Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PRINSIP & PEMBINAAN

PRINSIP FIZIKAL MOTOR ARUS TERUS 

Kebanyakan motor yang digunakan dalam kenderaan, permainan dan model kawalan radio adalah daripada jenis motor arus terus. Oleh itu, penggunaan dan aplikasi bagi motor arus  terus adalah lebih meluas daripada motor-motor jenis lain. 

 Komponen-komponen yang terdapat pada motor arus terus:

 v     stator – dengan dua magnet kekal untuk menghasilkan fluks medan

 v     rotor –  dilengkapi dengan lilitan tembaga secara seragam pada teras besi                         yang berbentuk silinder.

 v     Komutator –  bahagian penting pada rotor

o       arus dibekalkan pada lilitan rotor yang terus kemudiannya mengalir  pada komutator dan 2 berus

 v     berus – terletak pada hujung stator

o   akan bersentuhan (menggelincir) pada permukaan komutator                  apabila rotor berputar

 gambar motor arus terus

PRINSIP ARUS MOTOR

Petua tangan kiri Flemming dan petua tangan kanan merupakan pengetahuan asas yang perlu dan sering digunakan untuk menjelaskan prinsip motor arus terus.

 

1.1  Gambarajah tangan kiri Flemming

                                                                 

 Hukum BIL pula dapat menjelaskan daya yang bertindak pada rotor bagi sesuatu motor arus terus.

Pertimbangkan tembaga atau aluminium yang diletakkan di dalam suatu medan elektrik.

      Apabila arus mengalir pada konduktor, suatu daya akan bertindak pada konduktor tersebut. Daya, F tersebut adakah berkadar lansung dengan panjang konduktor. Ketumpatan fluks magnet dan arus adalh seperti dinyatakan melalui persamaan berikut:                                                        

                                                              F = B I L ...................(1.0 )

                                                      dimana   B = ketumpatan fluks magnet

                                                               I =  arus

                                                               L = panjang konduktor  

               Dalam prinsip motor arus terus, petua tangan kiri digunakan untuk mencari arah daya relatif                kepada arah arus dan arah medan.

      Berus dan komutator mengarahkan arus pada terminal dalam arah ke atas.

      Gelung konduktor di sebelah kanan adalah kutub selatan manakala disebelah kiri pula adalah kutub utara.

      Konduktor berputar dengan daya pada arah lawan jam menggunakan prinsip tangan kiri dan menghasilkan putaran tork pada rotor. 

 Sifat – sifat Bagi Arus Terus

Sifat – sifat bagi arus terus tidak boleh dijelaskan melalui perinsip penghasilan tork semata – mata, tetapi memerlukan prinsip lain iaitu penjanaan daya gerak elektrik pada konduktor yang bergerak dalam magnet. Dalam kes ini, petua tangan kanan Flemming adalah penting seperti juga tangan kiri.

Penerangan bagi gambarajah 1.4

      2 magnet kekal pada motor arus terus, A dan B disambungkan dengan tiub getah dan satu mentol kecil disambungkan pada motor A .

    Apabila voltan arus terus daripada bateri dibekalkan pada terminal, kelajuan putaran yang tinggi terhasil pada motor menyebabkan mentol menyala

      Motor A diputarkan oleh motor B dan berfungsi sebagai penjana untuk membekalkan arus elektrik pada mentol.

      Penjana ini dikenali sebagai dinamo yang merupakan alat untuk menukarkan kuasa input mekanikal kepada kuasa arus elektrik.

 Penerangan bagi rajah 1.5

       Suatu daya bertindak pada konduktor dalam medan magnet. Apabila kondujtor tersebut bergerak kesan daripada daya; suatu voltan yang dirujuk sebagai daya gerak elektrik dijanakan di dalam motor.

                              e = VBL  ........................(1.1)                   

                      dimana    e – daya gerak elektrik

                                      V -- kelajuan antara konduktor dengan medan magnet

                                         B – medan magnet

                                      L – panjang konduktor

Hubungan antara medan; pergerakan dengan d.g.e dapat diperjelas        menggunakan petua tangan kanan.

 Walau bagaimanapun, arus yang cukup untuk menyalakan satu mentol kecil tidak dapat diperolehi sekiranya hanya terdapat satu lilitan wayar melainkan jika medan magnet yang terhasil sangat kuat atau gerakan putaran adalah sangat tinggi. Oleh itu, beberapa kaedah lain diperlukan untuk menggabungkan d.g.e dengan beberapa konduktar diperlukan.  

Penerangan bagi rajah 1.6:

      Berdasarkan rajah 1.6, gelung melalui kutub utara dan kutub selatan berulangkali semasa rotor berputar. Ini menyebabkan voltan terjana pada konduktor akan bertukar arah seperti yang diperolehi melalui hukum tangan kanan.

       Apabila motor berputar akibat suatu daya luar; suatu voltan ulang –alik akan digunakan pada setiap gelung dan kemudiannya ditukar pada motor arus terus.

 Kesimpulannya, dalam sistem operasi motor; arus terus yang dibekalkan oleh bateri ditukarkan kepada arus terus pada rotor melalui kooordinasi berus dan komutator. Istilah komutator digunakan kerana ia dapat mengubah (to commutate) iaitu bermaksud mengubah arus terus kepada arus ulang –alik dengan kaedah suis.

 

                                                                                                                              

[PENGENALAN] [PRINSIP & PEMBINAAN] [TEORI] [JENIS - JENIS MOTOR ARUS TERUS]

[CONTOH SOALAN] [RUJUKAN] [AHLI - AHLI KUMPULAN] [webmasters]

[HOME]