|
|
Pusat Sumber adalah istilah yang diberikan untuk menerangkan maksud intergrasi antara perpustakaan buku dengan bahan-bahan bukan buku dan menjadikannya sebagai unit yang bersepadu. Penubuhan Pusat Sumber adalah untuk memberi perkhidmatan kepada seluruh pengguna untuk mewujudkan iklim pembelajaran dan penyelidikan yang baik dan berkesan. Pengguna utama Pusat Sumber maktab ialah guru pelatih dan pensyarah. Pusat Sumber memainkan peranan yang penting untuk melahirkan guru pelatih yang berbudaya ilmu dan menjalankan penyelidikan dan rujukan secara berterusan. Para pensyarah diberikan kemudahan secukupnya untuk menjalankan penyelidikan dan rujukan
Pusat Sumber Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi membolehkan pengguna membuat pemilihan sumber maklumat yang bersesuaian dengan tugas, kehendak dan keperluan pengguna. Sesuai dengan era teknologi maklumat kini, Pusat Sumber M3P menyediakan kemudahan komputer pelbagai media untuk keperluan pengguna. Kemudahan internet juga disediakan kepada pengguna.
Segala kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah untuk melahirkan generasi pendidik yang berilmu dan berakhlak mulia sesuai dengan dasar kualiti M3P, untuk melahirkan guru profesional yang bersih, manusiawi, dan wibawa dan mendukung budaya kerja cemerlang berasaskan ILTIZAM, ISTIQAMAH DAN IHSAN.
Laman MPPP
Utusan
Megabait
UNIPUTRA