Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat. Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.
Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.