AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.
Bacaan
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 1 hingga 3.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 4 A.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 4 B.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 5 hingga 8.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 9 hingga 10.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 11 hingga 12.
Laman Utama
link
Masing-masing tidak berubah tempat. Beberapa pasang bola mata
masih memerhati pada ku. Bau kretek dan curut sudah menjadi sebati. Agak aku
semua nyamuk telah rebah menyembah bumi. Lebai Ngah, Ustaz Harun, Pak Rashid,
dan Wak Seman masih menjadi penghuni setia.
"Kalau begitu apa pasal ulamak-ulamak tu tulis kitab-kitab
?". Lebai Ngah kembali bersuara. "Mereka bangun malam, sembahyang
berakaat-rakaat dan berpuasa pula di siang hari hanya untuk menulis sebuah
kitab semata-mata mencari keredo’an Allah". Wak pula menyampuk.
"Oh, mencari keredo’an Allah dengan kitab-kitab yang
bercanggah dengan Quran tu ka ?". Tanya ku.
"Budak bertuah ni tak sayang mulut. Iskkkk, aku sepak
kang". Bentak si Ustaz Harun.
"Sebagai permulaan, Allah kata mereka akan mendapat tiga
kali celaka dalam ayat 2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis
al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini
daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit;
kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka menulis, dan
kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka". Kata ku lagi.
"9:9. Mereka menjual ayat-ayat Allah untuk harga yang
sedikit, dan menghalangi daripada jalan-Nya; sesungguhnya amatlah jahat apa
yang mereka buat." Kata ku lagi.
"Mengapa Ustaz marah saya bila saya kata kitab-kitab
tersebut bercanggah dengan hukum Allah ?". Aku minta penjelasan.
"Mereka imam besar, imam hebat, bukan setaraf dengan kamu,
takan pula mereka ingin menyesatkan kita, lainlah orang macam kamu !".
Ustaz mula menyindir.
"Kalau Ustaz nak marah sekalipun, janganlah pada saya, saya
hanya membaca ayat-ayat-Nya. Kalau nak marah juga, marah sajalah pada
Tuhan". Aku merayu simpati.
"Macam si Nik Aziz yang berfatwa bahawa Allah telah
mencarut dalam Quran. Dia sanggup menipu menggunakan nama Allah, hanya untuk
mempertahankan sebuah buku yang ditulis oleh anak buahnya ." Kata Ku.
"Woi, nama Nik Aziz jangan sekali kau sebut. Dia tu ulamak
besar". Sampuk Pak Rashid lagi.
"Maaflah, Pak Rashid. Saya terlupa. Adakah dia tu maksum ?.
Kalau macam tu, dia lebih hebat dari Nabi, kerana Nabi sendiri kena tegor oleh
Allah di beberapa tempat". Tanya ku lagi.
Pak Rashid tertunduk bisu. Mata dia liar, mungkin mencari hujah.
"Dia orang ilmuan", katanya lagi. "Hang tak baca biograpi dia
?". Tanya Pak Rasid bertalu.
"Baca, nak saya ulas buku tu ?". Tanya ku lagi.
"Kalau berani". Sepatah kata Pak Rashid.
"Baiklah, buku biografi Dato’ Nik Aziz Nik Mat ditulis
untuk mengampu. Susur galur keluarga Nik Aziz (muka 6) dalam salasilah ini
terdapat seorang Puteri bernama Puteri Sadong yang telah membunuh suaminya
bernama Raja Abdullah dan seorang lagi ahli salasilah ini yang bernama Raja
Abdul Rahim telah mengganti Raja Abdullah. Raja Abdul Rahim seorang pemerintah
yang "zalim sehingga membawa implikasi kepada pembunuhan baginda
sendiri." Keadaan juga " malap ketika pemerintahan Long Sulaiman. Beliau
terbunuh dalam satu perselisihan faham dan ditikam oleh mentuanya
sendiri."
Pembunuhan, komplot dan perselisihan faham telah mengambil
tempat dalam warisan sejarah ini yang turut mempunyai metosnya yang tersendiri
sehingga membuat Dewan Ulama PAS terpaksa berdiam diri, bilamana Nik Aziz
mengatakan bahawa "keturunan raja Jembal dilarang makan rebung buluh
betung…" Mengikut mitos ini pula sesiapa keturunan Raja Jembal yang makan
rebung buluh betung akan diserang "kudis besar di seluruh badan". Disini
letaknya satu jalan untuk Nik Aziz membuktikan kesahihan salasilahnya.
Nik Aziz dikatakan melanjutkan pelajaran ke "Universiti
Deobond, India" pada 1952. Sebenarnya tidak pernah wujud sebuah
"Universiti Deobond" di India. Deoband di utara Uttar Prodesh memang
masyhur dengan Madrasah Darul Ulum Deoband yang melatih pelajar India menjadi
‘ulama’. Selain dari Deoband, madrasah Darul Ulum juga terdapat di Lucknow,
Hyderabad, Mumbai dan tempat lain di India. Walaupun masyhur, madrasah ini
tidak bertaraf universiti (jamiah).
Sesudah habis belajar Nik Aziz kembali ke kampung "dengan
berpakaian kemas, bertali leher dan berkasut kilat". Hampir seminggu
beliau tidak dapat mandi apabila melihatkan air perigi yang begitu keroh".
Kata ku lagi.
"Nah, saya nak bagi pula fatwa Nik Aziz melawan perintah
Tuhan. Pertama, pada mukasurat 45, Nik Aziz berkata "Akidah adalah satu
manifestasi atau konsekwensi daripada, iman" dan juga bahawa
"rentetan daripada iman itu akan melahirkan suatu penyerahan diri kepada
Allah secara total". Maksudnya, seseorang perlu beriman dulu sebelum dia
boleh menyerah diri (Islam) kepada Allah, sebaliknya, ajaran Allah dan
Rasul-Nya pula berbunyi demikian: "Orang Arab berkata, kami sudah beriman.
Katakanlah, kamu belum beriman tetapi katakanlah kami sudah menyerah diri
kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan
Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun amalanmu, sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang" (Surah 49:14)". Kata ku lagi.
"Kedua, tentang masalah kemiskinan di Kelantan, Nik Aziz
berkata, kemiskinan tidak boleh dibasmi dan istilah 'membasmi kemiskinan’
adalah khayalan (muka 135). Ini kerana kemiskinan "adalah ciptaan Tuhan
yang mesti diterima oleh manusia". Dalam Ucapan persidangan Dewan Undangan
Negeri Kelantan, 23 April 1991, Datuk Nik Aziz Nik Mat, misalnya pernah berkata
dalam ucapanya sebagai Menteri Besar: "Membasmi kemiskinan adalah satu
perkara yang berada di luar kebolehan manusia kerana ia adalah ciptaan Tuhan
yang mesti diterima oleh manusia. Kemiskinan tidak boleh dibasmi tetapi hanya
boleh dikurangkan. Oleh itu istilah membasmi kemiskinan adalah khayalan",
sebaliknya Allah telah menegaskan "Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan dan
menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan
pemberian-Nya dan Allah Merangkumi, Mengetahui" (2: 268). Oleh itu jelas
di sini, Nik Aziz telah menjanjikan kemiskinan seperti janji syaitan".
Kata ku sambil menghirup saki baki kopi.
"Anehnya, tidak ada juga industri kain jubah, topi kopiah,
atau industri serban tok guru yang dibangunkan oleh kerajaan PAS, malah, kain
sejadah, kain jubah dan kopiah juga diimport dari Taiwan dan China. Tetapi,
golongan-golongan penipu ini masih mengaku kononnya MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
walaupun kilang kain batik rakyat sendiri tertutup. Mereka berpegang kepada
falsafah songsang padang pasir yang sedikit sekali berkaitan dengan ajaran
Allah dan Rasul-Nya". Kata ku lagi.
" Ayat (3:112) Mereka itu ditimpa kehinaan di mana mereka berada,
kecuali (mereka berpegang) dengan tali dari Allah dan tali (perdamaian) dari
manusia; dan mereka itu kembali dengan mendapat kemurkaan dari Allah serta
ditimpa kemiskinan. Demikian itu, kerana mereka kafir akan ayat-ayat Allah dan
membunuh nabi-nabi tanpa kebenaran. Demikian itu sebab mereka itu derhaka dan
melampaui batas". Kata ku lagi.
"Walapun Tuhan kata macam tu, tetapi orang bodoh berani
pula berkata: "Kemiskinan adalah suatu fenomena atau sunnah alam yang
kekal berjalan seiring dengan rentetan hidup setiap manusia" semata-mata
untuk mengelak rakyat jelata daripada menyoalkan kegagalan mereka membasmi
kemiskinan". Kata ku lagi.
" Adakah bencana kemiskinan yang menimpa penduduk Kelantan
terhasil daripada kedaifan pemikiran Nik Aziz yang rela mendusta ayat Allah supaya
lebih mudah membohongi orang mengenai kemiskinan dan bekerjasama dengan syaitan
?". Tanya ku pada mereka.
Malangnya tiada hujah bantahan.
"Ketiga, Nik Aziz merakamkan keseronokan menggila PAS
memenangi Kelantan pada 1990. Dia menyifatkan kemenangan itu hasil daripada
"kerjasama antara malaikat di langit dengan para pengundi di bumi"
sebaliknya, kejayaan PAS di Kelantan melalui pertolongan Tengku Razaleigh dan
lebih daripada 250,000 ahli UMNO yang menyokong Tengku Razaleigh pada masa itu.
Jadi malaikat PAS sebenarnya ialah Tengku Razaleigh dan lebih daripada 250,000
ahli UMNO". Kata ku lagi.
"Keempat, Nik Aziz pula mengatakan "Islam dan sistem
politiknya tidak perlu bersandar atau bersaing dengan sebarang fahaman,
ideologi atau isme-isme rekaan manusia." Ini satu lagi kes cakap tak
serupa bikin oleh PAS sebab agama sosialisme anutan DAP sekarang bersuara
dengan begitu lantang bahawa PAS tidak akan dibenarkan bertanding lebih
daripada satu pertiga kerusi Parlimen supaya PAS tidak berpeluang menubuhkan
kerajaan Islam". Kata ku.
"Demikianlah antara kandungan biografi Nik Aziz yang
ditulis oleh seorang tukang bodek yang tanpa segan silu menulis dalam prakata
biografi ini, "Pengalaman dan dasawarsa masa tidak dapat membohongi diri
saya bahawa beliau (Nik Aziz) sememangnya seorang personaliti yang menjadi
idola setiap lapisan masyarakat...". Tujuannya ialah untuk menjunjung Nik
Aziz menjadi 'idola' atau berhala yang pemberi panduan bagi pengikutnya yang
daif, dan sudah tentu biografi ini akan diletakkan di suatu tempat yang sangat
tinggi, sila perhatikan firman Allah "Syaitan telah menguasai mereka, dan
menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan;
sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi !".
(58:19)". Kata ku lagi.
Brahim mencapai teko kopi. Dia tuang dalam cawan. Semua mata
tertumpu padanya. Dia selamba.
"Tadi nombor berapa ?". Tanya si Brahim.
"Empat". Jawap si Lebai.
"Kelima, setelah Nik Aziz dikritik hebat, dia telah
mempertahankan dirinya disebuah stadium, antara hujahnya ialah:
Dia ambil ayat 2:18, "Pekak, bisu, buta; maka mereka tidak
akan kembali".
(2) (2:65), "Dan sesungguhnya kamu mengetahui orang-orang
antara kamu yang mencabuli Sabat, dan Kami berkata kepada mereka, "Jadilah
kamu beruk, menyelinap dengan melarat."
(3) (7:179) "Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan
manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka
mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga,
tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak,
tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang
lalai".
(4) Masa di Hudaibiyyah. Hudair bin Warqa’ bercakap perkara yang
paling tidak menyenangkan hati Rasulullah, dan tidak menyenangkan
menteri-menteri Nabi termasuk Saidina Abu Bakar. Bila Saidina Abu Bakar
mendengar perkataan-perkataan yang pelik keluar daripada Hudair,
memperlekeh-lekehkan Islam sambil dia pegang janggut Nabi, lepas itu dia tolak
dengan hulu pedang. Lepas itu dia kata lagi perkataan-perkataan yang tidak
menyenangkan.
Lalu Saidina Abu Bakar bangun dan berkata
"unsus-bunzur-latt" didepan Nabi. ‘Unsus’ maknanya jilat, hisap
olehmu. ‘Buzur’ maknanya kemaluan. ‘Latt’ nama bagi tuhan musyrik Quraisy.
Maknanya "hisap oleh mu kemaluan Latt".
Ini perkataan mencarut yang keluar dari mulut Saidina Abu Bakar
didepan Nabi, dan Nabi tak berkata apa-apa. Nabi bagi peluang kepada Saidina
Abu Bakar mencarut didepan dia sendiri. Nabi tak kata apa walaupun perkataan
yang begitu sekali hina. Cerita ini ada dalam "Sirah Nabawiyyah"
karangan Dr. Said Ramadhan Al Butti.
Apa yang boleh dihujahkan lagi, ayat 2:18, 2:65 dan 7:129 tidak
ada perkaatan mencarut dan cabul sama sekali. Cuba guna akal kita yang waras
untuk menghakim hujah Nik Aziz". Kata ku panjang.
"Aku pun tak nampak mencarut disini" kata si Lebai
pada Pak Rashid.
"Lebai, apa yang pasti Quran itu bahasanya indah, sebagai
contoh, seperti ayat 5:6. … atau jika salah seorang antara kamu datang dari
tandas, atau kamu menyentuh perempuan …, lihat perkataan "menyentuh",
begitu indah sebagai ganti "bersetubuh". Kata ku lagi.
"Habis macam mana kamu nak komen hadis tadi ?". Tanya
sang Ustaz.
"Ustaz, masa di Hudaibiyyah, kalaulah benar Saidina Abu
Bakar bersikap demikian, maka dia bukan orang yang bertakwa, seperti ayat 49:3.
"Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka di sisi rasul
Allah, mereka itulah orang-orang yang hatinya Allah uji untuk takwa (takut
kepada Tuhan); bagi mereka, keampunan dan upah yang besar", dan kalau
benar Nabi diam tanda bersetuju dengan Syaidina Abu Bakar maka, 49:7. "Dan
ketahuilah bahawa rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu
dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah menjadikan cinta
pada keimanan kepada kamu, menampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia
menjadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan
keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras". Kata ku lagi.
"Nampak tak, Allah kata kalau Nabi ikut emosi Abu Bakar
dengan memaki hamun, kamu akan menderita. Apa yang pasti 68:4.
"Sesungguhnya kamu (Muhammad) adalah di atas budi pekerti yang
besar". Saya rasa Nik Aziz percaya pada cerita karut marut". Kata ku
ringkas.
"Yang keemam ialah kenyataan Nik Aziz yang termuat dalam
akhbar rasmi Pas keluaran 16-31 Ogos 2001, semasa menyampaikan ceramah sempena
Jubli Emas Pas peringkat Negeri Selangor di Taman Melewar pada 29 Jun 2001, dia
kata, bahawa di Semenanjung Tanah Melayu dulu, alim ulama kita telah
menyemaikan benih Islam tahun 1951 dengan menubuh Pas pada tahun itu. (Fikrah
Harakah, 16-31, muka 3, para 2). Nak kata merapu pun boleh, nak kata gila pun
boleh, adakah dia ingat benih Islam hanya baru disemai oleh ulama Pas ketika
mereka menubuh Pas pada tahun 1951 dan ini kerana kita semua mengetahui bahawa
benih Islam mula disemai di Malaysia melalui saudagar Arab, Parsi dan India
sejak dari kurun yang ke 13 lagi dan satu lagi adakah beliau tidak mahu
mengiktiraf dan tidak mengenangkan jasa ulama yang telah menjadi guru beliau
dan sebaliknya hanya mengiktiraf jasa ulama yang menubuhkan Pas pada tahun 1951
saja?". Kata ku.
"Yang ketujuh Nik Aziz telah berkata pada 23 Januari 1999:
``Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahlah DAP, syaitan pun boleh
saya terima. Pada Februari 1999 pula Nik Aziz mengulangkan sekali lagi bahawa
beliau sanggup berkawan dengan syaitan.
Nik Aziz berkata: ``...Dan bersungguhnya ambo baru ni, ambo kata
kita akan terima siapa dia nak sokong kita hatta syaitan sekalipun. Bila ambo
kata lagu ni, ada seorang. Hai! Dia kata kecek ni cermat sikit kan jadi rosak
akidah. Orang hok kecek ni orang Kelantan juga. Baru jadi timbalan menteri.
Dianya hok parti rosak akidah, dia beringat kita takut rosak akidah.'' (Ceramah
Nik Aziz di Kota Bharu pada Februari 1999).
Ini kerana beliau sendiri ketika dapat menguasai Kelantan dalam
pilihan raya umum tahun 1990 mendakwa Pas mendapat pertolongan malaikat, tetapi
dalam pilihan raya umum tahun 1997 dia sanggup pula bekerjasama dengan syaitan
untuk mendapat kemenangan dan memerintah Malaysia". Kata ku lagi.
Tiba-tiba Wak tersenyum.
"Wak, Mungkin untuk tujuan mendapatkan simpati orang ramai,
Nik Aziz telah meminjam lidah syaitan untuk berucap demikian. Dengan itu beliau
sanggup berbohong dan berdusta seperti sentiasa dilakukan oleh syaitan dan suku
sakatnya". Kata ku lagi.
"Wak, yang lebih gila ni, Dalam ceramah yang sama (Februari
1999) Nik Aziz mendakwa mengucap Ahad, Ahad, Ahad iaitu Tuhan satu, Tuhan satu,
Tuhan satu itu adalah sama dengan menyebut Pas, Pas, Pas – hok, itu baru hujah
yang kesembilan ". Kata ku.
"Ok, lah, yang kesepuluh pulak, ketika dia menyampaikan
ceramah di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Tumpat pada 14 September 1999 Nik Aziz
berkata, masuk Islam itu bererti masuk Pas, malah Tok Guru ini juga sering
mendakwa dalam beberapa ceramah pada masa lalu bahawa mengundi UMNO haram
tetapi mengundi Pas halal, menentang UMNO atau kerajaannya halal tetapi menentang
Pas dan kerajaan haram dan macam-macam karut-marut lagi". Kata ku.
"Akhir sekali yang kesebelas, dia mengeluarkan hukum dengan
mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah
syahid. Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol
Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam
kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan
Negeri Selising, Kelantan pada September 1983. Menurut Ustaz Omar Khalid,
seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Nik Aziz ada
berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira
syahid". Kata ku lagi.
"Brahim, hang ragut sekali nama Tuan Guru Hadi Awang
?". Tanya sang Ustaz.
"Apa nak buat, pukat tarik". Kata ku sambil menoleh
pada Pak Rashid.
"Apa pula salah dia ?", Tanya si Wak.
"Wak nak tahu, diantara fatwa-fatwa Hadi Awang pula,
pertama, berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan. Fatwa ini dibuat oleh
Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung
Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat 2:251. "Dan
mereka mengalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut; dan
Allah memberinya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia mengajarnya apa yang Dia
mengkehendaki. Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan
sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian
kepada semua alam".
"Kedua, dalam "Amanat Hadi", membawa kepada
peristiwa berdarah di Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985, seramai 18
orang termasuk Ibrahim Libya telah terkorban kerana terpengaruh dengan Amanat
Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO. Amanat Hadi Awang telah melahirkan golongan
pelampau agama yang berperwatakan seperti taksub kepada pemimpin mereka, keras
kepala, keras hati, degil, bertindak keras tidak bertempat, bersikap kasar dan
agressif terhadap orang lain, jahat sangka terhadap orang lain, gemar menabur
fitnah dan mengkafir sesama Islam".
"Ketiga, Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981
di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah
menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama
suku."
"Keempat, sandiwara hudud PAS ialah kenyataan Abdul Hadi
Awang sebagaimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia 7 Mac 2000 iaitu "hukum
hudud adalah salah satu aspek daripada 0.0001 hukum Allah". Mengapakah
sebelum Abdul Hadi memerintah Terengganu, UMNO dihukum tidak Islamik atau kafir
kerana tidak melaksanakan hudud yang dianggap begitu besar ? Sekarang apabila
sudah mendapat kuasa, hudud yang dianggap begitu besar dahulu telah berubah
menjadi begitu kecil untuk PAS sehingga nilainya 1/10,000 (satu persepuluh
ribu) daripada hukum Islam ?".
Kata ku lagi, "Wak, saya bacakan kepada Wak, Amanat Haji
Hadi Awang "Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menetang UMNO bukan
kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang
dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir,
mengekalkan peraturan jahiliyyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka,
oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan
kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan
puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati
syahid, mati kita adalah mati Islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian,
kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita
menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". Kata si Brahim
lagi.
Semua terdiam seketika.
"Sebenarnya ada banyak ulamak PAS yang suka buat fatwa
seperti, sesiapa yang menentang PAS dia menentang Islam kerana Islam itu PAS
dan PAS itu Islam. Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan Almarhum
Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari
ini fatwa ini berjalan sebara berterusan. Kempen-kempen setiap kali menjelang
pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang
memperjuangkan Islam. Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai
pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan
kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS, dan
fatwa-fatwa sampingan seperti tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO,
diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO, tidak
boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz UMNO dan
tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah
kerajaan UMNO". Kata ku jujur.
"Semua ulamak bagi hang ni semuanya penipu, betulkan Brahim
?". Sindir sang Ustaz.
Brahim tergelak kecil, sambil dia mencapai cawan kopi. Dia hirup
lagi.
"Banyak ulamak penipu, Ustaz". Kata ku ringkas.
"Sebagai permulaan, Allah kata celaka, maka tempat
pulangannya juga celakalah, dan kekal terus didalamnya. Kita sudah tertipu
dengan fahaman masuk neraka Jahanam sekejap, lepas kena azab, kita akan masuk
pula syurga. Sebenarnya Ustaz, kalau dah masuk neraka Jahanam itu, maka
terpaksalah tinggal didalamnya buat selama-lamanya, macam Yahudi dan Nasrani
berkata yang mereka juga akan masuk neraka, tetapi hanyalah untuk beberapa hari
sahaja.". Kata ku lagi.
"Kamu ni merepek benarlah Brahim". Ustaz Harun
membantah sakan. "Baiklah Ustaz 4:169. Kecuali jalan ke Jahanam, di
dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya, dan itu bagi Allah adalah mudah.
9:63. Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa menentang Allah
dan rasul-Nya, maka baginya api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya?
Itulah kerendahan yang besar.
9:68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan
orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api
Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah
melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.
16:29. Maka masuklah pintu-pintu Jahanam, di dalamnya tinggal
selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!
43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal
selama-lamanya di dalam azab Jahanam,
72:23. Melainkan satu Penyampaian daripada Allah, dan
Mesej-Mesej-Nya. Dan sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, baginya api
Jahanam; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya."
98:6. Orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan
orang-orang yang menyekutukan berada di dalam api Jahanam, di dalamnya tinggal
selama-lamanya; mereka itulah seburuk-buruk makhluk.
"Cukup setakat tulah Ustaz, Allah telah berfirman kalau
masuk Jahanam maka ia akan tinggal kekal didalamnya buat selama-lamanya. Sah,
kita sudah kena tipu dek fatwa jahat ulamak-ulamak, yang memutarbelitkan
ayat-ayat Allah. Allah kata kekal, mereka kata sebentar saja. Haruskah kita
dengar mereka yang telah menobat diri mereka sendiri sebagai Ustaz, Tok Guru,
Tuan Guru, Kiai atau Ulamak". Kata ku selamba.
Tiba-tiba yang tadi agrasif tadi telah mulai diam. Tunduk,
seperti sedang memikirkan sesuatu. Aku pasti otak mereka sedang mula bekerja
setelah sekian lama disejuk-bekukan, dikongkong, dijajah, diperkuda dan
diperkotak-katikan oleh sekutu-sekutu Tuhan.
Aku pasti, otak mereka telah mendapat oksigen baru atau
setidak-tidaknya minyak pelincir sintatik.
"Itulah namanya Ijtihad para ulamak. Kalau ijtihad mereka
betul mereka mendapat dua pahala, kalau tidak betul, mereka mendapat satu
pahala". Ustaz Harun mula mencabar.
"Baiklah saya akan buktikan, Ijtihad ulamak-ulamak besar tu
sonsang. Mereka lebih faham dan taat Bible dari Quran. Dimasa yang sama Ustaz
cuba jelaskan ‘betul dapat dua pahala, salah dapat satu pahala’, bolehkan
Ustaz". Kata ku lagi.
(4-1) Zina
24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah
tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama
Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu
mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang
mukmin mempersaksikan azab mereka". "Ustaz setuju dengan ayat Quran
ini ?". Tanya ku.
"Ya, kalau belum kawin seratus sebatan, jika sudah
berkahwin maka direjam kedua-duanya sehingga mati di pasar atau tempat laluan
awam". Kata Ustaz Harun.
"Mengikut hadis Bukhari 8:82:816 Saydina `Umar R.A. pernah
bersumpah bahawa ayat rejam asalnya wujud dalam Al-Quran sebelum ianya
dimansukhkan bacaan tetapi kekal hukumnya. Ayat itu bermaksud: "Lelaki dan
perempuan dewasa (muhsan/berkahwin) apabila berzina maka rejamlah kedua-duanya
sekaligus sebagai balasan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana". `Umar mengatakan, "Kami telah membaca dan kami telah
memahaminya, Rasulullah S.A.W. merejam dan kami pun merejam selepasnya. Aku
bimbang selepas berlalunya suatu tempoh masa, ada manusia yang berkata `kami
tidak dapati hukum rejam dalam kitab Allah', maka mereka sesat kerana
meninggalkan satu kewajipan yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Demi Allah,
sekiranya aku tidak khuatir manusia akan menuduh `Umar menambah sesuatu dalam
kitab Allah, nescaya aku akan tulis semula ayat rejam itu." Sumpah `Umar
ini diriwayatkan dengan sanad paling sahih oleh Ashab Al-Sittah (imam-imam yang
merakam enam kitab hadis terkemuka) ". Kata Ustaz Harun dengan selamba.
Aku tersenyum kecil lalu aku mengeluarkan Bible dari dalam beg
galas ku. Tiba-tiba semua muka berubah. Hati kecil ku cuba menyelam
bisikan-bisikan hati mereka. "Ini buku orang Kristian". Suara garau
Pak Rashid memecah keheningan malam.
"Mana boleh baca, berdosa. Haram!". Tegas si pemilik
suara garau tersebut.
"Memang benar Pak Rashid tidak membaca Bible, walau
bagaimanapun, ingin saya menjelaskan disini bahawa Pak Rashid dan orang kampung
kita sangat akur pada hukum Bible hingga mereka sanggup bermati-matian
mempertahankan hukuman-hukuman tersebut". Jelas ku lagi.
"Hang dah sewel mamat, mana ada aku ikut Bible ?". Pak
Rashid mulai serius.
Semua bebola mata hampir tersembul keluar. Dahi mereka berkerut.
Entah apa yang mereka fikirkan. Hanya Allah Maha Mengetahui.
"Sebelum saya buka Bible ini, sekali lagi saya nak tanya,
perlukah kita merejam orang yang berzina seperti saranan Ustaz Harun tadi
?". Aku bertanya.
"Mestilah setuju seratus peratus setuju. Itulah menifesto
parti kami dan enekman yang bakal kami laksanakan di kampung ini". Ustaz
Harun mula berceramah politik.
Aku terus membaca RSV - Deut 22: 21~24
21 then they shall bring out the young woman to the door of her
father's house, and the men of her city shall stone her to death with stones,
because she has wrought folly in Israel by playing the harlot in her father's
house; so you shall purge the evil from the midst of you.
22 "If a man is found lying with the wife of another man,
both of them shall die, the man who lay with the woman, and the woman; so you
shall purge the evil from Israel.
23 "If there is a betrothed virgin, and a man meets her in
the city and lies with her,
24 then you shall bring them both out to the gate of that city,
and you shall stone them to death with stones, the young woman because she did
not cry for help though she was in the city, and the man because he violated
his neighbor's wife; so you shall purge the evil from the midst of you.
"Ustaz nak ikut Hudud yang mana ?. Hudud Quran 24:2 dengan
100 sebatan atau Hudud Bible iaitu dengan merejam penzina dengan batu sampai
mati ?". Tanya ku lagi.
Aku membaca pula ayat 4:25. "Dan sesiapa antara kamu yang
tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka
yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu
memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu
daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga
mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam
ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia,
tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan,
maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang
antara kamu yang menakuti dosa zina; dan lebih baik bagi kamu jika kamu
bersabar. Allah Pengampun, Pengasih".
"Bagaimana pula Ustaz nak separuhkan "hukum rejam
sampai mati" ?. Cukup dengan rejam sampai kepala pecah setengah atau
sampai sebelah mata tersembul keluar ?. Cuba Ustaz jelaskan ?". Aku minta
penjelasan.
Melihat Ustaz Harun terdiam lama, aku memberi cadangan
"Bagi saya mudah sahaja Ustaz, saya akan separuhkan dari seratus sebatan
tersebut dan hasilnya ialah lima puluh sebatan". Kata ku ringkas.
"Nah, kalau mengikut Hadis dari Omar tadi, Quran sudah
tidak lengkap, tidak terpelihara dan cacat. Betul tak ?". Aku bertanya.
Tidak jawap yang ku terima.
"Isk, isk….. logik juga hujah kamu Brahim". Wak Seman
mula nampak yakin.
"Tak teringin saya nak berbohong pun, hadith Ibn Maja
36/144 dan Ibn Hanbal 3/61;5/131, 132, 183;6/269 menceritakan bahawa bahagian
ayat Quran tentang rejam itu sebenarnya ada tetapi telah dimakan dek kambing.
Saya pun hairan kerana hadis itu bercanggah sama sekali dengan janji Tuhan
15:9. "Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang
menjaganya.". Kata ku lagi.
"Adakah kambing, iskkk, kambing makan Quran, tak logik, tak
logik". Kata Lebai Ngah.
"Itulah hadis yang didakwa sebagai pelengkap Quran". Sindir
aku pada Ustaz Harun.
(4-2) Aqidah
Aku berkata lagi "Konsep Aqiqah tidak ada dalam Quran.
Konsep Aqidah ada hanya dalam Bible Hebrew. Mengikut kamus The Oxford Companion
to the Bible mukasurat 43 menyatakan bahawa "Aqedah: The Hebrew word for
Binding and the common designation for Genesis 22:1 ~19. in which God tests
Abraham by commanding that he sacrifice his sons Isaac. Abraham
"binds" Isaac - verse 9".
The New Testament refers to the Aqedah not as example of a
redemptive sacrificial death but rather as an example of faith.
01 After these things God tested Abraham, and said to him,
"Abraham!" And he said, "Here am I."
02 He said, "Take your son, your only son Isaac, whom you
love, and go to the land of Mori'ah, and offer him there as a burnt offering
upon one of the mountains of which I shall tell you."
03 So Abraham rose early in the morning, saddled his ass, and
took two of his young men with him, and his son Isaac; and he cut the wood for
the burnt offering, and arose and went to the place of which God had told him.
04 On the third day Abraham lifted up his eyes and saw the place
afar off.
05 Then Abraham said to his young men, "Stay here with the
ass; I and the lad will go yonder and worship, and come again to you."
06 And Abraham took the wood of the burnt offering, and laid it
on Isaac his son; and he took in his hand the fire and the knife. So they went
both of them together.
07 And Isaac said to his father Abraham, "My father!"
And he said, "Here am I, my son." He said, "Behold, the fire and
the wood; but where is the lamb for a burnt offering?"
08 Abraham said, "God will provide himself the lamb for a
burnt offering, my son." So they went both of them together.
09 When they came to the place of which God had told him,
Abraham built an altar there, and laid the wood in order, and bound Isaac his
son, and laid him on the altar, upon the wood.
10 Then Abraham put forth his hand, and took the knife to slay
his son.
11 But the angel of the LORD called to him from heaven, and
said, "Abraham, Abraham!" And he said, "Here am I."
12 He said, "Do not lay your hand on the lad or do anything
to him; for now I know that you fear God, seeing you have not withheld your
son, your only son, from me."
13 And Abraham lifted up his eyes and looked, and behold, behind
him was a ram, caught in a thicket by his horns; and Abraham went and took the
ram, and offered it up as a burnt offering instead of his son.
14 So Abraham called the name of that place The LORD will
provide; as it is said to this day, "On the mount of the LORD it shall be
provided."
15 And the angel of the LORD called to Abraham a second time
from heaven,
16 and said, "By myself I have sworn, says the LORD,
because you have done this, and have not withheld your son, your only son,
17 I will indeed bless you, and I will multiply your descendants
as the stars of heaven and as the sand which is on the seashore. And your
descendants shall possess the gate of their enemies,
18 and by your descendants shall all the nations of the earth
bless themselves, because you have obeyed my voice."
19 So Abraham returned to his young men, and they arose and went
together to Beer-sheba; and Abraham dwelt at Beer-sheba.
"Nah, seterusnya mari pula kita tengok ayat-ayat Bible yang
berikut". Pinta ku lagi.
Heb 11:17 By faith Abraham, when he was tested, offered up
Isaac, and he who had received the promises was ready to offer up his only son,
Rom 4:16 That is why it depends on faith, in order that the
promise may rest on grace and be guaranteed to all his descendants--not only to
the adherents of the law but also to those who share the faith of Abraham, for
he is the father of us all,
The Oxford Companion to the Bible juga menyatakan bahawa
"From antiquity the Aqedah has been portrayed in the arts, for example ait
appears on a wall painting of the third century CE Synagogue at Dura-Europos
and on a floor mosaic of the sixth century Synagogue at Beth-Alpha".
"Ustaz, sepeerti yang saya kata, dalam Quran tidak ada
perkataan dan konsep Aqedah, yang ada hanyalah perkataan serta konsep
"Iman", jadi nak ikut yang mana, Quran dengan "Iman" atau
Bible dengan " Aqedah" ?. Tanya ku lagi.
Semua yang ada tiba-tiba mati kutu, mereke membaca Bible, sambil
mengangguk-anguk.
(4-3) Murtad
"Murtad, kena bunuh, itu yang agenda parti tuan-tuan
memperjuangkan. Betul tak ?". Tanya ku lagi. Masing-masing takut bersuara,
cuma Ustaz sahaja berani mengangguk tanda setuju.
"Bagaimana untuk menghukum si murtad ?". Tanya ku
lagi.
"Rejam". Jawap Ustaz sepatah.
"Mengikut Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II)
1993 - Kerajaan Negeri Kelantan",
"(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad
(murtad), hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh
Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari
setelah dia didapati salah.
(4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan
dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang
disebutkan itu, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke
atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau
selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan
Baitul-Mal:" (Bahagian I, perenggan 23)". Sang Ustaz cuba berceramah
tentang draf hudud partinya.
"Ini merupakan satu lagi hukuman yang dipelajari daripada
seorang ulama jahiliah yang bernama Uzair. Puak-puak Yahudi memanggil dia
"anak Tuhan" (9:30) yang hidup kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran
diturunkan. Apapun, hukuman ini adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah
bertanya "Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah
yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?" (5:50).
"Si Uzair, ini memandai-mandai membuat hukum agama. Allah
sendiri berfirman bahawa Dia sendiri akan menghukum orang murtad seperti yang
tersurat di dalam firman-Nya yang bermaksud "Wahai orang-orang yang
percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka
Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya;
rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak
percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana
pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia
mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui" (5:54)". Kata ku
lagi.
"Ayat 2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar
telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut,
dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang
tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui". Kata ku lagi.
"Ayat 10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu mengkehendaki,
sesiapa yang di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu
akan memaksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang mukmin (yang
mempercayai)?". Kata ku lagi.
"Ayat 4:137. Orang-orang yang percaya, kemudian tidak
percaya, kemudian percaya, kemudian tidak percaya, kemudian bertambah dalam
ketidakpercayaan (kekafiran), Allah tidak akan mengampuni mereka, dan tidak
juga memberi petunjuk kepada mereka pada sebarang jalan". Kata ku lagi.
"Kalau dah rejam sampai mati, ayat Tuhan 4:137 tidak
mungkin terlaksana, kerana orang itu dah mati, mustahilkan, jadi sekali lagi
terbukti yang Quran ini mempunyai cacat cela !". Kata ku lagi.
"Nah, kalau dia dihukum mati, bagaimana nak jalankan seruan
Tuhan supaya dia diuruskan dengan bijaksana, tegur mereka dengan baik dan
berdebat dengan mereka dengan cara yang lebih baik, adalah mustahil nak
nasihatkan orang dah mati, betul tak ?. Cuba lihat ayat 16:125. "Serulah
ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan
berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara
kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia
sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk". Kata ku lagi.
"Sekarang cuba lihat pula apa yang Bible sarankan, seperti
ayat Deut 17:1~5". Kata ku lagi.
1 "You shall not sacrifice to the LORD your God an ox or a
sheep in which is a blemish, any defect whatever; for that is an abomination to
the LORD your God.
2 "If there is found among you, within any of your towns
which the LORD your God gives you, a man or woman who does what is evil in the
sight of the LORD your God, in transgressing his covenant,
3 and has gone and served other gods and worshiped them, or the
sun or the moon or any of the host of heaven, which I have forbidden,
4 and it is told you and you hear of it; then you shall inquire
diligently, and if it is true and certain that such an abominable thing has
been done in Israel,
5 then you shall bring forth to your gates that man or woman who
has done this evil thing, and you shall stone that man or woman to death with
stones.
"Deut 13:6~10 ada juga seterusnya menceritakan akan bab
Murtad". Kata ku lagi.
6 "If your brother, the son of your mother, or your son, or
your daughter, or the wife of your bosom, or your friend who is as your own
soul, entices you secretly, saying, 'Let us go and serve other gods,' which
neither you nor your fathers have known,
7 some of the gods of the peoples that are round about you,
whether near you or far off from you, from the one end of the earth to the
other,
8 you shall not yield to him or listen to him, nor shall your
eye pity him, nor shall you spare him, nor shall you conceal him;
9 but you shall kill him; your hand shall be first against him
to put him to death, and afterwards the hand of all the people.
10 You shall stone him to death with stones, because he sought
to draw you away from the LORD your God, who brought you out of the land of
Egypt, out of the house of bondage.
"Wah, rasa-rasanya parti ini taat sungguh pada hukum-hukum
Bible. Parti Kristian ke ni ?". Tanya ku sambil menoleh kepada Ustaz
Harun.
2:217. ....... Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad)
daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi
sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya
mereka tinggal selama-lamanya.
47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka
setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka,
dan memanjangkan angan-angan mereka.
"Jangan takut, Allah sendiri dah bagi gerenti, tapi kalau
tak percaya pada yang ghaib, susahlah hendak percaya ayat 5:54. "Wahai
orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada
agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka
mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap
orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut
akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada
siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui". Kata ku.
"Kekadang saya terfikir juga, adakah kekuasaan Allah itu
begitu terbatas sehingga manusia terpaksa menjaga agamaNya bagi pihak diriNya
?". Aku berhujah.
"Betul juga, yang mana lebih baik, seratus orang Islam yang
beriman atau dua ratus orang yang hanya mengaku dirinya Islam, itu pun akibat
terpaksa?". Sampuk Lebai Ngah.
"Quran, ada menceritakan perihal pemuda-pemuda mukmin
pengikut Nabi Isa lari dari penganiayaan pihak berkuasa Kristian yang sudah
menyeleweng dan bersembunyi dalam sebuah gua, mereka ini akan direjam sampai
mati atau dipaksa menukar agama mereka, jika mereka tertangkap (18:20), dan
satu lagi cerita perihal Nabi Ibrahim. Bila beliau merosakkan patung-patung
kaumnya, beliau hendak dihukum bakar oleh kaumnya, tetapi Tuhan telah
menyelamatkan beliau daripada api itu. (21: 68-69), apa yang saya nak hujahkan
disini ialah hukum rejam dan bakar adalah hukuman orang kafir zaman
jahiliah". Kata ku.
"Jadi, siapa lak yang memandai-mandai yang mengambil
hukuman rejam ni ?". Lebai Ngah bertanya.
"Ahli-ahli hukum yang muncul setelah Imam Shafie (150-204
Hijrah), yang bertanggungjawab menjadikan Sunnah Nabi sebagai sumber hukum
setaraf dengan Quran, mereka juga bersandar semata-mata kepada sebuah hadis
riwayat Bukhari yang menyatakan: ''Barangsiapa yang murtad, bunuhlah dia'',
lantas kita mempunyai satu pilihan – ikut hukum Allah atau ikut hukum
ulamak". Kata ku lagi.
"Sebelum buat pilihan tu silalah semak ayat 5:50.
"Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih
baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin ?". Kata ku lagi.
(4-4) Perempuan tak suci selepas bersalin.
Begitu juga perempuan baru besalin, kotornya hingga ke empat
puluh hari "
Lev 12:2 "Say to the people of Israel, If a woman
conceives, and bears a male child, then she shall be unclean seven days; as at
the time of her menstruation, she shall be unclean.
Lev 12:4 Then she shall continue for thirty-three days in the
blood of her purifying; she shall not touch any hallowed thing, nor come into
the sanctuary, until the days of her purifying are completed."
"Empat puluh hari hasil campur dari tujuh hari dengan tiga
puluh tiga hari, masa pantang tu, tak boleh buat apa pun, walaupun zikir
mengingati Tuhan, sehabis tempoh tersebuat buatlah pula kenduri Akekah, sunguh
taat masyarakat kita laksanakan hukum Bible." Aku berkata lagi.
(4-5) Kenduri Akekah.
"Ustaz, cerita yang ini lagi best, ciluk terus dari Bible -
Lev 12:6 dan 7 ". Aku berkata.
6 "And when the days of her purifying are completed,
whether for a son or for a daughter, she shall bring to the priest at the door
of the tent of meeting a lamb a year old for a burnt offering, and a young
pigeon or a turtledove for a sin offering,
7 and he shall offer it before the LORD, and make atonement for
her; then she shall be clean from the flow of her blood. This is the law for
her who bears a child, either male or female.
"Perlukah umat Islam ikut hukum Bible dengan membuat
Aqeqah, lepas itu fitnahkan pula diatas nama Nabi ?". Tanya ku lagi.
(4-6) Bersunat
"Selapas anak itu besar pula, kita buat upacara bersunat,
yang kita petik dari Bible". Kata ku lagi.
Lev 12:3 And on the eighth day the flesh of his foreskin shall
be circumcised."
Gen 17:14 Any uncircumcised male who is not circumcised in the
flesh of his foreskin shall be cut off from his people; he has broken my
covenant."
Gen 17:24 Abraham was ninety-nine years old when he was
circumcised in the flesh of his foreskin.
Gen 17:25 And Ish'mael his son was thirteen years old when he
was circumcised in the flesh of his foreskin.
Exod 4:25 Then Zippo'rah took a flint and cut off her son's
foreskin, and touched Moses' feet with it, and said, "Surely you are a
bridegroom of blood to me!"
"Semua itu ayat-ayat Bible, tak ada satu pun ayat Quran
yang disuruh bersunat baik lelaki mahupun wanita, mengapakah ulamak- ulamak
muktabar sanggup mencedok hukum dari Bible dan melebelkannya terus atas nama
Islam ?. Lihatlah perbuatan keji mereka". Aku mula bertegas.
Ayat 40:64. "Allah yang membuatkan untuk kamu, bumi, sebuah
tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan membentuk
kamu dengan baik, dan merezekikan kamu dengan benda-benda yang baik. Demikian
itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara semua
alam".
"Cuba Ustaz sendiri perhatikan, Allah telah membentuk kita
dengan baik, itu firman Allah, tapi kita hendak juga ikut Bible. Betul tak
?". Tanya ku pada Ustaz Harun.
Ayat 3:78. "Dan antara mereka, ada segolongan yang
memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada
sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata,
"Ia daripada Allah", tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka
berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya".
Ayat 2:120. "Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas
hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu mengikuti
anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang
benar." Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang
datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung)
dan tiada juga penolong".
Ayat 2:159. "Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti
yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan
kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati
para pelaknat".
"Tadi kena celaka tiga kali, sekarang pula kena
laknat". Kata ku lagi.
(4-7) Asal Wanita
"Dalam Bible ada menceritakan akan kejadian wanita. Sila
lihat Gen 2:18~23". Kata ku pada Ustaz Harun. Semua mata tertumpu pada
Bible.
18 Then the LORD God said, "It is not good that the man
should be alone; I will make him a helper fit for him."
19 So out of the ground the LORD God formed every beast of the
field and every bird of the air, and brought them to the man to see what he
would call them; and whatever the man called every living creature, that was
its name.
20 The man gave names to all cattle, and to the birds of the
air, and to every beast of the field; but for the man there was not found a
helper fit for him.
21 So the LORD God caused a deep sleep to fall upon the man, and
while he slept took one of his ribs and closed up its place with flesh;
22 and the rib which the LORD God had taken from the man he made
into a woman and brought her to the man.
23 Then the man said, "This at last is bone of my bones and
flesh of my flesh; she shall be called Woman, because she was taken out of
Man."
"Tahukah Ustaz dalam Sahih Bukhari Vol. 7. Hadis No. 114 :
from Abu Hurairah - The Prophet said, "Whoever believes in Allah and the
Last Day should not hurt (trouble) his neighbor. And I advise you to take care
of the women, for they are created from a rib and the most crooked portion of
the rib is its upper part." "Parti Kristian ini sungguh-sunguh
mempertahankan Bible ?". Tanya ku lagi.
Allah telah berfiman 4:1."Wahai manusia, takutilah
Pemelihara kamu yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia
menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata
banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling
meminta, dan rahim-rahim (pertalian darah); sesungguhnya Allah menjagai
kamu".
Allah telah berfiman 3:59. "Sesungguhnya persamaan Isa di
sisi Allah seperti persamaan Adam. Dia menciptanya daripada tanah, kemudian Dia
berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah dia".
"Tapi Ustaz, apa yang Allah firman, kita tak mau ikut,
masih nak percaya akan asal-usul wanita daripada tulang rusuk Adam - apalah
punya karut marut ni ?". Komen ku selamba.
22:5. "Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai
Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada tanah,
kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian
daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami
memperjelaskan kepada kamu. Dan Kami menetapkan di dalam rahim-rahim apa yang
Kami mengkehendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami
mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara
kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga
mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui apa-apa. Dan kamu melihat
bumi kehitaman, kemudian apabila Kami menurunkan air kepadanya, ia bergetar dan
menggelembung, dan menumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan".
"Kedatangan Quran telah mengangkat darjat wanita dari
diperlecah oleh Bible. Wanita yang berhaid tidak boleh masak, bahkan kerusi
yang dia telah duduk juga dikira najis. Wanita juga larang bersuara di gereja.
Samalah seperti tempat kita, wanita tidak boleh bercakap dalam masjid, kerana
suara wanita adalah aurat. Cuba buka 1Cor 14:34 "the women should keep
silence in the churches. For they are not permitted to speak, but should be
subordinate, as even the law says".
"Ikut, jangan tak ikut, inilah hadis yang memperincikan
Quran". Kata ku lagi.