Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

 
 

Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.


LAMBANG NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Lambang Mahkota menandakan Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah lambang agama Islam. Dua pucuk meriam membawa makna bahawa negeri ini sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor Kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang ini. Cogankata negeri ini ialah: