AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.
Bacaan
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 1 hingga 3.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 4 A.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 4 B.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 5 hingga 8.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 9 hingga 10.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 11 hingga 12.
Laman Utama
link
(4-8) Tudung
"Allah suruh menutup dada 24:31. "Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka,
dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa
yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada
dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami
mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau
anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara
lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan
mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan
mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum
mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka
menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui.
Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar
kamu beruntung."
"Maka ulamak pula suruh menutup kepala. Hukum ini diambil
dari Bible 1 Cor 11:5 hingga 6.
5 but any woman who prays or prophesies with her head unveiled
dishonors her head--it is the same as if her head were shaven.
6 For if a woman will not veil herself, then she should cut off
her hair; but if it is disgraceful for a woman to be shorn or shaven, let her
wear a veil.
"Dan ayat Bible 1 Cor 10 dan 13." Kata ku lagi.
10 That is why a woman ought to have a veil on her head, because
of the angels.
13 Judge for yourselves; is it proper for a woman to pray to God
with her head uncovered?
"Jadi ustaz mana yang lebih utama – tutup dada ikut Quran
atau tutup kepala ikut Bible ?". Aku bertanya lagi, tapi tiada bantahan
buat seketika. Tiba-tiba sangkaan aku meleset "Lelaki akan tergoda dengan
rambuat wanita". Wak Seman mencelah.
"Wak, tolong jawap dengan ikhlas, adakah Wak berahi bila
melihat rambut wanita yang ikal mayang atau Wak akan berahi melihat wanita yang
memakai low cut sehingga boleh ternampak alur "dada" wantia tersebut
?". Tanya ku.
Wak tersenyum, dia tergelak sedikit. Semua tersenyum melihat
telatah Wak. "Mestilah buah dada". Kata Wak. "Eh, Wak saya kata
"alor" dada, bukan buah dada. Kesitu pula orang tua ni". Sampuk
Pak Rashid.
Semua tergelak seketika.
(4-9) Gantung ayat-ayat suci sebagai tangkal, azimat, tolak bala
dan sebagainya.
"Cuba Wak sendiri tenggok warung Wak ni, Nama
"Allah" bersebelahan dengan nama "Muhammad", kenapa ni Wak
?. Mengapa Wak taruh nama Nabi Muhammad setaraf dengan nama Allah ?. Tanya ku.
"Tangkal, azimat, atau penghadang adalah pekerjaan orang
Kristian. Ini adalah suruhan Bible. Cuba lihat Deut 6:6~8". Kata ku lagi.
6 And these words which I command you this day shall be upon
your heart;
7 and you shall teach them diligently to your children, and
shall talk of them when you sit in your house, and when you walk by the way,
and when you lie down, and when you rise.
8 And you shall bind them as a sign upon your hand, and they
shall be as frontlets between your eyes.
"Nah, sekarang lihat pula Deut 11:20~21". Kata ku
lagi.
20 And you shall write them upon the doorposts of your house and
upon your gates,
21 that your days and the days of your children may be
multiplied in the land which the LORD swore to your fathers to give them, as
long as the heavens are above the earth.
"Elok koyak saja gambar pemimpin-pemimpin tertinggi parti
bulan tu. Mereka hanya berkiblatkan Bible. Marilah kita masuk kedalam Islam
sepenuhnya dan sembah Allah, satu-satunya Tuhan". Aku merayu.
"Lagi satu, bentuk pendewaan berlebih-lebihan begini telah
dilarang oleh Allah. Kemungkinan suatu hari nanti manusia akan menjadi hamba
kepada tulisan nama-nama itu sendiri. Banyak nyanyian, nashid, berzanji,
merhaban, kasidah memuja-muji Nabi Muhammad secara tidak dengan sepatutnya.
Amalan ini sangat ditegah oleh Allah melalui Quran." Kata ku lagi.
"Lawaknya, pada masa itu kita tidak boleh hisap curut dan
makan bawang, kerana Roh Nabi Muhammad tidak suka pada benda-benda
tersebut". Kata ku lagi.
"Jika mereka fitnah Nabi sekali pun kita diam, pasai mereka
cakap Arab, kita pula tidak faham. Besar kemungkinan mereka sendiri pun tak
sedar mereka telah hina Nabi". Kata ku lagi.
Cuba baca 18:110. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia
yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan
Yang Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya
membuat kerja-kerja kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan
kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."
"Seterusnya ayat 3:79 dan 80. Tiadalah bagi seseorang
manusia bahawa Allah memberinya al-Kitab, dan Pemutus, dan Kenabian, kemudian
dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain
daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang
menguasai) dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu
mempelajarinya. Dia tidak akan menyuruh kamu untuk mengambil malaikat-malaikat,
dan Nabi-Nabi sebagai Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia menyuruh kamu supaya
tidak percaya setelah kamu muslim?". Kata ku lagi.
(4-10) Perayaan
"Begitu juga apa bezanya perayaan Hijrah dengan perayaan
Passover, iaitu untuk mengingati kebebasan dan pelarian kaum Yahudi dari
pengabdian di Mesir. Apa pula bezanya perayaan Maal Hijrah dengan perayaan Rosh
Hashanah yang disambut pada 1hb Tishri kalendar Yahudi dimana pada hari yang
kesepuluh mereka berpuasa dan menghabiskan hari itu dengan ibadah dan
sembahyang dan apakah pula bezanya Nuzul Quran dengan Pentecost, dimana orang
Yahudi merayakan turunnya Taurat di Gunung Sinai ?". Aku melontar
pertanyaan demi pertanyaan.
"Agaknya kita orang Islam ini, tak cukup perayaan, sehingga
terpaksa mengimport perayaan kaum lain untuk menjadi perayaan kita". Kata
ku lagi.
(4-11) Amin
"Bacalah mana-mana Quran baik Arab ataupun terjemahan lain,
tidak termaktub Fatihah berakhir dengan "Amin" dan buat pengetahuan
Ustaz dan sekelian yang ada, dalam senaskah Quran tidak ada langsung satu pun
satu doa yang Allah ajar diakhiri dengan perkataan "Amin", tetapi
"Amin" telah diulangi sebanyak 50 kali dalam Bible – masih tak
sempurnakah Quran sehingga "Amin" perlu dipinjamkan dari Bible dan
dinobatkan sebagai penutup Fatihah ?". Kata ku dengan nada yang sangat
terharu.
Num 5:22.27 Num 5:22.28 Deut 27:15.40 Deut 27:16.17 Deut
27:17.15 Deut 27:18.18 Deut 27:19.23 Deut 27:20.25 Deut 27:21.17 Deut 27:22.27
Deut 27:23.17 Deut 27:24.16 Deut 27:25.19 Deut 27:26.22 1Kgs 1:36.10 1Chr
16:36.18 Neh 5:13.42 Neh 8:6.14 Neh 8:6.15 Pss 41:13.13 Pss 41:13.15 Pss
72:19.15 Pss 72:19.17 Pss 89:52.7 Pss 89:52.9 Pss 106:48.19 Jer 28:6.6 Mark
16:20.24 Rom 1:25.26 Rom 9:5.26 Rom 11:36.19 Rom 15:33.9 Rom 16:27.13 1Cor
14:16.20 1Cor 16:24.10 2Cor 1:20.18 Gal 1:5.10 Gal 6:18.13 Eph 3:21.19 Phil
4:20.12 1Tim 1:17.19 1Tim 6:16.26 2Tim 4:18.25 Heb 13:21.33 Heb 13:25.7 1Pet
4:11.46 1Pet 5:11.10 2Pet 3:18.28 Jud 1:25.26 Rev 1:6.22
(4-12) Janggut.
"Macam itu juga kes janggut". Aku memandang pada
janggut Ustaz Harun yang lebat. Janggut Pak Rashid hanya sejempul. Janggut
Lebai Ngah panjang lagi jarang dan janggut Wak Seman pendek dan kontot, hitam
dan putih berselang- seli.
"Oh, saya terhina sunnah Bible dan Ustaz pula tersinggung,
maafkan saya. Tahukah Ustaz, orang yang tidak berjanggut tidak dimuliakan, dan
tidak boleh jadi pemimpin di Afganistan. Mereka akan ditangkap dan disumbat
kedalam lokap sehingga janggut mereka tumbuh kembali. Ulamak jahat telah
mengambil ayat ini dari Bible dan mereka telah menobatkan identiti berjanggut
ini atas nama Islam". Kataku
Lev 19:27 "You shall not round off the hair on your temples
or mar the edges of your beard.
Lev 21:5 They shall not make tonsures upon their heads, nor
shave off the edges of their beards, nor make any cuttings in their
flesh". Kata ku lagi.
"Cuba lihat Bible tu lagi 2 Sam 10:5 When it was told
David, he sent to meet them, for the men were greatly ashamed. And the king
said, "Remain at Jericho until your beards have grown, and then
return." Aku berkata dengan penuh hiba.
"Demi Allah, cuba Ustaz jelaskan janggut Nabi panjang mana
?." Aku bertanya.
Ustaz cuba angkat tangan dan letak pada dada sekejap menghampiri
dagu sekejap kebawah sedikit, sekejap tangan dia berhenti dibawah dada, dia
sendiri tidak pasti, akhinya dia turunkan tangan lalu mencapai rokok
Marlboronya.
"Tidak ada sesiapa yang seratus peratus pasti akan panjang
janggut Nabi, itulah reka-rekaan semata". Kata ku lagi.
"Puak-puak Kristian bermati-matian tidak mahu ikut Bible.
Ini kerana hukum Bible tidak logik dan mustahil untuk dilaksanakan, sebaliknya
ada golongan yang mengaku diri mereka Islam telah sanggup mempertahankan
hukum-hukum Bible". Kata ku sambil mengeleng-gelengkan kepala.
(4-13) Kharaj.
"Sebelum kita bincangkan Kharaj yang parti Ustaz ingin
laksanakan itu, mari kita buka Bible sekali lagi". Kata ku.
2 Sam 8:2 And he defeated Moab, and measured them with a line,
making them lie down on the ground; two lines he measured to be put to death,
and one full line to be spared. And the Moabites became servants to David and
brought tribute.
"Kalau Ustaz merujuk pada kamus The Oxford Companion to the
Bible, Oxf. Uni. Press 1993 mukasurat 780, mengatakan bahawa "David conquest
of Moab, Aram and Hamath, where David imposed taxation on the people defeated,
cuba lihat dengan teliti, Deut 26:1~2 adalah tax bagi tanaman". Kata ku
lagi.
1"When you come into the land which the LORD your God gives
you for an inheritance, and have taken possession of it, and live in it,
2 you shall take some of the first of all the fruit of the
ground, which you harvest from your land that the LORD your God gives you, and
you shall put it in a basket, and you shall go to the place which the LORD your
God will choose, to make his name to dwell there.
"Nah, Kharaj - Land Tax pula seperti saranan Parti Ustaz ,
iaitu 10% itu bulat-bulat diambil dari Bible, sila rujuk Lev 27:32 And all the
tithe of herds and flocks, every tenth animal of all that pass under the
herdsman's staff, shall be holy to the LORD". Aku berhujah.
"Allah telah berfiman dalam 3:100. "Wahai orang-orang
yang percaya, jika kamu mentaati segolongan daripada orang-orang yang diberi
al-Kitab, mereka akan mengembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada
orang-orang yang tidak percaya". Pada ayat 3:101. "Bagaimanakah kamu
boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan rasul-Nya
berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi
petunjuk pada jalan lurus". Kata ku lagi.
"Nah, masih bertaut kuat dengan perlembagaan parti itu
Ustaz ?". Tanya ku lagi. Ustaz Harun buat-buat untuk tidak mendengar.
(4-14) Halal dan Haram
Allah telah berfirman 5:3. "Diharamkan kepada kamu ialah
bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain
daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh
lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas,
kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk
berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan.
Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu;
maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku
menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas
kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang
terPaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa,
maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih".
"Secara kesimpulanya ustaz, Allah telah berfirman bahawa
empat benda tak boleh dimakan iaitu bangkai, darah, daging babi, dan apa-apa
yang disucikan kepada selain daripada Allah. Manakala tujuh cara kematian
adalah diharamkan iaitu, dicekik, dipukul, jatuh lalu mati, yang ditanduk, dan
apa yang dimakan binatang buas, yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi
dengan ramalan anak-anak panah - selain dari empat benda tersebut dan tujuh
cara kematian binatang tersebut - adalah Halal - itu jaminan Allah - adakah
Ustaz setuju ?". Tanya ku pada Ustaz.
Ustaz Harun tidak berani berkata lagi. Dia melihat pada kotak
rokoknya.
"Ustaz, cuba lihat sambungan ayat tersebut 5:4.
"Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka.
Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan
daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk
memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang
ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya.
Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."
"Kalau nak bertarik dari sini, anjing juga boleh
dipelihara, takan Ustaz lupa pada surah Al Kahfi kot ?". Tanya ku lagi.
"Seterunya, ayat 5:87. Wahai orang-orang yang percaya,
janganlah mengharamkan benda-benda yang baik yang Allah menghalalkan bagi kamu,
dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
mencabul. Ayat 5:88. Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang
halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang
mukmin".
"Ayat 5:96 5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang
buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan
bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat
selama kamu dalam kesucian haji (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya
kamu akan dikumpulkan".
"Adakah Ustaz setuju dengan semua ayat-ayat tersebut
?". Aku bertanya. Ustaz buat muka sardin.
"Malangnya Ustaz, ada dikalangan mazhab Ahli Sunnah Wal
Jamaah sendiri, tidak memakan ikan yang tidak bersisik, ketam dan udang".
Kata ku.
Wak, Lebai Ngah dan Pak Rashid mula berdongak-dongak semacam
ikan di air yang mencari udara segar. Aku tahu mereka mungkin terkejut, tetapi
tidak buat Ustaz Harun. Di Universiti Al Azhar, dia pasti sudah belajar tentang
perbezaan antara mazhab.
"Kalau begitu, apa yang kami pelajari, binatang dua alam
dan sebagainya makroh untuk dimakan !." Lebai Ngah mula bersuara.
"Ayat tadi yang kita baca, ada sebut dua alam ?."
Tanya ku pada Lebai Ngah.
"Tidak". Kata Lebai Ngah.
"Kalau begitu - esok kita buat ketam batu stim, dan sup
kaki katak, macam di Thailand - amacam ?". Cadangan ku pada Lebai Ngah.
"Lebai, jangan hang masak katak, tapi buat sup berok kat
dia !." Ustaz menyindir.
"Seperti ayat diatas, saya tidak berani menghalalkan apa
yang Allah telah mengharamkan, dan saya juga tidak berani juga mengharamkan apa
yang Allah telah halalkan!". Aku bertegas.
"Kalau berok, buat sup tak syok. Apa kata kita BBQ saja,
cicah dengan sos. Walau pun gitu, saya lebih suka ketam batu yang
distimkan". Aku memulangkan sindiran Ustaz Harun.
"Cuba perhatikan Lev 11:9~22". Kata ku lagi.
09 "These you may eat, of all that are in the waters. Everything
in the waters that has fins and scales, whether in the seas or in the rivers,
you may eat.
10 But anything in the seas or the rivers that has not fins and
scales, of the swarming creatures in the waters and of the living creatures
that are in the waters, is an abomination to you. They shall remain an
abomination to you; of their flesh you shall not eat, and their carcasses you
shall have in abomination.
12 Everything in the waters that has not fins and scales is an
abomination to you. "And these you shall have in abomination among the
birds, they shall not be eaten, they are an abomination: the eagle, the
vulture, the osprey,
14 the kite, the falcon according to its kind,
15 every raven according to its kind,
16 the ostrich, the nighthawk, the sea gull, the hawk according
to its kind,
17 the owl, the cormorant, the ibis,
18 the water hen, the pelican, the carrion vulture,
19 the stork, the heron according to its kind, the hoopoe, and
the bat.
"Ayat ini pun puak Sunnah Wal Jama’ah tidak sepakat, kerana
ada imam muktabar mereka mengambil pendirian Bible untuk membolahkan makan
belalang dan sebagainya."
20 "All winged insects that go upon all fours are an
abomination to you.
21 Yet among the winged insects that go on all fours you may eat
those which have legs above their feet, with which to leap on the earth.
22 Of them you may eat: the locust according to its kind, the
bald locust according to its kind, the cricket according to its kind, and the
grasshopper according to its kind.
"Jadi Ustaz, kalau nak makan beruk ke, gajah ke, harimau
ke, kalau ia baik bagi kamu, makanlah. Jangan pula kata itu halal dan itu haram
tanpa nas dari Allah". Kata ku lagi.
Ayat 10:59. Katakanlah, "Adakah kamu memikirkan rezeki yang
Allah menurunkan untuk kamu, dan kamu membuat sebahagiannya haram, dan
sebahagiannya halal?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi izin kepada
kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?"
Ayat 16:116. "Dan janganlah mengatakan apa yang lidah kamu
menyifatkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu
mengada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang
mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung".
Aku sempat membacakan dua buat ayat Quran bagi mereka.
"Kamu nie Brahim, kalau Bible kata tak boleh makan babi,
dan Quran pula kata kita tak boleh makan babi, adakah kamu nak kata Quran ikut
Bible ?". Tetiba saja bentak si Ustaz.
"Ustaz, adakah ustaz buat-buat lupa bahawa Allah telah
berfirman pada 3:31, 6:92, 35:31 dan 46:30 yang Quran ini membenarkan kitab
yang terdahulu. Ini bermakna bahawa kalau dalam Bible kata tak boleh makan babi
dan dalam Quran juga ada perintah yang sama, maka ayat Bible itu ayat aslilah,
iaitu Kristian tak boleh makan babi, tetapi masalahnya disini pula, Bible
berlawanan dengan perintah Quran, dan Ustaz masih beria-ia juga nak akur pada
hukum Bible." Kata ku selamba.
(4-15) Nabi Isa.
"Kalau macam tu, aku tak sabar-sabar unutk tunggu akan
kedatangan Nabi Isa, biar dia datang balik untuk mendaulatkan kembali
Islam". Bentak Pak Rashid yang sekian lama membisu.
"Tunggu, jangan tak tunggu". Kata ku lagi.
"Apasal hang cakap macam tu ?". Pak Rashid bertanya.
"Allah dah kata 5:116 dan 117. Dan apabila Allah berkata,
"Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah
aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata,
"Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku
tiada hak dengannya. Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan
mengetahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam
jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib. Aku hanya
mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah
Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas
mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku,
Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala
sesuatu".
19:33 dan 34. "Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku
diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup. Itulah Isa
putera Mariam, dengan perkataan yang benar, yang mengenainya mereka
ragu-ragu".
3:55. "Apabila Allah berkata, "Wahai Isa, Aku akan
mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu
daripada orang-orang yang tidak percaya. Aku akan membuatkan orang-orang yang
mengikuti kamu di atas orang-orang yang tidak percaya hingga Hari Kiamat.
Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku akan menghakimkan antara kamu
mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan".
Ayat 21:34 dan 35 "Kami tidak membuat sesuatu makhluk
sebelum kamu untuk hidup selama-lamanya; maka, jika kamu mati, adakah mereka
akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji
kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu
akan dikembalikan".
"Kepercayaan bahawa Nabi Isa tidak mati dan akan turun
bunuh Dajal berasal dari hadis, hadis ini pula hasil daripada cedokan dari
Bible Mark 13:24-27 "But in those days, after that tribulation, the sun
will be darkened, and the moon will not give its light, and the stars will be
falling from heaven, and the powers in the heavens will be shaken. And then
they will see the Son of man coming in clouds with great power and glory. And
then he will send out the angels, and gather his elect from the four winds,
from the ends of the earth to the ends of heaven, jadi Pak Rashid tunggulah
terus ya". Aku berkata lagi.
"Jadi macam tulah juga dengan kes Imam Mahadi. Ini adalah
asas kepercayaan kaum Shiah yang mengakui bahwa imam yang ke dua belas iaitu
Muhammad ibn Hasan Al Askari yang ghaib itu akan muncul kembali sebagai Imam
Mahadi untuk mentakbir dunia dengan adil". Kata ku lagi.
"Nah, lima belas kes telah kita bincang, Ijtihad mana yang
nak dapat dua pahala dan Ijtihad mana pula yang nak dapat satu pahala ?".
Tanya ku.
Ustaz Harun terdiam kaku. Melihat mereka lama terdiam kaku, aku
berkata lagi "Baiklah, kita sambung yang terakhir, ini Ijtihad Imam
Khomini pula, cuba tenggok, betulkah, kalau Ijtihad dia betul dapat dua pahala,
kalau salah dia dapat satu pahala atau sengaja dia nak tempah bala ?". Aku
cuba berlawak.
(4-16) Siksa kubur.
"Kamu menghina Sunnah Nabi - Brahim, bawa mengucap, mati
nanti kamu mesti kena siksa kubur. Ular tu besar, kuku dia panjang berjela dan
taring dia sungguh bisa. Masa tu baru kamu tahu. Celuparnya mulut kamu,
Brahim". Bentak Ustaz Harun.
"Janganlah Ustaz kata begitu. Saya percaya tidak ada ular
dalam siksa kubur". Kata ku lagi.
"Macam mana kamu pasti, kamu tak mati lagi ?". Ustaz
cuba melawak.
"Laaa, kan dalam Quran ayat 8:50. Jika kamu dapat melihat
ketika para malaikat mematikan orang-orang yang tidak percaya, dengan memukul
muka-muka mereka, dan belakang mereka, "Rasalah azab yang membakar… dan
ayat 47:27. Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka,
memukul muka mereka dan belakang mereka? ". Kata ku lagi.
"Itu masa nak dimatikan. Lepas tu Allah telah berfirman
pada ayat 36:51 hingga 53. "Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba,
mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka
berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat
tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah menjanjikan, dan para utusan berkata
benar." Ia hanyalah satu Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya
dihadapkan kepada Kami".
"Kalau macam tu, orang yang mati berjuta-juta tahun dahulu
akan kena siksa sampai hari kiamat, yang mati sejam dua sebelum kiamat, akan
beruntunglah, azab kubur mereka sebentar sahaja, mana dia sifat Allah yang Maha
Adil lagi Maha Penyayang itu ?." Aku tanya soalan logik lagi.
"Kalau mati di lautan atau dimati dimakan binatang buas,
selamatlah dari siksa kubur, kerana simati tak mempunyai kubur". Lebai
Ngah berkata.
"Yang saya pasti, setiap yang mati ada kuburnya, walaupun
didasar lautan, dalam perut haiwan, atau dimana saja dan mereka akan
dibangkitkan seperti ayat 22:7. Dan kerana Saat pasti datang, tidak ada keraguan
padanya, dan Allah membangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur.".
Kata ku lagi.
Ini semacam satu sokongan buat ku. Ustaz Harun kerling pada Pak
Rashid. Pak Rashid tersenggeh. Lebai Ngah cuba buat muku serius.
Semua terdiam seketika termasuk aku.
(4-16) Fatwa Imam Khomini.
"Cuba Pak Rashid bayangkan, patutkah puak Shiah mengganggap
bahawa Imam Khomini adalah maksum. Saya sendiri meremang bulu tengkok bila
melihat pada serban dan janggutnya. Semua menjadi kagum tenggok dia, tetapi
malang seribu kali malang, bila dia buka sahaja mulut, Allah telah melondehkan
identiti dia, kalau tak percaya, sila lihat fatwanya yang jijik lagi
meloyakan.". Kata ku lagi.
"Setiap lelaki dibolehkan mendapat kepuasan sex dari
kanak-kanak, walaupun kanak-kanak tersebut masih bayi. Bagaimanapun dia
seharusnya tidak boleh menembusi (kemaluan – editor), tetapi dibolehkan untuk
meliwat kanak-kanak tersebut. Kalau lelaki itu menembusi lalu mencederakan
kanak-kanak tersebut, dia seharusnya bertanggung jawab untuk memberi nafkah
kepada kanak-kanak tersebut sepanjang hayat kanak-kanak tersebut.
Walaubagaimanapun kanak-kanak perempuan ini, tidak boleh dihitung sebagai salah
satu dari empatnya isteri yang tetap. Lelaki ini juga tidak dibolehkan
berkahwin dengan saudara kanak-kanak perempuan tersebut." (Dari buku
Khomeini "Tahrirolvasyleh" Jilid 4, Darol Elm, Gom, Iran, 1990).
"Ada lebih baik bila kanak-kanak perempuan mulai datang
haid berkahwin dirumah suaminya daripada rumah ayahnya. Si ayah yang mengahwini
anak perempuannya pada usia begitu akan mendapat tempat yang tetap di
Firdaus." (Dari buku Khomeini "Tahrirolvasyleh" Jilid 4, Darol
Elm, Gom, Iran, 1990).
"Setiap lelaki boleh mendapat kepuasan sex dengan haiwan
seperti kambing biri-biri, lembu, unta dan sebagainya. Walau bagaimanapun dia
seharusnya membunuh binatang tersebut selepas persetubuhan itu. Dia tidak boleh
menjual daging bintang tersebut kepada orang kampungnya, adalah lebih baik
baginya supaya menjual daging binatang tersebut kepada penduduk desa yang
berdekatan." (Dari buku Khomeini "Tahrirolvasyleh" Jilid 4,
Darol Elm, Gom, Iran, 1990).
"Setiap lelaki yang meliwat dengan haiwan seperti lembu,
biri-biri betina atau unta, maka air kencing dan sistem kumbuhan binatang tersebut
tidak lagi suci. Ia menjadi najis dan kotor. Oleh itu susunya tidak lagi boleh
diminum. Haiwan tersebut seharusnya dibunuh dan dibakar secepat mungkin. "
(Dari buku kecil hijau, Sayings of Ayatollah Khomeini, Political, Phylosophica,
Social and Religious with a special introduction by Clive Irving, ISBN number
0-553-14032-9, page 47)". Kata ku, mengakhiri hujah.
Aku hanya memerhatikan, mereka sedang berfikir.
(4-17) Qardani.
"Kamu tahu pasai Qardani, apakah mereka juga tak betul
?". Tanya Pak Rashid pada ku.
"Sekit-sekit tahu lah, macam Mirza Ghulam Ahmad telah
dilahirkan di-sabuah kampong bernama Qadian di-Utara India pada tahun Masehi
1839 berasal dari keluarga Islam. Dia sering mengalami berbagai penyakit baik
jiwa atau jasmani dan lazim megubati diri-nya dengan candu dan tonik arak
anggur. Ia juga mengakui diri-nya Nabi Isa al-Masih, Imam Mahdi bahkan sabagai
kedatangan Nabi Muhammad yang kedua kalinya dalam bentuk rupa Mirza untuk
mengembang-kan ajaran Islam. Dalam pada itu ia mendakwa telah menerima WAHYU
dengan menyifatkan karangannya BRAHEEN-e-AHMADIYA sagai KITAB ALLAH. Dia telah
menemui ajal-nya pada tahun 1908.
Semasa hidupnya dia telah mengarang 80 buah kitab dan kesemua
kitab-kitab karangan Mirza Ghulam telah di-himpunkan dan diberi tajuk 'ROOHAINI
KHAZAIN' diterbit dan diedarkan oleh Pusat Aliran Ahmadiyyah diLondon.
