Pengajian
Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 26. 04. 2001 / 02 Safar
1422)
IHSAN
ALLAH
WAJAH KEBAIKAN DI
SEBALIK SESUATU TEGAH
|
Sambungan
Dari Pengajian Terdahulu
Terjemahan
dan Keterangan Tok Pulau Manis, dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah
As-Kanddari ra yang berikutnya;
Bermula
pemberian daripada makhluk itu dinding; dan tegah daripada Allah
itu kebajikan.
|
Keterangan
Suluk
Kalam Hikmah di atas membawa kita kepada perihal yang berkaitan dengan
"pemberian" dan "tegah". Kita diminta agar dapat
memahami dan membezakan mana satunya hakikat "pemberian" yang sebenarnya
dan mana satu yang dimaksudkan sebagai "tegah".
Mengikut kebiasaan basyariyah, kita akan rasa dan seronok apabila
"diberikan" sesuatu hadiah dari seorang kawan. Kita berterima
kasih kepada sahabat kita di atas perhatian dan kebaikan yang diberikannya.
Kita akan sentiasa mengingati kebaikan-kebaikan yang mereka berikan kepada
kita. Setiap kali mereka berbuat kebaikan kepada kita, bertambahlah
kesukaan kita kepada kawan kita itu. Namun apa yang perlu disedari
ialah tilikan kita kepada kebaikan dan kesukaan kita kepada kawan kita
itu, dari segi hakikatnya adalah dinding atau hijab. Hijab-hijab
yang mendindingkan kita daripada melihat dan menyaksikan Yang Haq
Sepatutnya kita melihat kepada "Yang Memberi" bukannya kepada apa
yang diberi dan bukannya kepada asar(kesan) atau asbab.
Dengan demikian hendaklah difahami bahawa melihat pemberian daripada
makhluk itu adalah dinding yang menghijabkan seseorang daripada memandang
kepada Yang Ampunya Haq. Sebailknya tegah daripada Allah itu adalah
bermaksud menerima suatu kebaikan daripada Allah Taala.
-
Kita nakkan rezeki yang lebih sedikit,
sebagai menambah keselesaan hidup, Allah Tegahkan, malah dikurniakan
kepada kita kefakiran yang sentiasa mengharapkan kebaikan dari Allah;
-
Kita nakkan sedikit perhatian manusia,
sebagai menyatakan kemuliaan ilmu yang dimiliki, Allah Tegahkan bercakap
banyak, malah dikurniakan kepada kita hati yang sentiasa bertawajjuh
padaNya, yang sentiasa berkhalwat dengan TuhanNya;
-
Kita nakkan keistimewaan itu, kekeramatan
yang hebat sebagai mengesahkan kedudukan diri kita, Allah Tegahkan
kita dengan sentiasa berada pada Asbab, malah dikurniakan kepada
kita kaki yang tidak pernah tergelincir dari landasan Syariat Rasulullah.
-
Pendek katanya, terlalu banyaklah perkara-perkara
yang diingini, tetapi sentiasa sahaja ada penghalang dan tegahanNya.
Sebenarnya, mengikut perkiraan makrifat, pelbagai sekatan dan tegahan
daripada mendapatkan itu dan ini adalah sebenarnya kebaikan dan kebajikan
yang Allah limpahkan kepada kita. Bagaimana ya???? Tak dapat,
tak kesampaian maksud dikatakan sebagai satu kebajikan!!!!!
Kebajikan itu terhimpun dalam tegahan itu secara berhikmah dan seni
sekali. Demikianlah perlakuan Allah Taala buat hamba pilihanNya.
Jika kita susurgalurkan perjalanan para Ambiya' dan Rasul serta Mursalin,
kita akan dapat kebanyakan daripada mereka ditegahkan untuk bahagian kesenangan
di dunia ini.
-
Mereka ditegahkan daripada mendapat bahagian diri dan dunianya, tetapi
mereka diberikan pelbagai kebajikan yang tidak dimiliki oleh hambaNya yang
diberikan pelbagai habuan keduniaan.
-
Mereka ditegahkan daripada memiliki kekayaan yang banyak, tetapi
mereka diberikan kekayaan hati;
-
Mereka ditegahkan daripada mendapat perhatian manusia, sering di
hina dan dikeji tetapi mereka diberikan tilikan Rahmat dari Allah.
Maka apabila dimengertikan hakikat tegahan itu, maka fahamlah oleh
mereka yang memahami bahawasanya mereka sebenarnya dilimpahkan dengan pelbagai
nikmat dan kebajikan dari Allah Taala.
Masya Allah.......bagaimanakah mungkin dapat disyukuri nikmatnya yang
tiada kehinggaan ini????
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Bermula diberi daripada
makhluk bagimu itu dinding atas sebenar-benarnya kerana;
-
dalamnya daripada penglihatanmu
bagi lain daripada Allah Taala
-
dan dirimu serta segala
bahagianmu dan syahwatmu
dan tegah daripada Allah
Taala bagimu itu kebajikan kerana bahawasanya melazimkan ia kan dikau berdiri
pada pintuNya.
Keterangan
Suluk
Keterangan selanjutnya menjelaskan kenapa pemberian makhluk itu dikatakan
sebagai dinding atau hijab yang sebenar-benarnya? Sebab-sebab
ianya menjadi dinding adalah;
-
kerana Di dalam pemberian itu mengheretkan pandangan mata hatimu kepada
sesuatu selain daripada Allah, sama ada seronok dengan apa yang diberi
atau terkesan kepada makhluk yang memberi.
