Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SuPerCumBanG

sebuaHPerJalanaN

... up ... up N away!

 
 
 

Ruang ini pula akan menyediakan petua-petua lama yang dianggap khazanah paling berharga untuk dikongsi bersama oleh semua kaum lelaki demi kepentingan bersama

 
 

Realiti Seekor Kumbang

"Dalam masyarakat kita,
lebih baik menjadi lelaki jika anda
seorang yang menginginkan status atau pencapaian.
Tetapi dalam hal lain,
menjadi seorang lelaki bermakna
berada dalam kedudukan yang tidak menguntungkan.
Seseorang lelaki mempunyai risiko lebih tinggi untuk mati lebih awal.
Dia lebih berkemungkinan mendapat penyakit jantung,lebih
berkemungkinan menjadi mangsa beberapa penyakit tamadun ..."
- Derek Llewellyn-Jones



 
 
  

Pantang Jangan amalkan minum air batu (mengakibatkan lembik dan ngilu)
Jangan makan nasi berulam air (mengakibatkan lembik dan ngilu) Seeloknya 2 minit selepas habis makan.
Jangan minum selepas pukul 11.00pm (melemahkan otot pinggang dan sengal badan)
Elakkan minum ketika badan panas (melemahkan zakar)
Jangan hembus nafas ketika minum (mengelakkan lelah ketika jima')
Jangan minum air selepas jima', sekurang-kurang-kurangnya selepas 15 minit
Jangan makan kepak ayam dan kurangkan makan Pisang Embon (melemahkan zakar)
Jangan buang air di tempat yang bertakung ataupun di atas tanah (melatih kawal otot dengan baik)
Jangan makan makanan sejuk (mengakibatkan air mani cair dan lekas terpancut)
Jangan mencungkil gigi dengan hujung semuncup (membuat zakar ngilu dan kurang bertenaga)
Memadai dengan berjima' 3 kali seminggu (untuk pemulihan tenaga)
Jangan biarkan zakar ditindih (mengganggu pengaliran darah di zakar)
Jangan melancap (melemahkan zakar)
"Makanlah sebelum lapar,
dan berhentilah sebelum kenyang"




Petua

amalkan kunyah makanan sebanyak 40 kali dan selalu minum air suam
amalkan memakan jintan manis dan jintan putih sesudu setiap satu dalam masa 21 pagi


Amalan
Meng'handsome'kan zakar

Menajamkan zakar(untuk mengeluarkan Biji Zakar)
ketika bangun tidur semasa zakar tegang, duduk dengan menemukan kedua belah tapak kaki. Tarik nafas sambil kedua belah tangan menekan lutut (serapat mungkin dengan lantai dan semampu mungkin)Gerakan ini disertai dengan kemutan.

Membesarkan zakar
mengurut dengan mencelahkan tangan yang bertentangan di celah kelengkang dan tangan tersebut menarik zakar. Turunkan kaki secara perlahan-lahan sehingga zakar tertarik (lakukan semampu mungkin). Ulangi tindakan yang sama di bahagian yang lain pula.. Selain daripada urutan dari pangkal hingga ke hujung zakar juga adalah perlu. Seelok-eloknya menggunakan minyak lintah atau dhob

Mengesatkan kepala zakar(untuk mengurangkan sensitiviti kepala zakar)
menggeleskan tapak kaki dengan kepala zakar ketika zakar sedang tegang.

Menguat dan mengeraskan zakar
sapu zakar dengan hempedu kambing jantan yang dimasak dengan madu, atausapu zakar dengan biji dan daun sawi yang ditumbuk halus

Mengurut zakar
waktu pagi ketika zakar menegang dan sebelum kencing. Dengan menggunakan ibu jari, air liur dari langit-langit (berselawat secara 3 kali) secara sekali lalu di sapu ke atas kepala zakar menghla ke lubang kencing. (dipercayai ia latihan ini akan menyegarkan kepala zakar dan mengurangkan rasa ngilu)

Cara meminum air
Amalkan minum air masak yang sejuk dan diminum waktu pagi. Tarik nafas sebelum minum, tahan dan hembus ketika habis minum. Kepala berperanan dan bukannya gelas yang ditunggakkan. Minum secara perlahan-lahan, paling sedikit 3 teguk. Boleh amalkan minum pagi dengan air mati yang bercampur sedikit madu.

Cara kencing waktu pagi
Ketika kencing, lepaskan sedikit dan tahan untuk beberapa ketika dan kemudian lepaskan semuanya. Amalkan juga memandikan zakar dengan air kencing (untuk menyederhanakan suhu zakar) kemudian basuh kembali dengan air bersih.

Cara membuang air besar waktu pagi
Mulakan dengan membuang air kecil dahulu (jangan serentak). Kepitkan kedua belah tangan di cecelah pelipat betis dan peha. Jongketkan kaki kanan, manakala kaki kiri masih seperti biasa. Kacipkan gigi ketika meneran.

Cara mandi
Mulakan siraman dari hujung kaki ke kepala. Ampu ataupun menyerkum keseluruhan buah zakar agar tidak terkena sirama pertama. Jangan mandi ketika terlalu kenyang atau lapar ataupun meminum air sejuk ketika mandi.

Sarapan
Sarapan pertama seelok-eloknya ialah sedikit kayu manis atau cengkih (untuk kuatkan zakar). Atau air suam yang bercampur madu.

Cara makan
Memulakan dan mengakhiri makanan dengan kunyah garam. (menghindarkan pelbagai penyakit). Kemudian mulakan dengan 3 kepal nasi putih. Jangan berulam dengan air. Jangan makan ketika kenyang atau terlalu lapar. Makan dengan tangan kanan, kecilkan suapan dan lebihkan kunyahan. Biasakan duduk di atas lantas. Setelah makan berkumuh 3 kali

Cara tidur malam
Sebelum tidur, duduk antara 2 sujud dan cuba baringkan diri secara perlahan-lahan dan abngkit semula tanpa bantuan kedua belah tangan. (Amalkan membaca surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq, dan Ikhlas yang kemudian disapu ke muka , kemaluan dan keseluruhan badan). Seeloknya hanya memakai pakaian longgar. Posisi tubuh pula ialah 3 suku baring iaitu mengereng dengan bahu kanan di bawah.

Senaman
Sebenarnya terdapat banyak kaedah senaman fizikal dan mental. Di sini saya hanya akan menyentuh beberapa kaedah senaman fizikal yang popular sahaja;

Senaman Harimau
Gerakan Padi Bukit
Nafas Petapa
Rentak Urutan
Tarik Sempadan
Rentak Rentang
Tendsangan Sakti
Tepis Jengking
Matahari Naik
Lenjang Gajah
Cakar Harimau
Tiupan Seruling
Betah Ular
Senam Rimau

Senaman Kucing
Memukul Pantai
Kerusi Raja
Siku Baji
Ular Melilit Batang
Liut Pohon
Pauh Perindu
Ayam Menaji
Terbang Helang
Sambar Helang
Telepuk Katak

Yoga

Penafasan

Urutan
Shiatzu


     

 


 

ingin kembali ke ruang sebelumnya?


ingin kembali ke
Pintu Masuk Taman?

 
 
 

   

ingin beralih ke ruang selanjutnya?