Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Salamun Alaikum

AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.

Bacaan

“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian A.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian B.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian C.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian D.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian E.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian F
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian G


Halaman Utama
link

“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

 

 

“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

atau

“rahsia dalam rahsia-rahsia yang Kebenarannya sangat diperlukan”

 

 

Dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dikupaskan kembali sebuah karya sufi yang “terkenal” hasil nukilan, ulamak terkenal, iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani yang telah diinternetkan di:

 

http://tamansufi.tripod.com/asrar.html  &  http://www.al-baz.com/shaikhabdalqadir/

  

24:15. Apabila kamu menerimanya dengan lidah kamu, dan kamu mengatakan dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan, dan di sisi Allah ia adalah satu yang besar.

 

 

 

1: UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA - (Petikan surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani)

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.

 

6:3. Dia, Allah di langit dan di bumi; Dia mengetahui rahsia-rahsia kamu, dan apa yang kamu mengumumkan, dan Dia mengetahui apa yang kamu mengusahakan.

 

Tidak ada rahsia dalam ajaran Islam. Semuanya sudah diperjelaskan sepenuhnya semenjak 1400 tahun dahulu. Semenjak dari itu tidak ada pun sesuatu penambahan baru. Kitab itu akan diguna pakai hinggalah ke hari Qimat.

 

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

 

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

“Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?.

 

Adalah sesuatu yang bahaya untuk mencampuradukkan hasil kayra sufi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dengan ayat-ayat Allah. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga telah berjaya mencantum sebahagian ayat Allah dengan bahagian ayat yang lain, maka lahirlah sebuah prosa/cerita/karya yang amat mendustakan.

 

2:42. Dan janganlah mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.

 

3:78. Dan antara mereka, ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada Allah", tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.

 

Cuba lihat ayat asal.

 

24:35. Allah ialah Cahaya langit dan bumi; persamaan Cahaya-Nya seperti sebuah ruang di dalam dinding yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita di dalam kaca. Kaca seakan-akan bintang berkilauan yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati, zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat. Minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas Cahaya. Allah memberi petunjuk kepada Cahaya-Nya, siapa yang Dia mengkehendaki. Dan Allah membuat persamaan-persamaan untuk manusia, dan Allah mengetahui segala sesuatu.

 

Cuba bandingkan terjemahan ayat 24:35 denganya karya sufi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Ia telah tersasar jauh dari segi makna, bahasa dan maksud ayat tersebut.

 

Allah telah membuat banyak persamaan dalam al-Qur’an supaya manusia berfikir dan merenung.

Ada lebih kurang 86 perkataan persamaan digunakan. Seperti persamaan, cahaya, tumbuhan, agas, keledai,pekak, bisu, buta, tuli, kebun, hujan, kegelapan, terang dsb.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

“(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:

 

Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon Keampunan Allah.

 

Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

 

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia.

 

Dengan tulisan tanpa ayat penuh dan tanpa rujukan, ia mungkin bermotif dan bermuslihat. 

 

Namun terdapat dua insiden dimana awalan ayat itu boleh dijadikan rujukan.

 

Pertama, ia mungkin dari proses penerimaan Wahyu.

 

81:17. Demi malam yang hampir habis,

81:18. Demi subuh (pagi) yang mengeluh,

81:19. Sesungguhnya ia adalah ucapan rasul yang mulia,

81:20. Mempunyai kekuatan, dengan Yang mempunyai Arasy kukuh,

81:21. Ditaati, dan lagi, dipercayai.

81:22. Teman kamu bukanlah orang yang dirasuk.

81:23. Sesungguhnya dia melihatnya di horizon yang terang.

81:24. Dia tidaklah lokek dengan yang ghaib.

81:25. Dan ia bukanlah ucapan syaitan yang direjam.

 

Kedua pula mungkin,

 

92:1. Demi malam menutupi,

92:2. Dan siang mendedahkan keindahannya,

92:3. Dan Yang mencipta lelaki dan perempuan,

92:4. Sesungguhnya usaha kamu bermacam-macam.

 

Sekali lagi, dengan digambarkan tidur yang sedikit di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah dan menyesali masa tidur mereka, seolah-olah menampakan mereka ini dari golongan yang “teramat warak dan terlalu suci”.

 

Penulis masih belum berjumpa dengan burung bulbul (?) yang boleh berkata-kata !.

 

Malangnya, saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani telah terlupa untuk memberitahu kepada sidang pembacanya akan bahasa pertuturan burung bulbul, adakah ia berbahasa Jawa, English, Arab dsb ?.

 

Sesungguhnya Allah telah berfirman,

 

15:3. Tinggalkanlah mereka untuk makan, dan untuk mereka bergembira, dan untuk dipesongkan dengan angan-angan; kelak mereka akan mengetahui.

 

Tidak usahlahlah kita untuk berlebih-lebihan dalam agama Allah,takut syaitan yang sentiasa mengawasi untuk menyesatkan manusia dalam semua arah, memanjangkan angan-angan dalam khayalan-khayalan suci akhirnya menghumban diri sendiri dalam Neraka Allah.

 

16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.

 

27:4. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, Kami menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.

 

35:8. Dan apakah dengan orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia memandangnya baik? Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa yang Dia mengkehendaki, Dia memberi petunjuk; maka janganlah jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas mereka; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka mengerjakan

 

 

 

 

2: PENGENALAN

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Baginda s.a.w adalah nabi-Nya yang terakhir, penyambung terakhir pada rantaian kenabian yang diutus kepada dunia yang sedang hanyut di dalam huru hara, yang paling mulia di kalangan nabi-nabi-Nya, dimuliakan dengan kitab suci yang paling suci dan paling mulia”.

 

Jika al-Qur’an digambarkan sebagai “kitab suci yang paling suci dan paling mulia”, kenapakah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani tidak mahu menggunakan ayat-ayat tersebut seratus peratus dan mengapakah ayat-ayat tersebut itu perlu diolah kembali untuk menjadi sebuah karya sufi ?.

 

Allah telah berfirman untuk orang-orang beriman supada jangan membeza-bezakan para-para nabiNya, seperti ayat 2:136, 2:285, 3:84 dan 4:152 namun ayatNya tidak diherankan.

 

Malangya masih ada golongan yang suka membeza-bezakan para-para Nabi seperti ayat 4:150, kerana darjat para-para Nabi hanya disisiNya 2:253.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, berkata lagi:

 

Keturunan baginda s.a.w adalah pembimbing bagi orang-orang yang mencari”.

 

Ini bercanggah dengan apa yang Allah berfirman dalam kitab al-Qur’an.

 

Allah telah berfirman “4:124. Dan sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun”.

 

41:46. Sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa membuat kejahatan, ia adalah terhadapnya sendiri. Pemelihara kamu tidak berbuat aniaya terhadap hamba-hamba-Nya.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menulis lagi:

 

“Sebahagian daripada murid-murid kami meminta supaya kami sediakan sebuah buku yang memadai buat mereka. Sesuai dengan permintaan dan keperluan mereka kami siapkan buku yang ringkas ini Semoga ia dapat mengubati dan memuaskan mereka serta yang lain juga.

 

Kami namakan buku ini “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar” atau “rahsia dalam rahsia-rahsia yang Kebenarannya sangat diperlukan”. Dalam pekerjaan ini kenyataan di dalam kepercayaan dan perjalanan kami dibukakan. Setiap orang memerlukannya.

 

Dalam menyampaikan hasil kerja ini kami bahagikannya kepada 24 bab kerana terdapat 24 huruf di dalam pengakuan suci “La ilaha illah Llah, Muhammadun rasulu Llah” dan juga terdapat 24 jam dalam satu hari”.

 

Sebuah kitab al-Qur’an, masih tidak mencukupi. Manusia masih memerlukan kitab-kitab tambahan, benarlah firman Allah yang berbunyi:

 

62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani sendiri berkata, hasil kerja ini beliau dibahagikannya kepada 24 bab kerana terdapat 24 huruf di dalam pengakuan suci “La ilaha illah Llah, Muhammadun rasulu Llah” dan juga terdapat 24 jam dalam satu hari.

 

Dalam ertikata lain, ini boleh juga bermaksud yang al-Qur’an masih kekurangan 24 bab, kerana jika al-Qur’an sudah sempurna sepenuhnya, mengapa perlu manusia menghabiskan dakwat untuk menggarang 24 bab lagi ?.

 

10:17. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.

 

 

 

 

3: PERMULAAN PENCIPTAAN

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menulis:

 

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:  “Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.

 

Dalam al-Qur’an, Allah ada menerangkan perihal roh suci.

 

2:87. Dan Kami memberikan Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli dengan rasul-rasul, dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak menginginkan, kamu menyombongkan diri, dan sebahagian kamu mendustakan, dan sebahagian kamu bunuh?

 

Sila lihat ayat 2:253, 4:171 dan 5:110 sebagai rujukan.

 

Adakah kerana Nabi Isa telah diperkuatkan dengan Roh Suci, maka, dengan tidak mahu menjatuhkan “standard” Nabi Muhammad, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, pun terpaksa berkata “Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku” ?.

 

17:85. Mereka menanyai kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit."

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, seterusnya berkata:

 

Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.

 

Allah telah berfirman pada Nabi Muhammad, bila orang bertanya tentang roh, baginda dikehendaki bersabda: "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku”. (17:85)

 

Nabi Muhammad tahu sedikit tetapi Abdul Qadir Jailani tahu lebih banyak lagi. Dengan kata lain, siapakah lebih baik disini ?.

 

Berkata lagi, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani :

 

Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.


“Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”. (Surah Tin, ayat 15)

 

“Terpaksa” diperakui bahwa Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lebih berpengetahuan dari Nabi Muhammad kerana beliau dapat menulis, mengira dan berbicara dengan tepat perihal  rahsia roh.

 

(Walaupun bergitu, izinkan dibuat pembetulan pada karya seni sufi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Surah Tin ada 8 ayat. Tidak ada ayat yang bernombor 15. Ini mungkin satu kesilapan teknik).

 

Oleh kerana maksud “tersurat dan tersirat” tidak difahami dengan jelas, maka diperturunkan keseluruhan surah ini sebagai perbandingan.

 

95:1. Demi tin dan zaitun,

95:2. Dan Gunung Sinai,

95:3. Dan tanah (negeri) ini yang aman!

95:4. Sesungguhnya Kami mencipta manusia dalam bentuk yang paling baik,

95:5. Kemudian Kami kembalikan dia yang paling rendah daripada yang rendah,

95:6. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; mereka akan mendapati upah yang tidak putus-putus.

95:7. Maka apakah pula yang mendustakan kamu mengenai Agama (Pengadilan)?

95:8. Bukankah Allah yang paling adil antara para hakim?

 

Yang dimaksudkan dengan 95:5 ialah sejajar dengan ayat :

 

25:44. Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.

 

8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak memahami.

 

Selanjutnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘roh pemerintah’. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’. Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang

Berdaging, berdarah.

 

“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”. (Surah Ta Ha, ayat 55)

 

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.


“Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. (Surah

Sahd, ayat 72)

 

Oleh kerana dalam al-Qur’an tidak menceritakan sebagaimana yang diceritakan dengan oleh saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, maka,tiada ada ulasan lanjut mengenainya.

 

Surah Sahd ayat 72 hanya memberitahu pada mereka yang berpandukan Al Furqan, bahawa ayat tersebut adalah kejadian Adam.

 

38:71/72/73. Apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku mencipta seorang manusia daripada tanah liat. Apabila Aku telah membentuknya, dan menghembuskan Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu sujud kepadanya!". Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya,

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menulis lagi:

 

Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian.

 

Para nabi diutuskan kedunia dan yang terakhir sekali adalah Nabi Muhammad. Bukan “roh Muhammad yang mulia”, tetapi, seorang manusia yang hidup, berkata-kata, yang menjalani kehidupan harian, makan dsb. 

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi.

 

Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi. “Dan Kami telah ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)”. (Surah Kahfi, ayat 65).

 

Al-Qur’an, ternyata, sebaliknya. 

 

18:65. Kemudian mereka mendapati seorang hamba daripada hamba-hamba Kami yang kepadanya Kami telah memberikan pengasihan daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya pengetahuan daripada sisi Kami.

18:66. Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku ikut kamu supaya kamu mengajar aku, daripada apa yang kamu telah diajar, putusan yang betul?"

18:67. Berkata, "Sesungguhnya kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku.

18:68. Dan bagaimanakah kamu akan bersabar dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu?"

18:69. Berkata, "Kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, bersabar; dan aku tidak akan menentang kamu dalam urusan."

18:70. Berkata, "Jika kamu ikut aku, maka janganlah menanyai aku sesuatu sehingga aku sendiri mengemukakan sebutan mengenainya kepada kamu."

 

Kisah itu dapat dibaca seterusnya bila orang itu membuat lubang pada kapal,  membunuh seorang budak, tembok dan seterusnya. Sila semak al-Qur’an.

 

Ini adalah salah satu dari siri tauladan. Bukan untuk memperbesarkan tentang satu “ilmu rahsia” dari Allah. 

 

Selanjutnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menulis:

 

Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.

 

Adakah guru ini diberi tauliah oleh Allah, dan dengan pembaris manakah dapat diukur yang orang itu hampir dengan Allah ?.

 

Cukuplah bagi manusia sebuah naskah al-Qur’an. Ia adalah sebagai satu Pembeza, untuk hambaNya (25:1), Jelas (12:1) dan ianya tidak ada sebarang kebengkokan (18:1), dan yang menarik untuk difikirkan ialah “Kami menurunkan; maka adakah kamu sekarang menolaknya ? (21:50).

 

Dialah guru yang terbaik.

 

Bersetuju dengan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, memetik surah 3 ayat 133 & 134.

 

 “Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan”. (Surah Imraan, ayat 133 & 134).

 

Tiba-tiba Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”. (Surah Dzaariyat, ayat 56).  Dalam lain perkataan, ‘mereka diciptakan supaya mengenali Daku’.

 

Jika seseorang tidak mengenali-Nya bagaimana dia boleh memuji-Nya dengan sebenar-benarnya, meminta pertolongan-Nya dan berkhidmat kepada-Nya?

 

Allah, Rob sekian alam, tidak memerlukan manusia atau Jin untuk berkhidmat kepada-Nya?. Jika Dia memerlukan perkhidmat daripada makluknya yang dijadikanNya, nampak sangatlah kebatasan kuasanya dan Maha Suci Allah bebas dari sifat tersebut !.

 

Mengenali tidak sama dengan mengabdikan diri. Sebagai contoh, saya mengenali kuda-kuda saya, adakah saya mengabdi diri saya pada kuda-kuda saya ?.

 

Cuba lihat ayat-ayat ini:

 

16:74. Maka janganlah membuat persamaan bagi Allah; sesungguhnya Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.

 

22:3. Dan antara manusia ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang derhaka.

 

Apa yang ayat ini menegas bahawa para jin dan manusia, dititah perintahkan untuk mengabdikan diri pada Allah.  Cara mankah untuk mengabdikan diri pada Allah ?.

 

6:130. "Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu sendiri yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan memberi amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Kami menyaksikan terhadap diri-diri kami sendiri." Mereka ditipu oleh kehidupan dunia, dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

 

7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia melaknatkan kawannya sehingga, apabila mereka semua telah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang menyesatkan kami, maka berilah mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak mengetahui." (lihat 41:29)

 

7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

 

Manusia dan jin dapat mengabdikan diri kepada Allah jika mereka mengikut nasihat Rasul. Kitab yang rasul bawa dan samping menggunakan pancaindera yang sihat dan waras untuk membezakan mana yang benar dan mana yang batil.

 

Selanjutnya, manusia mempunyai dua jenis penasihat, terpulanglah kepada manusia itu sendiri untuk mendengar nasihat siapa ?.

 

7:21. Dan ia (syaitan) bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat."

 

7:68. Aku (rasul) menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia.

 

Seterusnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menulis bahawa Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman melalui rasul-Nya:

 

“Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali”.

 

Oleh kerana tidak ada rujukan teks lengkap dimana beliau memetik kata-kata tersebut, maka hendaklah berhati-hati dengan perkataan tersebut.

Sekali lagi, janganlah berkata dusta terhadap Allah, Rob sekian alam.

 

49:6. Wahai orang-orang yang percaya, jika orang fasiq datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak menimpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian menjadi menyesal daripada apa yang kamu buat.

 

Apa yang cuba diberitahu disini, adalah supaya diteliti satu berita, supaya tidak menyesal dibelakang hari. [Demi Allah, kami tidak bermaksud menuduh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani seorang fasik - penulis].

 

Seterusnya, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menceritakan tentang, makrifat, Zat Allah, roh suci manusia, roh kudus, syarikat, dalil-dalil luar tentang Zat Allah sampailah giliran pendidikan kerohanian tentang rahsia-rahsia, di mana seseorang itu masuk ke dalam bidang makrifat yang murni untuk mengetahui yang sebenarnya (hakikat), yang mana  dimana tiada ulasan  lanjut dapat diberi.

 

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menulis lagi:

 

“Berhati-hatilah di dalam beramal agar amalan itu dilakukan bukan untuk dipertontonkan atau diperdengarkan kepada orang lain. Semuanya mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah, demi mencari keredaan-Nya. Allah berfirman:

 
“Barangsiapa berharap menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu dengan Allah dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110)”.

 

Ingin diperbetulkan. Sila lihat keseluruhan ayat tersebut :

 

18:110. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya membuat kerja-kerja kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."

 

Jika Syeikh Abdul Qadir al-Jilani ingin bercakap tentang riak dan menunjuk-nunjuk mengapa pula beliau menggunakan ayat 18:110 sebagai hujuh ?.

 

Ayat 18:110, menegaskan bahawa Nabi adalah manusia biasa, seperti manusia lain, Tuhan pula hanyalah satu, dan jangan menyekutukan dalam menyembahNya.

