Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SuPerCumBanG

sebuaHPenenTuaN

 
 
 

Ruang ini masih menyediakan kumpulan fenomena lazim dunia lelaki yang mengalir dari satu generasi ke satu generasi

 
 

Psikologi & Kendiri Kumbang

"Keseksualan merangkumi bidang yang paling utama
antara pemberian biologi dan nilai budaya dalam
kehidupan emosi insan"
-Laurence Kolberg


Lelaki adalah satu makhluk hidup yang bergerak, berfikir, dan beremosi. Semoga ruangan yang terhad ini dapat menjawab sedikit sebanyak tentang psikologi dunia lelaki. Saya akan menyentuhnya secara kasar dan paling lazim menyentuh dunia lelaki; Cinta
Ia ditanggap sebagai tindak balas perilaku terhadap sesuatu. Terdapat 3 komponen yang terlibat dalam fenomena cinta ini, pertama perubahan fisiologi (degup jantung dll.). Kedua Melahirkan emosi dengan pelbagai cara, dan yang ketiga ialah kesedaran kognitif seperti berkhayal. Robert Steinberg mengistilahkan cinta menerusi 3 bahagian, iaitu; Kemesraan, Keghairahan, dan keputusan keterikatan.

    Cinta ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dalam berbagai peringkat dan pelbagai situasi. Pada dasarnya, cinta sepasang kekasih akan menjalani satu talian kronologi yang bermula dari titik Cinta Romantik. Cinta Romantis akan membangkitkan emosi yang tinggi. Ia melibatkan fantasi dan perasaan cemburu. Walau bagaimanapun ini peringkat permulaan. Cinta Romantik akan beransur hilang dan diganti dengan Cinta Matang. Cinta Matang tidak begitu hangat, namun di dalam peringkat ini proses komunikasi akan berlangsung secara lebih terbuka, kemesraan, perasaan saling menyayangi dan akan dirasai lebih lama.

Kecelaruan
Individu yang mengalami kecelaruan ini sukar dikenal pasti. Ini adalah kerana mereka menjalani kehidupan seperti biasa. Mereka yang mengalami kecelaruan ini adakalanya sedar tetapi mereka gagal untuk mengatasinya. Kecelaruan ini pula terbahagi kepada pelbagai jenis, bermula dari kecelaruan seks hinggalah kepada celaruan kebimbangan. Di sini saya akan memberi penekanan kepada kecelaruan kebimbangan fobia.

    Kebimbangan fobia adalah perasaan takut yang keterlaluan terhadap sesuatu hingga ke tahap tidak rasional di mata orang lain. Antara fobia yang lazim bagi kaum lelaki ialah;
 

Gynefobia              - kebencian yang amat sangat
Ergaslofobia         - takut bekerja
Eratafobia             - takut terhadap percintaan seksual
Gamofobia            - takut kahwin
Kakorrapiafobia - takut pada kegagalan
Acrofobia              - takut di tempat yang tinggi
Agorafobia           - takut di kawasan besar/luas
Gepidrofobia       - takut menyeberang jambatan
Claustrofobia      - takut di kawasan sempit/tertutup
Nyctofobia           - takut kegelapan


Tekanan (stress)
Ia adalah manifestasi masalah psikologi dan fisiologi. Manusia yang hidup akan sentiasa mengalami stress. Cuma yang menjadi persoalannye ialah peratusan stress dan cara kita mengawal stress tersebut yang berbeza dan yang membezakan antara seorang individu dengan individu yang lain. Ramai yang bersetuju bahawa stress membawa kebaikan, dan ia hanya akan menjadi buruk dan merbahaya apa stress itu tidak lagi mampu dikawal dan tidak menggembirakan.

    Keintensifan dan tempoh stress terpulang pada beberapa perkara seperti sama ada individu dapat meramal, dorongannya, kemahirannya, dan sokongan sosial daripada ahli keluarga atau rakan. Terdapat 3 tahap untuk menyesuaikan diri dengan tekanan. Pertama individu berasa cemas, kedua menafi, dan ketiga menghabiskan tenaga. Di antara strategi untuk mengatasi tekanan adalah;
 

Bertindak terus seperti berkonflik
Bersikap tegas
Menerima keadaan mengulang pentafsiran
Merehatkan diri
Mendapatkan sokongan sosial
Katarsis
Mendekati agama.
 
Fenomena Kumbang

"Kekayaan yang sebenarnya ialah
mensyukuri yang telah kita miliki.
Tiap-tiap bertambah keperluan manusia
semakin kurang kesenangannya.
Orang yang dipengaruhi nafsu
tidak merasa puas walaupun dunia ini telah dimilikinya.
Paling kayalah ia yang puas dengan barang sedikit,
kerana rasa puas adalah kekayaan alam"
-Socrates



    Kecelaruan seks adalah satu fenomena yang kian mendapat perhatian di mata masyarakat, khususnya di Malaysia yang seringkali menganggap isu seks sebagai sesuatu yang tertutup. Masalah kecelaruan seks ini bersifat subjektif kerana apa yang dianggap normal di Barat belum tentu dapat ditanggap sesuatu yang lazim di di tempat yang lain pula. Ia tertakluk kepada nilai budaya dan pegangan masyarakat sesebuah tempat itu. Walau bagaimanapun, pada dasarnya DSM-IV telah membahagikan kecelaruan seks ini kepada 3 kumpulan utama. Pertama ialah kumpulan (A) yang menghadapi masalah identiti, iaitu rasa dimiliki oleh golongan jenis yang bersesuaian. Kumpulan yang kedua pula (B) iaitu yang mengharapkan paraphilias (aktiviti yang memberahikan). Manakala kumpulan yang ketiga (C) pula ialah salah fungsian psikoseksual yang menghindarkan hubungan seks. Berikut adalah beberapa kategori yang terkandung dalam kumpulan-kumpulan di atas;

Exhibitionists (B)
Lelaki yang hanya mencapai keberahiannya dengan mempamirkan kemaluanya kepada seseorang. Mereka ini terbahagian kepada dua kumpulan. Pertama mereka yang suka mempamirkan kepada orang yang suka melihat kemaluannye, dan kumpulan yang kedua pula ialah mereka yang suka mmpamirkan kemaluannya kepada mereka yang tidak suka atau terkejut untuk melihatnya.

Voyeur (B)
Mereka ini akan mendapat kepuasan dengan mengintai seseorang tanpa disedari oleh orang yang diintai.

Narratophiliac (B)
Mereka akan mencapai keberahian dengan bercakap kotor atau lucah (dalam talipon dll) yang lazimnya bukan secara 'face to face' dan tidak dikenali identitinya

Transeksual (A)
Individu yang mengubah kejadian fizikal kepada seks yang bertentangan, dan mengharapkan layanan seperti yang diterima oleh seks yang bertentangan. Di Malaysia mereka lebih dikenali sebagai 'Mak Nyah', 'anak Gayah', 'Kakak', 'Bapuk', dan 'Pondan' Jika mereka berada dalam lingkungan belasan tahun mereka akan diistilahkan 'Jambu'

Biseksual(A)
Golongan ini mengamalkan hubungan seks sesama jenis dan jenis yang bertentangan sekaligus. Hal ini hanya tertakluk kepada peratusan kecenderungan masing-masing.

Transvestit (B)
Mereka ini adalah terdiri dari kaum lelaki dan majoriti adalah heteroseksual. Mereka tidak sama dengan transeksual kerana mereka masih lagi cenderung kepada seks yang bertentangan tetapi sekadar berasa puas dan berahi dengan memakai barangan seks yang bertentangan.

Sadis (B)
Individu tersebut akan mendapat kepuasan seks dengan berlaku kasar, mencederakan atau menghina pasangannya. Di sini konsep penghambaan seringkali digunakan.

Paedophilia(B)
Mereka dalam jenis ni lebih gemar untuk melakukan seks terhadap kanak-kanak di bawah umur antara 10 sehingga 15 tahun.

Masok (B)
Individu tersebut akan mendapat kepuasan seks apabila dikasari, dicederakan, atapun pun dihina.

Lesbian (A)
Wanita yang mendapat kepuasan berahi menerusi perhubungan sejenis. Mereka juga dikenali sebagai 'TomBoy'
 

Homoseksual (sebuah dunia yang tersendiri kerana berlaku percanggahan pendapat mengenainya)
Lelaki yang mendapat kepuasan berahi menerusi perhubungan sejenis. Di Malaysia, mereka ini lebih dikenali sebagai 'Reverse', PLU (people like us), dan 'Species'. Atau lebih umum lagi mereka dipanggil 'GayBoy'. Manakala jika mereka berada dalam lingkungan belasan tahun mereka akan digelar 'Anak Ikan'
 
 
   

 


 

ingin kembali ke ruang sebelumnya?


ingin kembali ke
Pintu Masuk Taman?

 
 
 

   

ingin beralih ke ruang selanjutnya?