Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Mengenal Diri Mengenal Allah

Bermula segala puji-pujian yang empat itu kembali kepada Allah yang Maha Pembimbing yang mengatur urusan kehidupan ini dengan penuh hikmah dan bijaksana. Selawat dan salam untuk Penghulu Mursalin Nabi Muhammad SAW. cahaya yang menerangi kegelapan juga untuk ahli keluarganya, para sahabat yang mengibarkan panji-panji agama menerangi seluruh Alam.

Risalah "Mengenal Diri Mengenal Allah" adalah hasil susunan Mahyuddin Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah dari Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah Batu Lima Daerah Pendik Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan.

Penulisan kembali risalah dari tulisan jawi kepada bahasa Melayu ini adalah semata-mata untuk memanjangkan tujuan utama penyusunnya sebagaimana yang tercatat pada mukaddimah risalah ini yang berbunyi:

Oleh kerana timbul dan berlaku beberapa pelajaran dan amalan yang dinamakan Ilmu Isi yang boleh menyampaikan kepada Makrifat Ketuhanan, maka dhohirlah berbagai-bagai I'tiqad atau pegangan hati yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan sesat lagi menyesat kepada orang ramai.

Dengan jalan yang demikian, maka saya tulis sebuah risalah yang dinamakan "Mengenal Diri Mengenal Allah" sebagai panduan jalan yang boleh menyampaikan kepada makrifat yang sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Suluk telah menyusun kembali risalah ke dalam Bahasa Melayu dengan membuat sedikit tambahan kepada perkara-perkara yang memerlukan huraian yang lebih sebagai penyebar kebenaran di samping untuk memudahkan pelayar siber mencari panduan yang selamat dalam mencari maklumat-maklumat yang berguna, bermanfaat dan selamat. Semoga usaha ini direstui oleh penyusun asal dan mendapat keberkatan Allah dunia dan akhirat walaupun Suluk sedar diri ini bukanlah ahlinya. Suluk telah membahagikan risalah ini mengikut tajuk-tajuk yang ada dalam risalah tersebut seperti berikut;

Sila Klik Pada Tajuk Di Bawah

Mabadi Ilmu Tasauf Mabadi sepuluh yang menjadi tunjang bagi tujaun ilmu
Penerimaan Agama Huraian cara dan salsilah penerimaan ilmu dan agama .
Yang Dinamakan Agama Huraian himpunan yang mencakupi Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat.
Feadah(Hakikat Makrifat) Syarat-syarat untuk memperolehi hakikat makrifat
Mengenal Diri Mengenal Allah Menyelidik asal kejadian diri dari pandangan tasauf
Ruh Akal Nafsu dan Qalbu Perbincangan mengenai akal, nafsu, ruh dan qalbu dari aspek hakikat
Asal Kejadian Pendedahan tentang apa itu Nur Muhammad dan kejadiannya
Ringkasan Martabat Tujuh Ilmu Tahkik yang menjadi kemuncak dan pati Ilmu Tauhid
I'tiqad Yang Bidaah Keterangan mengenai berbagai-bagai i'tiqad yang sesat lagi kufur

Penulisan ini adalah sebagai panduan umum. Sebaiknya untuk mendapat penjelasan lanjut eloklah dirujuk kepada Guru-guru yang Ahli dalam Ilmu ini terutamanya Ilmu Usuluddin dan Ilmu Tahqiq [Martabat Tujuh]

TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN BANTUAN ALLAH DAN KURNIA RAHMATNYA