Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 26. 04. 2001 /
02 Safar 1422)
BALASAN
YANG DISEGARAKAN
SEBELUM DAN SEWAKTU
MENDIRIKAN AMALAN
|
Sambungan
Dari Pengajian Terdahulu
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kata setengah hukamah;
Sabar atas ketiadaan
itu terlebih mudah daripada menanggung Kurnia.
Keterangan
Suluk
Kata berhikmah di atas terbit dari seorang yang menjejaki hakikat fakir.
Pada mereka menahan sabar sewaktu tidak memiliki sesuatu terlebih mudah
daripada menahan kesabaran sewaktu mendapat sesuatu Kurnia dari Allah.
Biasanya apabila seseorang itu merasa dia memiliki atau mendapat sesuatu
tidak mampu untuk menahan kesabarannya daripada memenuhi runtunan nafsu
dan sifat-sifat basayariyahnya.
Sabar orang kaya yang berkedudukan tidak semudah sabar miskin yang
fakir.
-
Yang kaya mungkin tercabut kefakirannya kerana merasa memiliki sesuatu
sedangkan yang miskin akan bertambah berhajat(Fakir) kepada Allah.
-
Yang punya ilmu yang tinggi mungkin tercabut kefakirannya kerana merasa
menguasai ilmu-ilmu yang seni dan halus sedangkan yang menjahilkan dirinya
akan bertambah berhajat/(Fakir) kepada cahaya petunjuk dari Allah.
Dengan itu sedar-sedarlah ........Bukankah dengan berkedudukan dalam sesuatu
hal itu lebih mudah untuk menanggung kesabaran daripada mempertahankan
kesabarannya dalam menyimpan ketinggian ilmunya daripada terkalung ke leher
unta atau anjing.
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka adalah Haq Taala
itu apabila Mengasih akan hambaNya, nescaya dihijabkannya(tidak diberikan)
dunia, dan disyughulkannya padaNya, dan diAnugerahi Taufiq
dan ikhlas dalam amalnya.
Keterangan
Suluk
Bila Allah Kasih pada seseorang hamba, maka akan ditegahkan mereka
daripada mendapat dan memiliki dunia dan habuan-habuannya.
-
Tidak diberikan harta-benda atau
-
tidak punya nama dan jarang dipedulikan oleh kebanyakan
-
Tidak diberikan anak dan zuriat,
-
Tidak diberikan keramat-keramat dan pembukaan alam ghaib
Dan apa sahaja bentuk-bentuk keduniaan yang menjadi buruan kebanyakan hambaNya.
Sebaliknya orang yang diKasihi Allah ini akan dihadapkan perhatian dan
gerak rasa untuk ta'bud kepadaNya sentiasa. Mereka akan dilimpahkan
Anugerah;
-
berbimbang dengan pelbagai wirid dan zikir
-
rajin mendirikan amalan-amalan sunat dengan pelbagai taat dan kebajikan
-
dan seterusnya limpah Ikhlas yang menjadikan mereka yang berikhlas dan
benar dalam amal taat dan ketaatan mereka.
Berikhlas dan berikhlas sehingga menjejaki hakikat dalam ikhlas itu.
Beruntung dan berbahagialah hamba yang mendapat Kasih Sayang Allah yang
melimpah ruah itu.
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kata Sheikh ra.;
Terjemahan
dan Keterangan Tok Pulau Manis, dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah
As-Kanddari ra yang berikutnya;
Maha
besar Tuhan kita daripada mu'amalahkan hambaNya akan Dia dengan tunai;
maka membalas Ia akan dia dengan bertangguh.
|
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Bermula balas segala
orang yang mu'amalah itu tiada tertentu dalam negeri akhirat, tetapi[bahkan]
terkadang diZhohirkan Haq Taala daripadanya bagi setengah kekasihNya dalam
negeri dunia; dan demikian itu kerana bahawasanya pekerjaan orang
yang mengambil upah yang adil itu diberi upahnya sebelum selesai pekerjaannya.
Keterangan
Suluk
Kalam hikmah dan syarah di atas adalah berkaitan dengan ibadat yakni
mu'amalah dan balasan terhadapnya. Ketahuilah,...... dengan kebesaran
Allah Yang Maha Tinggi segala pembalasan di atas amal taat dan ibadat yang
dikerjakan di dunia ini bukanlah hanya tertentu balasannya di dalam negeri
akhirat nanti, bahkan setengah daripada Kekasih Allah yang dipilih
telah pun mendapat habuan balasan mereka secara tunai lagi dunia ini.
Balasan yang tunai sebagaimana tunai amal ibadat yang telah didirikan mereka.
