PENERBITAN DALAMAN
MAKTAB PERGURUAN PASIR PANJANG
JURNAL WACANA PENDIDIKAN 97 Jurnal ini merupakan satu pendokumentasian produk keilmuan dan keintelektualan yang menjadi tradisi dan budaya Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dalam usaha memperkayakan sumber rujukan dalam bidang pengurusan pendidikan dan perguruan. Penerbitan Jurnal Wacana Pendidikan memuatkan sebahagian besar daripada kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam Wacana Pendidikan. Boleh diperolehi: Jurnal Wacana Pendidikan 97, 96, 95 |
|
SUTERA Sutera adalah merupakan buletin Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Diterbitkan setiap semester , Sutera merakamkan berita, peristiwa dan aktiviti tentang M3P. Sutera juga memuatkan rencana, artikal dan juga laporan penyelidikan oleh pensyarah-pensyarah M3P. Penulisan berbentuk kreatif juga dimuatkan dalam buletin ini hasil karya warga M3P. Boleh diperolehi : Sutera tahun 1977, 1976 |
|
LAPORAN TAHUNAN Laporan Tahunan ini merupakan satu dokumen yang merakam segala aktiviti Maktab sepanjang tahun . Ia diharapkan menjadi rujukan dan panduan bagi tujuan dan pelaksanaan aktiviti pada masa hadapan. Boleh diperolehi : Laporan Tahunan 96, 94,93 |
|
BERITA PENYELIDIKAN Berita Penyelidikan ini memuatkan ulasan penyelidikan-penyelidikan tempatan dan antarabangsa terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk membudayakan warga pendidikan dengan maklumat emperikal berkaitan dengan core business institusi pendidikan ke arah merealisasikan 'pekerja berilmu . Dikeluarkan setiap dua bulan. |
|
MUTIARA Mutiara merupakan majalah rasmi Maktab yang merakam sejarah kegiatan dan aktiviti warga maktab. Ia dapat memberi gambaran yang nyata dan menyeluruh status maktab dan merupakan satu tanda ingatan di kalangan guru-guru pelatih. Boleh di perolehi : Mutiara Tahun 1997, 96, 95, 94 |
|
ANTOLOGI SAJAK SAHABAT Antologi Sajak Sahabat IV merupakan salah satu wadah mempertajamkan minda khususnya dalam penulisan. Ia adalah satu dokumentasian sajak-sajak yang ditulis oleh guru-guru pelatih serta pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Boleh diperolehi : Antologi Sajak Sahabat IV, III, II dan I |
|
BICARA BUKU
Bicara buku diterbitkan setiap minggu oleh Pusat Sumber Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Satu buah buku akan dibicarakan dalam setiap penerbitan. Bicara Buku dihasilkan oleh warga M3P. Boleh diperolehi : Siri 4, 3, 2,1 |
|
COMEL Majalah ini adalah merupakan satu bentuk dokumentasi yang merakamkan sejarah, kegiatan atau aktiviti-aktiviti kanak-kanak ANNEX Prasekolah Maktab Perguruan Pasir Panjang serta penglibatan guru-guru pelatih Prasekolah dalam meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. |
Untuk mendapat terbitan di atas, sila hubungi :
Setiausaha,
Jawatankuasa Penerbitan,
Maktab Perguruan Pasir Panjang,
Jalan Pasir Panjang,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.