|
Oleh kerana pengantara ini adalah satu perkara yang memisahkan,
Ianya ada dalam anggapan dan khayalan sahaja.
Apakah yang menyebabkan anda mengisbatkan
hakikat-Nya dan di samping itu menafikan pula? Itulah khayal yang
bukan ma'dum dan bukan pula wujud; bukan "yang diketahui" dan
bukan "yang tidak diketahui"; bukan nafi dan bukan isbat.
Orang yang melihat cermin tahu yang ia melihat bayangannya. Apabila ia datang dekat cermin itu dan meneliti dirinya dalam cermin itu, maka ia tahu pula yang ia tidak melihat dirinya di situ. Jika cermin itu kecil, ia tahu bayangannya lebih besar dari apa yang dilihatnya. Jika cermin itu besar, dilihat bayangannya sangat besar meskipun ia tahu dengan yakin yang bayangnya lebih kecil dari apa yang dilihatnya. Dia tidak dapat menafikan yang ia melihat bayangannya sendiri.
Sungguhpun bayangan dalam cermin itu tidak sama besar, apabila ia berkata bahawa dia melihat bayangannya atau pun ia berkata bahawa dia tidak melihatnya, ia bukan bercakap benar dan bukan pula bercakap bohong.
Maka apakah itu bayangan yang dilihatnya???
Adakah yang mempunyai hakikat kerana ia bukan
tidak ada langsung" Deria melihatnya tetapi ia bukan ada wujud hakiki.
Anda tahu pula ia maujud dan bukan semata-mata kosong sahaja.
Ke dalam hakikat seperti inilahmanusia masuk dalam waktu tidur dan selepas matinya. Dilihatnya keinginan atau nafsunya berbentuk-bentuk. Bentuk-bentuk itu bercakap kepadanya, dan dia pula bercakap-cakap kepada bentuk-bentuk itu seperti bercakap dengan orang-orang yang berjasad. Orag-orang yang kashaf melihat semasa jaga apa yang dilihat oleh orang-orang yang sedang tidur dan apa yang tleah dilihat oleh orang yang telah mati. Begitu jugalah seseorang itu melihat amalnya ditimbang meskipun amal itu semata-mata kualiti sahaja tanpa berjasad. Maut atau mati adalah hanya perkara nisbah perceraian selepas Ijtima'.
Apabila Allah memerintah yang mumkin(makhluk) menjadi apa yang telah ditentukan dalam bakat-bakatnya, maka mereka bergegas untuk melihat apa yang memang sedia wujud; kerana mereka berbakat untuk melihat sebagaimana juga mereka berbakat untuk mendengar.
Apabila yang mumkin terzhohir, ianya disinari dengan cahaya. 'Adam hilang lenyap. Yang mumkin membuka matanya dan melihat kebaikan mutlak yang sedia ada. Tidak diketahui apakah itu. Tidak juga dia tahu itulah yang memerintahkan supaya terzhohir. Tajali Ketuhanan mengurniakan kepada yang mumkim(makhluk) ilmu tentang apa yang dilihat oleh mumkin; dan bukan ilmu hakiki tentang apa yang memberi kepada mumkin itu wujudnya.
Apabila yang mumkin telah diberi cahaya, ia pun menghadap ke kiri lalu terlihatlah 'adam. Ia pun mula memerhatinya. Ia adalah ibarat bayangan seseorang yang terbit dirinya apabila orang itu disinari cahaya. Yang mumkin itu bertanya, Apakah ini?". Cahaya itu menjawab dari kanan; "Itulah dirimu!!!".
Jika anda cahaya semata-mata, tidaklah ada bayangan ini. Aku ini cahaya semata-mata dan Aku tidak ada bayang-bayang. Cahaya yang ada dalam diri anda itu adalah kerana sebahagian anda menghala kepada Aku. Anda hendaklah tahu bahawa anda bukan Aku, kerana Aku ini cahaya tanpa bayang. Anda itu cahaya bercampur gelap, kerana sebahagian dari anda menghala kepada Aku, dan yang satu lagi menghala kepada 'adam. Oleh itu anda terletak anda wujud dengan adam, antara baik dengan jahat. Wujud anda yang mumkin itu dibawa kepada anda oleh kerana anda melihat bayangan anda itu. Jika anda lari dari cahaya seluruhnya, lalu terus melihat bayangan anda, maka anda akan tahu yang ia adalah bayangan kemungkinan anda itu. Anda anggap itu bayang yang tidak mumkin. Yang tidak mumkin(mustahil) dan Yang Wajib adalah dua perkara yang berlawanan dalam semua segi.
Jika Aku panggil anda, anda tidak akan menjawab dan anda tidak dengar Aku, kerana pandangan kepada bayangan anda itu membuat anda pekak untuk mendengar panggilan-Ku. Jangan lihat Aku sebentar, kerana anda akan kehilangan bayangan anda dan mengatakan diri anda itu sebagai Aku. Dengan itu anda akan mengatakan diri anda itu sebagai Aku. Dengan itu anda akan jadi mangsa Kejahilan. Jangan lihat bayangan anda seketika kerana anda akan kehilangan aku. Anda itu pekak, anda akan lupa dengan tujuan anda itu Aku jadikan. Sekarang jadi ini dan sekejap lagi itu. Allah jadikan dua mata untuk anda. Satu untuk melihat aku dan satu lagi untuk melihat bayangan anda. Demikianlah kami telah terangkan dua jalan; - Jalan cahaya dan Jalan bayangan. Satu, jalan syukur, satu lagi jalan kufur. Sesungguhnya 'adam mustahil itu adalah kegelapan dan 'adam yang mumkin pula adalah bukan kegelapan. Oleh kerana itulah di dalam bayang ada Kerehatan Wujud.
Bersambung...........................
|
|