Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

MOTOR ARUS TERUS PIRAU

PENGENALAN

 

    Motor pirau ini jenis ini beroperasi pada kelajuan malar tanpa mengambil kira beban. Ia adalah jenis yang biasa digunakan untuk latihan praktikal dan biasanya diperkenalkan kerana keadaannya permulaannya yang jarang terputus.

 

Kelajuan motor pirau ini dikawal dalam dua cara:

 

 

Memasukkan perintang sesiri dengan gelung motor elektrik, menurunkan kelajuan

Memasukkan perintang dalam mean litar, kelajuan akan berubah dengan setiap perubahan beban. Kelajuan adalah malar pada mana-mana set kawalan. Kebanyakannya digunakan untuk servis mengubah kelajuan; contohnya pada kes mesin.

 

CIRI-CIRI MOTOR PIRAU

 

                                      

A, Litar motor arus terus pirau

                                          

                                                                                                                                    

      

                                                             B. Graf  laju melawan arus angker       

                                        

  C. Graf tork melawan arus angker

                                                   

   

 

    Ciri-ciri kelajuan dan tork bagi motor pirau seperti rajah diatas.  Kesan daripada tindakan angker dan ketepuan magnetic seringkali cenderung membentuk kelajuan lengkung yang datar seperti graf rajah B.Pada permulaan, ianya seolah-olah menunjukkan lengkungan bagi motor pirau yang juga mendedahkan operasi motor magnet kekal. Walaubagaimanapun, ia boleh menjadi perbezaan yang penting di dalam bahagian beban yang lebih. Sebaliknya bahagian pertembungan kelajuan “breakdown” dipaparkan sebagai bahagian garis putus-putus pada lengkung rajah B, motor magnet kekal mempunyai kecerunan kelajuan yang lurus dan menurun pada kelajuan kosong. Ini membuktikan tork lebih baik pada kelajuan yang rendah. Ini kerana, motor yang hanya pada kelajuan permulaan kosong, motor magnet kekal mampu pada permulaan keupayaan tork yang tinggi berbanding dengan motor pirau pada kadar setara (pada kuasa kuda).

 

Diatas menerangkan perbezaan yang besar tentang keadaan tindakan angker yang berbeza di antara dua jenis motor. Walaubagaimana ia bergantung pada pemilihan bahan magnet dan faktor rekaan yang lain. Ia tidak perlu mengikut ciri motor magnet kekal yang bersifat luar biasa. Rekaan yang lama selalunya memberikan kesan buruk kepadanya semasa berfungsi, ini kerana ia mudah mempengaruhi pada pengeluaran magnet daripada kesan tindakan angker . Ini kerana kelebihan bahan teknologi, dan kadang-kala disebabkan oleh penggolongan pada penggantian lilitan permukaan kutub.

 

 

 

                            A.  Litar Motor           

                                                               

                                                  

 

                                      B. Graf  laju melawan arus angker dengan  rintangan angker      

                                            

 

                              C. Graf laju melawan arus angker dengan rintangan medan

 

 

 

Pada rajah B, kelajuan melawan kelakuan arus angker pada motor pirau bertambah pada keadaan kemasukan rintangan dalam litar motor gelung elektrik (Ra) dan di dalam kawasan litar (RF). Perbezaan arus angker berlaku dengan sengaja di sebabkan oleh perubahan beban mekanikal yang dapat digunakan pada aci ‘sharft’. Nyatanya, penggunaan rintangan angker tidak mampu diperolehi pada kadar kelajuan yang rendah. Dalam keadaan yang lain, apabila rintangan dimasukkan di dalm medan litar, kadar kelajuan yang tinggi boleh didapati. Kekurangan penggunaan pada rintangan angker akan menghalang pendekatan pada kelakuan kelajuan malar. Ia juga, merupakan kuasa penghapusan didalam rintangan yang menunjukkan masalah yang besar pada motor yang besar. Daripada penyemakan graf pada rajah C, medan rintangan, kaedah kepada kawalan kelajuan yang menunjukkan kelebihan sifat ( selain itu tidak berkemampuan untuk memperolehi kadar kelajuan yang rendah). Walaubagaimanapun, kelemahan pada kawasan menurun. Percubaan mengurang kelajuan dengan faktor melebihkan dari empat ke satu dengan kecenderungan kaedah menyebabkan pengurangan kerumitan dan ketidakstabilan operasi.

 

 

 

OPERASI 

 

Hubungan kelajuan-tork motor arus terus pirau ditunjukkan pada rajah di bawah

                                                     

                                          

 

Motor arus terus pirau mempunyai tork yang menurun apabila kelajuan menaik. Penurunan tork-kelajuan disebabkan oleh voltan perintang angker jatuh dan tindak balas angker. Pada nilai kelajuan hampir 2.5 kali kadar kelajuan, tindak balas angker menjadi melampau menyebabkan penurunan mendadak pada medan fluks dan penolakkan mendadak dalam tork sehingga "stall" tercapai.

 

 

APLIKASI

 

Ciri-ciri pada motor arus terus memberikan kelajuan pada kawalan yang baik, dan diklafikasikan sebagai kelajuan motor malar, walaupun kelajuan menurun sedikit manakala beban meningkat. Motor ini digunakan dalam industri dan aplikasi automotif dimana ketepatan kawalan kelajuan dan tork diperlukan.

 

                                                                                                                  

[PENGENALAN] [PRINSIP & PEMBINAAN] [TEORI] [JENIS - JENIS MOTOR ARUS TERUS]

[CONTOH SOALAN] [RUJUKAN] [AHLI - AHLI KUMPULAN] [webmasters]

[HOME]