Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Ruang TiPs Kesihatan

sebuaHKeseLesaaaN


 

KeMurunGaN

Buat ramai orang, kemurungan dianggap sebagai suatu masalah minor dan seringkali tidak dihiraukan. Namun hakikatnya ia merupakan sebuah penyakit mental yang merbahaya sekiranya ia gagal dikawal dengan sepenuh kewarasan. Ini adalah kerana penyakit ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar ataupun disentuh. Ia merebak secara dalaman dan bertambah kronik tanpa disedari oleh penanggungnya.

    Penyakit ini menyerang tanpa mengenal lingkungan usia. Pengidapnya boleh terdiri daripada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Ramai yang beranggapan bahawa ia bersifat sementara dan membiarkannya tanpa menerima apa-apa rawatan. Menurut Dr. Nor Hamidah;

"ia adalah sejenis penyakit seluruh tubuh
dan emosi kerana memberi kesan terhadap
pemikiran, anggota badan dan perasaan
dan mempengaruhi cara kita berfikir
mengenai diri kita sendiri atau hal lain"

    Penyakit kemurungan atau juga dikenali sebagai depression, ini terbahagi kepada pelbagai jenis mengikut tahap dan kecenderungannya. Namun kemurungan yang paling lazim boleh dikenal pasti kepada tiga jenis utama, iaitu; Major Depression, Mild Depression, dan Manic Depressive
Psychosis (Bipolar Affective Disorder)

Gejala
- Kesedihan berpanjangan
- Isomnia (sukar untuk tidur) atau bangun terlalu awal pagi atau terlalu banyak tidur
- Hilang minat untuk berseronokan atau hobi-hobi yang sebelum ini digemari
- Hilang selera makan atau selera makan yang keterlaluan
- Bersendirian dan mengurung diri
- Hilang kosentrasi
- Resah
- Mudah marah
- Kurang bertenaga dan lesu
- Berasa putus asa, mudah mengalah
- Berpandangan pesimis
- Berasa bersalah
- Gangguan Fizikal
- sakit kepala yang berpanjangan
- sistem perkumuhan yang kurang hadam
- sakit yang berpanjangan
- Mudah menangis
- Ingin bunuh diri

Punca
- Sosialisasi keluarga
- Faktor genetik
- Kehilangan sesuatu yang amat disayangi
- Penyakit yang berpanjangan
- Apa-apa fenomena yang berlaku secara drastik dalam diri
- Rasa rendah diri yang keterlaluan
- Masalah yang terlalu berat sehingga dirasakan tidak mampu untuk dipikul

Rawatan
Dignosis hanya dapat dilakukan oleh pakar psikiatri mengikut tahap;
- penilaian psikiatri
- kesihatan mental
- penelitian simptom
- psikologi
- psikososial

    Rawatan yang bakal diberikan adalah berbeza dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain mengikut tahap kemurungan mereka seperti yang telah dikenal pasti tahap atau jenis kemurungan yang dialaminya. Ada pesakit yang boleh diberikan ubat sokongan, ada juga yang hanya boleh diberikan psikoterapi (kaunseling) dan ada juga yang memerlukan gabungan kedua-dua kaedah tersebut.

    Kaedah psikotrapi membolehkan pesakit mengenai atau meyedari apa yang sedang dialaminya, mempelajari cara pengurusan krisis, keupayaan menangani penyakit melalui kesedaran sendiri dan terapi kognitif. Malahan kaunseling juga diberikan kepada ahli keluarga dan teman sepejabatnya. Manakala pil anti kemurungan pula akan efektif dalam jangka masa antara dua hingga tiga minggu.

Mengelak Kemurungan
- Belajar menjadi tenang dan bersabar
- Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai
- Perancangan tugas agar teratur
- Jangan terlalu mengharap diri sendiri
- Elakkan bersendirian … habiskan masa dengan orang tersayang
- Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif
- Setiap keputusan yanhg berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnyasecara objektif.

Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai
- Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
- Berusaha membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
- Jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan

 

Selamat Beristirehat


Artikel ini dipetik daripada;
Murung Sebahagian Penyakit Mental (m/s : 15)
Berita Minggu (4 Oktober 1998)
Ruangan Rencana Perubatan(Dr. Nor Hamidah)
 

kaki

Penjagaan kaki seringkali mendapat perhatian yang terakhir sekali oleh seseorang, selaras dengan kedudukannya yang paling terkebawah pada tubuh manusia. Namun ini tidak bermakna bahawa kepentingannya adalah yang paling rendah berbanding dengan anggota-anggota yang lain. Berikut adalah beberapa tips penjagaan Berehat
Sebahagian besar sakit kaki adalah sisebabkan oleh penggunaan otot kaki secara berlebihan. Kaki mempunyai empat kumpulan otot asas untuk membolehkan ia digerakkan ke atas, ke bawah, ke kiri, dan ke kanan. Dalam jangka masa yang tertentu, kaki akan berasa sakit kerana penggunaan otot secara berlebihan. Jika berlari dan berdiri terlalu lama, kita hendaklah berehat seketika (untuk mengelak muscle tension), Sebaik-baiknya angkat kaki sehingga ke paras 45 darjah. Senaman ini dilakukan selama 10 minit.

Rendam kaki
Masukkan dua sudu kecil garam Epsom (boleh didapati di farmasi) ke dalam baldi berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Selepas itu keringkan kaki dengan tuala lembut dan sapukan krim.

Urut
Berurut dapat melegakan kesakitan. Gunakan minyak urut, minyak bayi ataupun losyen khusus untuk mengurut kaki.

Gunakan air batu
Satu cara untuk mengelakkan kaki dari terus berasa sakit dan membengkak ialah dengan mengunakan ketulan air batu. Bungkus ketulan itu dengan kain kemudian ditekapkan di kaki.

Senaman kaki
Sebagaimana anggota tubuh yang lain, kaki juga akan sentiasa sihat jika kita sering bersenam. Senaman yang boleh dilakukan;
- tanggalkan kasut, letakkan tapak kaki di atas bola golf dan pusingkan tapak kaki beberapa kali
- Taburkan guli di atas lantai dan kutip dengan menggunakan ibu jari kaki

Potong kuku kaki
Kuku yang terlalu panjang boleh menyakitkan kaki. Oleh itu, potong kuku dengan sempurna.

Kawalan berat badan
Badan yang terlalu gemuk boleh meninggalkan kesan tidak sihat pada kaki kerana ia terpaksa menampung berat badan yang tidak seimbang. Justeru itu amalkan diet yang seimbang untuk kesan pemulihan jangka
panjang.

Beli kasut yang sesuai
Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan pada kaki. Contohnya, apa bila hendak bersukan dan bersenam, pastikan kasut digunakan adalah bersesuaian dengan aktiviti.

Jangan pakai kasut koyak
Elakkan memakai kasut yang sudah koyak. Sebaik-baiknya gantikan dengan sepasang kasut yang lebih selesa. Antara tanda kasut yang tidak sesuai lagi untuk dipakai ialah;

    • kaki berasa sakit
    • kaki cepat letih- lutut kelihatan bengkak
    • kesakitan pada pangkal peha
Selamat Mencuba

Artikel ini dipetik daripada;
Cara Jaga Kaki
Berita Minggu (11 Oktober 1998)
Ruangan Panduan
 
 

TenaGa

Tubuh badan kita memerlukan pelbagai zat makanan atau nutrien. Bagi menjamin kelangsungan proses kesihatan yang baik serta menggiatkan aktiviti harian, sekaligus membentuk sistem pertahanan diri daripada serangan pelbagai penyakit. Untuk memastikan semuanya berfungsi mengikut sistem yang betul, maka tubuh badan kita memerlukan makanan yang memberikan tenaga kepada tubuh badan, antaranya;
    • Karbohidrat
    • Lemak
    • Protien
    • Bahan Galian
    • Vitamin
    Manusia memerlukan kira-kira 12 jenis bahan galian dan 12 jenis vitamin untuk membolehkan mereka bergerak cergas dan sihat. Untuk ini, anda digalakkan untuk mengamalkan apa yang dikenali sebagai 'Diet Seimbang'. Selain daripada itu, anda juga digalakan untuk melakukan senaman yang bersesuaian dan konsistent.

    Bagi mereka yang terlalu hiperAktif, demam, ataupun inflamasi akan mengeluarkan lebihan haba atau tenaga dari badan. Oleh yang demikian mereka memerlukan tenaga tambahan sebagai ganti. Bagi mereka yang tidak sihat, mereka dijangka memerlukan kira-kira 1,500 kJ sehari.

Salam Sejahtera

   

 


 

ingin kembali ke ruang sebelumnya?


ingin kembali ke
Pintu Masuk Taman?

 
 
 

   

ingin beralih ke ruang selanjutnya?