Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KEFAHAMAN KLASIK
PANDUAN SPM

1. Soalan prosa klasik ialah soalan nombor 3b dalam Kertas 2 yang memperuntukkan 20 markah.

2. Soalan ini merupakan soalan pilihan, bermaksud sekiranya anda tidak mahu menjawab soalan ini, anda boleh menjawab soalan nombor 3b iaitu pemahaman sajak.

3. Baca petikan dengan teliti dan cuba memahami maksud serta isi-isi penting tanpa menghiraukan nama-nama watak atau nama tempat yang panjang dan boleh mengelirukan.

4. Sekiranya anda menemui perkataan yang anda tidak faham, cuba agak makna perkataan tersebut dengan berpandukan konteks ayat.

5. Ketika menjawab, gunakan bahasa moden dan jangan terpengaruh dengan gaya bahasa klasik.

6. Gunakan penanda wacana untuk menunjukkan kesinambungan dalam jawapan anda.

7. Jawab secara ringkas tetapi tepat dengan menggunakan beberapa ayat pendek untuk mengelak daripada melakukan kesalahan tatabahasa.

8. Gunakan bahasa sendiri dan jangan terpengaruh dengan ayat yang terdapat dalam petikan.

9. Tulis dengan cermat dan kemas supaya mudah dibaca oleh pemeriksa.

10.Semak jawapan anda.


MODEN           KLASIK           SAJAK

Muka Depan Kefahaman Merumus Tatabahasa Karangan