Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Penerimaan Agama

Agama itu adalah diterima mengikut Salafus Sholeh yang ia menerima daripada Rasulullah dan Rasulullah menerima daripada Allah Taala dengan wasitoh(perantaraan) Al-Qur'an atau malaikat atau dengan ketiadaan wasitoh.

Maka usul-usul agama hendaklah berpandu kepada al-Qur'an dan Hadis atau Ijma' Ulama. Jika tidak didapati daripada Al-Qur'an, Hadis atau Ijma' Ulama adalah Mardud(tak boleh diterima) kerana agama Islam yang kita ambil ini adalah bertakhlid(mengikut) Salafu-Solah bukan dengan semata-mata akal atau fikiran kerana akal tak sampai memahami perkara-perkara yang ghaib. Maka tiap-tiap amalan yang menyalahi Al-Qur'an atau Hadis atau Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ia termasuk ke dalam Bidaah yang haram seperti sabda Rasulullah yang bermaksud;

"Tiap-tiap perkara Agama yang baru diada-adakan itu bidaah dan tiap-tiap bidaah itu sesat dan tiap-tiap sesat itu dalam nerakalah tempatnya".

Adapun sebab kita bertakhlid kepada Salafu-Solah kerana mereka itu hampir dengan Rasulullah SAW. dan mereka itu lebih mengetahui dengan kehendak RasulullahSAW. dan kehendak al-Qur'an. Maka dari sebab inilah Rasulullah telah mengiktiraf dan memuji mereka yang hampir masa dengan sabdanya yang masyhur iaitu;

"Sebaik-baik kau itu, mereka semasaku, kemudian yang mengiringi mereka itu, kemudian yang mengiringi mereka itu"

Ini bermaksud Rasulullah SAW. hanya mengiktiraf dan memuji orang-orang yang ada dalam tiga kurun sahaja. Maka orang-orang yang dalam tiga kurun itu dinamakan Salafu-Solah. Antara mereka termasuklah Mazhab Imam Yang Empat iaitu Imam Shafie, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Malik bagi Ilmu Fekah dan Sheikh Junaid Al-Bagdadi, Imam Abu Qasim Al-Qusyairi bagi Ilmu Tasauf, dan Imam Ashaari, Maturidi bagi Ilmu Usuluddin.

Tajuk Seterusnya[Yang Dinamakan Agama]

Kembali Ke Index Mengenal Diri Mengenal Allah

Sebarang kesamaran dan kemusykilan, silalah rujuk kepada guru yang Ahli dalam Ilmu ini.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahnya