Di dalam buku ini dimuatkan sebanyak 30 buah resepi yang dimasak oleh
Norzailina dan 30 lagi oleh Noraini Adnan. Ia merangkumi masakan seharian
kita seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, Mee Kari, Mee Hailam, Lauk-pauk dan
beraneka kuih-muih asli serta moden seperti Kek Span Oren, Kek Keju dan
lain-lain lagi.
Apa yang penting di dalam buku ini, semua resepinya ditunjukkan secara
langkah demi langkah dan tips diberikan agar pembaca lebih mudah memahami
cara membuatnya. Anda tidak akan terbayang-bayang lagi bagaimanakah
rupanya masakan itu nanti kerana ianya ditunjukkan di dalam foto
berwarna-warni.
Jualan buku ini sudah mencecah 10,000 dan sentiasa mendapat sambutan
hangat. Jangan lepaskan peluang memiliki satu-satunya buku 'Langkah Demi
Langkah' yang akan melengkapkan koleksi anda!!! Tidak lama lagi juga
Norzailina akan memulakan pembikinan Buku Masakan Belajar memasak siri
kedua!