Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

SuPerCumBanG

sebuaHKeHiDuPaN


Ruangan ini akan cuba mengupas tentang perbezaan asas kaum lelaki dan proses tumbesarannya. Semoga ia dapat menyumbangkan sedikit sebanyak pengetahuan buat anda sekelian.

 

SiapakahYangDikatakanKumbang

"Seseorang individu itu menjadi seperti dirinya
hasil interaksi yang berterusan dan berkesinambungan antara
organisma biologi yang sentiasa berubah dan persekitaran
fizikal, psikologi, dan sosialnya"
-J.J. Conger



 
  

Pada dasarnya terdapat beberapa pandangan yang berbeza terhadap identifikasi seks terhadap seseorang itu. Antaranya ialah dari sudut; Biologi
Pengaruh hormon jantina bertanggungjawab dalam menentukan sama ada otak akan menggerakkan sifat kelelakian atau keperempuanan. Hal ini bermula sebelum dilahirkan

Psikoanalisis
Pandangan ini lebih tertumpu pada pandangan Freud yang menyatakan seseorang itu merasa berahi dan takut terhadap ibu bapa mereka langsung membentuk identiti yang tertentu.

Sosiologi
Seseorang individu itu bukan sahaja meniru pola perlakuan tertentu (model) tetapi ia cuba menghayati peranan yang ditiru.


Lelaki dan dunianya

Peranan Jantina
Unsur kromosom 44+XX atau 44+XY sahaja tidak mencukupi untuk membandingkan lelaki dan kelelakiannya dengan sex yang bertentangan. Urusan pembahagian peranan mengikut gende, telah berlaku di mana-mana masyarakat di dunia ini. Malah unsur ini juga menjadi akar umbi di dalam agama yang menjadi pegangan sesebuah kaum penganut. Mereka akan akur dan tidak banyak membantah. Secara kasarnya. manusia yang bernama lelaki ditanggap (stereotyping role) oleh masyarakat seperti berikut (dibandingkan dengan peranan wanita);

    • berdaya saing, dan cuba menjadi lebih unggul daripada lelaki lain dan tidakpernah mengaku kalah
    • bertanggungjawab dari segi kewangan terhadap keluarganya
    • melakukan sebarang kerja di luar rumah, walaupun kerja itu kasar, tetapi disekitar, dia hanya diharap untuk menolong, yang mana dilakukannya denganberat hati dan tidak cekap
    • menunjukkan kasih sayang secara terbuka terhadap keluarganya, tetapibukan terhadap orang lain : tentunya terhadap lelaki lain (kalau ada dengancara yang terselindung dan kekasaran)
    • lelaki dibenarkan bertaruh dengan lelaki lain tetapi tidak sekali-kali memukulseorang wanita. Dia tidak sekali-kali patut menangis.
    • Seks adalah penting dan boleh dibincangkan secara terbuka di kalanganlelaki lain. tetapi bila ada wanita, ia tidak akan dilakukan.
    • Berasa bebas untuk cari pasangan lain tetapi akan berasa cemas kalaupasangannya mencari teman lain.
    • selalunya bertindak balas mengikut apa yang dipandang dan bukannya yangdidengar.
    • lebih mudah memahami daripada menghafal
    • lebih handal dalam matematik
    • melakukan sesuatu kerja kerana mahu menyelesaikan masalah tersebut danbukan sekadar menerima pujian.
    • punyai keinginan yang lebih untuk menhasilkan sesuatu
    • perasaan ingin tahu yang tinggi
    • lebih aktif, dominan, tidak emosi dan berani
    • kurang berminat untuk menolong orang lain
    Sudah tentu gambaran peranan yang disediakan oleh sistem masyarakat kita. Ia bukan bersifat tekal atau mutadmat. Pembahagian ini bertitik tolak dari prasangka . Ianyalah hanya suatu adunan fakta, fiksyen, dan fantasi stereotaip berikutan kelaziman, dan tidak semestinya benar tentang peranan kelelakian dan kewanitaan.

