|
Salam Sejahtera, Terlebih dari saya selaku ketua projek bagi menjayakan projek membuat laman web kelas 5 Bestari, SMK Bukit Lima 2002 ingin mengucapkan salam dan terima kasih ke atas individu-individu yang saya sebut kemudian ke atas kesudian bekerjasama dalam hal ini. Saya ingin mengucapkan semoga ahli-ahli 5 Bestari meliputi rakan sekelas dan guru-guru yang mengajar semoga berjaya dalam impian mereka. Okey, pertama sekali, berjuta-juta stanza sajak saya ingin lafazkan kepada rakan-rakan saya yakni Romzi dan Fairuz kerana sudi bersama-sama mencari bahan-bahan seperti gambar-gambar dan artikel untuk di isi dalam laman ini. Selepas itu terima kasih juga kepada member-member yang sudi menyumbangkan idea dan gambar terutamanya kepada Botiria, Rowina Nicole, Man dan lain-lain. Tak lupa kepada mereka yang sudi memberi artikel dan cadangan yang berguna bagi mengolah laman tersebut. Tak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada piak sekolah yang secara tidak langsungnya memberi informasi dan gambar-gambar di dalam majalah sekolah yakni pada keluaran jilid 4, jilid 6, dan jilid 7. Berikut merupakan orang yang menjadi tulang belakang dalam 5bestari.cjb.net:
Berikut ialah sumber-sumber yang kami perolehi:
v Mohd Romzi bin Lamat v Botiria ak. News v Rowina Nicole v Abdul Rahman bin Mohd Yakup v Abdul Alim bin Dee v Sian Wee Nee
Ilmu pengetahuan adalah factor utama yang menentukan kemampuan seseorang untuk bersaing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, teruskanlah usaha kita sgar lebih berjaya dan semoga rakan-rakan sekalian sudi melawat laman web ini dan mengimbau kenangan silam. Yang benar, Abu Sufian b Marzuki (Ketua Projek) |
|
Index
|
Suluh Budiman
|
Seloka 5B
|
Guestbook
|
E-mail |
|
|
|
|