BERITA |
Penggerak Kecemerlangan Pendidik Guru Jilid 1 / April 1998
Penaung: Pengetua Penasihat: Timbalan Pengetua Pengarang
Kandungan Prolog Editor Review Dapatan Kajian Amalan Penyebatian Kemahiran Berfikir Dalam Proses Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu KBSR. Sorotan Penyelidikan
Pendidikan Imej-Imeh Saintis: Isu Jantina Dalam Kelas Sains Dan Kerjaya Saintis. Berita-Berita Penyelidikan |
PROLOG EDITOR Kualiti proses pengajaran pembelajaran merupakan sebuah kuasa yang utuh dalam menentukan tahap kemajuan pelajar dalam pendidikan. Walaupun kejayaan pembelajaran pelajar terdedah kepada pelbagai pengaruh di luar kawalan sekolah, faktor pembolehubah guru semakin diterima menjadi penentu kritikal pembentukan kuasa ini. Menangani tuntutan ini, para pendidik mempunyai obligasi tinggi membudayakan diri dengan pengetahuan dan ketrampilan sains pedagogi ke arah meningkatkan "profesional power" mereka dalam mendepani segala bentuk perubahan dan keperluan pendidikan kontemporari. Dalam konteks ini, penyelidikan pendidikan menjadi semakin signifikan sebagai wahana penjanaan dan pengembangan pengetahuan teori personal dan sumber maklumat yang lebih ampuh sebagai asas refleksi profesional ke arah "self renewing" para pendidik agar mereka lebih bersedia berdiri atas pemikiran sendiri; bertindak balas secara luwes terhadap pelbagai fenomena pendidikan; dan lebih mampu melonjak keluar daripada amalan ritual bilik darjah yang membekukan "learning zone" dalam perkembangan profesional mereka. Langkah BPG memasyarakatkan budaya penyelidikan sebagai sebahagian sasaran kerja tahunan pensyarah maktab, tidak harus disalahtafsirkan sebagai langkah untuk "menambahkan kerja" para pensyarah tetapi sebenarnya merupakan satu tindakan proaktif untuk melepaskan belenggu "duplicating experiences" di kalangan warga pendidik dalam usaha merealisasikan pendidikan bertaraf dunia dan kebestarian pendidikan alaf baru. |
---|