1. |
Dari sifat rakus dan Su'udhdhan [jahat sangka, maka aku lawan dengan
kepercayaan pada janji Allah dan Qanaah, dan untuk memperkuatkan perlawanan
itu saya berpedoman pada kitab Allah dalam ayat yang bermaksud; "Tiada
suatu pun melata di bumi ini melainkan dijamin oleh Allah rezekinya".
Maka dengan itu aku patahkan ia. |
2.
|
Dari panjang angan-angan, lamunan, maka aku hadapi dengan ingat
pada datangnya maut dengan tiba-tiba bersendikan ayat Allah yang bermaksud;
" Tiada satu jiwa pun yang mengetahui
dimana ia akan mati". Maka dengan itu dapat mematahkan
tipuannya. |
3.
|
Dari keinginan istirahat dan nikmat, maka aku hadapi dengan mengingati
hilangnya nikmat dan beratnya hisab, bersandarkan ayat Allah yang bermaksud;
"Biarkan mereka makan dan bersuka-suka
dan dilalaikan oleh angan-angan".
dan ayat yang bermaksud; "Tidakkah kamu lihat jika kami senangkan
mereka beberapa tahun, kemudian tiba apa yang telah dijanjikan pada mereka,
maka tidak berguna kemewahan dan kesenangan mereka".
Maka dengan itu aku tewaskan ia. |
4. |
Dari Ujub bangga diri. Maka aku hadapi dengan mengingati kurnia
dan takut pada akibat berdasarkan ayat yang bermaksud; "Maka
di antara mereka ada yang celaka dan ada yang untung".,
sedangkan aku tidak mengetahui yang aku termasuk ke dalam golongan yang
mana. Maka dengan itu aku patahkan tipuan syaitan itu. |
5.
|
Dari meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka. Maka aku lawan
dengan dengan menghormati mereka bersendikan firman Allah yang bermaksud;
"Kemulian itu Haq Allah dan Rasulullah
dan orang-orang mukmin".
Maka aku patahkan dengan itu. |
6.
|
Dari sifat hasud {dengki dan iri hati). Maka aku hadapi dengan
keadilan Allah dalam membahagi nikmat buat makhlukNya berpandukan firman
Allah yang bermaksud; "Kami yang membahagikan
penghidupan mereka di dunia".
Maka dengan itu aku dapat mematahkannya. |
7. |
Dari sifat Riya dan ingin pujian orang. Maka aku patahkan dengan
dengan ikhlas berdasarkan firman Allah yang bermaksud;
"Maka siapa yang berharap akan bertemu
pada Tuhan hendaklah beramal dengan amal yang sholeh dan tidak menyekutukan
Tuhan dengan sesuatu apapun". Maka dengan itu aku patahkan
tipuan syaitan itu. |
8. |
Dari sifat kikir (bakhil). Maka aku hadapi dengan dengan mengingat
rosaknya apa yang ada di tangan orang-orang berdasarkan ayat Allah yang
bermaksud; "Apa yang ada padamu akan rosak
binasa dan yang di sisi Allah tetap kekal". Maka dengan
itu aku mengalahkannya. |
9. |
Dari sifat sombong. Maka aku hadapi dengan sifat Tawadhu' berdasarkan
ayat yang bermaksud; "Sungguh kami jadikan
kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kau bersuku-suku dan berbangsa-bangsa
supaya mudah kenal-mengenal, bahawa orang yang termulia di antara kamu
ialah orang-orang yang bertaqwa". Maka dengan itu aku
dapat kalahkannya. |
10. |
Dari sifat Tamak. Maka aku hadapinya dengan putusd harapan dari
apa yang ada di tangan manusia, dan hanya berharap kepada Allah bersendikan
ayat yang bermaksud; "Sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah, maka Allah memberinya jalan kelauar dari segala kesempitan
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka". |