Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KEFAHAMAN SAJAK

 
 PANDUAN SPM

1. Baca petikan sajak sekurang-kurangnya 2 kali.
2. Anda perlu dapat menafsirkan kata atau rangkaian kata yang berfungsi sebagai simbol atau lambang atau kiasan bagi sesuatu maksud. Misalnya perkataan "bunga" mungkin membawa maksud: kekasih atau ibu atau negara, dan sebagainya.
3. Simbol yang terdapat dalam petikan sajak juga mungkin berbentuk "warna" seperti merah yang melambangkan kemarahan atau keberanian, biru yang melambangkan ketenangan, hijau yang melambangkan kedamaian dan kemakmuran, dan sebagainya.
4. Terdapat juga simbol yang berunsurkan masa seperti : lewat malam yang bermaksud usia yang sudah lanjut; waktu petang yang bermaksud sisa-sisa kehidupan; dan waktu subuh yang melambangkan kehidupan baru.
5. Baca soalan dengan teliti dan fahami betul-betul "kehendak" soalan tersebut.
6. Jawab dalam bahasa moden yang tidak terpengaruh dengan gaya bahasa dalam sajak tersebut.
7. Gunakan penanda wacana yang sesuai supaya terdapat kesinambungan dalam ayat anda.
8. Elakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang untuk mengurangkan kesalahan tatabahasa.
9. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah dibaca oleh pemeriksa.
10. Semak jawapan anda untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa dan sebagainya.

** Selang beberapa baris antara jawapan anda supaya anda dapat menulis jawapan tambahan  selepas itu sekiranya perlu.**


MODEN           KLASIK           SAJAK



Muka Depan Kefahaman Merumus Tatabahasa Karangan