 

“Menyekutukan dalam menyembahNya” membawa maksud sembah Allah dan dalam masa yang sama sembah juga tuhan-tuhan palsu atau amal dengan amalan dari kitabNya, pada masa yang sama amal juga menurut kitab-kitab palsu.

 

13:36. Dan orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan Kitab bergembira dengan apa yang diturunkan kepada kamu; dan daripada golongan-golongan, ada yang menolak sebahagiannya. Katakanlah, "Aku hanya diperintah untuk menyembah Allah, dan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Kepada-Nya aku berseru, dan kepada-Nya tempat kembali."

 

Oleh itu eloklah dibuat penjanjian bersama:

 

3:64. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan janganlah sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah." Dan jika mereka berpaling, katakanlah, "Saksilah bahawa kami adalah muslim."

 

Sila perhatikan ulasan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang demikian dengan menganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam hati, dibela dan dibesarkan di sana. Hati memainkan peranan seperti ibu, melahirkannya, menyusun, memberi makan dan memeliharanya. Jika anak-anak diajarkan kepakaran keduniaan untuk kebaikannya, bayi hati pula diajarkan makrifat rohani. Sebagaimana kanak-kanak bersih daripada dosa, bayi hati adalah tulen, bebas daripada kelalaian, ego dan ragu-ragu. Kesucian bayi biasanya menyata dalam bentuk zahir yang cantik. Dalam mimpi, kesucian dan ketulenan bayi hati muncul dalam rupa malaikat. Manusia berharap mendapat ganjaran syurga sebagai balasan kepada perbuatan baik tetapi hadiah-hadiah yang didatangi dari syurga didatangkan ke mari melalui tangan-tangan bayi hati”.

 

Demikanlah pemahaman sufi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.

 

“Menyekutukan dalam menyembahNya” membawa maksud tersendiri iaitu mencampuradukkan diantara ajaran tulin (Kitab dari Allah) dengan ajaran-ajaran palsu (kitab-kitab karangan manusia) dan menyatukan mereka dalam agama Maha Suci Allah.

 

Kita tidak perlu menukar syariat Allah seperti ayat 42:21. “Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih".

 

Arahan Allah digabungkan dengan arahan sekutu-sekutu Allah lalu di “bin”kan atas nama ajaran Islam lalu syaitan pula menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan ini.  (16:63).

 

Seterusnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, memetik Surah Waqi’ah, ayat 12 - 17, dan, Surah Tur, ayat 24 dan beliau berkata lagi yang Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan suasana demikian sebagaimana sabda baginda s.a.w, “Ada masa aku dengan Allah di mana tiada malaikat yang hampir dan tidak juga nabi yang diutus”. Maksud ‘nabi’ di sini ialah kewujudan lahiriah yang sementara bagi Rasulullah s.a.w sendiri. Malaikat yang paling hampir dengan Allah ialah cahaya suci Muhammad s.a.w, kejadian pertama. Dalam suasana kerohanian itu baginda s.a.w sangat hampir dengan Allah sehingga wujud zahirnya dan rohnya tidak berkesempatan menghijabkannya dengan Allah”.

 

Pertama, entah dari mana Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menggambil “hadis” tersebut sebagai hujah.

 

Walaupun begitu, “tafsir” Syeikh Abdul Qadir al-Jilani tidak bersangkutan “hadis” tersebut. Kedua-dua “method” itu gagal menerangkan/memperincikan ayat-ayat Allah.

 

Kedua, Allah tidak pernah memberitahu bahawa malaikat yang paling hampir dengan Allah adalah malaikat bernama “cahaya suci Muhammad”.

 

Allah tidak mengalpakan/melupakan (6:38), sama sekali walaupun satu huruf dalam al-Qur’an. Walaupun seperti berkata “cis” atau “ah” (17:53) pada ibu bapa pun Allah memberitahu pada umat manusia,  inikan pula satu kejadian yang besar.

 

Mengapa Allah lupa menceritakan kepada manusia ?.

 

Ketiga,  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

“dalam suasana kerohanian itu baginda s.a.w sangat hampir dengan Allah sehingga wujud zahirnya dan rohnya tidak berkesempatan menghijabkannya dengan Allah”.

 

Ini sesuatu yang mustahil bagi sifat Allah. Maha Suci Allah bukan “makluk lambat”,  lemah,terlupa dan tidak berkesempatan untuk membuat itu dan ini. Maha Suci Allah bebas dari sifa-sifat ini. 

 

Lupakah pada ayat yang selalu dibaca ini:

 

2:117. Pencipta langit dan bumi, dan apabila Dia menentukan sesuatu perkara, Dia hanyalah berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia.

