Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sambungan dari pengajian sebelum ini
Pengajian Kitab Hikam pada hari Khamis (06. 08. 1999 /24 Rabiul Akhir 1420)

Membaiki Hemah Kepada Yang Haq

Sambungan keterangan Tok Pulau Manis dari Pengajian Sebelum ini

Maka jadikan olehmu akan hamba bagi  Allah,   dan sempurnakan olehmu akan "janjiNya" dan jangan engkau kerjakan bagi sesuatu ghorob(faedah) yang   kembali ia kepadamu.

Keterangan Suluk

Mengikut keterangan guru suluk;  yang  dimaksudkan dengan "janjiNya"ialah janji semua ruh manusia semasa di Alam Arwah.   Pada masa semua ruh kita  telah melafazkan janji kepada Allah Subhanahuwa Taala untuk berTuhankan Allah sebagaimana yang difirman oleh Allah Taala dalam  Al-Quran  yang bermaksud;

"Apakah Aku ini Tuhan kamu,  maka jawab sekelian roh; Bahkan(Ya) Engkaulah Tuhan kami."

Lafaz kesaksian ruh ini membuktikan bahawa dari segi asal kejadiaannya,  ruh kita semua memang mempunyai makrifat yang membolehkan mereka mengenali Allah dan sanggup (dalam erti kata secara fitrah sudah terarah atau tertumpu) untuk memperhambakan diri padaNya.  Tetapi kesedaran tentang hakikat ini telah tertutup(terhijab) setelah manusia dizhohirkan ke Alam Syahadah(Alam Nyata/Alam Kejadian) yang penuh dengan kegelapan.  Untuk mencapai hakikat ini,  manusia perlu kembali ke tempat asalnya iaitu dari Alam Rendah ke Alam Tinggi atau dari  Alam Jasad ke Alam Ruh atau dari Alam Gelap ke Alam Cahaya..

Penerangan mengenai perkara ini agak halus dan rumit serta ianya perlu didokong oleh beberapa ilmu yang lain.   Kita tinggalkan dahalu bicara berkenaan ruh ini,  kerana ianya bukanlah termasuk dalam bidang perbahasan kita di sini.

Tok Pulau Manis cuba menyentuh hal "perjanjian" di Alam Arwah dahulu dengan bertujuan untuk memperingatkan salik bahawa mereka hendaklah melakukan segala amal dan ibadat itu semata-mata kerana berikhlas kepada Allah dengan mengenepikan apa jua kepentingan dan faedah(keuntungan/pahala)  yang kembali kepada mereka,  sama ada untuk hal-hal keduniaan atau keakhiratan sebagaimana yang telah dibahaskan dalam keterangannya sebelum ini.

Bagi memperhalusi keterangan beliau mengenai kaitan perjanjian di Alam Arwah serta hal-ahwal mereka yang beramal dan beribadat,  Tok Pulau Manis,  meneruskan huraiannya  kepada wajah-wajah atau bentuk-bentuk perjalanan(hemah atau maksud Salik dalam beramal) daripada yang kurang kepada kesempurnaannya sebagaimana yang telah dicapai oleh orang-orang yang Wasil atau orang yang sampai kepada Allah. Perhatikan huraian beliau seterusnya.

Keterangan Tok Pulau Manis seterusnya;.

Adapun berjalan dari suatu keadaan kepada suatu keadaan itu tiga perkara

Dan sekelian(ketiga-tiga) itu "Naqis"(masih kurang).

Keterangan Suluk

Jawapannya boleh dilihat dari keterangan Tok Pulau Manis yang seterusnya;

Maka yang awal itu(yang pertama),  apabila ada ia(beramal) dengan nisbah Iktisab(hasil  usaha) perangai yang hamidah(terpuji) itu;   pada halnya kasih bagi kesempurnaannya dan benci bagi kurang iaitu barang yang tiada bagi  Allah.

Keterangan Suluk

Adapun sebab-sebab kenapa dikatakan berpindah seorang dari sifat-sifat yang keji(mazmumah) kepada sifat-sifat yang terpuji(mahmudah) itu masih kurang ialah kerana si hamba Allah dalam usaha mengubah  sikapnya  atau amalannya;  mereka bertungkus-lumus memperbaiki amalan mereka supaya dilihat oleh manusia lain bahawa merekalah  hamba yang baik dalam agama.

Keterangan Tok Pulau Manis seterusnya;.

Dan yang  kedua itu Hamidah(baik) pada dirinya tetapi apabila melihat ia(amal) akan memberi manfaat pada dirinya;  tiada daripada Allah yang  mengadakannya(amal);  maka iaitu Mahjub(hijab) dengan dia(diri sendiri).  Maka bahawasanya diri itu Akuan(makhluk yang) tiada memberi mudhorat dan tiada memberi manfaat.
 

