Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Ruh Akal Nafsu dan Qalbu

Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu pada hakikatnya adalah satu makna bahkan bersalahan pada mafhum maknanya jua. Maka Rasulullah membuat bandingan akan Qalbu sebagai raja yang memerintah yang ditaati oleh anggota-anggota lahir seperti sabdanya;

Sesunguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu [Riwayat Bukhari Muslim]

Qalbu dibaratkan pemerintah atau raja yang ditaati oleh segala rakyat. Jika pemerintah atau raja itu baik, maka baiklah sekalian rakyatnya. Yakni hati apabila disucikan atau dibersihkan daripada karat-karat dosa dan maksiat dengan diasuh dan dididik mengikut jalan thorikat Sufiah dengan sentiasa bermujahadah, maka akan timbul pada hati itu sinaran cahaya Nur yang dipertaruhkan oleh Allah kepadanya . Inilah maksud Imam Ghazali dengan katanya;

"Adalah hati itu makbul disisi Allah Taala;jika sejahtera ia daripada barang yang lain daripada Allah".

Ini adalah diisyaratkan kepada hati yang bersih yang mempunyai pancaran Nur. Maka hasil atas segala anggota yang zhohir daripada ibadat atau lain daripada segala sifat-sifat Mahmudah. Sebaliknya jika hati itu dibiar yakni mengikut hawa nafsu dan sentiasa membuat derhaka dan maksiat, maka hati itu terhijab daripada Nur dan terdinding dengan sebab karat dosa. Inilah maksud kata Imam Ghazali dengan katanya;

"Dan adalah hati itu terdinding daripada Allah Taala jadilah ia karam dengan lain daripada Allah Taala, maka kejahatan dan celaka itu pun dhohir atas segala anggota sebab mesra daripada karat hati yang Zulumah."

Maka dengan sebab itulah bersungguh-sungguh guru-guru Ahli Tasauf melalui Thorikat yang dinamakan Ilmu Suluk kerana;

Dan tak dapat tidak , awal-awal mereka yang hendak mengenal Tuhannya dengan jalan Zauk dan Wujdan perlu mengenali dirinya dahulu.Seperti bahawa;

Tajuk Seterusnya [Asal Kejadian Daripada Nur Muhammmad]

Kembali Ke Index Mengenal Diri Mengenal Allah

Sebarang kesamaran dan kemusykilan, silalah rujuk kepada guru yang ahli dan ilmu ini

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahnya