1.
|
Tiga perkara yang mesti dijauhi:
|
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
|
" Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana
kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan
Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia
bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan
dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua
pertiga agamanya."
|
2.
|
Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:
|
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
|
"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang
dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu
dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh
hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal
soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
|
|