Keterangan Suluk

Golongan kedua pula ialah mereka yang terdiri dari hamba Allah yang melakukan suatu usaha amalan dari sesuatu yang kurang kepada yang lebih seperti;

Tetapi semua usaha dan amalan golongan keduan ini masih lagi dianggap kurang!!!. Kenapa dan  mengapa???.   Sebabnya; Sedangkan Tok  Pulau Manis menyatakan mereka pun termasuk juga dalam jenis Akuan yang hanya "menerima perintah" dan "bukan yang memerintah".  Mereka jahil dengan hakikat diri mereka dan hakikat akuan yang tidak berupaya memberi manfaat dan menolak sebarang mudhorat. Inilah kekurangan yang terdapat pada golongan kedua ini.

Keterangan Tok Pulau Manis seterusnya;.

Dan yang ketiga itu mahmudah(terpuji) pada suatu wajah dan mazmumah(tercela) pada suatu wajah seperti;  ikhlas daripada  Darul Fana(negeri yang  binasa iaitu dunia) kepada Al-Baqa(negeri yang kekal iaitu akhirat).  Maka adalah ia sejahtera daripada  azab.
Maka wajah  yang mazmumah itu ialah shughul(berbimbang hati)  pada bahagian nafsunya (dengan meninggalkan)daripada musyahadah TuhanNya.

Keterangan Suluk

Golongan hamba Allah yang ketiga pula terdiri daripada mereka yang telah fakeh dengan kebanyakan amalan dan kebajikan yang dikerjakan.
Mereka berusaha dengan menjadikan setiap perbuatan mereka sebagai ibadat dengan landasan ilmu syariat.

Inilah wajah atau rupa kebaikan yang terdapat pada golongan ketiga ini.  Sungguhpun demikian,  keadaan  mereka ini masih lagi dianggap kurang lagi.  Ini adalah disebabkan dalam qasad dan amalan mereka  masih lagi terdapat wajah atau rupa sifat-sifat yang mazmumah yang halus pada mereka.    Hal ini adalah sebabkan kerana asyik berbimbang dengan sesuatu nikmat dan darjat-darjat di   akhirat nanti sedangkan kecederungan pada perkara tersebut adalah daripada bahagian nafsunya yang tersembunyi.  Akibatnya mereka lupa dan lalai untuk bermusyahadah dengan Allah Taala sedangkan kewajiban dan keupayaan untuk melihat dan memandang Allah Taala dalam setiap hal  itulah Kesempurnaan Nikmat.

Kata guru suluk; kenapa kalut dan menyibukkan diri dengan menghitungkan akan pahala amalan serta tingkatan-tingkatan keberkatan dan darjat?  Bukankah Allah Taala itu Maha Adil dan janjiNya pasti ditunaikan?   Tugas hamba hanyalah beribadat dan menghambakan diri kepadaNya,  bukannya mengira-gira ganjaran yang bakal diperolehi.  Betapa bodohnya merosakkan sesuatu yang diusahakan dengan perkara remeh yang tidak sepatutnya difikirkan.

Dengan sebab itulah Tok Pulau Manis mengakhiri keterangan beliau berkenaan dengan tiga golongan hamba itu dengan katanya;

Dan tiadalah demikian itu (hal ketiga-tiga golongan)daripada hal  orang yang  Arif.

Dan adalah berjalan kepada  Allah Taala itu dengan "FANA PADA SEGALA KAINAT"  dengan melihat MakwinNya(Allah).  Itulah  yang dituntut dan inilah kesudah-sudahan perjalanan "Orang Yang  Muntahi"(orang  yang Wasil atau yang sampai kepada Allah).

Keterangan Suluk

Di sini kita dapat mengetahui bahawa matlamat akhir perjuangan kaum sufiah ialah untuk "Memfanakan diri". Dengan fana inilah mereka akan mendapat kunci untuk mencapai "Baqa" iaitu kekal dengan Allah di mana setiap hakikat Allah akan terlihat dalam tiap-tiap sesuatu.  Sheikh Al-Junaid Al-Bagdadi yang menjadi Imam Tasauf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah membicarakan tentang fana ini dengan kata-kata beliau seperti berikut:

Demikianlah hemah dan arah tuju kaum sufiah dalam perjalanan mereka menuju Yang Haq.  Perjalanan mereka adalah perjalanan "dari Allah"  "dengan Allah"  "kerana Allah" dan "kepada Allah".  Dengan kerana itulah,  sebagai melanjutkan bahasan tentang arah perjalanan kaum sufiah ini,  Tok Pulau Manis mendatangkan pula Kalam Hikmah yang seterusnya seperti berikut;
 
Dan tilik olehmu kepada Sabda Nabi SAW.;  Maka barangsiapa ada pindahnya kepada Allah dan RasulNya,  maka adalah pindahnya itu kepada Allah dan RasulNya.

Ikutilah perbahasan selanjutnya berkaitan dengan Kalam Hikmah di Pengajian berikutnya

Allahhu A'lam


[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar