Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Bendera
Manusia merasakan perlunya satu simbol atau lambang sebagai tanda dirinya, keluarganya dan negaranya. Simbol-simbol tersebut mempunyai berbagai-bagai bentuk di mana salah satu daripadanya ialah bendera. Bendera telah mula digunakan semenjak kurun ke enambelas dalam bentuk, saiz, warna dan rekabentuk yang berbeza-beza. Penggunaan bendera yang awal dapat dikesan ialah bendera yang digunakan pada tahun 1122 sebelum masihi oleh Maharaja Chou di China. Maharaja Chou iaitu Pengasas Dinasti Chou menggunakan bendera atau banner berwarna putih. Dalam bahasa Inggerisnya, perkataan Flag berasal dari perkataan Old Saxon atau German, Flaken atau Fleogan yang membawa maksud mengibar atau mengapungkan di atas angin. Bagaimanapun kini perkataan bendera dikhususkan kepada rekabentuk kain yang dikibarkan dari tiang yang tegak (vertical staff). Hari ini bendera adalah lambang kewujudan dan kedaulatan sesebuah wilayah, negeri atau negara. Bendera berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. Pujangga pernah berkata 'Bendera adalah suatu perkara yang mudah iaitu tidak lebih daripada secebis kain berwarna. Walau bagaimanapun kerananya manusia sanggup bermati-matian'.

Bendera Negeri-Negeri

Perlis Indera Kayangan
Kedah Darul Aman
Pulau Pinang
Perak Darul Ridzuan
Selangor Darul Ikhsan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Negeri Sembilan Darul Khusus
Melaka Darul Azim
Johor Darul Takzim
Pahang Darul Makmur
Terengganu Darul Iman
Kelantan Darul Naim
Sarawak Bumi Kenyalang
Sabah Di Bawah Bayu


Penyelenggaraan dilaksanakan oleh
Unit IT Rumah Pengakap Perak