Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sambungan dari pengajian sebelum ini
Pengajian Kitab Hikam pada hari Khamis (19. 08. 1999 / 07 Jamadil Awal 1420)

Hijrah Kepada Yang Haq II

Petikan Keterangan Pengajian Sebelum ini;

 Tok Pulau Manis mengkelaskan golongan-golongan ini (yang berjalan kepada Allah) kepada dua maqam iaitu;

Dengan itu kerana sejahteralah atas orang yang mengikut petunjuk untuk menduduki Maqam yang pertama seperti di atas.

"Sesungguhnya barangsiapa  yang Allah tidak berikan cahaya,  maka tidaklah ada cahaya baginya".  (Al-Quran)

Keterangan Tok Pulau Manis yang seterusnya;

Dan adalah menyebutkan dunia dan perempuan serta bahawasanya perempuan itu setengah daripada dunia iaitu memberi faham bahawa yang dikehendaki tiap-tiap sesuatu dalam dunia itu daripada syahwat atau daripada harta.  Dan murad(maksud) daripada Hadis itu iaitu keluar daripada dunia dan daripada tiap-tiap sesuatu bagi Allah.

Keterangan Suluk

Keterangan di atas adalah sebagai penegasan kepada maksud mengapa dirangkaikan perkataan dunia dengan perempuan dalam Hadis Rasulullah yang berkaitan itu.  Sebagai yang telah dimaklumi bahawa apabila disebut dunia,  mengikut pengertian orang-orang sufi ialah merujuk kepada maksud sesuatu apa sahaja selain daripada Allah. Demikian juga dengan perempuan;  ianya juga adalah sebahagian daripada dunia.  Kenapa masih digunakan lagi perkataan perempuan sedangkan ianya  juga  menunjukkan maksud  sebahagian daripada dunia??.

Mengikut Tok Pulau Manis,  kebanyakan kecederungan manusia itu ialah kepada melaksanakan runtunan keinginan dan syahwat kepada sesuatu yang cantik,  indah,  lazat,  menyenangkan serta di sampingi kemahuan untuk memiliki wang ringgit atau harta yang banyak.  Dan untuk melambangkan hal-hal yang demikian,  kecintaan kepada perempuanlah yang paling sesuai kerana ia melambangkan sebagai sesuatu yang punya daya tarikan nafsu syahwat yang kuat.  Maka sesuailah kepada memaknakan maksud daripada Hadis tersebut supaya setiap hamba yang ingin berpindah dan sampai kepada Allah meninggalkan sesuatu arah(maksud atau tujuan) yang dibayangi oleh kecenderungan nafsu syahwat,  dunia dan apa sahaja selain dari Allah.  Demikianlah idea yang ditanggapi oleh ahli-ahli sufi dalam memahami dan mengambil pengajaran daripada sesuatu Hadis Rasulullah yang penuh berhikmah zhohir dan batinnya..  "Sesungguhnya barangsiapa  yang Allah tidak berikan cahaya,  maka tidaklah ada cahaya baginya".  (Al-Quran)

Keterangan Tok Pulau Manis yang seterusnya;

Dan hikayat(cerita) daripada seorang lelaki berkata kepada Sheikh(Guru)nya.  Katanya;  Wiridkan olehmu akan [akan aku] suatu wirid.  [Mendengar pertanyaan lelaki itu] maka marah Sheikhnya.  Katanya(sheikh);  Adakah aku Rasul [yang] mewajibkan segala yang wajib dan segala fardu itu telah maklum dan segala maksiat itu telah masyhur.

  • Maka jadikan olehmu bagi segala fardu itu peliharakan dan
  • bagi segala maksiat itu tinggalkan dan
  • peliharalah olehmu akan hatimu  daripada berkehendak kepada dunia dan kasih kepada perempuan  dan
  • lemahkan kepada syahwat. dan
  • redholah engkau pada  bahagian Allah bagimu  yang keredhoaan.(dari amal dan ibadatmu). Maka jadikan olehmu bagi Allah syukur dan
  • apabila datang bagimmu kedukaan maka jadikan olehmu sabar.

  •  

     
     
     
     
     

    Keterangan Suluk

    Adapun yang menyebabkan guru atau Sheikh itu marah kepada permintaan muridnya,  ialah dengan permintaan itu menunjukkan bahawa murid itu masih tidak mengerti dengan ilmu dan pengajaran serta bimbingan yang telah beliau berikan selama ini.  Pada sangkaan murid tersebut,  sesuatu wirid yang khusus diperlukan untuk beliau sampai kepada Allah dengan cepat. Inilah kekeliruan dan kesilapan yang banyak berlaku daripada kebanyakan murid yang akan merosakkan kemurniaan jalan kepada Allah malah inilah punca yang menyebabkan pengertian thoriqat yang sebenarnya  telah dipersempitkan.

