Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Salamun Alaikum

AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.

Bacaan

Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 1 hingga 3.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 4 A.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 4 B.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 5 hingga 8.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 9 hingga 11.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 11 hingga 12.



Halaman Utama
link

Bab 1 – Salam

Bab 11 – Quran sebagai sumber hukum

 

"Sahaja aku nak tanya kamu, sebentar tadi sebelum kamu sentuh bab mati, kamu telah mengatakan bahawa Quran sahajalah sumber hukum. Tolong hurai sekejab kat aku. Boleh tak ?", pinta Pak Rashid.

 

"Macam syahadah yang kita telah bincangkan. Cuba Pak Rashid tengok dirumah Pak Rashid sendiri, disebelah nama Allah pasti ada nama Muhammad. Kalau dilihat ayat 39:45. "Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira". Kata ku.

 

"Macam tu juga, mesti ada satu kitab lain disamping Quran. 2:213. "Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia menghakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka memperselisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus". Kata ku.

 

"Cuba renung pada ayat-ayat dibawah". Kata ku lagi.

 

Ayat 3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

 

Ayat 4:105. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu. Maka janganlah kamu menjadi pembela pengkhianat-pengkhianat.

 

Ayat 5:49/50. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq. Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?

 

Ayat 6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan Al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."

 

Ayat 6:114/115/116. Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan.

 

Ayat 7:52. Dan Kami telah mendatangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.

 

Ayat 10:35. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang memberi petunjuk pada yang benar?" Katakanlah, "Allah, Dia memberi petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk ditakuti - orang yang memberi petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak memberi petunjuk kecuali dia mendapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?"

 

Ayat 18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat menukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu mendapati tiada perlindungan.

 

Ayat 30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

 

Ayat 49:16. Katakanlah, "Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah mengetahui segala sesuatu."

 

Ayat 50:45. Kami sangat mengetahui apa yang mereka mengatakan; kamu tidak memaksa mereka. Maka berilah peringatan dengan Al-Qur'an kepada orang yang takut akan ancaman-Ku.

 

Ayat 68:36. Mengapakah dengan kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?

 

"Cuba Pak Rashid perhatikan betul-betul, kesemua ayat-ayat diatas disuruh menghukum dengan Quran. Mungkin kerena degil atau masih jahil, arahan Tuhan diambil ringan. Tidakah kita takutkah kalau Allah bertanya kepada kita seperti ayat 68:36." Kata ku selamba.

 

"Walau bagaimana pun Pak Rashid, bukan semua orang hendak mengikut arahan Allah. Yang lebih penting dapur mesti berasap, cukup bulan ambil gaji, hal agama serah sahaja pada tok-tok iman, ulamak atau pun Pak Kiai". Kata ku lagi.

"Betul tu, yang ini aku sokong penuh". Kata Ustaz Harun. "Yang semua ayat-ayat Tuhan tadi Ustaz tak sokong ke ?". Tanya ku ringkas. Dia membuat mimik muka masam.

 

"Cuba Ustaz lihat, ayat 2:41, 3:199, 5:44, 9:9 supaya jangan menjual ayat Allah dengan harga sedikit, maka dengan tawaran gaji RM 4000 atau RM 5000 sahaja, disandarkan pula dengan satu jawatan sedikit maka ayat Allah telah tergadai". Kata ku lagi.

 

"Ini bahaya besar". Sampuk Pak Rashid. "Betul, sebab tu Allah berfirman ikutlah orang yang tak ambil upah". Jawap ku selamba.

 

 

 

Bab 12 – Quran – bagi yang tidak beriman

 

"Cuba tengok ayat 3:78. "Dan antara mereka, ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada Allah", tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.". Kata ku lagi.

 

"Ini kerja puak Yahudi dan Nasrani", sapuk Lebai Ngah.

 

Aku sambung dengan ayat 4:46. "Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", memutarbalikkan lidah mereka dan memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Awasilah kami", tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak mempercayai kecuali sedikit". Kata ku lagi.

 

"Bukan setakat itu sahaja Allah telah berfirman 7:146. "Aku akan memalingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang menyombongkan diri di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka melihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mempercayainya, dan jika mereka melihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka melihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu ialah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya". Jelas ku lagi.

 

"Macam tulah gayanya. Kalau kita khabarkan yang betul, mesti mereka tak suka, seperti ayat 10:15. "Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah Al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

 

"Sekali lagi 10:15, nampak gaya tidak ada Sunnah Nabi lagi kan". Kata ku sambil tergelak kecil.

 

Melihat mereka sedang tekun memikirkan sesuatu, lalu aku membaca ayat 13:1. "Alif Lam Mim Ra. Inilah ayat-ayat Kitab; dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai". kata ku lagi.

 

"Nampak gaya kamu, ni bantai kami habis-habisan". Sindir sang Ustaz.

 

"Bukan dia kata, dia cuma baca jer". Si Wak mula memberi sokongan kembali.

Brahim tersenyum. Lalu membaca ayat-ayat berikut.

 

Ayat 17:45. Apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami meletakkan antara kamu dan orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, satu tabir yang mengadang,

 

Ayat 17:46. Dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam Al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.

 

Ayat 18:57. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.

 

Ayat 27:1 hingga 6. Tha Sin. Inilah ayat-ayat Al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin, Yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan yakin akan akhirat. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, Kami menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat. Kamu menerima Al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.

 

Ayat 47:24. Apa, tidakkah mereka merenungkan Al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?

 

Ayat 7:176. Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan.

 

"Cuba perhatikan betul-betul ancaman Allah daripada ayat-ayat diatas, rasa takut tak ?". Aku bertanya mereka.

 

"Takut nanti jadi seperti 62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim". Kata ku lagi.

 

Ayat 7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

 

Ayat 2:18. Pekak, bisu, buta; maka mereka tidak akan kembali.

 

"Tadi Allah buat macam persamaan anjing, sekarang Allah membuat persamaan lagi teruk, iaitu lebih sesat dari binatang ternak. Binatang ternak itu macam ayam, itik, lembu, kerbau, kambing, unta ataupun babi". Kata ku lagi.

 

 

Bab 13 – Syirik

 

"Sebenarnya Ustaz Harun, Lebai Ngah, Pak Rashid dan Wak Seman, kita ini telah terperangkap oleh agenda sekutu-sekutu Allah. Mereka nak kita bersama dengan mereka dalam neraka, jadi kita terpaksa membebaskan diri kita dari belengu mereka". Kata ku lagi.

 

"Cuba Ustaz lihat pada ayat 6:137. "Demikianlah sekutu-sekutu mereka menampakkan indah bagi kebanyakan orang yang menyekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan". Kata ku.

 

"Lihatlah pada hari ini, kita ada berpuluhan macam mazhab. Ini telah membuka ruang pada sekutu-sekutu Allah untuk mengelirukan kita, akhirnya kita pun terjebak, lalu kita mengabaikan perintah Tuhan. Hak telah bergaul dengan Bathil. Sesiapa yang mengikut arahan Tuhan, sudah dikira pelik pada mata masyarakat. Dia akan dipulau, dicaci-maki dan dihina. Seperti biasa, Ulamak dengan girangnya akan siap sedia untuk memberi dia cop sesat dan murtad". Kata ku penuh bersemangat.

 

"Sampai kesitu pula kamu". Sindir sang Ustaz.

 

"Ya… murtad kena bunuh". Kata ku lagi.

 

"Dan diakhirat kelak, Allah akan tanya kita satu soalan, iaitu mana dia sekutu-sekutu yang kita mendewa-dewakankan itu ?" "Cuba tengok ayat 6:22, 10:28, 16:27, 18:52, 28:62, 28:74, dan 41:47". Kata ku.

 

"Ayat 42:21. "Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih". Kata ku lagi.

 

"Sebenarnya Ustaz Harun, Lebai Ngah, Pak Rashid dan Wak Seman, sekutu-sekutu Allah hanya menginginkan supaya manusia melakukan Syrik pada Allah, 4:48. Allah tidak mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Sesiapa menyekutukan Allah, sungguh dia mengada-adakan dosa besar." Dan ayat 4:116. Allah tidak mengampunkan apa yang dengan-Nya dipersekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh". Ujar Brahim dengan penuh semangat.

 

"Seterusnya amalan Syrik ini amat senang terjadi misalnya dengan penyembahan manusia (7:194), pengambilan Anak Lembu (2:51), patung-patung (6:74), menjadi hamba selain dari hamba Allah (3:79), mengambil malaikat atau nabi sebagai Tuhan. (3:80), menggambil hamba-hamba Allah sebagai Tuhan (18:102), mengaku Nabi Isa sebagai Tuhan (5:72) mentaati syaitan (6:121), mengambil habr/rahib/Nabi Isa sebagai Tuhan selain daripada Allah. (9:31), mengambil pelindung-pelindung selain daripada Allah.(39:3), menyembah jin (34:41); anak–anak (7:190), buah-buahannya (18:42), kecintaan pada benda-benda (38:32) dan ego sendiri 25:43/45:23". Aku berhujah.

 

"Lalu, kenalah dengan ayat 21:98. "Sesungguhnya kamu, dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah, adalah bahan bakar untuk Jahanam; kamu akan turun kepadanya". Kata ku lagi.

 

"Cubalah tanya pada diri kita sendiri, masihkah kita sembah sekutu-sekutu Allah dan pada masa yang sama kita meyembah Allah?." Tanya ku lagi.

 

Semua diam kaku. Mungkin si otak sedang bekerja keras memikirkan adakah dia sedang menyembah satu Tuhan, dua Tuhan, tiga Tuhan atau beribu-ribu Tuhan.

 

 

 

Bab 14 – Tugas orang mukmin

 

"Cuba Brahim khabarkan kepada kami secara ringkas apa harus orang kami buat ?". Tanya Ustaz Harun. Lebai Ngah pula mula menguap panjang.

 

"Esoklah kita sambung". Kata ku. "Lebai pun dah menguap". Aku sambung berbicara. "Teruskan, aku tak pernah pun dengan ceramah macam ni, sambunglah". Pinta Lebai Ngah sambil mencuit paha ku.

 

"Ini bukan ceramah, ini ayat Quran. Kita sama-sama baca dan bawa berbincang". Kata ku sambil menoleh pada Lebai Ngah. "Sekejap saja tau". Kata ku lagi. Sesekali angin sejuk menderu, meremang bulu romaku. Aku membaca beberapa potong ayat.

 

* Berimanlah kepada Allah, lakukan kebaikan, dan percayalah kepada-Nya. 

  (2:62/112; 11:123)

* Sembahlah Allah saja dan jangan sekutukan Dia dengan sesiapa atau sesuatu 

  apapun. (17:22~23)

* Hormati dan muliakan kedua-dua ibu-bapa. (17:23~24)

* Menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar. (3:104)

* Cintailah Allah melebihi segalanya serta berjuanglah di jalan-Nya, dengan 

  harta dan jiwa, jangan menjual ayatNya dan jangan takut kepada manusia, 

  tetapi takutlah kepada Allah. (4:75; 5:44; 9:111; 33:39)

* Lakukan solat dan ibadah lain, tanpa bertengkar tentang kaedah, keluarkan

  zakat. (22:67; 29:45; 98:5; )

* Bertindak adil dan hukumlah mengikut undang-undang Allah . (4:58/135; 5:8; 

  5:44; 7:28~29)

* Taatilah pemimpin yang adil, hormati dan sokong mereka, tetapi usah

  mendewakan mereka. (4:59)

* Jadilah insan yang sentaisa belajar dan berani, (2:30~34; 4:75)

* Berbuat kerja kebaikan, jangan ego dan bodoh sombong. (31:18, 2:54; 17:37;

  25:43)

* Beri salam kepada semua orang, sederhana bila berjalan dan jangan meninggi

  suara. (4:86; 4:148; 31:19 dan 26:53)

* Jangan taksub kepada kaedah, bersatu dan jangan bermusuhan. (2:67~71; 3:103;

  22:67)

* Berbuatbaiklah, jangan membuat kerosakan di bumi. (28:77)

* Selamatkan nyawa dan jangan bunuh kecuali pada jalan keadilan. (17:33)

* Jangan bunuh anak-anak kerana takutkan kemiskinan. (17:31)

* Jangan amalkan riba, tetapi amalkan sedekah. (2:275~80)

* Menulis hutang, berlaku jujur dalam semua urusan kewangan dan ekonomi.

  (2:282; 6:152)

* Berundinglah untuk menyelesaikan masalah. (3:159; 42:38)

* Jangan terima maklumat yang tidak sahih. (17:36)

* Dengar semua pendapat dan ikut yang paling baik. (39:18)

* Bacalah untuk mengetahui. (96:1~5)

* Berperang/bergerak dalam barisan/stretegi. (61:4)

* Tunaikan janji, amanah, jangan makan harta anak yatim. (17:34)

* Jangan lupa pada anak yatim dan beri makan pada org miskin (107:2~3)

* Jangan lakukan rasuah. (2:188)

* Jangan boros dan bazir, tetapi jangan bakhil. (17:26~29)

* Bersedekahlah kepada fakir, miskin, berhutang dijalan Allah, musafir dan 

  sanak-saudara(9:60; 17:26)

* Orang mukmin itu bersaudara dan perdamaikanlah saudara. Elak daripada syak-

  wasangka, intip-mengintip dan kata-mengata antara mukmin. (49:9~10/12)

* Tekunlah mengerjakan pekerjaan baik dan jangan takut menghadapi kesulitan dan

  kesusahan. Kejayaan hanya datang selepas kesusahan. (2:45/177; 94:5~8)

* Gunakanlah akal,contoh sejarah, dalam memahami dan melaksanakan perintah-

  perintah Allah. (2:164; 3:137 7:179; 8:22; 10:100; 12:111; 30:9; 35:44;

  40:21/82 50:6; 40:57 )

* Bercakap benar. Jangan bohong, walaupun muslihat disahkan terhadap musuh.

  (8:8; 25:72; 33:70; 12:70~81)

* Berkahwinlah sesama mukmin, jangan kahwini orang kafir, dan jangan berzina. 

 (5:5; 30:21; 17:32)

* Bekerjasamalah pada jalan kebaikan; jangan bekerjasama pada jalan kejahatan. 

  (5:2)

* Makan dan minumlah dengan sederhana (7:31)

* Elak arak dan judi. (2:219)

* Pakailah Pakaian yang sopan. (24:30~31)

* Jadilah seorang pengampun dan pemaaf. (3:134, 42:40~43)

* Jangan persenda dan perolok-olok satu sama lain. (49:11)

* Jangan tanya perkara-perkara kecil dan yang tidak berfaedah. (2:67~71;  

  5:101~02; 22:67)

* Berseru dengan bijaksana dan teguran yang baik (16:125, 6:51)

* Minta pertolongan Allah dari syaitan yang direjam (7:200)

 

"Maka itulah secara ringkasnya". Kata ku lagi. "Macam mana boleh terima tak ?".

 

Aku tanya mereka. "InsyaAllah". Ringkas sahaja jawapan mereka. "Alhamdulilah". Kata ku.

 

"Lihatlah ayat 3:31 Katakanlah, "Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih". Kata ku lagi.

 

"Marilah kita merenung ayat 6:112/113. "Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan perkataan-perkataan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan. Dan supaya hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat condong kepadanya, dan supaya mereka sangat berpuas hati dengannya, dan supaya mereka memperoleh apa yang mereka memperolehkan". Kata ku lagi.

 

"Marilah kita berhenti dari perjuangan dan perbuatan yang tak berfaedah ini, masa untuk kita semakin hari semakin suntuk. Ingatlah pada ayat 17:36 "Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya". Kata ku lagi.

 

"Kuatkanlah hati kita dengan janji Allah seperti ayat 33:56 "Oleh itu Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung ". Kata ku bersahaja.

 

"Pada ayat 2:42 "Dan janganlah mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya". Kata ku lagi.

Ayat 8:27 Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengkhianati Allah dan rasul, dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat kamu sedang kamu mengetahuinya.

 

Ayat 18:106 Itulah balasan mereka - Jahanam, kerana mereka tidak percaya, dan mereka mengambil ayat-ayat-Ku, dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olokan.

"Hari hampir pagi, rasa-rasa cukuplah tu….". Aku meminta simpati. "Kira semua, saya belanja". Kata ku.

 

"Tak apa Brahim, kami belanja, apa yang kamu katakan itu telah membuka ruang dalam kepala otak kami untuk kami berfikir". Kata Ustaz Harun. "Betul tu Brahim". Sampuk Lebai Ngah. "Apalah ada sangat pada kopi dan teh ini jika dibandingkan dengan apa yang kau cakapkan ini, Brahim". Pak Rashid bersuara.

 

"Bukan begitu, kalau nak belanja saya, tunggu bila saya balik cuti lagi, tapi malam ini saya sangat-sangat nak bayar kerana saya terasa macam ada upah pula. Allah telah larang kesemua para Nabi dan orang-orang yang beriman untuk tidak mengambil upah dalam menyampaikan ayat-ayatnya seperti ayat 6:90, 10:72, 11:29, 11:51 12:104, 25:57, 26:109/127/145/164/180, 34:47, 36:21, 38:86, dan 42:23". Kata ku lagi.

 

Aku meletakan RM 30.00 diatas meja. Aku simpan Quran dan Bible kembali kedalam beg galas ku. Aku bersalaman dengan Lebai Ngah, Pak Rashid, Wak Seman dan Ustaz Harun. Aku hendak menyusur pulang. Jam didinding warung sudah mencecah 5.30 pagi. Ayam jantan mula berkokok riang menandakan malam yang dingin ingin mengundurkan diri. Sang mentari hendak silih berganti.