Mirza Ghulam Ahmad telah mengatakan (petikan dari
Izala-e-Auham'ROOHAINI KHAZAIN ,jilid 3, ms. 114-472) yang :
1.Nabi Muhammad tidak mengerti makna Surah Al-Zilzal.
2.Para rasul yang lain juga telah berbuat salah dan berbohong.
3.Kesilapan juga didapati dalam wahyu yang diterima Rasulullah
kerana tidak memaklumkan tentang Ibnu-Maryam, Dajal, Ya'juj dan Ma'juj dan
Daabatul Ardh.
4.Braheen-e-Ahmadiyya dirujuk sabagai Kitab Allah dalam karangan
Mirza yang lain umpamanya dalam Roohani Khazain jilid 22. Ms 502. Contohnya…
" Inna Anzalnaahu Qareeban min alQadian wa bil Haq anzalnaahu"
{Sasungguhnya kami telah mengutus-nya[ Mira] di-Qadian dan mengutus-nya dengan
kebenaraan}. Ayat yang kononnya wahyu ini juga telah dikandungkan dalam
Braheen-e-Ahmadiyya dan dengan nyata mendakwa bahawa Qadian telah disebut
terdahulunya didalam Qur'an atau Hadis.
5.Rujukan kapada Makkah, Madinah dan Qadian didapati dalam
Al-Qur'an yang suci.
6.Al-Qur'an megandungi perkataan-perkataan yang kurang sopan. {
Mirza kini berusaha mempertahankan kata-kata kesat yang digunakan terhadap
mereka yang membangkangnya}". Kata ku lagi.
Aku menarik nafas panjang. Semua muka berkerut. Nyamok tidak
lagi menjadi teman sejati.
"Tak cukup dengan fakta-fakta yang merapu tu, dia tambah
lagi ajaran dia dengan fakta-fakta gila seperti …
Ia merupakan kedatangan Nabi Muhammad yang kedua kalinya bahkan
lebih sempurna dan lebih berdarjat dari pengutusannya yang pertama (Roohani
Khazain jilid.16 ms 272).
Nabi Muhammad telah kembali ka-dunia sabagai Mirza untuk
mengembangkan Islam (Roohani Khazain jilid.17 ms 249).
Penganut Ahmadiyya tidak harus membezakan antara Mirza Ghulam
dengan Nabi Muhammad kerana "sesiapa yang membezakan antara aku dan
Mustafa [Rasullulah] tidak pernah melihat atau mengenalku"(Roohani Khazain
jilid.16 ms 171).
Mirza kononnya menerima WAHYU :'Muhammadur Rasoolullah
wallazeena ma'ahoo ashiddaohoo' ala alkuffar rohamao bainahum' dalam mana Tuhan
telah menamakan aku Muhammad dan Rasulullah (Roohani Khazain jilid.18 ms 207).
Sesiapa menjadi ahli Jama'at Mirza dengan tersendirinya dia
bertaraf Sahabat Rasulullah (Roohani Khazain jilid.16 ms 259).
Oleh sebab Mirza Ghulam tidak lain orangnya dari Nabi Muhammad
maka apabila saorang Ahmadi mengucap KALIMA TAYYEBAH( Shahadah) maksud Muhammad
Rasululah ialah Mirza Ghulam Ahmad Qadiani (Kalimat al-Fasl oleh Mirza Basheer
Ahmad anak-nya Mirza Ghulam Ahmad Qadiani).
Si Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan oleh Chiragh Bibi tetapi ia
mendakwa yang ianya adalah Isa ibn-Maryam. Mirza mengatakan pada mulanya Tuhan
telah merubahnya menjadi Maryam salama dua tahun. Salepas itu, Tuhan membuatnya
mengandung salama 10 bulan dengan meniup ruh Isa kadalam-nya dan akhir-nya dia
telah menukar menjadi Isa ibn-Maryam( Roohani Khazain jilid. 19ms 87-89).
Dia adalah Massel Maseeh serta mempunyai beberapa persamaan
dengan Isa ibn-Maryam (Roohani Khazain jilid.1 ms 593).
Nabi Isa ada-lah anak Yusuf Najjar (Roohani Khazain jilid.3 ms
254).
Nabi Isa telah wafat dan tidak lagi akan kembali (Roohani
Khazain jilid.3 ms402).
Nabi Isa ada-lah sa-orang pembohong, kerap kali menyebut
kata-kata lucah, pemabuk, perakus dan jahat, bukan orang yang salih atau
mencari kebenaran, dianya juga sombong dan angkuh dan mendakwa ketuhanan
dirinya (Roohani Khazain jilid.9 ms 289).
Sebenar-nya Nabi Isa tidak pernah memperlihatkan sabarang
mukjizat" (Roohani Khazain jilid.11 ms 290-291).
Tiga nenek moyang Nabi Isa ada-lah ahli zina dan pelacur dan
dari darah daging mereka Nabi Isa di-jadikan" (Roohani Khazain jilid.11 ms
291).
Nabi Isa menjadi gila kerana penyakit sawan" (Roohani
Khazain jilid.9 ms 417).
Aku lebih senang jika Nabi Isa tidak pernah diturunkan kadunia
ini" (Roohani Khazain jilid.9 ms 417).
Aku lebih sempurna dari Isa ibn Maryam" (Roohani Khazain
jilid.1 ms 593).
"Aku mempunyai beberapa sifat yang menyerupai Jesus
….sifatku dan Jesus ibarat atom yang kembar atau dua benih dari pokok yang
sama" (Roohani Khazain jilid.1 ms 593).
" Qur'an adalah Kitab Allah dan sebutanku" (Iklan
bertarih 15 Mar 1897, Roohani Khazain jilid.22 ms 87).
Aku yakin akan wahyu yang aku terima sama saperti Qur'an dan
Torah"(Roohani Khazain jilid.17 ms 454 ).
"Asas dakwaan kami bukan Hadis dan Qur'an tetapi WAHYU yang
kami terima. Memang benar kami merujuk kapada Hadis yang disahkan Qur'an
bilamana ia memperkukuhkan dan TIDAK BERCANGGAH DENGAN WAHYU KAMI. YANG LAINNYA
KAMI KETEPIKAN SAPERTI SAMPAH KERTAS" (Roohani Khazain jilid.19 ms 140).
"Bait-ul-Zikr (Masjid disebelah Bait-ul-Fikr, bilik yang
dimana Mirza berdiam dan mengarang kitab-kitabnya) sama saperti Harram-e-Kaaba,
'Wa man dakhalahoo kaan amina' {dan sasiapa yang memasukinya berada dalam
keamanan}" (Roohani Khazain jilid.1 ms 666-667).
Ayat 1 Surah 17 (Al-Isra) dari Al-Qur'an: "Maha suci Tuhan
yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Haram(di
Makkah) ka Masjid Aqsa (di Baitul Makdis)", erti and tujuannya adalah
Masjid yang dibina bapa Mirza Ghulam. (Himpunan iklan jilid. 3 ms 286).
"Kesemuanya telah terima dan percaya akan kenabianku
melainkan keturunan pelacur yang hati mereka itu telah ditutupi Tuhan"
(Kamalate Islam, Roohani Khazain jilid.5 ms 547).
"Sasiapa yang enggan percaya tentang Mirza Ghulam Ahmad
Qadiani telah ingkar terhadap Tuhan dan Rasul dan akan dimasukkan kadalam
Neraka" (Iklan oleh Mirza Ghulam Ahmad bertarih 25 Mai 1900).
"Aku adalah 'benih yang dengan kemahuan sendiri
ditanam/dipelihara' KERAJAAN INGGERIS. Kerajaan harus melindungi BENIH TANAMAN
INI…. Mesti mengarah kaki tangannya melayan AKU serta JAMA'AHKU dengan
kemudahan and pertolongan yang istimewa. Keluarga kami tidak pernah
teragak-agak menumpahkan darah mereka demi kepentingan Kerajaan Inggeris dan
tidak berhenti menggadai nyawa meraka sejak dahulu hingga kini" (Roohani
Khazain jilid.13 ms 350).
"Dari sejak remaja hingga kini usiaku 65 tahun, aku
sentiasa sibuk, dengan lidah dan penaku, dalam tugas penting bagi mengubah hati
orang Islam kapada cinta, tulus-ihlas and simpati terhadap Kerajaan Inggeris
dan melesapkan fahaman Jihad dari hati sibodoh (Orang Islam) "
(Kitab-ul-Bariyah, Roohani Khazain jilid.13 ms 350 ).
"….demi kepentingan Kerajaan Inggeris, sudahku menerbitkan
dan membahagi 50,000 keping kertas di negeri ini (India) dan negara Islam yang
lainnya (membahas Jihad) … kesudahannya beratus ribu manusia telah menggugurkan
fahaman Jihad yang kotor itu." (Roohani Khazain jilid .15 ms 114)".
Kata ku lagi sambil menarik nafas lega.
"Mak datuk, beraninya dia ?". tetiba saja perkataan
itu keluar dari mulut sang lebai. "Apa nak dihairankan lagi Lebai, itulah
akibat bila Quran dibuat barang hiasan". Kata ku lagi.