    Kelakuan kelakian dan kewanitaan tertakluk kepada jantinanya. Hal ini terbahagi kepada 2 komponen utama iaitu 'penjenisan atau peranan' jantinanya dan yang kedua ialah 'kesedaran' individu terhadap identiti jantina dan peranannya. Dipercayai bahawa remaja yang berumur 14 tahun adalah paling mudah menerima 'keterbalikan' identiti jantina.

Peringkat pembesaran
Seperti juga proses biologi yang benda hidup yang lain. Makhluk yang bernama lelaki ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama;

Bayi hingga kanak-kanak
Money(1977) dan Erhard(1972) berpendapat bahawa bayi telah dapat mengidentifikasi diri mereka sebagai kaum lelaki sejak dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan.

Remaja hingga Dewasa
Ramai yang cuba mentakrif 'jangkau remaja' walau bagaimanapun secara umumnya (Roger : 1962) telah menggariskan remaja mengikut kronologi berikut;
 

11-15 tahun : keadaan fizikal berubah
15-17 tahun : mengutamakan identiti diri
17 ke atas    : berlatih menyesuaikan diri dengan alam dewasa
    Dalam proses ini mereka akan cuba mengadaptasi serta menyesuaikan diri dalam fenomena masyarakat setempat. Remaja lelaki akan mengalami akhir baligh dan beberapa perubahan fizikal yang ketara, antaranya tumbuh bulu (ketiak, kemaluan, misai, suara dan sebagainya. Dan yang paling penting sekali ialah remaja lelaki akan mengeluarkan sel benih jantan daripada saluran air kencingnya. (kebiasaannya remaja perempuan akan kelihatan lebih tua 2 tahun berbanding dengan lelaki remaja walau pun pada hakikatnya mereka berada di tahap usia yang sama.)

    Kebiasaannya perubahan fizikal ini akan menimbulkan konflik emosi di kalangan remaja, antaranye mereka akan berasa segan, bimbang, bersalah, janggal, dan tertekan. Ini kerana mereka cuba mengenal pasti kedudukan mereka di dalam persekitaran dan juga menerima hakikat pertumbuhan diri mereka. Mereka akan berasa lebih tertekan apabila bertambah tinggi, berjerawat, ransangan seks yang membuak, dan badan yang mula berbau. Walau bagaimanapun, hakikat ini akan beransur pulih apabila remaja tersebut telah benar-benar sedia untuk menerima hakikat sebenar bahawa mereka akan dewasa. Mereka ini terus disogok dan dipaksa untuk menerima status quo masyarakat sekelilingnya dalam memainkan peranan gende yang telah ditentukan.

Dewasa hingga Tua
Ada pendapat yang menyatakan akhiran zaman remaja ialah ketika usia 25 tahun, dan selebihnya telah menjadi dewasa. Walau bagaimanapun hakikat ini adalah begitu subjektif dan tertakluk kepada watak dan perwatakan individu itu sendiri.

    Di dalam lingkungan ini, peranan lelaki mengikut stereotaipnya kian ketara di mata masyarakat. Dan bagi mereka yang tidak mampu mengikut kelaziman itu akan berasakan bahawa diri mereka tidak cukup 'lelaki'.

Lelaki dan Persekitarannya
Keagresifan kaum lelaki itu dianggap berpunca daripada kesan biologi (sel-sel otak yang diperkaya dengan testosteron pranatal) yang kemudiannya makna 'kelelakian' ini diperkukuhkan lagi peranan genda oleh keluarga. Sesungguhnya semua unsur ini saling berkait untuk melahirkan apa yang ditanggap LELAKI oleh masyarakat.

    Dipercayai bahawa golongan lelaki golongan yang paling sukar mengidentifikasikan jantina mereka (walaupun pada peringkat janin ia adalah lebih mudah) dengan jelas. Ini berikutan terdapatnya ramai homoseksual, exhibitionist dll. berlaku di kalangan lelaki berbanding golongan wanita.

   

 


 

ingin kembali ke ruang sebelumnya?


ingin kembali ke
Pintu Masuk Taman?

 
 
 

   

ingin beralih ke ruang selanjutnya?