-
kerana Di dalam menerima pemberian itu, ianya ditujukan dan
dihadapkan kepada kepentingan dirimu serta segala bahagian kehendak nafsu
serta keinginan syahwatmu yang tersembunyi di sebalik sesuatu kebaikan
itu..
Kenapa pula tegahan Allah daripada mendapatkan nikmat-nikmat keduniaan
sebagaimana yang diberikan kepada hambaNya yang lain boleh dikatakan sebagai
setu kebajikan yang besar????. Sebab-sebab yang menjadikannya kebajikan
ialah;
-
kerana dengan tidak dapat itu dan tidak dapat ini, lemahnya untuk
berbuat itu dan berbuat ini akan mengheretkan engkau kepada berdirinya
di pintuNya;
-
Dengan rasa yang penuh kedhoifan dan kefakiran
-
Dengan rasa yang terlalu lemah dan tidak berdaya
-
Dengan rasa yang hina lagi papa
-
Dengan rasa yang hampa dan kosong kepada kebaikan makhluk;
-
Yang menjadikan engkau sebagai hamba-hamba pilihanNya yang menjejaki Hakikat
Kehambaan(Ubudiyah) yang memurnikannya, menyedari akan Haq KetuhananNya.
Bukankah dengan berdirinya hamba di depan pintuNya ini menunjukkan mereka
telah diberikan kebajikan dan kebaikan yang besar; melebihi kebaikan-kebaikan
yang lain???????
Oleh kerana itu, kebajikan ini sebenarnya adalah sebagai satu
Kurnia dari Allah Taala buat hamba pilihanNya.
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka adalah tegah daripada
Allah itu keadaan Kurniaan; dan Kurniaan itu kaedaan tegah bagi orang
yang faham murad(maksud)nya. Dan tiada faham akan yang demikian itu
melainkan orang yang Sidiq.
Keterangan
Suluk
Sebagai rumusannya, maka Tegah daripada Allah itu sebenarnya adalah
wajah atau keadaan anugerah Kurnia dariNya. Dan sememangnya sesuatu
Kurniaan itu adalah sentiasa berkeadaan atau berwajahkan Tegah daripada
memiliki sesuatu habuan yang berbentuk keduniaan. Kenyataan
ini pula hanyalah disedari oleh mereka yang faham akan maksud di sebalik
sesuatu hakikat itu. Dan sesungguhnya tidaklah akan dapat memahami
Kurniaan dalam Tegahan itu melainkan orang-orang yang Sidiq yakni mereka;
-
benar dengan niatnya
-
benar dengan tujuan hatinya kepada Allah;
-
benar dengan kaifiat amalannya
-
benar dengan halnya
-
benar pada jalannya;
-
benar dengan kehambaannya dan
-
benar dengan KetuhananNya.
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kata Sheikh Abu
Hasan ra:;
Berwasiat akan daku
[oleh]Sheikhku Abu Muhammad Abdul Salam Mushaisin rahimallah. Maka
katanya;
Engkau lari daripada
kebajikan manusia itu baik daripada barang yang engkau lari daripada kejahatan
mereka itu. Maka bahawasanya
-
kebajikan mereka mengenai
akan dikau dalam hatimu; dan
-
kejahatan mereka itu mengenai
akan dikau dalam badanmu;
dan bahawasanya
-
yang mengenai akan dikau
dalam badanmu itu terlebih bagi bagimu daripada
-
mengenai akan dikau dalam
hatimu.
Keterangan
Suluk
Satu peringatan dan pesanan yang amat berguna buat para Salik yang masih
banyak bermain-main dengan manusia atau lain-lain makhluk. Waspadalah
wahai diri yang lalai;
-
Keinginanmu untuk mendapat mendapat kebaikan dan tilikan manusia di atas
amal dan ilmumu;
-
Kecenderunganmu untuk mendapatkan kebajikan, perhatian, rasa
hormat, dihargai, dikenali dan diakui;
Semuanya itu adalah berupa; menagihkan kebajikan daripada mereka
yang akan meninggalkan kesan dan bekas di hatimu. Bila membekas di
hati, pandangan mata hatimu akan tersasar daripada Yang Haq dengan
menumbuhkan pelbagai penyakit dan janabah yang akan membenamkan engkau
ke tempat yang hina dan liwat(kotor). Untuk itu;
Hendaklah engkau bersungguh-sungguh lari dan jauhkan dirimu daripada
mendapatkan kebajikan dan kebaikan makhluk. Lebih baik bagimu terima
apa sahaja keburukan yang dikenakan pada badan engkau.
-
Biar mereka sepak terajangkan engkau;
-
Biar mereka sumpah senarah dan menghinakan engkau;
kerana kejahatan mereka itu akan cuma meninggalkan kesan pada anggota badannmu
sahaja. Dan inilah tidak berapa bahaya sangat jika dibandingkan kebaikan
mereka yang akan melekatkan di hatimu yang nantinya akan membenamkan hati
engkau ke dalam lembah kekufuran.
Masya Allah......berapa keratkah mereka yang dapat berkeadaan begini;
-
Menjauhkan diri daripada kebanyakan manusia
-
Kurang bercakap, ikhlas menghinakan diri
-
Tidak dikenali, tetapi sering dimaki-hamunkan.
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kata setengah mereka
itu(sufiah);
Mulia mencacikan diri
itu terlebih mulia daripada suka beroleh faedah
Keterangan
Suluk
Bersambung lagi dalam catatan pengajian yang berikutnya BALASAN
YANG DISEGARAKAN
[[Kembali
ke Index Pengajian Kitab Hikam]]
Semoga Allah memberi
taufik dan hidayahnya
|
Tiada daya dan upaya
melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar
|