AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.
Bacaan
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 1 hingga 3.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 4 A.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 4 B.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 5 hingga 8.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 9 hingga 10.
Firdaus dan Jahanam - Satu kepulangan abadi bab 11 hingga 12.
Laman Utama
link
Masing-masing masih tidak bergenjak dari bangku panjang itu.
Semua bebola mata bertumpu kepada Bible dan Quran. Satu lagi teko teh susu
panas dibawa keluar. Lebai Ngah, Ustaz Harun, Pak Rashid, dan Wak Seman dalam
keadaan yang sangat tertekan.
"Kalau begitu bagaimana pula cara kamu berpuasa dan
bersolat Brahim ?" Lebai Ngah yang lama mendiamkan diri terus menyoal ku.
"Pertama puasa bila Ramadan 2:185. "Bulan Ramadan yang
padanya Al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan
sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka
hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu,
berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan
daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan
mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu
berterima kasih."
"Kedua 2:196. "Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana
Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan
jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban.
Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan
berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa
yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang
mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga
hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian
itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan
takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan
sewajarnya."
"Ketiga 5:89. "Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu
kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana
ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusannya ialah memberi
makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu memberikan keluarga
kamu, atau memberi Pakaian mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Jika
sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itulah
penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah
kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu
berterima kasih."
"Keempat 5:95. "Wahai orang-orang yang percaya,
janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam kesucian haji (ihram);
sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan
yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan
dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau
penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam
puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah memaafkan apa
yang telah lalu, tetapi sesiapa mengulanginya, Allah akan melepaskan dendam
kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam"
"Kelima Zihar 58:4. Tetapi sesiapa yang tidak
mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum
keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka
hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu
mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud (had-had) Allah; dan bagi
orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih."
"Itulah kelima-lima kes yang memerlukan puasa, jadi tidak
ada puasa enam, puasa bulan putih, puasa Isnin dan Khamis, puasa Rejab, puasa
Shaaban dan entah apa-apa punya puasa yang dilebelkankan atas nama Islam dan
sebagai ganjaranya pula, sipengamalnya akan mendapat pula pahala Nabi itu dan
Nabi ini atau dia akan mendapat pahala setahunlah, seumur hiduplah dan akhirnya
diberi dengan ganjaran Syurga!". Aku bertegas.
"Ingat tak pada kes tuan penasihat tadi ?". Tanya ku
ringkas.
"Perempuan yang berhaid pun kena puasakan ?". Ustaz
Harun bertanya sambil menjeling padaku.
"Ya, seperti kita bincangkan ayat yang pertama tadi 2:185.
".. dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan
daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan…. Jadi
perempuan datang bulan juga kena puasa !". Kata ku.
"Puasa pula dari fajar sampai malam, bukan bermula dari
sebelum Subuh dan berakhir Waktu Maghrib, kerana ayat 2:187. "Dihalalkan
bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah
pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu
mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan
kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan
(menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi
jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah
puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun
(iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar
daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya
mereka bertakwa." Tegas ku.
"Sekaranglah ujiannya, ikut Quran berbuka bila malam, kalau
ikut kitab-kitab lain pula, berbuka puasa pada waktu Maghrib. Satu hari suntuk
boleh tahan, Marhrib sampai malam yang hanya tidak sampai 30 hingga 40 minit
lagi takan tidak boleh tahan kot ?". Tanya ku selamba.
‘Kamu memang sah gila Brahim!. Adakah kamu hendak memberitahu
kami bahawa, perempuam yang datang haid juga kena puasa !". Ustaz Harun
mula naik benggang.
"Ustaz jangan marah saya, perempuan yang datang haid boleh
main bola jaring, berenang, menoreh getah, pergi opis, makan, minum dan pergi
kerja pasal apa tak boleh sembahyang dan berpuasa ?". Kata ku.
"Buktikan teori kamu Brahim" perintah Lebai Ngah.
"Hanya ada tiga ayat berkenaan dengan haid yang saya dapat
cari dan ketiga-tiga ayat ini tidak memberi cuti pada kaum Hawa, entahlah kalau
ada Tuhan lain yang telah mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang
dengannya Allah tidak mengizinkan…. (42:21) ?". Aku pura-pura bertanya.
2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia
adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan
semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih.
Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka
sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri
mereka.
2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri
selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan apa yang
Allah menciptakan di dalam rahim mereka jika mereka mempercayai Allah dan Hari
Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk mengembalikan
mereka jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan. Bagi perempuan ada hak
yang baik seperti yang ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu
darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.
65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada
haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan
mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka
ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada
Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.
"Ustaz, ayat 2:222 mengatakan "cuti dari melakukan
hubungan sejenis" untuk bersama suami, bukan cuti dari solat, cuti dari
puasa, cuti dari mengingati Allah, cuti dari berbuat baik dan sebagainya. Tuhan
palsu mana pula berani "cancel" hukum Allah ini ?". Aku
bersambung lagi.
"Lebai Ngah, ini bukan teori, Ini ayat Quran yang sangat
jelas ". Kata ku sambil memandang pada Lebai Ngah.
"Tetapi ayat itu tidak kata pun pasal tidak boleh
sembahyang dan puasa ?". Ustaz Harun berkata.
"Ayat itu juga tidak kata pasal boleh main bola jaring,
berenang, menoreh getah, pergi opis, makan, minum dan sebagainya, habis tu,
apasal mereka buat juga". Aku menyindir.
Semua jadi binggung sejenak.
"Kalau begitu Brahim, macam mana kamu sembahyang dengan
menggunakan Quran sahaja, kerana Quran tidak memerincikan cara laku solat
?". Pinta Pak Rashid.
"Dia lupa hadis yang mashur yang mutafa’alaik
"solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku (Muhammad) solat". Ujar
sang Ustaz.
"Solat, ini kes panjang, tetapi InsyaAllah saya akan
terangkan bagaimana saya solat, berpandukan pada Quran satu-satunya, pada masa
yang Pak Rashid bandinglah pula dengan cara Pak Rashid". Aku cuba
berlawak.
"Apa yang terdapat di dalam kitab-kitab karangan ulamak
hanyalah hadis-hadis seperti dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu
katanya, ‘pada satu hari sewaktu aku sedang berbual-bual dengan si anu aku
ternampak Rasulullah mencuit-cuit jari telunjuknya sewaktu beliau sedang
duduk’, dan dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya ‘pada satu
hari sewaktu Nabi sedang bersolat aku lihat beliau meletakkan kedua-dua
tangannya ke atas pusatnya’ atau dari si anu, katanya ‘pada satu hari sewaktu
Nabi sedang berdiri aku lihat beliau meluruskan kedua-dua tangannya ke
bawah’". Kata ku lagi.
"Cuba perhati baik-baik disini. Yang amat ketara cara dan
kaedah hadis-hadis dikumpul tadi langsung tidak memberi keyakinan bahawa apa
yang ditulis itu benar-benar datang daripada Rasulullah atau wahyu Ilahi
sepertimana yang ditegaskan oleh para ulamak. Ia lebih merupai tulisan atau karangan
orang-orang yang suka mengintai dan mengintip. Selain itu, cara Nabi
menunjukkannya pula nampak begitu tidak acuh, seolah-olah beliau tidak peduli
kalau ada orang yang melihatnya atau tidak". Kata ku lagi.
"Soalannya di sini cara manakah satu Nabi bersolat, adakah
semua ini hanya rekaan-rekaan para ulamak saja ?". Tanya Pak Rashid.
"Ya". Jawap ku ringkas.
"Cepat, jangan cuba berdalih, ceritakan pada kami bermula
dari Israk dan Mikraj lagi, masa Nabi mula mendapat perintah solat lima kali
sehari semalam". Bentak Pak Rashid.
"Errr, maaf saya tak berapa pasti". Brahim mengakui.
"Cakap saja berapi-api, perintah solat melalui Isra dan
Mikraj pun tak tahu, Ngah, engkau bagi tau pada budak ni pasai Israk dan
Mikraj". Kata Ustaz Harun sambil kerling dengan ekor matanya kepada ku.
Dengan undangan seringkas itu Lebai Ngah mula berkhotbah
"Isra ialah perjalanan Nabi secara mendatar Nabi dari Mekah ke Masjidil
Aqsa di Jerusalem. Dari sana Nabi terus di Mi'raj ke langit dengan menaiki
haiwan yg dikenali sebagai Buraq dan sebelum malam berakhir Nabi telah kembali
ke Mekah.
Kejadian ini berlaku pada 27 Rejab (bulan ke 7) tahun 621 AD.
Masa itu umur Nabi ialah 50 tahun. Bila Nabi berjumpa dengan Tuhan, Nabi telah
diberi akan solat 50 waktu sehari semalam padanya dan pada umatnya.
Bila Nabi hendak turun ke bumi melalui syurga ditingkat tujuh,
Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad apakah yang telah dititahkan oleh
Allah kepadanya. Nabi Muhammad pun menerangkan akan ibadah solat 50 waktu
sehari semalam itu. Nabi Musa berkata walaupun umatnya besar dan kuat namum
umatnya tidak dapat melakukan solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan
supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan dan meminta supaya ibadat itu di
kurangkan.
Sekali lagi Nabi Muhammad berjumpa dengan Tuhan. Lalu setelah
mendengan rayuan Nabi Muhammad, ibadah solat dikurangkan sebanyak 45 kali
sehari semalam dan bila Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui syurga di
tingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah
kali ianya dikurangkan, lalu Nabi menjawap empat puluh lima kali.
Sekali lagi Nabi Musa berkata yang walaupun umatnya besar dan
kuat namum umatnya tidak dapat melakukan solat sebanyak empat puluh lima kali,
lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad sekali lagi pergi berjumpa
dengan Tuhan dan minta supaya ibadat itu di kurangkan.
Demikianlah proses itu berlanjutan sebanyak sembilan kali. Bila
Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa
telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu
Nabi Muhammad menjawap hanya tinggal lima kali sahaja.
Sekali lagi Nabi Musa berkata yang walaupun umatnya besar dan
kuat namum umatnya tidak dapat melakukan solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan
supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan sekali lagi dan minta supaya ibadat
itu di kurangkan.
Demi kerana malunya, Nabi Muhammad telah membatalkan hasratnya
untuk mengadap Tuhan.
Oleh kerana satu kebaikan diganda sepuluh, maka lima solat didarap
dengan sepuluh kali maka ianya berjumlah juga sebanyak lima puluh kali kali
solat. Pahala ini sebagaimana pahala suruhan pertama iaitu lima puluh kali
solat jaga". Hujah Lebai Ngah bersungguh-sungguh.
"Bangkanglah lagi, jangan tak bangkang." Ustaz Harun
perli Brahim sambil mencapai kotak rokoknya.
Brahim, dongak keatas sekejap sambil tu dia tersengeh, lalu dia
mengeliat, keratap, teretup bunyinya.
"Hujah saya yang pertama, Buraq tidak ada dalam Quran dan
kalau hadis Lebai Ngah ini benar lagi membenarkan, mengapa pula tak diceritakan
pula cara Nabi turun ke bumi dan apakah pula terjadi pada Buraq itu ?".
Tanya si Brahim.
"Hujah saya yang kedua, Nabi Muhammad menerima Quran
sekitar umur 40 tahun, jadi macam mana Lebai Ngah kata Nabi menerima perintah
solat pada umur Nabi 50 tahun. Jurang sepuluh tahun itu tersangat
lamalah". Ujar Brahim lagi.
"Hujah saya yang ketiga, adakah ini bermakna Tuhan tidak
tahu untuk memerintahkan sekali sahaja. Iaitu solat lima kali sehari semalam,
dan bukan sebanyak lima puluh kali sehari semalam dimana akhirnya menjadi lima
juga, adakah ini juga bermakna Tuhan mempermain-mainkan Nabi ?". Tanya si
Brahim lagi.
"Hujah saya yang keempat, mengapa pula Nabi Musa menjadi
penasihat kepada Nabi Muhammad, tidakah Lebai nampak unur-unsur Israliat disini
?". Tanya Brahim lagi.
"Hujah saya yang lima, adakah dengan hadis tadi bermakna
Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih mengetahui perihal umat mereka dari Allah
?". Tanya si Brahim lagi
"Hujah saya yang keenam, bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad
melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas enam puluh lima tahun
setelah kemangkatan Nabi Muhammad ?. Buat pengetahuan semua yang ada, nama
Masjidil Aqsa tersebut juga diambil dari Al Quran (17:1)". Kata si Brahim
lagi.
"Hujah saya yang ketujuh, ada satu cerita menarik disini,
seperti yang dinukilkan oleh Ibn Ishak. Sebagai yang kita ketahui Ibn Ishak
adalah diantara orang paling awal menulis biograpi Nabi Muhammad. Dia menulis
diantara lainnya, Nabi memberitahu kepada isterinya perihal Isra semasa Nabi
bangun untuk solat Fajr, dan perjalanan itu berlaku bila Nabi tidur selapas
Isya, dalam cerita lain pula, diceritakan bahawa sebelum Nabi naik ke langit
Nabi solat Isya dulu. Hairan juga, Nabi dah solat bertahun-tahun baru dapat
arahan untuk solat". Kata si Brahim.
"Hujah saya yang kelapan, mengikut Bible, Nabi Ibraham
sedang berdebat dengan Tuhan bagi pihak Sodom (umat Nabi Lut) untuk tidak
memusnahkan mereka jika ada lima puluh orang beriman diantara mereka, akhirnya
tawar menawar ini menjadi sepuluh orang. Bible RSV Gen 18:20 hingga 32
mengatakan
20: Then the LORD said, "Because the outcry against Sodom
and Gomorrah is great and their sin is very grave,
21: I will go down to see whether they have done altogether
according to the outcry which has come to me; and if not, I will know."
22: So the men turned from there, and went toward Sodom; but
Abraham still stood before the LORD.
23: Then Abraham drew near, and said, "Wilt thou indeed
destroy the righteous with the wicked?
24: Suppose there are fifty righteous within the city; wilt thou
then destroy the place and not spare it for the fifty righteous who are in it?
25: Far be it from thee to do such a thing, to slay the righteou
s with the wicked, so that the righteous fare as the wicked! Far
be that from thee! Shall not the Judge of all the earth do right?"
26: And the LORD said, "If I find at Sodom fifty righteous
in the city, I will spare the whole place for their sake."
27: Abraham answered, "Behold, I have taken upon myself to
speak to the Lord, I who am but dust and ashes.
28: Suppose five of the fifty righteous are lacking? Wilt thou
destroy the whole city for lack of five?" And he said, "I will not
destroy it if I find forty-five there."
29: Again he spoke to him, and said, "Suppose forty are
found there." He answered, "For the sake of forty I will not do
it."
30: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will
speak. Suppose thirty are found there." He answered, "I will not do
it, if I find thirty there."
31: He said, "Behold, I have taken upon myself to speak to
the Lord. Suppose twenty are found there." He answered, "For the sake
of twenty I will not destroy it."
32: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will
speak again but this once. Suppose ten are found there." He answered,
"For the sake of ten I will not destroy it."
"Mari kita lihat persamaan tersebut dengan Quran 29:31 dan
32. "Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita
gembira, mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini,
kerana penduduknya orang-orang yang zalim. Berkata, "Lut di
dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat mengetahui siapa di dalamnya.
Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang
yang tinggal." Kata si Brahim lagi.
"Ayat 11:74 hingga 76. Maka, apabila rasa takut telah pergi
daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami
mengenai kaum Lut. Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan.
"Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah
Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat
dikembalikan."
"Cuba Lebai Ngah tengok kedua-dua ayat diatas, Nabi Ibrahim
cuba "mengingkatkan" para malaikat yang Nabi Lut ada didalam bersama
kaumnya. Dia cuba berdebat, tetapi sayang, hajat hatinya tak kesampaian. Arahan
dari Allah ialah "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya
perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak
dapat dikembalikan." Dalam Quran itu tidak ada soal tawar menawar dengan
Tuhan, tapi dalam Bible ada unsur tawar-menawar, macam hadis solat,
tawar-menawar dari lima puluh jadi lima". Kata si Brahim mengakhiri hujah.
"Hujah saya yang kesembilan 11:114. "Dan lakukanlah
solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik
menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu
ingat."
"Hujah saya yang kesepuluh "Solat pula telah
diperintahkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi dan Nabi Muhammad dikehendaki untuk
meneruskan amalan solat tersebut". Katanya lagi.
21:73. Dan melantik mereka untuk menjadi imam-imam yang memberi
petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami mewahyukan mereka perbuatan kebajikan,
dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan Kami mereka sembah.
22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang
sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan
dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari
dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu
menjadi saksi ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan
berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat
baik, dan Penolong yang sangat baik.
"Hujah saya yang kesebelas dan terakhir ialah "Ayat
4:101-103 menjelaskan tentang solat ringkas dan solat masa peperangan. Ayat itu
juga mengatakan solat Qasar dan masa peperangan itu sempurna apabila seseorang
itu berdiri sehingga selesai sujud. Kalau kita menyebutnya sebagai "satu
rakaat", maka solat tersebut ialah satu rakaat dan solat yang sempurna
mestilah lebih daripada satu rakaat, kerana solat Qasar yang tidak boleh
dilakukan dalam keadaan biasa". Kata ku lagi.
"Sahih Bukhari 1/346 mengatakan bahawa pada permulaannya,
semua solat hanya dua rakaat sahaja. Kita tidak memerlukan hadis sebagai
panduan beribadat, tetapi hadis ini sesuai dengan ayat Quran 4:102". Kata
Pak Rashid dengan penuh yakin.
"Saya percaya syaitan tidak boleh menyelewengkan atau
mengubah seratus peratus dari ajaran yang asal". Kata ku lagi.
"Sebagai contoh, dalam 'wuduk' syaitan cuma membuat
beberapa tambahan kepada ajaran Tuhan, begitu juga haji dimana syaitan telah
membuat sedikit tambahan seperti melontar jumrah, begitu juga dalam bab puasa,
syaitan cuma mengubah sedikit waktu bermula dan berbuka, mungkinkah syaitan
juga telah menambahkan rakaat solat dari dua yang asal kepada tiga atau pun
empat ?". Tanya ku lagi.
"Kamu ni dah merepek habis Brahim". Bentak si Ustaz.
"Apanya merepek, mari kita buat sedikit ujikaji pada solat
kita". Kata ku.
"Uji… jangan tak uji". Pintas si Ustaz lagi.
"Jika Quran 17:110 mengatakan suara hendaklah sederhana
dalam solat. Maka solat yang tanpa suara dan bisu itu bukanlah dari ajaran
Quran, adakah kita setuju". Tanya ku pada mereka.
Semua kepala mula mengangguk setuju. Walaupun agak perlahan tapi
aku yakin mereka setuju.
"Kita melakukan solat Subuh (Fajr) dua rakaat dengan
bersuara, ini mengikut Quran, lalu, kita solat Zohor dan Asar dalam keadaan
bisu, bererti kedua-dua solat itu adalah suatu tambahan baru, manakala bagi,
Solat Wusto (Maghrib), dua rakaat bersuara, ini mengikut Quran dan satu rakaat
bisu yang merupakan ajaran baru, dan terakhir sekali ialah Solat Isyak. Di mana
dua rakaat permulaan bersuara yang mengikut ajaran Quran dan dua rakaat
terakhir pula yang bisu merupakan satu tambahan". Kata ku lagi.
"Sebantar tadi kita dah bincang ayat 11:114 bahawa hanya
ada tiga solat dalam satu hari, manakala orang kita juga melakukan tiga solat
yang bersuara iaitu dua rakaat solat Fajr, dua rakaat solat Wustak dan dua
rakaat solat Isyak, bolehkah kita kata, ini juga secara kebetulan ?".
Tanya ku pada mereka.
"Habis apa sebab pompuan diam". Sampuk si Wak.
"Dalam sembahyang ia dikatakan aurat, tapi dalam mesyurat
suara mereka lantang tak apa, itu bukan aurat !". Aku terpaksa menyindir.
"Nabi Muhammad hanya mengikut perintah itu. 16:123.
Kemudian Kami mewahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus,
dan bukan orang yang menyekutukan". Kata Brahim lagi.
"Jadi kami salah lagilah, hang sajalah yang betul".
Ustaz Harun cuba mendapat kepastian dengan nada yang agak tinggi. "Allah
dan KitabNya sahaja yang betul". Brahim cuba memulangkan paku buah keras.
"Habis tu, masa Isra apa yang berlaku ?". Tanya Lebai
Ngah bersunguh-sungguh.
"Memperlihatkan sebahagian daripada ayat-ayat Tuhan
!". Jawap Brahim ringkas, lalu dia membacakan ayat-ayat berikut.
17:1. "Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada
waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di
mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya
sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang
Mengetahui".
"Brahim , kalau macam tu, macam mana hang sembayang
?". Tanya sang Ustaz.
"Pertama Allah terangkan burung pun tahu masa solat mereka,
malulah kalau manusia tidak tahu waktu solat mereka, sehingga terpaksa
melaungkan azan. 24:41. "Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di
langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan
sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya;
dan Allah mengetahui apa yang mereka buat."
"Seperti yang kita bincangkan ambil empat anggota wudu,
kemudian palinglah pada Masjil Haram seperti ayat 2:114 dan 2:149-250".
Kata Brahim lagi.
Seterusnya cuba lihat ayat 4:142. "Orang-orang munafik
hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka
berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada
manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.", dan jangan pula
buat seperti ayat 5:58. "Dan jika kamu memanggil kepada solat, mereka
mengambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu ialah kerana mereka
adalah kaum yang tidak memahami." Kata ku.
"Kalau kita lakukan juga maka 8:35. "Dan solat mereka
di Rumah tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab
kerana ketidakpercayaan kamu!", 107:4 hingga 5. "Maka kecelakaanlah
bagi orang-orang yang menyembah, Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka
lalai." kata ku lagi.
"Kemudian harus juga diketahui waktu solat, 11:114.
"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya
perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi
orang-orang yang mahu ingat."
"Wey Brahim, ikut ayat tu hanya ada tiga waktu, mana lagi
dua ?". Cepat sahaja pintas Lebai Ngah. "Itu yang saya paham tiga
waktu". Kata ku lagi. "Tapi yang aku tahu, satu dunia buat lima
waktu". Sampuk Pak Rashid. "Kalau begitu, satu dunia betul, Quranlah
yang silap !". Aku menyindir lagi.
"Shiah juga buat tiga waktu, awak ni puak Shiah ke ?".
Ustaz Harun menambah. "Demi Allah saya bukan Shiah, Sunnah Wal Jama’ah dan
entah apa berentah". Aku terpaksa bertegas.
"Ustaz, jangan pusing-pusing, balik kepada persoalaan
solat. Nah, sekarang ada tiga waktu yang jelas. Dua berada di tepi siang dan
satu pula berada ditengah. Nama yang ditengah tu seperti Allah berfirman pada
ayat 2:238. "Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan solat di tengah
(wusto), dan berdirilah kamu patuh kepada Allah". Kata ku lagi.
"Itu yang saya faham, nak ikut tak ikut itu perihal
masing-masing. Inilah ujian Allah". Aku terpaksa bertegas.
"Cara kamu solat tak serupa dengan kami" Ustaz Harun
berkata lagi. "Memang tak serupa pun Ustaz". Kata ku.
"Quran itu lengkap, tolong pastikan juga 4:43. "Wahai
orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk
sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub,
kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu
sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari
tandas, atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka
bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah
muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah adalah Pemaaf,
Pengampun." Kata ku.
"Sila perhatikan ayat 17:110. Katakanlah, "Serulah
Allah, atau serulah Ar-Rahman; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama
yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan
jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang
demikian itu."
Aku mula berhujah. "Kepunyaan Allah nama-nama yang paling
baik, maka berserulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkanlah orang-orang yang
mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas apa yang mereka buat." (Q
7:180)
"Supaya manusia tidak tersilap dan tidak tertipu, Allah
telah mengajar di dalam kitabNya bagaimana Dia harus diseru, iaitu ‘Allah’ atau
‘Ar-Rahman’ (Q 17:110). Malangnya meraka tidak suka dengan perintah ini dan
telah menggantikannya dengan seruan baru iaitu "Allahu Akbar",
walaupun ‘AKBAR’ tidak disebut oleh Allah swt sebagai di antara "asma’ul
husnaNya" di dalam Al Quran. Malah di dalam sembilan puluh sembilan
nama-nama Allah (asma’ul husna) yang para ulamak senaraikan pun tidak juga
terdapat nama "AKBAR" ini". Kata ku lagi.
"Ingatlah ayat 2:75 "Apakah kamu masih memharapkan
mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman
Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka
mengetahui?". Kata ku lagi.
"Nah, siapa yang mabuk sekarang ?". Aku bertanya.
"Justeru, hasil daripada ajaran kitab-kitab yang dipercayai
sahih tadi maka terciptalah berbagai-bagai variasi solat seperti yang dilakukan
oleh pengikut-pengikut imam dan mazhab masing-masing. Sebagai bukti ada yang
meluruskan tangan ke bawah, ada yang meletaknya ke atas pusat, ada pula yang
meletaknya ke atas dada, ada yang memakai ketayap, ada yang memakai serban dan
ada yang tidak menutup kepala sama sekali, ada jamaah yang membaca doa qunut
ada yang tidak, ada yang membaca ‘iftitah’ ala Syafii, ala Hanafi, ala Shiah,
tapi ‘iftitah’ saya ialah membaca sambungan daripada ayat atas 17:111.
"Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang
anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga
sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri. Dan agungkanlah Dia
sebesar-besarnya". Kata ku lagi.
"Orang baca ada yang kuat ada, ada yang terpaksa pakai
mikrophon dan ada yang terkumat-kamit macam bomoh yang sedang jampi, tapi saya
disuruh untuk mencari cari jalan di tengah seperti ayat 17:110". Kata ku.
"Sebelum tu mintalah pelindungan Allah dari syaitan yang
direjam seperti ayat 16:98, 23:97 dan 23:98. Bisalah ada tunduk dan sujud dan
saya tidak menyeru nama lain selain Allah. Bab rokaat-rokaat, tahayat-tahayat,
saya tak mainlah. Arahan Tuhan amat jelas bagi saya bagi saya. Solat itu adalah
satu bentuk perhubungan terus saya dengan Tuhan saya. Lagipun dalam pengkajian
saya solat, puasa atau pun haji ini hanya diperintahkan hanya pada orang- orang
yang telah beriman sahaja". Kata ku lagi.
"Ayat 72:18 "Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah;
maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun", cuba lihat betul-betul,
jangan seru sesiapa pun beserta Allah di dalam masjid-masjidNya (solat) kerana
solat adalah untuk Dia semata-mata. Nah, lagi satu bukti di dalam ‘bacaan
Tahiyat’ meraka berkata begini: "Assalamu alaika aiyuhan nabi…" yang
bermaksud "Sejahtera ke atas kamu wahai nabi…". Amat jelas di sini
pada masa mereka sedang berkata-kata atau berkomunikasi dengan Allah, mereka mengambil
kesempatan ini untuk berkomunikasi dan menyeru pula kepada nabi di dalam solat
mereka. Ini melanggar titah perintah Allah di dalam ayat 72:18 tadi. Dengan
lain erti kata mereka telah menjadikan kedudukan Muhammad sebagai rakan kongsi
Allah dan mereka amat gembira dengan perbuatan itu". Kata ku.
"Sila rujuk ayat 39:45 "Apabila Allah diingatkan
(disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai
akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba
mereka bergembira". Kata ku lagi.
Kemudian Brahim membaca ayat 12:106 "Dan kebanyakan mereka
tidak mempercayai Allah, melainkan mereka menyekutukan-Nya".
"Kami tak buat macam tu, hang salah paham Brahim. Kami
tidak menyeru Nabi di dalam solat kami tetapi apa salahnya kami mendoakan
kesejahteraan ke atasnya?".
"Sejahtera ke atas kamu ‘Wahai’ Nabi, cuba fikirkan
pengertian perkataan ‘Wahai’ ini. Adakah ia berupa doa kepada Tuhan atau seruan
kepada nabi ?". Brahim melontar pertanyaan.
"Oh, kena doa pada Nabi, kalau macam tu, Nabi sendiri tak
tahu dimana dia sendiri akan berada, Syurga atau Neraka. Kalau banyak orang
berdoa, maka barulah dia dapat masuk Syurga. Inilah hujah puak Kristian, yang
Nabi Muhammad sendiri tak tahu tempatnya di akhirat kelak, supaya selamat puak
Kristian kata ikut saja Jesus, anak Tuhan". Kata ku.
"Dalam solat mereka, mereka kerap selawat pada Nabi, hujah
ini diciplak dari ayat 33:56 "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya
‘yusallu’ ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman ‘sallu’lah kamu kepadanya…".
Mengikut sesetengah ulamak ia bermaksud ‘selawat’ (bahasa Arab). Ada yang kata
‘berdoa’ (asal dari bahasa Arab) dan ada pula yang kata ‘rahmat’ (juga bahasa
Arab)". Kata ku lagi.
"Di dalam Quran, setiap kali perkataan ‘Nabi’ dirujukkan
kepada Muhammad, kita akan dapati Allah mengarahkan perkataan itu semasa Nabi
masih hidup saja (tidak pernah selepas beliau wafat). Ini sangat jelas dan
ketara. Oleh yang demikian, soalan pertama yang perlu dijawab ialah apakah
rasionalnya Allah berselawat ke atas nabi yang hidup dan menyuruh kita berbuat
demikian ke atas nabi yang sudah mati ?". Kata ku lagi.
"Yang kedua di manakah dalilnya perintah yang menyuruh
orang-orang yang beriman berbuat demikian di dalam solat (dan juga dalam
keadaan-keadaan tertentu seperti bila memakan ubat, berjabat tangan, bercampur
dengan isteri dan lain-lain lagi) ?". Brahim bertanya lagi.
"Ketiga, bagaimanakah pula cara yang betul atau terbaik
untuk kita selawat ke atas Nabi, kerana dalam kitab karangan ulamak ada
berpuluh macam versi ?". Kata ku lagi.
"Yang terakhir, kalaulah benar hadis dikatakan menjelaskan
ayat-ayat Quran maka tunujuklah hadis yang menjelaskan cara selawat dilakukan
?". Brahim meloncar cabaran.
Walau bagaimanapun selawat yang dibaca ialah "Allahumma
salliala saidina Muhammad" yang bermaksud "(Wahai) Tuhan kami,
selawatlah ke atas saidina Muhammad". Brahim berkhotbah panjang.
"Rasanya macam kurang ajar punya umat. Allah suruh mereka
‘sallu’ ke atas nabi tapi mereka suruh Dia juga selawat ke atasnya. Sekali
lagi, adakah Nabi sendiri berselawat ke atas dirinya sendiri didalam solat
baginda ?". Tanya si Brahim.
"Memang mereka tidak sedar bahawa di dalam solat mereka
hanyalah membebel; bercakap-cakap dengan Tuhan, dengan Nabi dan mereka bercakap
dengan diri mereka sendiri. Maka apakah begini solat yang dilakukan oleh
Rasulullah ?". Tanya Brahim lagi.
"Kamu yang gila atau kami yang gila". Mulut Pak Rashid
terkumat-kamit. "Gila bukan persoalnya Pak Rashid, soalnya ialah Allah
kata jangan kamu solat kalau tak tahu apa yang kamu ucapkan - macam orang
mabuk, cuba Pak Rashid sendiri jadi hakim adakah sesuai semua ayat Quran di
baca masa solat ?". Tanya ku pada Pak Rashid.
"Kalau kamu tak baca ayat Quran, kamu nak baca apa Brahim,
Kitab Hindu ?" Tanya Pak Rashid.
"Berani Pak Rashid baca ayat-ayat begini dalam solat,
seperti ayat dibawah". Kata ku.
15:49/50. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun,
Yang Pengasih. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.
20:14. "Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan
Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku."
21:92. "Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku
Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku."
23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku
Pemelihara kamu; maka takutilah Aku."
29:56. Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, sesungguhnya bumi-Ku
luas; maka Aku hendaklah kamu sembah!
38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga Hari Agama
(Pengadilan)."
"Cukup dengan enam ayat diatas, tepuk dada tanya selera,
siapa yang sembah siapa. Nampak gaya Tuhan kena sembah Pak Rashid. Begitulah
terjadi setiap kali Ramadan menjelang, akan terbacalah ayat ini kerana imam
akan khatam satu Quran dan makmum pula hanya tahu meng"amin"kan"
sahaja, angguk setuju macam itik nila pulang petang". Kata ku selamba.
"Lagi satu Pak Rashid, tak payahlah menceritakan kisah Abu
Lahab kepada Tuhan, tak payah menceritakan kisah orang-orang Quraisy kepada
Tuhan, tak payah menceritakan kisah Tentera Bergajah kepada Tuhan, tak payah
menceritakan tentang hari kiamat kepada Tuhan". Kata ku.
"Apa salahnya kalau kita baca surah yang memuji kebesaran
Allah ?". Kata ku lagi.
"Pula tu, seronok sangat menjemput imam import, dari Yala
dan negara Arab, upahnya mahal, mungkin kerana suaranya sedap, tapi dia sendiri
tak tahu apa yang dibacanya ". Kata ku.
Aku mengirup saki baki kopi yang sejuk. Semua mata tertumpu pada
ku.
"Habis kamu tak azan, qomat, macam kat Masjid ?".
Tanya sang Ustaz lagi.
"Maaf cakap, macam burung-burung tekukur dalam
pertandingan. Masjid telah dijadikan medan rasmi untuk menyeru sekutu-sekutu
Allah. Masjid telah dijadikan tempat untuk menghentam dan mengkafirkan orang
lain. Cuba tengok ayat ini pula 9:107. "Dan orang-orang yang mengambil
masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang
mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan
rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak menghendaki sesuatu
melainkan kebaikan"; dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta".
Kata ku.
"Ayat diatas "memecahkan orang-orang mukmin",
samalah macam masjid kita, orang yang bukan dari team politik Lebai, akan
dihentam habis-habisan dan fatwa demi fatwa akan dikeluarkan dari atas mimbar
masjid. Seolah-olah ia adalah arahan agama, sebagai contoh kenduri si Salim,
habis ayam dan nasi minyak terpaksa dibuang kedalam sungai kerana fatwa
mengkafirkan Salim atas alasan yang dia bersongkol dengan puak kerajaan, lepas
tu tok imam pula berkata "Ini kerana mengikut mutiara hadis, orang Islam
dikira murtad bila bersengkol dengan puak kafir".
"Cuba tengok ayat tersebut lagi "Kami tidak
menghendaki sesuatu melainkan kebaikan", sama tak macam Tok Imam kita tu,
nak nasihat konon atas dasar kebaikan, tetapi apa pula yang Allah berfirman ?.
Mereka adalah pendusta-pendusta". Aku terpaksa bertegas.
"Patutlah tak nampak muka kamu kat masjid, sejak kembali
kamu dari Jordan". Pak Rashid bersuara lagi. "Betullah tu Pak Rashid,
sambungan ayat itu 9:108. "Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya.
Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk
kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang ingin
membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri
mereka".
"Walaupun itu arahan Tuhan khususnya pada Nabi Muhammad,
biarlah saya sujud dimana sahaja, ayat 9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang
yang menyekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan
terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu,
amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal
selama-lamanya". Kata ku lagi.
"Bagi saya bumi Allah luas, tempat sujud tidak dikhususkan
hanya pada masjid, pada ayat 2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana
sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi,
Mengetahui". Aku cuba mengakhiri perbualan.
"Oleh itu, tolong jangan usir saya bila solat saya tak sama
dengan Ustaz dan sekian yang ada kerana pada ayat 6:52. "Dan janganlah
mengusir orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang,
kerana menghendaki wajah-Nya. Tidak ada sama sekali perhitungan mereka kepada
kamu, dan tidak ada sama sekali perhitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu
patut mengusir mereka, dan menjadi antara orang-orang yang zalim.". Kata
ku lagi.
Brahim seterusnya membaca ayat 5:58 "Dan jika kamu
memanggil kepada solat, mereka mengambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu
permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami".
"Nanti dulu, habis apa aku nak buat sekarang ?". Wak
yang sekian lama diam mula bersuara.
"Baca dulu Quran, perintah solat, puasa dan sebagainya
bermula dengan "Wahai orang-orang beriman…, jadi dulu orang yang percaya
pada Tuhan, baru mula beramal. Cuba lihat ayat-ayat dibawah "Sesiapa yang
membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan
syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka
daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."
(43:36,37)
"Katakanlah, "Bolehkah kami memberitahu kamu siapakah
yang menjadi yang paling rugi dalam amalan mereka?" (18:103)
"Orang-orang yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan
dunia sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat perbuatan baik."
(18:104.)
"Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada
ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan denganNya; amalan-amalan mereka
menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka
sebarang penimbangan." (18:105).
"Allah amat benci kepada orang-orang yang bodoh (10:100),
akhir sekali, berhentilah daripada membangkitkan soalan ‘bagaimana hendak solat
dengan berpandukan Quran sahaja". Kata ku sambil menghirup saki baki kopi
yang telah lama sejuk.
"La Ila Ha Ill Lallah, Muhammadan Rasullulah", Labai
Ngah mengucap panjang. "Apa ni, semua yang kami buat semua tak kena buat
kamu". Kata Lebai Ngah lagi.
"Apa nak buat Lebai, ini bukan pendapat saya. Saya dengar
shahadah Lebai Ngah pun semacam sahaja". Kata ku selamba.
"Adakah hang nak kata shahadah aku pula tak betul ?".
Tanya si Lebai Ngah. "Nak jawap cara Sunni atau cara Syiah, kerana
kedua-dua puak ini ada puluhan punya versi ?". Aku cuba meminta kepastian.
"Syahadah suku kaum Ahlul Sunnah wal Jamaah diasaskan oleh
Abu Hurairah. Syahadah suku kaum Ahlul Sunnah ini mula sekali diceritakan di
dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah. (Sila rujuk Mishkat ul Masabih, Jilid 1,
Bab 1, hadis no. 27, Terjemahan oleh Maulana Fazlul Karim. Penerbit: The Book
House, Lahore, Pakistan), ada hadis Tirmizi untuk huraian yang pasti berbeza
beza tentang cerita syahadah ini.
Hadis mengenai syahadah berbunyi demikian: Pada satu hari Abu
Hurairah telah pergi ke depan khalayak ramai dan mengatakan bahwa Rasulullah
telah menyuruhnya menyampaikan sesuatu yang baru iaitu syahadah, berbunyi
seperti berikut: 'Asy hadu anlaa ilaha ilallahu wa asy hadu anna muhammadar
rasulullah, ada hadis lain pula kata syahadah ialah 'wa asy hadu anna
muhammadan abduhu wa rasuluhu' dan ada juga hadis yang lain lagi dalam sahih
Bukhari yang berkata 'lailaha ilallah muhammadar rasululah'. Hadis lain pula
dalam sahih Muslim kata 'lailaha ilallah' sahaja. Ada lagi hadis sahih Muslim
kata 'aslamtu wajhiya lillah'. Dan banyak lagi.
Apabila Saidina Omar mendengar syahadah Abu Hurairah, Omar terus
menumbuk Abu Hurairah dan menjatuhkannya. Kemudian Omar memijak leher Abu
Hurairah dan mencabar apakah niat Abu Hurairah dengan syahadah demikian? (Ini
bukannya kali pertama Abu Hurairah dipukul oleh Saidina Omar. Hadis-hadis yang
lain menceritakan bahawa Saidina Omar pernah memukul Abu Hurairah atas tuduhan
Abu Hurairah mencuri duit!)
Walaubagaimanapun, Abu Hurairah menjerit dalam kesakitan dan
menghulurkan sepasang kasut kulit ke arah Omar. 'Kasut ini kepunyaan Rasulullah'
kata Abu Hurairah dan diberi kepadanya oleh Rasulullah sebagai cap mohor untuk
mengesahkan Abu Hurairah ditugaskan untuk menyampaikan syahadah.
Setelah melihat kasut kepunyaan Rasulullah, Omar pun mulai reda
dari marahnya dan orang ramai disekitarnya pun bergembira dan terus menerima
syahadah Abu Hurairah itu. Cerita yang karut marut belaka ini adalah asas
kepada syahadah suku kaum Ahlul Sunnah sehingga hari ini. Inilah asal-usul
syahadah selipar kulit". Kata si Brahim lagi.
"Saja nak tanya, Nabi ada berapa pasang kasut?. Mestilah
banyak, kerana setiap kali Abu Hurairah (Abu=Bapa, Hurairah=Kucing) keluar, dia
akan membawa sepasang kasut Rasullulah". Kata ku lagi.
"Ikut logik, adakah para sahabat Nabi akan percaya, dengan
hanya tengok pada kasut". Kata ku lagi.
Pak Rashid tersengih. Ustaz Harun buat-buat tak dengar.
"Kita sambung lagi, dalam satu adengan yang lain (juga
diriwayatkan oleh Abu Hurairah) ianya dilapurkan bahawa setelah memukul Abu
Hurairah, Saidina Omar mencabar Nabi jika benar Rasulullah menghantar Abu
Hurairah dengan kasutnya sebagai mohor untuk menyampaikan syahadah, dan apabila
Rasulullah mengakuinya, Saidina Omar telah membantah Nabi pula dan mengatakan
bahawa syahadah yang sedemikian akan mengakibatkan orang Islam menjadi pemalas!".
Brahim berkata lagi.
"Cuba bayangkan Saidina Omar sanggup melawan cakap Nabi,
pula tu dia sanggup kondem Nabi, adakah Saidina Omar terlupa, bahawa Muhammad
itu seorang Nabi ?". Brahim bertanya lagi.
"Cuba Lebai ambil Quran tu dan buka ayat 9:101. "Dan
antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang
munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam
kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan
Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab
yang besar."
"Lebai, ayat ini menjelaskan ada orang Arab munafik
disekeliling Nabi Muhammad, dan sebahagian dari penduduk kota tu dah jadi
berani dalam kemunafikan, tetapi Nabi sendiri kenal mereka dan mereka akan kena
azab dua kali". Kata ku.
47:30. "Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami
memperlihatkan mereka kepada kamu, kemudian kamu akan mengenali mereka dengan
tanda mereka; dan sungguh, kamu akan kenal mereka pada ucapan mereka yang
memutarbelitkan; dan Allah mengetahui amalan-amalan (perbuatan) kamu."
Jelas ku lagi.
"Lebai, sekiranya Allah mengkehendaki, tentu Allah akan
memperlihatkan puak-puak munafik kepada Nabi barulah dapat cam mereka, seperti
tanda-tanda khusus, diantaranya ialah pada ucapan mereka yang
memutarbelitkan". Jelas ku lagi.
"Lebai, tahukah Lebai apa tanda ucapan yang memutarbelitkan
itu ?". Aku pura-pura bertanya dan bila Lebai Ngah menggeleng-gelengkan
kepalanya, aku menggambil kesempatan untuk meneruskan hujah.
63:1. "Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu,
mereka berkata, "Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul
Allah." Dan Allah mengetahui bahawa kamu adalah benar-benar rasul-Nya, dan
Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar
pendusta-pendusta". Kata ku lagi.
"Tanda ucapan mereka ialah "Muhammad rasul
Allah". Aku menjawap soalan ku sendiri. Semua mata terbeliak memandangku.
Aku diam seketika.
"Allah telah berfirman bahawa orang munafik ini pada segi
luaran sahaja nampak hebat, tapi bila buka mulut sahaja, tembelang pun pecah,
seperti ayat 63:4. "Apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka
mengagumkan kamu; tetapi apabila mereka berkata, kamu mendengar ucapan mereka
dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka menyangka bahawa tiap-tiap
teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah
terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan
!". Kata ku lagi.
"Kagum tak kalau tengok tubuh meraka berbalut jubah putih,
hitam atau hijau, pula tu pakai pula bolero, serban pula ada yang tinggi sampai
sekaki, kayu sugi pula sentiasa dalam kocek, janggut pula bersambung dengan
misai dan bau minyak atar menusuk hidung. Tasbih pula sentiasa dibilang macam
sami Budda dalam gambar kung-fu. Kalau begitulah pakaian Nabi, rasanya Nabi
berasal darimana ? China, India atau Pakistan ?". Aku cuba bertanya.
"Budak ni, aku sekeh kang cuma. Kalau macam tu shahadah
kami jaga salahkah ?". Ustaz Harun menumbuk meja. "Sabar, Ustaz,
sabar". Pak Rashid dan Lebai Ngah cuba menenagkan Ustaz Harun.
"Sabarlah Ustaz. Jangan marahkan saya. Ustaz sebenarnya
bukan tak puas hati dengan saya. Ustaz tak puas hati dengan Allah. 22:72
"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang
jelas, kamu mengenali pada muka orang-orang yang tidak percaya akan penolakan;
hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat
Kami. Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu sesuatu yang lebih buruk
daripada yang itu? Api - Allah menjanjikannya kepada orang-orang yang tidak
percaya - satu kepulangan yang buruk!". Kataku lagi.
Ustaz Harun terdiam. Semua bola mata masih terbeliak.
"Teruskan hujah kamu". Kata Pak Rashid.
"Sebenarnya Ustaz, kesemua para Nabi hanya membawa satu
wadah yang sangat jelas, iaitu manusia hanya ada satu Tuhan sahaja, iaitu
"Tiada Tuhan Melainkan Allah" seperti (2:163) (2:255) (3:2) (3:6)
(3:18) (3:62) (4:87) (6:102) (6:106) (7:158) (9:31) (9:129) (10:90) (11:14)
(13:30) (16:2) (20:8) (20:14) (21:25) (21:87) (23:23) (23:116) (27:26) (28:70)
(28:88) (35:3) (37:35) (38:65) (39:6) (40:3) (40:62) (40:65) (44:8) (47:19)
(59:22/23) (64:13) (73:9)." Aku menjelaskan.
"Ustaz, dalam ayat 16:123. Kemudian Kami mewahyukan kamu,
"Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang
menyekutukan." Dan dalam 2:130. "Maka siapakah yang mengundurkan diri
daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang memperbodohkan dirinya sendiri?
Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang
yang salih (baik)." Aku cuba berhujah.
"Nabi Muhammad sendiri disuruh ikut anutan Nabi Ibrahim,
dan Allah telah berfirman, sesiapa yang tidak mahu mengikut anutan Nabi Ibrahim
adalah orang yang memperbodohkan diri mereka sendiri, cuba Ustaz lihat, 2:131. "Apabila
Pemeliharanya berkata kepadanya, "Tunduk patuhlah", dia berkata,
"Aku menundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam."
"Belum tepatkah lagi shahadah macam ini, dan dalam dua ayat
berturutan Allah telah berfirman yang kita semua telah pun bershahadah 7:172.
"Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada
punggung mereka, keturunan mereka, dan menjadikan mereka saksi-saksi ke atas
jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata,
"Ia, kami menyaksikan"; supaya kamu tidak mengatakan pada Hari
Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."
7:173. Atau, supaya kamu tidak mengatakan, "Bapa-bapa kami
adalah orang-orang yang mempersekutukan dari dahulu, dan kami keturunan sesudah
mereka. Apa, adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana perbuatan orang-orang
yang mengikuti yang palsu?"
"Siapa yang berani berbohong, kalau nak masuk Islam kena
bersyahadah.". Tanya ku lagi.
"Nabi suruh kata !". Ustaz Harun macam kehilangan
modal.
"Apa yang Nabi berkata hanyalah ayat-ayat Quran yang sangat
jelas. Itulah ayat-ayat Allah yang dituturkan melalui lidah Nabi Muhammad
sendiri. Lain pada itu, hanyalah perkataan "saya dengar dari dia. Dia
dengar dari ayahnya, dari datoknya, dari moyangnya. Moyangnya pula dengar sahabat
moyangnya, dan dia dengar pula dari Rasullulah berkata bla, bla, bla ….".
Kata ku lagi.
"Ustaz faham apa yang saya kata ?". Tanya ku.
"Entah Rasullulah kata entahkan tidak, atau mereka
mengintip perilaku Rasullulah dan mereka catit dalam kitab mereka, sebab itulah
ia ada banyak versi, semuanya tidak selari. Cuba baca kitab hadis. Syahadah ada
macam-macam versi. Kitab Shiah lagi berani, nama Ali pun diturut sekali".
Kata ku semakin berani. .
Melihat mereka mendiamkan diri, aku ambil kesempatan lagi.
"Quran hanya satu versi, dibaca oleh Nabi Muhammad dengan lidahnya
sendiri, sesuatu yang pasti dan diberi gerenti oleh Allah, tapi manusia lebih
gemar mencari pada sesuatu yang tak pasti.". Aku bermadah lagi.
"Nabi tidak berani mengatakan selain dari Quran". Aku
membuat penjelasan. "Kalau Nabi buat juga 11:35. Atau mereka berkata,
"Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Jika aku
mengada-adakannya, maka atas akulah dosaku, dan aku berlepas diri daripada
dosa-dosa yang kamu buat."
Ayat 13:37. "Begitulah Kami menurunkan sebagai satu
kehukuman dalam bahasa Arab. Dan jika kamu mengikuti keinginan mereka, setelah
pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung)
terhadap Allah, dan tidak ada yang mempertahankan".
Ayat 46:8. "Atau mereka berkata, "Dia
mengada-adakannya"? Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya, kamu
tidak ada kuasa untuk menolong aku terhadap Allah sedikit pun. Dia sangat
mengetahui apa yang kamu melakukan padanya; cukuplah Dia sebagai saksi antara
aku dan kamu; Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."
"Dan jika Nabi buat juga apa yang Allah tidak suruh maka
69:44 hingga 47. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,
Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan, Kemudian pasti Kami memotong urat
jantungnya, Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi
dia." Sekali lagi aku terpaksa mengulanginya.
Semua terpaku. Malam bertambah pekat, seteko lagi kopi hitam
dihidangkan. Cengkerik sudah tidak lagi menyanyi riang. Hanya sekali-sekali
memecah keheningan malam.
"Nampak gaya kamu macam menolak hadis !". Pak Rashid
mula bersuara. "Macam mana tiba-tiba soal hadis pula terkeluar ?".
Aku bertanya kehairanan.
"Sebilangan besar daripada para ulamak berkata bahawa
menolak hadis tidak dianggap kafir kerana hadis bersifat Zanni iaitu
pengumpulannya bersifat meragukan dan tidak muktamat dan bukan seperti Quran
yang bersifat Qati'i iaitu pengumpulannya bersifat putus dan muktamad, tetapi,
setengah daripada kalangan mereka pula berpendapat adalah kafir menolak hadis
yang Mutawatir (bayak perawi) sahaja. Pandangan ini boleh dipertikaikan kerana
para ulamak sendiri tidak sepakat tentang mana hadis Mutawatir dan mana hadis
tidak Mutawatir". Kata ku.
"Ada juga ulamak yang terlalu alimlah konon, berkata
walaupun menolak hadis Ahad (satu perawi) sudah dianggap kafir, seperti fatwa
Imam Shafie, tetapi dia juga berkata hadis Ahad yang dimaksudkan tersebut ialah
hadis Amaliah, (cara pelaksanaan ibadat) sebaliknya, jika menolak hadis Ilmiah
(ghaib, ketuhanan, atau hari akhirat) tidak pula dianggap kafir". Kata ku
lagi.
"Si Imam Abu Hanifah pula berfatwa menolak hadis Ahad baik
Amaliah atau Ilmiah tidak dianggap kafir seperti Imam Muhammad Abduh, Sheikh
Mahmud Shalut, Sheikh Mohammad al-Ghazali dan lain-lain. Nah, sekarang jelas si
Abu Hanifah berselisih pendapat dengan si Shafie". Kata ku lagi.
"Dalam menangani permasalahan ulamak silam ini, al-Azhar
dalam fatwa dikeluarkan oleh Yang diPertua Jawatankuasa, Sheikh Abdullah
al-Meshid pada 1 Feb 1990 berkata, apa yang dianggap wajib dan haram itu tidak
dapat ditentukan kecuali melalui dalil yang meyakinkan dan bersifat putus dari
segi penentuan dan penghujahan. Hal demikian tidak dapat dilaksanakan oleh
sunnah kecuali kecuali yang dianggap Mutawatir, tetapi ia (Mutawatir) hampir
tidak diketahui kerana tidak ada sepakatan ulamak megenainya. Menurut fatwa itu
juga, siapa yang mengikari sunnah sebagai dapat menentukan hukum wajib dan
haram secara berasingan adalah mengingkari apa yang ulamak berbeza pendapat
mengenainya dan ia tidak terbilang daripada perkara yang sedia ada yang sedia
maklum dalam ugama tidak dianggap kafir". Kata ku lagi.
