|
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Maka barangsiapa berisyarat kepada Allah Taala Yang Menilik Ia bagi isyaratnya dan diperolehnya Allah Taala terlebih hampir kepadanya daripada isyaratnya; maka tiadalah ia Arif atas Tahqiq kerana bahwasanya ia bersifat Farqii dengan syuhudnya bagi segala Agyar; tetapi Arif itu iaitu yang fana dalam wujudNya yang terlipat dalam syuhudnya yang ghaib daripada isyarat dan Musyir dan Musyaribih .
Keterangan Suluk
Dalam pengajian terdahulu, telahpun dijelaskan berkenaan perbezaan antara Arif yang Hakiki dan yang bukan hakiki. Sebagai penegasannya, sekali lagi keterangan di atas menyatakan bahawasanya seorang hamba yang melakukan pelbagai isyarat kepada Allah.......
Ini adalah kerana bahwasanya ia bersifat Farqii dengan syuhudnya bagi segala Agyar yakni mereka masih membeza-bezakan atau mengasingkan-asingkan pandangannya(syuhudnya) bagi segala sesuatu yang tidak hakiki.
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Dan ditanyai Abu A'li Al-Ruzabari ra. daripada Isyarat. Maka katanya;
Isyarat itu menyatakan(menzhohirkan) daripada yng terkandung akan dia [oleh] pendapat [dalam hati] daripada yang diisyaratkan kepadaNya, tiada lainnya.
Dan hakikatnya bahawasanya isyarat itu berserta akan dia segala i'lat dan segala i'lat itu jauh daripada Haqaiq.
Keterangan Suluk
Menurut Sufi di atas, Isyarat itu adalah sesuatu yang terzhohir
dari kecenderungan hati seseorang itu. Semata-mata menzhohirkan apa-apa
yang ingin dimaksudkan oleh hati seseorang hamba;
Dengan kata lainnya, jika dikehendaki oleh hamba pada mendapatkan
sesuatu, maka datanglah dalam hati itu pelbagai seruan dengan Nama-nama
Allah Yang Maha Agung itu;
Hanya yang semata-mata yang mengisyaratkan kepada Allah sahaja yang dapat diterima Ubudiyahnya sebagaimana yang terdapat di dalam..................
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Dan kata Abu Bakar As-Syubli ra.;
Tiap-tiap Isyarat yang diisyaratkan akan dia [oleh] makhluk bagi Haq itu iaitu tertolak atas mereka itu hingga mengisyaratkan mereka itu kepada Haq, dan tiada bagi mereka itu kepada demikian itu jalan.
Keterangan Suluk
Tiap-tiap isyarat yang terselit maksud kehendak kepada makhluk yang berupa "hal", "maqam", syurga, kekayaan, kemuliaan, kedudukan, ke'aliman, limpah kurnia Tuhan dan sebagainya adalah sesuatu yang tertolak dan tidak diterima oleh Allah. Walaupun baik dan mulia, namun mengandungi hama-hama yang mengalihkan isyarat itu semata-mata kepada Yang Haq(Allah Taala).
Dan dengan melencongnya isyarat-isyarat tersebut, maka terhalanglah dari mereka itu jalan untuk sampai kepada Tahqiq Hakikat atau "kehampiran" dengan Allah. Dengan kata lain, bolehlah kita fahami bahawa dengan memandang kepada sesuatu isyarat itu, menyebabkan seseorang itu dihinggap oleh Syirik Khofi. Dan perlu diketahui sebagaimana yang tercatat dalam Kitab Ad-Durus Nafs:2 bahawa sesuatu sebab......
yang menegahkan sampai orang yang Salik itu kepada Allah itu pun amat banyak jua. Dan setengah daripadanya Syirik Khofi ertinya Syirik yang tersembunyi iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk itu kepada makhluk jua, tiada kepada Allah Taala. Intaha.
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Dan Tahqiq(terjadi) pula dalam Isyarat ini iaitu keadaan hamba itu takluq(berpegang) pada suatu nau'k (cabang) daripada segala nau'k Asma dan Sifat hingga adalah segala ahwal sekeliannya berlaku(ikut) atas barang yang dikehendaki [oleh] demikian itu nauk' itu pada hal dan amal dan qaul(sebutan). Maka zhohirlah sekelian hukumnya(nauk' Asma dan Sifat) dalam segala amal itu.
Keterangan Suluk
Hasil rumusan yang boleh dibuat di sepanjang perbincangan sebelum ini ialah dengan sentiasa cenderung dan merasai wujudnya sesuatu isyarat itu menunjukkan perihal dan kedudukan seorang hamba yang bersandar dan berpegang kepada salah satu cabang-cabang kesan dari manifestasi Asma dan Sifat Allah Taala. Ianya terzhohir dalam pelbagai ahwal mengikut apa yang dikehendaki
Bagaimana rupa dan wajahnya ketetapan dan hukum-hukum tersebut?. Sama-samalah kita ikuti................
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Dan barangsiapa ada Maqam Isyarat bagi Karam dan Fadhol atau lawanan demikian itu, maka segala amalnya atas segala nauk' daripada Roja' dan Khauf serta takluk(bergantung) pada Janaabil(pihak) Haq; dan barangsiapa kepadanya Istigraq Al-Wujud dalam Kurnia, maka segala amalnya atas segala nauk' daripada Syukur dan At-Tijaa'(bertumpu) pada suatu wajah memandang ia dalamnya akan Kurnia TuhanNya.
Keterangan
Suluk
Arif yang sempurna itu ialah............
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Dan orang yang Arif yang Kamil itu iaitu hemahnya di belakang sekelian demikian itu, kerana tiap-tiap sesuatu kepada(di sisi)nya hapus lain daripada TuhanNya. Maka tiadalah terhenti jalannya atas Asma dan tiada atas Sifat, dan tiada lain daripada demikian itu.
Keterangan Suluk
Arif yang sempurna itu ialah mereka yang hemahnya adalah di belakang semua hal, amal dan sebutan mereka itu. Semata-mata terarah dan tertumpu kepada Keesaan Allah itu sehingga ke peringkat tiap-tiap sesuatu hatta dirinya sendiri hapus dalam Keesaan itu. Tiada berbilang-bilang, tiada itu, tiada ini, tiada tilikan, tiada pandangan sebagaimana yang terkesan atas Tajalli Asma dan Tajalli Sifat. Tajalli Zat itu melarutkan segala sesuatu dan sesungguhnya segala sesuatu itu akan binasa jika dihadapkan kepada ZatNya Yang Maha Esa.
Inilah keadaan orang Arif yang hakiki, yang tidak mengasing-asing dan membeza-bezakan sesuatu;
Hairan ya......kenapa ramai sangat "penggemar ilmu sufi" cuba membahaskannya dari sudut ilmu dan fahaman atau pendapat yang tohor, sedangkan mereka tidak berhak untuk memperkatakan dengan detail sesuatu yang bukan "hal" diri mereka. Arif yang sempurna ialah mereka yang hilang sebarang istilah dan yang telah terputus daripada segala isyarat dan berada "dalam keadaan itu", di samping "pekerjaan itu".
Sebenarnya amal ialah ilmu yang berupa atau berbentuk. Lampaui kedua-duanya dan capai "hal" iaitu sempadan yang paling hujung bagi kedua-dua itu.
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Dan ditanyai Abu Said Al-A'raabi rahimallahi Taala daripada Fana. Maka katanya;
[Fana itu] iaitu zhohir Sifat 'AzomahNya dan JalalNya atas hamba; maka memfanakan ia('AzomahNya) akan dia(hamba) daripada dunia dan akhirat dan segala ahwal dan darjat dan Maqaamat dan Azkar; memfanakan akan dia(hamba) daripada tiap-tiap suatu dan daripada dirinya dan daripada Fananya.
Keterangan Suluk
Bersambung.....Insya Allah.....jika direzekikan lagi di bawah tajuk Ke Medan Syuhud
|
|