Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

MOTOR ARUS TERUS MAJMUK

 

PENGENALAN

 

Motor arus terus majmuk adalah kombinasi motor AT jenis siri dan pirau. Motor AT siri berkeupayaan menampung tork yang besar manakala motor AT pirau berkeupayan untuk mengubah dan menstabilkan kelajuan mengikut beban. Hasil gabungan ini menyebabkan motor AT majmuk mempunyai  dua fungsi yang berlainan.

            Motor AT majmuk bertindak dengan lebih berkesan kepada perubahan beban lampau daripada motor AT pirau yang disebabkan peningkatan arus melalui lilitan medan siri. Jika lilitan pirau ditambah pada motor siri dengan beban yang sedikit , motor siri tersebut akan cenderung untuk beroperasi pada kelajuan yang melampau. Oleh yang demikian, fluks medan pirau yang ditambah akan menghadkan kelajuan motor dan menghalang kemusnahan motor berlaku.  

Motor AT majmuk ini biasanya digunakan dalam lif, pemampat udara, alat pengangkut (kontena) dan banyak lagi.

 

 

 

 

 

 JENIS SAMBUNGAN

 

Motor AT majmuk mempunyai dua jenis sambungan iaitu sambungan  pirau pendek (short shunt) dan pirau panjang (long shunt). Walaupun begitu, jenis sambungan bukan faktor utama yang membezakannya kerana selain itu ada faktor lain. Antaranya ialah kesesuaian penamatan operasi, pertimbangan songsang , sambungan dalam setiap kutub dan lilitan ‘compesate’.

 

                                   


 

                                            1. Sambungan pirau pendek     

 

 

 

 

                                                          2. Sambungan pirau panjang

 

                                  

    Motor AT Majmuk boleh beroperasi sebagai motor pirau   tanpa sambungan medan siri . Ini kerana kebanyakan proses pembuatan banyak direkabentuk seperti itu supaya medan siri dapat disambung kemudian untuk menghasilkan tork tambahan sekiranya diperlukan.

           

 

 

 

 

CIRI-CIRI MOTOR AT MAJMUK

 

 

 

Motor AT majmuk mempunyai dua ciri:

 

a)     Kumulatif ( Cumulative)

 

-         apabila disambung secara kumulatif, medan siri yang disambungkan akan membantu medan pirau menghasilkan tindak balas yang cepat daripada motor pirau itu sendiri.

 

 

-     fluks medan, Ff  = K3 · Ish + K4 · Ia          

-     dimana K3 & K4 = pemalar medan siri & pirau

                                                

EMF , Ec = K1( K3 · Ish + K4 · Ia ) w

 

-         tork di dalam angker diberi sebagai ;

 

                               Ta = K1( K3 · Ish + K4 · Ia ) Ia

 

Di mana nilai tork lebih besar daripada motor pirau dengan  nilai arus   angker yang sama.

  

     -      Kelajuan motor diberi oleh persamaan :

 

                                 w = ( Vt – Ia( Rs + Ra )) / ( K1( K3Ish + K4Ia ))

 

apabila beban motor bertambah Ia bertambah dan nilai pengangka akan  berkurangan manakala nilai penyebut bertambah. Oleh itu kejatuhan laju kumulatif motor majmuk adalah lebih cepat berbanding laju motor pirau.

    

 -      b = ( 1 / Ia ) · (( Tc / Tsh ) – 1 )  

 

 

 

di mana

 

 Tsh = K1·K3·Ish·Ia 

 

                     Tc = K1·K3·Ish( 1 + Ia )Ia

 

 

 

b)     Pembezaan ( Differentially)

 

-         apabila disambungkan secara pembezaan, medan siri akan menentang medan pirau dan ia dikenali sebagai “suicide motor” kerana kecenderungan untuk memusnah.

 

  -     fluks medan , Ff  = K3Ish – K4Ia

 

  -     persamaan EMF diberi oleh :         

  

Ec = K1( K3 · Ish – K4 · Ia ) w

 

        -     tork di dalam angker diberi sebagai ;

 

                        Ta = K1( K3 · Ish – K4 · Ia )Ia

 

 

 

 Di mana nilai tork yang terhasil adalah lebih rendah daripada yang terhasil dalam motor pirau dengan nilai arus angker yang sama.

 

 

    -    laju motor diberi oleh persamaan ;

                         

                w = ( Vt – Ia( Ra + Rs )) / K1( K3·Ish – K4·Ia )

  

di mana nilai penyebut akan berkurang apabila Ia (beban motor)   bertambah.  Apabila laju bertambah nilai penyebut ( K3Ish – K4Ia )   akan mencapai nilai 0 dan akan menyebabkan motor berhenti.

 

                                                            

 

             Kadangkala apabila litar medan siri terdedah kepada beban secara tiba-tiba , medan siri akan bertindak sebagai pengawal dan polarity semua medan menjadi songsang. Ini mengakibatkan motor akan berhenti dan memulakan opereasinya semula pada arah yang bertentangan. Jika beban terlampau tinggi motor yang disambungkan secara pembezaan boleh bertukar arah.

            Kesimpulannya industri jarang menggunakan motor jenis pembezaan.

 

 

 

 

Graf dibawah menunjukkan sifat tork dan laju bagi motor arus terus jenis majmuk sebagai

 fungsi arus pada gelung elektrik. Sifat lengkung ini lazimnya dipertimbangkan dalam bentuk lengkung yang sama daripada graf yang diplotkan bagi motor pirau.

 

                                   

                                                                     Graf tork melawan kelajuan                

 

 

 

    Lilitan siri yang merujuk kepadalilitan pirau menyebabkan fluks  medan berkutub bertambah dengan beban menyebabkan tork bertambah secara mendadak dan  laju motor berkurang. Walaubagaimanapun motor tidak dapat beroperasi dengan beban yang kurang kerana wujudnya pengujaaan pirau. Laju bagi motor AT majmuk boleh dikawal oleh angker dan reostat medan sama seperti dalam motor pirau.

 

 

 

CIRI-CIRI LAJU-TORK :

 

-           Ciri-ciri laju-tork bagi motor AT majmuk terlibat lebih banyak      

berbanding  kes motor AT pirau dan siri.

 

-                       Tork terbahagi kepada dua komponen iaitu Tsh dan Ts (hasil 

            daripada medan siri dan medan pirau.)

 

-                       Walau bagaimanapun kita perlu mengambil kira bahawa Tsh dan   

           Ts  mempunyai komponen kesan medan siri yang sama.           

 

 

-           Nilai tork yang terhasil boleh dituils sebagai :

 

                   Ta = Tsh + Ts

                        = K1·K3·Ish·Ia + K1·K4·Ia˛

 

 

                                                            

KESIMPULAN

 

Secara kesimpulannya, rekaan motor AT Majmuk mempunyai dua jenis kombinasi iaitu kumulatif dan pembezaan yang boleh diubah suai mengikut kehendak operasi dan industri .

 

Ř      meningkatkan kelajuan motor

Ř      mengekalkan pengaturan laju malar pada julat yang berbeza

 

Keperluan operasi ini boleh dicapai dengan menyambung medan siri secara mekanikal dengan medan pirau.

 

 

                                                                                                                             

[PENGENALAN] [PRINSIP & PEMBINAAN] [TEORI] [JENIS - JENIS MOTOR ARUS TERUS]

[CONTOH SOALAN] [RUJUKAN] [AHLI - AHLI KUMPULAN] [webmasters]

[HOME]