"Kamu bohong. Aku lulusan al-Azhar pun tak perasan fatwa
ini". Bantah sang Ustaz.
"Apalah gunanya kalau saya bohong. Masalah dengan kita ialah
kita malas membaca dan kurang membuat penyelidikan ilmiah, lepas itu turut pula
tanpa usul periksa. Fatwa panjang berjela itu ada didalam kitab Sheikh Mohammad
al-Ghazali iaitu Turathuna al-Fikri Fi Maizani asy-Syar'i wa al-Aqli, muka
surat 176-179". Kata ku lagi.
Semua yang ada kerling pada Ustaz. Ustaz tertunduk diam.
"Jom, kita balik pada bab hadis yang kita bincangkan itu.
Dalam Quran ini ada banyak perkataan hadis. Tolong Pak Rashid membaca ayat
Arabnya berserta dengan terjemahannya sekali.
Ayat 4:87 "Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti
akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan
siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?".
Ayat 7:185 "Tidakkah mereka merenungkan dominion langit dan
bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah
dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan mempercayai
?".
Ayat 12:111 "Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah
pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda; ia bukanlah hadis yang
diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan
bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang
mempercayai".
Ayat 31:6 "Antara manusia, ada yang membeli hadis yang
menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan
untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang
hina".
Ayat 39:23 "Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai
sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya
digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian
kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah
petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia
mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang
memberi petunjuk".
Ayat 45:6 "Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu
dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang
mereka akan mempercayai ?".
Ayat 68:44 "Maka tinggalkanlah Aku bersama orang yang
mendustakan hadis ini! Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit dari arah
yang mereka tidak mengetahui".
Ayat 77:50 "Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang
mereka akan mempercayai".
"Kalau saya ringkaskan, "Quran adalah hadis yang
terbaik", kalau tak mahu juga beriman, Allah bertanya lagi, dengan hadis
apakah lagi, yang kita nak beriman ?". Tegas ku lagi.
"Kalau begitu orang yang yang beramal dengan Quran adalah
orang yang percaya pada hadis Allah dan orang-orang yang mempercayai
hadis-hadis ulamak pula, adalah orang yang anti hadis Allah, mahukah Pak Rashid
bersetuju dengan kenyataan saya yang paling mudah ini ?". Tanya ku pada
Pak Rashid.
Sekali lagi tiada yang sanggup memberi jawapan sebarang jawapan.
"Aku juga hairan Brahim, kalau ikut macam kamu buat ini
bolehkan kamu mendapat syafaat Nabi diakhirat kelak ?". Bertanya pula si
Lebai Ngah.
"Lebai, dalam Quran tidak disebut pasai syafaat Nabi. Saya
ingin bertanya kepada Lebai Ngah, Nabi manakah yang Lebai maksudkan itu ?"
tanya ku.
Lebai Ngah menjeling pada Ustaz Harun, "Nabi
Muhammadlah". Katanya pantas - sepatah.
"Lebai, Allah telah berfirman, untuk orang-orang beriman
supaya jangan membeza-bezakan Nabi. 2:136 2:285 3:84 4:152 tetapi ada golongan
yang suka sangat membeza-bezakan darjat sesetengah Nabi seperti ayat 4:150.
Orang-orang yang tidak percaya kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan
menghendaki untuk membuat perbezaan antara Allah dan rasul-rasul-Nya, dan berkata,
"Kami mempercayai sebahagian, dan kami tidak percaya kepada
sebahagian", dan menghendaki untuk mengambil di antara ini dan itu, satu
jalan."
"Lebai, orang beriman tidak dibenarkan untuk
membeza-bezakan Nabi, tetapi hanya Allah yang tahu darjat mereka disisiNya
2:253 "Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian
yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia
menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas,
dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Suci. Dan sekiranya Allah menghendaki,
tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri,
setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka
memperselisihkan, dan sebahagian mereka percaya, dan sebahagian tidak percaya;
dan sekiranya Allah menghendaki, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri,
tetapi Allah buat apa sahaja yang Dia mengkehendaki.". Kata ku lagi.
"Lalu ayat 2:123 "Dan takutilah kamu akan satu hari
apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak
diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan)
kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong."
Ayat 2:254 "Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah
daripada apa yang Kami merezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya
tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan);
dan orang-orang yang tidak percaya - merekalah orang-orang yang zalim".
Ayat 19:87 "Dengan tanpa kuasa syafaat (pengantaraan),
kecuali orang-orang yang telah mengambil dengan Yang Pemurah perjanjian".
Ayat 20:109 "Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak
bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah memberi izin, dan
ucapannya Dia sangat berpuas hati".
Ayat 39:44. Katakanlah, "Bagi Allah kepunyaan syafaat
(pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian
kepada-Nya kamu akan dikembalikan."
"Itulah salahnya kita, telalu taksub pada kitab-kitab lain
dan meletak kepercayakan seratus persen pada ulamak, Tuan Guru atau pun Kiai.
Mereka telah memperkotak-katikkan pola hidup kita. Kita diajar supaya ikut
sahaja, tidak boleh berfikir, otak tergadai, mata hati menjadi buta, Quran yang
terbentang didepan mata diabaikan. Mungkin Quran dimuliakan setahun sekali, itu
pun untuk dipertandingan, dihadapan halaman Masjid Jamek kita tu, hadiah tu
bagilah lembu ke atau kambing. Betul tak ?". Aku mula berleter.
"Itu semua kerja baik, kita ajar orang baca Quran".
Sampuk Pak Rashid. "Ajar orang baca Quran bukan ajar orang faham Quran.
Akhirnya, jadilah macam burung kakak tua si Ah Seng, bezanya burung kakak tua
si Ah Seng tak tahu baca, kita pula tahu baca. Maknanya haram sepatah tak
faham". Aku mula menyindir.
"Habis, musabakoh tu tak baikkah ?". Tanya sang Ustaz.
"Yang terpenting, Quran diturunkan bukan untuk disyairkan,
dilagukan, dihafalkan, dan bukan juga untuk dipertandingkan. Apa yang Allah
hendak ialah supaya kita laksanakan kata-kataNya dalam kehidupan kita seharian,
barulah selamat dunia akhirat". Kata ku selamba.
"Syaitan hanya mengaku sebagai tuan penasihat kepada Adam.
Dalam ayat 7:20 dan 21. "Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk
menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka,
bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu
daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu
menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan." Dan ia bersumpah kepada
mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat." Kata ku.
"Macam tulah kerja sekutu-sekutu buat, kalau nak baca
Quran, kena baca kitab ini dan itu dulu, kalau nak kenal Allah kena kenal
segala mak-nenek punya ilmu dulu, kalau nak beramal pada Allah kena dengar kata
ulamak itu dan ini, barulah kita dapat dekat diri dengan Allah.". Kata ku
selamba.
Secankir lagi teh panas dihidangkan. Kali ini Lebai Ngah pula
memenuhi semua cawan-cawan kosong. Aku fikir mungkin dia dahaga atau
setidak-tidaknya dia menahan tension. Masuk ni dah lima atau enam teko bersilih
ganti.
Suasana tidak lagi tegang seperti biasa dan tidak ada berbicara.
Mungkin aku berleter sendirian. Teringat kata pensyarah ku semasa di universiti
dulu, kalau orang tidak bertanya, hanya ada dua kemungkinan pertama dia faham
kesemua isi kadungnya dan kemungkinan yang kedua ialah dia tidak faham satu apa
pun langsung.