Pilih warna latar:
a. Ayat Pertama
Ayat pertama dalam perenggan pengenalan hendaklah
mengandungi takrif atau maksud atau sesuatu yang umum tentang tajuk karangan
itu. Misalnya:
Tajuk : Kemalangan jalan raya
Contoh 1
Kemalangan jalan raya biasanya melibatkan pengguna
jalan raya dan sering mengakibatkan kecederaan yang parah atau kematian
bagi pihak yang terbabit terutamanya pejalan kaki, penunggang motosikal,
atau pemandu kereta.
Contoh 2
Walaupun tidak ada sesiapa yang ingin terbabit
dalam kemalangan jalan raya, namun perkara yang tidak diingini itu sering
berlaku juga tanpa diduga.
b. Ayat Kedua
Ayat kedua dalam perenggan pengenalan menyentuh
isu semasa yang berkaitan dengan tajuk.
Contoh 1
Sejak akhir-akhir ini, kita dapati jumlah kemalangan
jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun walaupun pelbagai
usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Contoh 2
Sejak belakangan ini masalah kemalangan jalan
raya sering dipaparkan melalui media-media massa di negara kita.
b2. Ayat ketiga
Ayat ke tiga dalam perenggan pengenalan
merupakan huraian isu semasa dalam ayat ke 2.
Contoh:
Pada bulan Januari yang lalu, Jabatan Polis Trafik Wilayah Persekutuan telah mengesahkan bahawa tidak kurang daripada 350 kejadian kemalangan jalan raya telah berlaku di Wilayah Persekutuan sejak bulan Oktober hingga bulan Disember tahun 1995.
c. Ayat Keempat
Ayat keempat dalam perenggan pengenalan mengandungi
pendapat tokoh seperti pendapat menteri, pengarah, ketua polis, dan sebagainya.
Contoh 1
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan,
kebanyakan mangsa kemalangan jalan raya ialah penonggang motosikal dan
pejalan kaki.
Contoh 2
Menteri Pengangkutan Jalan Raya baru-baru ini
telah menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika berada
di jalan raya terutamanya sewaktu musim perayaan dan sewaktu cuaca buruk.
d. Ayat Kelima
Ayat kelima dalam perenggan pengenalan merupakan
pendapat penulis. Dalam ayat ini juga calon hendaklah cuba memberikan bayangan
berkaitan dengan skop atau isi yang akan ditulis. Namun begitu calon tidak
seharusnya menulis isi karangan dalam perenggan pengenalan ini.
Contoh 1
Walaupun kemalangan jalan raya boleh berlaku
pada bila-bila masa namun kita dapat berusaha untuk mengelakkan kemalangan
sekiranya kita lebih berhati-hati ketika berada dijalan raya.
Contoh 2
Walaupun pelbagai kempen telah dijalankan, kemalangan
jalan raya akan terus meningkat sekiranya tidak ada kesedaran serta kerjasama
di kalangan pengguna jalan raya sendiri bagi mengatasi masalah tersebut.
Contoh 3
Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu juga
memahami punca-punca kemalangan jalan raya itu sendiri.
CONTOH PENGENALAN KARANGAN
1.Penderaan Kanak-kanak
(A1) Penderaan kanak-kanak dapat ditakrifkan
sebagai suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap
kanak-kanak sama ada secara fizikal, mental atau seksual.
(A2) Sejak akhir-akhir ini, masalah penderaan
kanak-kanak didapati semakin menjadi-jadi.
(A3) Masalah yang menular di kalangan masyarakat
kita yang serius ini telah membimbangkan semua pihak.
(A4) Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Polis, sebanyak 130 kes penderaan telah dilaporkan sejak bulan Januari
tahun ini.
(A5) Pada hemat saya masalah ini perlu ditangani
segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
2.Pencemaran
(A!) Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai kesan
buruk sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh manusia yang mengakibatkan berlakunya
kerosakan alam sekitar termasuk udara, air, dan bunyi.(A 2) Baru-baru ini
kita telah dikejutkan dengan penemuan sisa toksik di sekitar Pulau Pangkor,
Perak yang mengakibatkan seluruh alam sekitarnya turut tercemar..(A3) Kawasan
lain yang turut terjejas ialah Pulau pinang dan jugak negeri Johor. (A4)
Menteri Sains dan Alam Sekitar menegaskan bahawa tindakan sewajarnya akan
diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.(A5)
Pada fikiran saya kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dalam
usaha menangani masalah pencemaran yang semakin meruncing di negara ini.
3. Masalah Remaja
(A1)Masalah remaja boleh dikaitkan dengan masalah-masalah
yang sering melanda remaja pada masa sekarang seperti kurang mendapat perhatian
keluarga, kekurangan didikan agama, pengaruh rakan sebaya, kekecewaan dalam
percintaan, kesempitan hidup kerana kemiskinan serta mudah terpengaruh
dengan budaya barat yang negatif.(A2) Dewasa ini masalah remaja kian membimbangkan
dan telah menular hampir di setiap sanubari remaja. (A3)Akibatnya, wujud
gejala-gejala sosial yang tidak sihat seperti tabiat melepak, dan
bohsia.(A4) Oleh itu, pihak kerajaan telah mengadakan beberapa program
dan aktiviti untuk membanteras gejala sosial ini seperti Program Rakan
Muda dan ceramah motivasi.(A5) Pada hemat saya, langkah-langkah yang berkesan
perlu dijalankan dari peringkat awal lagi seperti kata pepatah “ Kalau
hendak melentur buluh biarlah masa rebungnya”.
Seterusnya... |
GAMBARAN | WAWANCARA | PENDAPAT | PERBAHASAN |