Betapa beruntungnya golongan kekasih Allah ini kerana;
-
Mereka tidak perlu menunggu sehingga mati dan bangkit di negeri akhirat
untuk memasuki syurga yang tersedia; malahan telah dibalaskan dengan
"Jannatul 'ajilah"
-
Mereka tidak perlu menunggu hari akhirat untuk melihat sesuatu yang tertutup
di dunia ini malahan telah dilihat kemuliaan Allah dan dipandang
akan segala kebesaran Allah, dan telah didengar segala Kalam
Allah pada dunia yang fana ini.
Segala-galanya seakan-akan telah nyata dan terbuka di depan matanya,
berada dalam pekerjaanNya dan menetap pada KeadaanNya.
Demikianlah hebatnya limpahan Kasih Sayang Allah sehingga
-
menyegerakan sesuatu yang sepatutnya bertangguh;
-
membukakan sesuatu yang sepatutnya disembunyikan,
Hal yang demikian itu adalah kerana bahawasanya
pekerjaan orang yang mengambil upah yang adil itu diberi upahnya sebelum
selesai pekerjaannya. Yang dimaksudkan upah yang
adil ialah
-
hal ibadat hamba yang siddiq (betul dan shohih mengikut syariat yang dipimpin
oleh Rasulullah SAW dengan kaifiat-kaifiat yang diijmakkan oleh ulama tabie
dan tabie-tabie)
-
yang ikhlas (yang tidak berdasarkan dan bercampur dengan kecenderungan
basyariyah)
-
dan yang kholis (yang suci bersih daripada sebarang persyirikan dan keakuan
diri).
Dengan kerana mereka memiliki hal ta'bud yang adil itu, maka selayaknya
mereka diberikan pembalasannya sebelum dan semasa mendirikan hak-hak Ubudiyah
mereka. Antara contoh mudah wajah pembalasan ini ialah dengan sholat;
-
sebelum sholat telah diberikan rasa kerinduaan yang meluap-luap supaya
cepat masuk sesuatu waktu bersholat.
-
Tidakkah kerinduaan untuk bermunajat dengan Allah itu menunjukkan
sebagai satu balasan(upah) yang disegerakan sebelum lagi didirikan sesuatu
pekerjaan.
-
semasa bersholat telah diangkat kedudukan diri mereka dan dibukakan sesautu
yang tersembunyi pada yang lain, diperasakan rasa manis dan lazat
dalam bermunajat, dipertemukan sepasang kekasih yang saling merindui.
-
Masya Allah....bukankah ini membuktikan balasan yang disegerakan
sebelum sesuatu pekerjaan itu selesai.
Allah jua yang menentukan dan mengkadarkan segala sesuatu buat hamba-hambaNya.
Keterangan yang lebih terpeninci berkenaan dengan wajah-wajah pembalasan
ini boleh diperolehi dari.........
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan ketahui olehmu
bahawasanya Haq Taala itu baginya Ihsan yang terdahulu yang membalas dengan
Dia akan orang yang mengerjakan amal kemudian.
Maka
-
umpama Ihsan yang dahulu
daripada amal itu iaitu
-
Taufiq bagi orang yang
khidmat dan
-
Hidayah kepada orang yang
melazimkan jalan amal.
-
Dan[umpama Ihsan] yang
serta amal itu iaitu diKuniai orang yang mengerjakan itu
-
ikhlas
-
dan Siddiq
-
dan amal.
-
Dan[umpama Ihsan] yang
kemudian daripada amal itu iaitu
-
masuk orang yang mengerjakan
amal itu ke dalam syurga
-
dan bertambah-tambah kebajikan
baginya.
Dan tiap-tiap demikian
itu semata-mata AnugerahNya daripada tiada mustahak dan tiada sebab.
Keterangan
Suluk
Adalah tiap-tiap daripada wajah Ihsan Allah di atas adalah sebagai satu
Anugerah dari Allah Taala semata-mata;
-
Bukan kerana sesuatu keperluan dan mustahak bagi Allah yang bersifat dengan
Istig'na.
-
Bukan kerana sebab itu dan sebab ini yang terzhohir dan terlaksana pada
diri hamba-hambaNya.
Semata-mata sebagai satu limpah kurnia yang diAnugerahkan buat hamba-hambaNya
yang terpilih. Hamba yang diKasihi dan hamba yang diRedhoi.
Terjemahan
dan Keterangan Tok Pulau Manis, dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah
As-Kanddari ra yang berikutnya;
Maka
memadailah daripada balasan Allah akan dikau atas kebaktian itu bahawa
Redho Ia akan dikau bagi taat itu halnya.
|
Keterangan
Suluk
Bersambung lagi dalam catatan pengajian yang berikutnya Hamba
Yang Diredhoi........
[[Kembali
ke Index Pengajian Kitab Hikam]]
Semoga Allah memberi
taufik dan hidayahnya
|
Tiada daya dan upaya
melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar
|