 

Adalah lebih baik jika kita mendengar nasihat daripada al-Qur’an supaya tidak mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya.

 

5:13. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, Kami melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan ampunkanlah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

 

 

 

 

4: MANUSIA KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN, KEPADA ASAL USUL / PERMULAAN MEREKA

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menulis:

 

Dia boleh meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi sehingga dia sampai dan memasuki jalan atau peringkat kerohanian, masuk ke daerah makrifat.

 

Peringkat ini sangat tinggi dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w, “Ada suasana yang semua dan segala-galanya berkumpul di sana dan ia adalah makrifat yang murni”.

 

Untuk sampai ke peringkat tersebut Perlulah dibuang kepura-puraan dan kepalsuan yang melakukan kebaikan kerana menunjuk-nunjuk. Kemudian dia perlu menetapkan tiga matlamat. Tiga matlamat tersebut sebenarnya adalah tiga jenis syurga.

 

Yang pertama dinamakan Ma’wa - syurga tempat kediaman yang aman. Ia adalah syurga duniawi. Kedua, Na’im - taman keredaan Allah dan kurniaan-Nya kepada makhluk-Nya. Ia adalah syurga di dalam alam malaikat. Ketiga dinamakan Firdaus - syurga alam tinggi. Ia adalah syurga pada alam kesatuan akal asbab, rumah kediaman bagi roh-roh, medan bagi nama-nama dan sifat-sifat”.

 

Ada lagi:

 

Syurga Adn;  13:23, 16:31, 18:31, 18:107, 19:61, 20:76, 35:33, 38:50, 40:8, 98:8

Syurga Firdaus 23:11, Syurga Darussalam 6:127 dan Syurga Janatul-Nain 26:85

 

Ada Syurga yang Tinggi dan Syurga yang Rendah. Semuanya telah diperjelaskan dan diperincikan dalam al-Quran.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani selanjutnya berkata:

 

Orang alim adalah orang yang zat dirinya ditukarkan kepada cahaya suci oleh cahaya keesaan. Allah berfirman melalui rasul-Nya ““Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya. Pengetahuan batin tentang hakikat roh adalah rahsia kepada rahsia-rahsia-Ku. Aku campakkan ke dalam hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku.”


“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku besertanya. Jika dia mencari-Ku di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan menyebut-Ku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam jemaah yang lebih baik”.

 

Malangnya, walaupun Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata Allah telah berfirman melalui rasul-Nya namun ayat tersebut gagal dicari dalam al-Qur’an. Rasa-rasanya ayat sedemikian rupa, tidak wujud.

 

Selanjutnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Segala yang dikatakan di sini jika berhasrat mencapainya perlulah melakukan tafakur - cara mendapatkaan pengetahuan yang demikian jarang digunakan oleh orang ramai.

 

Nabi s.a.w bersabda, “Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat”. “Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat”. “Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat”.

 

Adakah “pahala” satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadatkah, tujuh puluh tahun beribadatkah atau lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat ?.

 

Fakta yang bercanggah bukan dari Allah, Maha suci Allah bebas dari pencanggahan.

 

Sebenarnya ini bukan ayat Allah, kerana dalam kitab Allah tidak ada percangahan.

 

4:82. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan.

 

Untuk menjawap “pahala” bertafakur, eloklah dibaca ayat ini.

 

9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

 

9:20. Orang-orang yang percaya, dan berhijrah, dan berjuang di jalan Allah dengan harta mereka, dan jiwa mereka, adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.

 

Allah telah menerangkan, tidak sama pahala memberi minum air kepada orang-orang yang megerjakan haji dengan orang yang berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan dia juga mendapati setiap satu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain. Renungan begini bernilai satu tahun ibadat.

 

Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan alasan dan dia dapat mengetahui yang demikian, renungannya bernilai lebih daripada tujuh puluh tahun ibadat.

 

Sesiapa merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang makrifat dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi, renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya.

 

Mungkin Allah terlupa berfirman demikian dalam al-Qur’an “Bagi ahli ibadat berjalan di dalam syurga, sementara orang arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Tuhannya”.

 

Sesungguhnya Maha Suci Allah bebas dari sifat-sifat sedemikian.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata yang Bayazid al-Bustami berkata, “Para Pemegang makrifat adalah pengantin Allah Yang Maha Tinggi”.

 

Ini sesuatu yang amat keterlaluan. Mula-mula bagi pengantin kepada Allah lepas tu bagi pula Allah anak.

 

 39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira.

 

Apa yang sebenarnya terjadi ?.

 

2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.

 

Dengarkan nasihat dari al-Qur’an. Allah telah berfirman melalui lidah nabiNya.

 

7:146. Aku akan memalingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang menyombongkan diri di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka melihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mempercayainya, dan jika mereka melihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka melihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya."

 

Allah telah berfirman:

 

35:15. Wahai manusia, kamulah yang memerlukan (fakir) Allah, dan Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

35:16. Jika Dia mengkehendaki, Dia menghapuskan kamu, dan mendatangkan ciptaan yang baru,

35:17. Tidaklah itu, bagi Allah, sukar.

 

Jelaslah disini, Allah tidak perlukan “pengantin”, tidak memerlukan “teman” dan segala macam tohmah yang tidak layak disisiNya. .

 

Sekali lagi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lalu di“bin”kan atas nama Yahya bin Muadh al-Razi berkata, “Para kekasih Allah adalah air wangi Allah di dalam dunia. Tetapi hanya orang-orang yang beriman yang benar dan jujur sahaja dapat menciumnya”.

 

Sipakah Bayazid al-Bustami & Yahya bin Muadh al-Razi ?. Adakah mereka juga dari kalangan para  Nabi atau para Rasul yang diutus oleh Allah kepada umat manusia ?.

 

Adakah pendapat mereka tidak boleh dikritik ?.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

“Di dalam buku yang bertajuk “Mirsad” ada dituliskan, ‘Semua orang yang kekeramatan zahir melalui mereka adalah ditutup daripadanya dan tidak memperdulikan keadaan tersebut. Bagi mereka masa kekeramatan muncul melalui mereka dianggap sebagai masa perempuan keluar darah haid. Wali-wali yang hampir dengan Allah perlu mengembara sekurang-kurangnya seribu peringkat, yang pertamanya ialah pintu kekeramatan. Hanya mereka yang dapat melepasi pintu ini tanpa dicederakan akan meningkat kepada peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Jika mereka leka mereka tidak akan sampai ke mana-mana”.

 

Ini bukan belajar kung fu dalam biara dimana ada cedera-cedera. Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam al-Qur’an:

 

45:06.  Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?

45:07. Kecelakaanlah bagi tiap-tiap penyamar yang bersalah,

45:08. Yang mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya, kemudian berterusan dalam penyombongan diri, seakan-akan dia tidak mendengarnya; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

45:09. Dan apabila dia mengetahui sesuatu daripada ayat-ayat Kami, dia mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.

45:10. Di belakang mereka Jahanam; dan apa yang mereka telah mengusahakan tidak akan berguna bagi mereka sedikit pun, dan tidak juga yang mereka mengambil sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah; bagi mereka, azab yang besar.

45:11. Inilah petunjuk; dan orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, bagi mereka, azab kemurkaan yang pedih.

 

Selanjutnya sila baca dua ayat berikut:

 

6:114. Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

 

68:36. Mengapakah dengan kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?

68:37. Atau, adakah kamu sebuah Kitab, di dalamnya kamu mempelajari,

68:38. Yang di dalamnya bagi kamu apa yang kamu pilih?

 

Inilah yang telah terjadi, dan selepas 1400 tahun, sejarah yang sama pun berulang.

 

Allah telah tanya manusia dengan, “mengapakah dengan kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?”.

 

 

 

 

5: PENURUNAN MANUSIA KE PERINGKAT RENDAH YANG PALING BAWAH

 

Dalam permulaan bab ini Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, sekali lagi menggulang benda yang sama iaitu tetang roh yang dijadikan lalu Tuhan hantar ia ke peringkat yang rendah. Semuanya hampir sama dengan ulasan yang telah diberikan dalam bab 3.

 

Tidak ada yang baru kecuali perkataan ‘roh sultan’ dan ‘roh perpindahan’. Sila lihat penjelasan beliau.

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Apabila melalui alam ini ia dipakaikan cahaya suci dan dinamakan ‘roh sultan’. Apaabila melalui alam malaikat yang menjadi perantaraan kepada mimpi-mimpi, ia mendapat nama ‘roh perpindahan’. Bila akhirnya ia turun kepada dunia kebendaan ini ia dibaluti dengan daging yang Allah ciptakan untuk kesesuaian makhluk-Nya. Ia dibaluti oleh jirim yang kasar bagi menyelamatkan dunia ini kerana dunia kebendaan jika berhubung secara langsung dengan roh suci maka dunia kebendaan akan terbakar menjadi abu. Dalam hubungannya dengan dunia ini ia dikenali sebagai kehidupan, roh manusia.

 

Ini sangat menarik. ‘Roh sultan’ , “malaikat yang menjadi perantaraan kepada mimpi-mimpi” lalu berubah nama kepada ‘roh perpindahan’ !.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Allah membuatkan jasad-jasad atau tubuh-tubuh untuk dimasuki oleh roh-roh dan bagi roh-roh ini masing-masing mempunyai nama yang berbeza-beza. Dia bena ruang penyesuaian di dalam tubuh. Diletakkan-Nya roh manusia, roh kehidupan di antara daging dan darah. Diletakkan-Nya roh suci di tengah-tengah hati, di mana dibena ruang bagi jirim yang sangat seni untuk menyimpan rahsia di antara Allah dengan hamba-Nya. Roh-roh ini berada pada tempat yang berbeza-beza dalam tubuh, dengan tugas yang berbeza, urusan yang berbeza, masing-masing umpama membeli dan menjual barang yang berlainan, mendapat faedah yang berbeza. Perniagaan mereka sentiasa membawakan kepada mereka banyak manfaat dalam bentuk nikmati dan rahmat Allah.

 
“Daripada apa yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terang, (mereka) mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi”. (Surah Fatir, ayat 29).

 

Ayat Tuhan yang panjang telah dipendekan tanpa patut !.

 

Kalau mengikut pendapat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, ayat itu nampak seolah-olah, Allah telah memberikan sesuatu kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, tetapi jika melihat keseluruhan ayat tersebut ia berlainan maksud. Tak serupa sama sekali.

 

45:35. Itu adalah kerana kamu mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan kehidupan dunia menipu kamu." Maka pada hari ini, mereka tidak akan dikeluarkan darinya, dan tidak juga mereka diberi keredaan.

 

Takut-takut nanti:

 

2:15. Allah akan memperolok-olokkan mereka, dan memandu mereka merayau-rayau membabi buta dalam kelampauan batas mereka,

 

Ayat itu berbunyi:

 

35:29. Sesungguhnya orang-orang yang membaca Kitab Allah, dan melakukan solat, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia,

 

Ada manusia yang memberi sedekat cara terang-terangan atau secara diam.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkarya lagi:

 

Bagi orang yang mahu meminda apa yang telah dihukumkan untuknya, yang terikat dengan cita-cita dan dunia ini Allah berkata: “Tidaklah (mahu) dia ketahui (bagaimana keadaan) apabila dibongkarkan apa-apa yang di dalam kubur? Dan dizahirkan apa-apa yang di dalam dada?” (Surah ‘Aadiyat, ayat 9).


Tidak ada hubung kait apa yang ditulis oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dengan ayat Allah itu.

 

Sila lihat keseluruhan surah tersebut.

 

100:01. Demi yang berlari kencang berdengus-dengus,

100:02. Yang memercikkan api,

100:03. Yang menyerang pada waktu subuh (pagi),

100:04. Yang memancarkan aliran debu,

100:05. Yang menembusi di tengah dengan satu kumpulan!

100:06. Sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya,

100:07. Dan sesungguhnya dia saksi terhadap itu!

100:08. Sesungguhnya dia mencintai benda-benda yang baik dengan sangatnya.

100:09. Tidakkah dia mengetahui bahawa apabila apa yang di dalam kubur dibongkarkan,

100:10. Dan apa yang di dalam dada dilahirkan,

100:11. Sesungguhnya pada hari itu, Pemelihara mereka menyedari mengenai mereka!

 

Memang benar, manusia yang “mahu meminda apa yang telah dihukumkan untuknya” masih ujud sehingga hari ini dan adalah dipercayai mereka akan ujud sehingga hari kiamat.

 

Mereka masih “mahu meminda apa yang telah dihukumkan untuknya”, kerana seperti ayat yang telah dibaca dalam bab lepas,

 

68:37. Atau, adakah kamu sebuah Kitab, di dalamnya kamu mempelajari,

68:38. Yang di dalamnya bagi kamu apa yang kamu pilih?

 

Janganlah kita menjadi seperti Bani Israil, mereka telah meminda ayat-ayat Allah yang telah diberikan kepada mereka.

 

2:211. Tanyalah Bani Israil berapa banyaknya ayat-ayat yang jelas yang Kami telah memberikan mereka. Sesiapa menukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

 

Atau adakah kerana wang ?.

 

2:41. Dan percayalah kepada apa yang Aku menurunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu, dan janganlah menjadi yang pertama tidak percaya kepadanya, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit; dan kamu takutilah Aku.

 

2:174. Orang-orang yang menyembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah menurunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka itulah yang tidak makan melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak juga menyucikan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

 

5:44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang menundukkan diri menghakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang tidak percaya (kafir).

 

View My Guestbook
Sign My Guestbook