 

"Brahim, teringat aku ayat 57:20. "Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan dimana tanamannya mengagumkan orang-orang yang tidak percaya; kemudian ia menjadi kering, dan kamu melihatnya menjadi kuning, kemudian ia menjadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan keampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan". Ustaz Harun berkata.

 

"Betul". Jawap ku ringkas. Aku mula melunjur untuk membetulkan badan ku yang telah letih.

 

Bila aku hendak bangun tiba-tiba terdengar perkataan "Salamun Alaikum". Ustaz Harun rupanya. Aku tersenyum kerana aku terlupa untuk memberi salam.

 

"Salam" jawap ku ringkas. "Alhamdulilah" bisik hati kecilku lantas aku teringat kembali pada surah 103:3 "Supaya saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar".

 

"Alhamdulilah, marilah kita sama-sama memuji kehadrat Allah, saya teringat akan satu surah pendek yang ada tiga ayat 110:1 hingga 3. " Apabila datang pertolongan Allah, dan kemenangan, Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan, Maka lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat". Pinta ku lagi.

 

"Allah menyebutnya sebagai agama Allah". Kata ku lagi cuba mengakhiri perbualan.

 

"Baiklah, ini soalan terakhir saya, adakah dengan ini bermaksud kita telah menolak kerasulan Nabi Muhammad atau tidak mengiktirafkan Nabi Muhammad ?". Aku bertanya.

 

"Tidak, sekali-kali tidak". Jawap sang Ustaz.

 

"Habis tu, apa yang kita tolak ?". Aku terpaksa bertanya lagi. "Macam fitnah dan tokmah yang konon-kononnya dipanggil hadis sahih yang telah dilemparkan oleh anasir-anasir jahat terhadap Nabi Muhammad, Quran dan Allah". Wak Seman menyampuk.

 

"Jadi, kalau kita kembali pada ajaran Allah yang suci murni ini berpandukan hanya pada Al Quran satu-satunya, adakah kita dikira murtad ?". Aku bertanya lagi.

 

"Murtad. Ya, murtad pada masyarakat". Jawap Pak Rashid selamba.

 

Semua yang ada ketawa terbahak-bahak melihat mimik muka Pak Rashid.

 

"Kalau macam tu, aku rasa malam ini aku juga aku telah murtad. Aku nak masuk agama Allah". Jawap Lebai Ngah.

 

"Habis, Lebai tak takut pada masyarakat ?". Aku bertanya lagi.

 

"Cukup takut dengan satu Tuhan saja". Pendek saja jawapan si Lebai.

 

"Habis tu, tak takut kena rejam sampai mati ?". Aku meyindir.

 

"Sekarang dah kebal". Pak Rashid menyampuk.

 

Semua yang ada turut ketawa terbahak-bahak. Aku juga kagum dengan keikhlasan Lebai Ngah. Sekali lagi aku lihat pada beg galasku. Aku berfikir sejenak. Aku buka kembali beg hijau tua itu dan dengan perlahan aku keluarkan kembali Quran dan Bible.

 

"Ini Quran dan ini pula Bible. Kajilah. Selagi hayat dikandung badan carilah kebenaran. Jangan pula ambil apa yang saya kata ini untuk dijadikan kitab-kitab penganti Quran atau sebagai rumusan atau sebagai ringkasan Quran. Berhati-hatilah, kita sekarang berada di dipersimpangan dilema. FIRDAUS atau JAHANAM - satu pulangan abadi". Kata ku sambil menoleh pada sekian yang ada.

 

"Ingatlah, setelah kita kembali kepada Allah satu-satunya, musuh-musuh kita akan betambah ramai, terutamanya syaitan, yang akan memerangkap kita dijalan yang lurus, perhatikan juga ayat 7:16, dan ayat 17:64. "Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak menjanjikan mereka kecuali tipuan". Kata ku lagi.

 

Perlahan Wak Saman meyambut kedua-dua kitab tersebut. Berat rasanya untuk kakiku melangkah pergi. Masa aku melintasi jambatan gantung, terlintas dihatiku ayat 56:79. "Tiada yang menyentuhnya kecuali orang-orang yang dibersihkan".

 

Sekian.

 

Queen Alya International Airport.

mohamedibraheem@yahoo.com

 

 

 

View My Guestbook
Sign My Guestbook