kami alu-alukan dalam membantu kami mencari semula rakan-rakan yang masih tidak dapat dikesan.