Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

MUTIARA KATA

buku

buku

sekadar untuk renungan ada yang boleh dipercayai  dan ada juga yang tak boleh dipercayai

VERSI B.MELAYU

 

VERSI B.INGGERIS

 

ANDA TIDAK DAPAT MENGGEMBIRAKAN SEMUA
 ORANG DENGAN HARTA BENDA. OLEH ITU GEMBIRAKANLAH
MEREKA DENGAN SENYUMAN BERSERI DAN IKHLAS LUHUR
(MAKSUD HADITH)

 

 

ORANG YANG BANYAK BERKATA, AKAN BANYAK SILAP
DAN ORANG YANG BANYAK SILAP AKAN BANYAK DOSA DAN
 ORANG YANG BANYAK DOSA IALAH NERAKA LEBIH LAYAK BAGINYA.
(MAKSUD HADITH)

 

KAHWINILAH ANDA WANITA YANG PENYAYANG DAN PERAMAH
 DAN SALING MEMBERI HADIAHLAH AGAR KASIH SAYANG
 KAMU BERTAMBAH.
  (MAKSUD HADITH)

TIDAK SEDIKIT NEGERI YANG KAMI BINASAKAN
KERANA IA ZALIM, MAKA RUNTUHLAH IA DAN DEMIKIAN
PULA KAMI BINASAKAN TELAGA YANG DITINGGALKAN
SERTA MAHLIGAI YANG TINGGI
  (SURAH AL HAJJ - AYAT 45)


DAN CARILAH APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH
 KEPADAMU KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT DAN JANGANLAH
 KAMU LUPAKAN NASIB KAMU DI DUNIA. DAN
 BERBUAT BAIKLAH KEPADA ORANG LAIN - SEBAGAIMANA
 ALLAH TELAH BERBUAT BAIK KEPADA KAMU. DAN
 JANGANLAH KAMU BERBUAT KERUSAKAN DI BUMI
 KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI
 ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KERUSAKAN.

BACALAH APA YANG TELAH DIWAHYUKAN KEPADAMU,
 IAITU AL KITAB (AL QURAN) DAN DIRIKANLAH
 SEMBAHYANG. SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU
 MENCEGAH DARI PERBUATAN-PERBUATAN YANG
 KEJI DAN MUNGKAR. DAN SESUNGGUHNYA MENGINGATI
 ALLAH (SEMBAHYANG) ADALAH LEBIH BESAR
 (KEUTAMAANNYA DARI IBADAT-IBADAT YANG LAIN)
 DAN ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN.
 (SURAH AL`ANKABUUT - AYAT 45)
 

Bagi mereka yang berkasih hayatilah kata - kata ini :

Cinta kepada bunga , bunga akan layu . Cinta kepada makhluk , makhluk akan mati . Cinta kepada ALLAH akan kekal selamanya .

Kita boleh bercinta sesama makhluk iaitu manusia . Tetapi perlulah ada batas batasnya . Kita jangan terlalu ghairah mengejar cinta , kelak kita sendiri akan binasa . Tidak kira walau apa pun yang kita lakukan , mestilah berlandaskan hukum hukum Allah s.w.t . Kita jangan terlalu leka dengan kehendak dan tuntutan dunia , kerana ia akan  merugikan diri kita . Kemana jua kita pergi , dimana jua kita berada , setiap saat , setiap waktu , ingatlah ALLAH sentiasa . INGAT . Jangan sesekali kita melupai Allah Taala , kerana buruk padahnya . Diingatkan sekali lagi , bukan penyakit yang datang mencari kita . Tetapi kita yang mencari penyakit . Ia diibaratkan seperti menempah maut , membujur lalu . Jangan kita jadi seperti pepatah orang melayu " RUMAH KATA PERGI , KUBUR KATA MARI , MASIH TAK SEDAR DIRI ".

 

 

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut).  Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan

 

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian.  Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian

 

Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati

 

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya

 

Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas

 

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi

 

Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut

 

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya

 

Hai anakku! Apabila  perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah

 

KEKUASAAN ALLAH | RAHSIA BULAN KELAHIRAN

 

kembali ke menu