    Menurut jawapan guru tersebut,  Rasulullah SAW.  telahpun menggariskan dengan sempurna apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dijauhi oleh setiap hamba yang mencakupi perkara-perkara yang fardu,  sunat,  makruh,  harus dan haram.   Semuanya akan dimaklumi oleh mereka dengan syarat mereka mempelajari dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sebagaimana yang telah diikuti oleh para sahabat dan orang-orang Sholihin.  Mengikut kaedah Tasauf pula;  sesuatu ilmu yang dipelajari atau diketahui jika diamalkan itulah yang dinamakan Wirid. Dari Wirid inilah akan berhasilnya Warid. Dengan kedatangan Warid inilah yang akan memimpin hamba itu ke arah jalan yang seterusnya.  Perhatikan  maksud Hadis  berikut;

    "Sesiapa yang mengamalkan suatu ilmu yang diketahuinya nescaya akan  diwariskan dengan dengan  suatu ilmu yang tidak pernah diketahuinya".

    Sila lihat kupasan mengenai ini dalam tajuk "Asal dan Kedudukan Ilmu Tasauf".   Oleh itu,  apa sahaja yang dikerjakan dari perkara yang fardu,  sunat dan harus  serta apa sahaja  yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. dari perkara yang haram atau makruh adalah merupakan jalan atau thoriq yang sebenarnya yang disebut juga oleh Pengarang Kitab Hikam Abi Madyan sebagai "Thoriqat Muhammadiyah".

    Satu waktu Abu Yazid Al-Bustomin r.a.  telah mendapat khabar terdapat seorang yang telah sampai ke peringkat Wali Allah.  Beliau telah pergi untuk menziarahinya.  Apabila beliau telah hampir dengan tempatnya,  kebetulan pada waktu tersebut orang itu sedang meludah air liurnya ke arah Kiblat.  Melihat hal tersebut, Abu Yazid lantas berpaling dan terus pulang seraya berkata;

    "Lelaki yang tiada percaya atas sunnah daripada beberapa sunnah syariat,  maka bagaimana pula akan percaya atas Asror(rahsia) Wilayahnya".

    Demikianlah halnya,  jika perkara makruh(meludah ke arah Kiblat) sudah dijadikan petunjuk untuk menilai benar salahnya thoriqat(jalan) sesorang,  betapa pula kebanyakan manusia yang mendakwa bahawa mereka adalah guru ahli tasauf yang mursyid  tetapi banyak mengabaikan perkara-perkara yang sunnah dan masih mengerjakan perkara-perkara yang makruh atau sesuatu yang diharuskan secara berlebihan.  Mereka hanya mendakwa semata-mata sedangkan salah satu takrif Tasauf ialah "meninggalkan dakwa".  Sebenarnya  mereka masih terlalu jahil  dengan syariat malah lebih-lebih lagi dengan  thoriqat,  dan hakikat. Berhati-hatilah anda dalam memilih Sheikh atau Guru yang Mursyid.

    Berbalik kepada guru yang memarahi muridnya tadi.  Seterusnya beliau telah melengkapi lagi keterangan kepada muridnya dengan nasihat-nasihat supaya muridnya;

    Demikianlah wirid atau thoriqat dalam erti kata yang sebenarnya sebagaimana yang diisyaratkan oleh guru tersebut.  Jika dapat dilaksanakan sepenuhnya amalan-amalan dan hal-ahwal Rasulullah SAW. maka seseorang itu akan mendapat jalan atau thoriq yang sebenar-benarnya dengan tidak berhajat kepada penambahan wirid-wirid yang lain sebagaimana yang dipinta oleh murid tersebut kepada gurunya.

    Firman Allah Taala yg bermaksud:

    Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu  nescaya Kami akan memberikan minuman kpd mereka air yg segar dan banyak.(Al Jin : 16)

    Dan lagi  firman Allah Taala dlm surah Al-Imran : 31 yg bermaksud :

    Katakanlah Ya Muhamad kepada umat engkau, jika ada kamu kasih akan Allah, maka ikutilah aku supaya kasih pula Allah Taala akan kamu.

    Firman Allah Taala dalam surah AN- Nisa’ : 59 yg bermaksud:

     Hai orang-orang yg beriman taatilah Allah dan Taatilah Rasul(Nya)….

    Dan lihatlah pula Sabda Nabi Muhamad SAW. yg bermaksud:

    Syariat itu perkataanku, dan thoriqat itu perbuatanku dan hakikat itu ialah kelakuanku.

    Janganlah pula saudara menganggap bahawa,  kenyataan di atas seperti menafikan amalan atau wirid dari Thoriqat yang Khususiah seperti Al-Ahmadiyah,  Al-Syazaliyah,  Al-Kulwatiyah, Al-Naqsyambandiyah dan lain-lain lagi.  Thoriqat-thoriqat  ini merupakan jalan yang khusus dan terpimpin oleh Masyayeikh yang Mursyid dan ia adalah "salah satu jalan" atau cawangan dari jalan-jalan thoriqat yang boleh menyampaikan kepada makrifat dan hakikat.  Malahan ia adalah  jalan yang paling berkesan jika di bawah pimpinan yang betul dari Syeikh yang  telah mencapai Washil ilaLah.

    Benarlah kata seorang ahli sufi bahawa jalan untuk sampai kepada Allah itu sebilangan nafas yang ada pada makhluk. Semoga Allah mengurniakan Nur PetunjukNya untuk anda memahami selok-belok perjalanan ini.  "Sesungguhnya barangsiapa  yang Allah tidak berikan cahaya,  maka tidaklah ada cahaya baginya".  (Al-Quran)

    Keterangan Tok Pulau Manis yang seterusnya;

    Dan adalah yang melazimkan bagi demikian itu(pindah kepada Allah dan Rasul) empat perkara;

    Keterangan Suluk

    Untuk menetapkan dan memantapkan perjalanan(Hijrah) kepada Allah dan Rasul itu seseorang itu perlu berada dalam empat hal seperti berikut;

    Bersungguh-sungguh warak bermakna menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhat sama ada dalam pengambilan sesuatu rezeki atau dalam melakukan sesuatu amal.  Amal yang dilakukan dengan taklid atau tanpa ilmu yang shohih adalah tidak warak.

    Niat yang sudah baik hendaklah sentiasa diperbaiki dan dibersihkan dari kecenderungan kepada sesuatu yang bercampur dengan kepentingan diri atau syhawat yang bangsa dunia dan bangsa akhirat.

    Berkaitan dengan ikhlas ini,  telahpun dibincangkan dengan panjang lebar dalam tajuk "Shodiq dalam Ikhlas".

    Untuk melaksanakan sesuatu  amal ibadat dengan baik,  sempurna dan yakin benarnya,  Ilmu adalah tersangat penting dan menjadi keutamaannya seperti Firman  Allah Taala yang bermaksud;.

    Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.(Al-Haj:55)

    Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.(Saba-6)

    Mu'adz bin Jabal r.a berkata;  Belajarlah ilmu kerana;

    Untuk itu,  menuntut ilmu adalah merupakan perkara yang menjadi kemestian bagi sesiapa sahaja,  kerana dengan ilmu yang shohih sahajalah  syariat dapat ditegakkan,  dan dengan ilmu yang benar sahajalah thoriqat dapat diluruskan malahan dengan ilmu makrifat sahajalah hakikat dapat didirikan.  Benarlah kata orang-orang Sufi;

    Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.

    Keterangan Tok Pulau Manis yang seterusnya;

    Dan tiadalah sempurna bagimu  sekelian itu (dengan maksud tidak sempurna warak,  tidak sempurna membaiki niat,  tidak sempurna ikhlas dan tidak sempurna ilmu) melainkan dengan bersahabat [dengan] saudara yang sholeh dan Sheikh[guru] yang memberi nasihat.  Dan kerana inilah diisyaratkan Mualif dengan katanya;
     

    Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tiada mendirikan akan dikau halnya dan tiada menunjuk akan dikau atas Allah perkataannya; dan bersahabat engkau dengan orang yang ada ia dengan lawannya demikian itu; iaitu orang yang tiada mengetahui ia melainkan Tuhannya dan tiada menunjuk ia melainkan atas suatu yang ubudiyah.

    Keterangan Suluk

    Untuk sementara,  anda boleh mengikuti huraian dan keterangan mengenai Kalam Hikmah ini daripada Pengajian yang telah suluk lalui satu masa dulu di bawah tajuk "Hakikat Sahabat Sejati".

    Bersambung dalam pengajian berikutnya............Insya Allah.

    Allahhu A'lam


    [[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

    Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
    Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar