AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.
Bacaan
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian A.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian B.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian C.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian D.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian E.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian F.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian G.
Halaman Utama
link
6: TEMPAT ROH-ROH DI DALAM BADAN
Dengan membaca buku kecil ini, maka terbongkarklah “rahsia didalam
rahsia” bahawa tempat duduk roh adalah didalam badan iaitu dada dan dada
jugalah tempat berhubungan pancaindera dan lain-lain deria-deria.
Kalau megikut sains, kawalan deria dan anggota badan adalah melalui otak.
Perkataan dada diguna banyak kali dalam kitab suciNya. 3:118, 3:154,
4:90, 7:2, 7:43, 9:14, 11:5, 11:12, 15:47, 15:97, 24:31, 27:12, 27:74, 28:32,
28:69, 29:10, 29:49, 40:19, 40:56,
40:80, 59:9, 59:12, 78:33, 94:1, 100:10 dan 114:5.
29:49. Tidak, ia adalah ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, di dalam dada
orang-orang yang diberi pengetahuan; dan tiada yang menyangkal ayat-ayat Kami
kecuali orang-orang yang zalim.
40:56. Orang-orang
yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka,
di dalam dada mereka hanyalah kebanggaan yang mereka tidak akan capai. Maka
kamu berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang
Melihat.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Tempat ‘roh
perpindahan atau roh peralihan’ ialah di dalam hati. Urusannya ialah
pengetahuan tentang jalan kerohanian. Kerjanya berkait dengan empat nama-nama
pertama bagi nama-nama Allah yang indah. Sebagaimana dua belas nama-nama yang
lain empat nama tersebut tidak termasuk di dalam sempadan suara dan huruf.
Jadi, ia tidak boleh disebut.
Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Dan
bagi Allah jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama
tersebut”. (Surah A’raaf, ayat 180).
Apa yang saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata bahawa “Kerjanya
berkait dengan empat nama-nama pertama bagi nama-nama Allah yang indah.
Sebagaimana dua belas nama-nama yang lain empat nama tersebut tidak termasuk di
dalam sempadan suara dan huruf. Jadi, ia tidak boleh disebut”, tidak dapat
diulas.
7:180. Kepunyaan Allah nama-nama yang paling baik, maka berserulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkanlah orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas apa yang mereka buat.
6:108. Janganlah mencaci-maki orang-orang yang menyeru selain daripada
Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan.
Demikianlah Kami menampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan)
mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia memberitahu
mereka apa yang mereka buat.
Bila manusia lain menyembah Tuhan lain selain Allah, orang yang beriman
jangan sekali-kali mencercai Tuhan mereka kerana takut orang tersebut akan
membalas caci maki yang sama kepada Allah.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani bersambung lagi:
Firman
Allah di atas menunjukkan tugas utama manusia adalah mengetahui nama-nama
Tuhan. Ini adalah pengetahuan batin seseorang. Jika mampu memperolehi
pengetahuan yang demikian dia akan sampai kepada makam makrifat. Di samalah pengetahuan
tentang nama keesaan sempurna.
Adakah tugas utama manusia untuk mengetahui nama-nama Tuhan ?. Cukupkah
sekadar mengetahui nama-nama Tuhan sudah terpahat namanya dipintu Syurga ?.
51:56. Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.
Ikutlah arahan Tuhan yang telah dikitabkan.
17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan
mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka
mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi
tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar
dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih
jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Dua belas
nama-nama Ilahi berada di dalam lengkungan sumber pengakuan tauhid “La ilaha
illa Llah”. Tiap satunya adalah satu daripada dua belas huruf dalam kalimah
tersebut. Allah Yang Maha Tinggi mengurniakan nama masing-masing bagi setiap
huruf di dalam perkembangan hati. Setiap satu daripada empat alam yang dilalui
oleh roh terdapat tiga nama yang berlainan. Allah Yang Maha Tinggi dengan cara
ini memegang erat hati para pencinta-Nya, dalam kasih sayang-Nya.
Sila lihat ayat ini:
47:24. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya
kunci pada hati mereka?
2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami menurunkan
kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan
panggillah saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang
benar.
4:50. Perhatikanlah bagaimana mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah;
dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Dia
sediakan pokok keesaan di dalam hati mereka, pokok yang akarnya turun kepada
tujuh lapis bumi dan Dahannya meninggi kepada tujuh lapis langit, bahkan
meninggi lagi hingga ke arasy dan mungkin lebih tinggi lagi. Allah berfirman:
“Tidakkah
engkau perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah yang baik seperti
pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit. (Surah Ibrahim, ayat
24).
Cuba lihat kembali, firman Allah pada ayat 14:24. “Tidakkah kamu melihat
bagaimana Allah membuat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik -
akarnya teguh, dan cabangnya di langit”.
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, masih tidak puas dan senang dengan
perumpamaan yang Allah berikan. Beliau menambah-nambah keadaan pokok itu dengan
akarnya yang turun kepada tujuh lapis bumi dan dahannya meninggi sehingga tujuh
lapis langit, bahkan meninggi lagi
hingga ke arasy dan mungkin lebih tinggi lagi.
16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang
sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan
mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab
yang pedih.
17:88. Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk mendatangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat mendatangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain."
Dalam bab 5 Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, bercakap perihal ‘roh
peralihan’. Dalam bab ini beliau tambahkan faktanya dengan berkata, tempat ‘roh
perpindahan atau roh peralihan’ adalah di dalam nyawa kepada hati.
Alam
malaikat berterusan di dalam penyaksiannya. Ia boleh melihat syurga alam
tersebut, penghuninya, cahayanya dan semua malaikat di dalamnya. Kalam ‘roh
peralihan’ adalah bahasa alam batin, tanpa huruf tanpa suara.
Perhatiannya
berterusan menyentuh soal-soal rahsia-rahsia maksud yang tersembunyi. Tempatnya
di akhirat apabila kembali ialah syurga Na’im, taman kegembiraan kurniaan
Allah.
Tempat ‘roh
sultan’ di mana ia memerintah, adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada
hati. Urusan roh ini ialah makrifat. Kerjanya ialah mengetahui semua
pengetahuan ketuhanan yang menjadi perantaraan bagi semua ibadat yang
sebenar-benarnya diucapkan dalam bahasa hati.
Tiada yang perlu diulas. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, lebih mengetahui.
Nabi s.a.w
bersabda, “Qur’an yang mulia mempunyai makna zahir dan makna batin”. Allah Yang
Maha Tinggi membukakan Qur’an kepada sepuluh lapis makna yang tersembunyi.
Setiap makna yang berikutnya lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya kerana
ia semakin hampir dengan sumber yang sebenarnya. Dua belas nama kepunyaan Zat
Allah adalah umpama dua belas mata air yang memancar dari batu apabila Nabi
Musa a.s menghentamkan batu itu dengan tongkatnya.
“Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi
kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu’. Lantas
terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu
mengetahui tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60).
Benarkah al-Qur’an mempunyai makna zahir dan batin ?.
Sila lihat ayat ini:
3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itulah ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan pertikaian, dan menginginkan interpretasinya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.
Kenapa dalam membincangkan al-Qur’an mempunyai makna zahir dan batin,
tiba-tiba Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, berlari kepada dua belas nama kepunyaan
Zat Allah adalah umpama dua belas mata air yang memancar dari batu apabila Nabi
Musa a.s menghentamkan batu itu dengan tongkatnya ?.
Releven ?.
7:186. Sesiapa yang Allah menyesatkan, tiada yang memberi petunjuk
kepadanya; Allah meninggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka,
merayau-rayau membabi buta.
27:4. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, Kami menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Nikmat
bagi ‘roh sultan ialah kelazatan dan kecintaan yang dinikmatinya dengan
menyaksikan kenyataan keelokan, kesempurnaan dan kemurahan Allah Yang Maha
Tinggi. Firman Allah:
“Dia
telah diajar oleh yang bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus, lalu ia
menjelma dengan sempurnanya padahal ia di pehak atas yang paling tinggi.
Kemudian ia mendekati rapat (kepadanya), maka adalah (rapatnya) itu kadar dua
busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu Ia wahyukan kepada hamba-Nya apa yang
Ia mahu wahyukan. Hatinya tidak mendusta apa yang dia lihat”. (Surah Najmi,
ayat 5 - 11).
Sila lihat keseluruhan ayat itu. Adakah ia bersangkutan dengan masaalah
roh ?.
53:02. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga silap,
53:03. Dan tidak juga berkata-kata daripada keinginannya.
53:04. Ini tidak lain hanyalah satu wahyu yang diwahyukan,
53:05. Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan,
53:06. Sangat kuat; dia tegak mengambang,
53:07. Di horizon yang tinggi,
53:08. Kemudian mendekati dan turun,
53:09. Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat,
53:10. Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia mewahyukan.
53:11. Hatinya tidak berdusta pada apa yang dia lihat.
53:12. Apa, adakah kamu berdebat dengannya mengenai apa yang dia lihat?
Allah memberitahu kepada umat manusia Nabi Muhammad tidak sesat dan
silap. Baginda juga tidak berkata-kata mengikut nafsunya sendiri. Apa yang
baginda sabda hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Yang mengajar baginda pula sangat kuat. Kukuh. Di horizon yang tinggi.
Kemudian, ia menghampiri Nabi Muhammad lebih dekat dari jarak 2 ibu
panah. (1 ibu panah zaman moden dalam sukan tak sampai sedepa - penulis) lalu
ia mewahyukan apa yang “hendak diwahyukan” dari TuhanNya.
Nabi Muhammad tidak berdusta tentang kejadian tersebut. Kemudian Allah bertanya pada mereka yang tidak percaya kepada ayat-ayatNya, adakah adakah kamu pula hendak berdebat dengan Nabi Muhammad mengenai kejadian tersebut ?.
Ini adalah proses penurunan wahyu. Jibrail menyampaikan wahyu dari Allah
kepada Nabi Muhammad.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berhujah lagi:
Kediaman
‘roh sultan’ di akhirat ialah syurga Firdaus, syurga yang tinggi.
Setesen
di mana roh-roh berhenti adalah tempat rahsia yang Allah buatkan untuk Diri-Nya
di tengah-tengah hati, di mana Dia simpankan rahsia-Nya (Sirr) untuk disimpan
dengan selamat. Keadaan roh ini diceritakan oleh Allah melalui
pesuruh-Nya: “Insan adalah rahsia-Ku
dan Aku rahsianya”.
49:16. Katakanlah, "Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai
agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi?
Dan Allah mengetahui segala sesuatu."
Jika saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, berkata sesuatu yang benar,
sila kemukan bukti sebagai hujah. Tidak
mungkin Nabi Muhammad tidak menyampaikan amanah Allah !.
2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang
jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada
manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para
pelaknat,
7: ILMU PENGETAHUAN DAN PERKEMBANGAN
KEROHANIAN
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani menulis:
Ilmu
pengetahuan zahir mengenai benda-benda yang nyata dibahagikan kepada dua belas
bahagian dan ilmu pengetahuan batin juga dibahagikan kepada dua belas bahagian.
Kenapa banyak sangat ?.
Bukan apa, bila malaikat maut memberi salam, masih ada bahagian-bahagian,
yang masih belum tamat. Maklumlah 24 bahagian ilmu kesemuanya.
Bagi
tujuan yang berkaitan dengan kita pembicaraan ilmiah mengenai ini dibuat dalam
empat bahagian.
Bahagian
pertama melibatkan peraturan agama, mengenai kewajipan dan larangan berhubung
dengan perkara-perkara dan peraturan-peraturan di dalam dunia ini.
Kedua
menyentuh soal pengertian atau maksud dalaman serta tujuan kepada
peraturan-peraturan tersebut dan bahagian ini dinamakan bidang kerohanian iaitu
pengetahuan mengenai perkara-perkara yang tidak nyata.
Ketiga
mengenai hakikat kerohanian yang tersembunyi yang dinamakan kearifan.
Keempat
mengenai hakikat dalaman kepada hakikat iaitu mengenai kebenaran yang
sebenar-benarnya. Manusia yang sempurna perlu mempelajari semua bidang atau
bahagian tersebut dan mencari jalan ke arahnya.
Setakat dikatakan perbicaraan ilmiah, tanpa bukti dan hujahnya konkrit,
adalah sesuatu yang tidak dapat diterima-pakai dek akal yang sihat.
28:75. Dan Kami mengeluarkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan
Kami berkata, "Kemukakanlah bukti kamu!" Kemudian mereka mengetahui
bahawa yang benar (hak) kepunyaan Allah, dan sesatlah (hilanglah) daripada
mereka apa yang mereka mengada-adakan.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani, berkata lagi:
Orang
yang tidak boleh menemui pengetahuan ini di dalam dirinya tidak akan menjadi
arif walaupun dia membaca seribu buah buku.
Bukan setakat seribu, sejuta buku pun tidak dapat menjadi arif (dalam bidang agama) jika tertinggal satu buku tua yang berusia 1400 tahun. Mahukah menjadi seperti (62:5) seekor keledai yang memikul kitab-kitab tebal ?.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani, berkata lagi:
Allah
berfirman melalui rasul-Nya:
“Hamba-Ku, jika kamu ingin masuk kepada kesucian berhampiran dengan-Ku jangan
pedulikan dunia ini ataupun alam tinggi para malaikat, tidak juga yang lebih
tinggi di mana kamu boleh menerima sifat-sifat-Ku yang suci”.
Sekali lagi, tiada rujukan.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Kalimah
suci “La ilaha illa Llah” disebut dua kali di dalam Qur’an menjadi bukti.
“(Kerana) apabila dikata kepada mereka “Tiada Tuhan melainkan Allah” mereka
menyombong. Dan mereka berkata, ‘Apakah kami mesti tinggalkan tuhan-tuhan kami
buat (mengikut) seorang ahli syair dan gila?” (Surah Shaaffaat. Ayat 35 &
36).
“Oleh
itu Ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan mintalah
perlindungan bagi buah amal kamu, dan bagi mukmin dan mukminat, dan Allah
mengetahui tempat usaha kamu (di siang hari) dan tempat kembali kamu (pada
malam hari)”. (Surah Muhammad, ayat 19).
Mungkin saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani tersilap. Sebenarnya ada 3
kali “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Sila semak al-Qur’an untuk menentukan
kesahihan.
3:62, 37:35, dan 47:19.
Walaupun begitu, sila semak ayat-ayat berikut yang membawa makna/maksud
yang serupa.
(2:163) (2:255) (3:2) (3:6) (3:18) (3:62) (4:87) (6:102) (6:106) (7:158)
(9:31) (9:129) (10:90) (11:14) (12:30) (16:2) (20:8) (20:14) (21:25) (23:23)
(23:116) (27:26) (28:70) (28:88) (35:3) (37:35) (38:65) (39:6) (40:3) (40:62)
(40:65) (44:8) (47:19) (59:22/23) (64:13) (73:9).
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Saidina
Ali r.a meminta Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadanya cara yang mudah, paling
bernilai, paling cepat kepada keselamatan. Baginda s.a.w menanti Jibrail
memberikan jawapannya daripada sumber Ilahi.
Jibrail
datang dan mengajarkan baginda s.a.w mengucapkan “La ilaha” sambil memusingkan
mukanya yang diberkati ke kanan, dan mengucapkan “illa Llah” sambil memusingkan
mukanya ke kiri, ke arah hati sucinya yang diberkati.
Jibrail
mengulanginya tiga kali; Nabi s.a.w mengulanginya tiga kali dan mengajarkan
yang demikian kepada Saidina Ali r.a dengan mengulanginya tiga kali juga.
Kemudian baginda s.a.w mengajarkan yang demikian kepada sahabat-sahabat
baginda. Saidina Ali r.a merupakan orang yang pertama bertanya dan menjadi
orang yang pertama diajarkan.
“Shahadah” yang pertama manusia
bermula semasa janin lagi dalam rahim ibunya.
7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan menjadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami menyaksikan"; supaya kamu tidak mengatakan pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."
7:173. Atau, supaya kamu tidak mengatakan, "Bapa-bapa kami adalah
orang-orang yang mempersekutukan dari dahulu, dan kami keturunan sesudah
mereka. Apa, adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana perbuatan orang-orang
yang mengikuti yang palsu?"
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Kemudian
kamu mesti usahakan membuang perangai-perangai ego yang jahat, takabur,
sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit tubuh dan hati kamu. Cuma
orang yang berbuat demikian yang benar-benar bertaubat dan menjadi
bersih,
suci, murni dan tulen.
“Sesungguhnya
Allah kasih kepada orang yang bertaubat dan memelihara kesuciannya”. (Surah
Baqarah, ayat 222).
Betul. Tidak ada faedahnya dengan perangai-perangai ego yang jahat,
takabur, sombong, dengki, dendam dan tamak.
Kemudian, disemak kembali ayat 2:222 yang digunakan oleh saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.
2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah
gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa
dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila
mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana
Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
Ayat 2:222 menceritakan tentang darah haid. Secara keseluruhan, Allah
menyukai orang-orang yang bertaubat, dan orang-orang yang membersihkan diri
mereka. Membersihkan dari apa saudara ?.
Apa maksud Tuhan dengan jangan dekati mereka ?. Datang dekat pada mereka
atau bersetubuh dengan mereka ?.
Orang
yang bertaubat dengan mengetahui kesalahannya dan punca kesalahan itu berazam
tidak mengulanginya dan membebaskan dirinya daripada kesalahan itu, mencabut
akar pokok yang merosakkan itu. Cangkul yang digunakan untuk menggali akarnya,
punca kepada dosa-dosa, ialah pengajaran kerohanian daripada guru yang benar.
Tanah mestilah dibersihkan sebelum ditanam pokok orkid.
“Dan Kami bawakan perumpamaan kepada manusia supaya mereka memikirkannya”.
(Surah Hasyr, ayat 21).
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani,
bercakap pula perihal taubat. Cuba semak ayat-ayat yang digunakan.
Surah Hasyr ayat 21 berkenaan dengan al-Qur’an. Persamaan gunung dengan
manusia bila menerima al-Qur’an.
59:21. Sekiranya Kami menurunkan al-Qur’an ini kepada sebuah gunung,
pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah daripada ketakutan kepada
Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami membuatkan untuk manusia supaya mereka
memikirkan.
Tidak ada hubung kait antara taubat, guru kerohanian dan “amanah” untuk
memikul al-Quran.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Kata-kata
yang diucapkan oleh orang arif, “Kewujudan dirimu merupakan dosa, menyebabkan
segala dosa menjadi kecil jika dibandingkan dengannya”. Orang arif selalu
mengatakan bahawa kebaikan yang dilakukan oleh orang baik-baik tidak mencapai
kehampiran dengan Allah tidak lebih daripada kesalahan orang yang hampir
dengan-Nya.
Siapakah orang arif itu dan siapakah pula yang memberi pangkat itu
kepadanya ?.
Banyak kali terdengar ungkapan-ungkapan demikian, tetapi dimana ya ?.
(Apa yang diketahui penulis hanya puak Kristian yang percaya pada dosa azali).
Nabi
s.a.w yang tidak pernah berdosa memohon keampunan daripada Allah sebanyak
seratus kali sehari. Allah Yang Maha Tinggi mengajarkan kepada rasul-Nya:
“Pintalah perlindungan bagi buah amal kamu dan bagi mukmin dan mukminat”.
(Surah Muhamamd, ayat 19).
47:19. Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan
mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan
orang-orang mukmin perempuan. Allah mengetahui ulang-alik kamu, dan tempat
tinggal kamu.
Ini satu fitnah.
Ayat diatas bukan untuk Nabi Muhammad seorang sahaja. Ia adalah untuk
semua manusia sejagat.
Bagaimana pula timbul mengatakan yang Nabi Muhammad memohon keampunan
daripada Allah sebanyak seratus kali sehar ?.
Mengapakah sanggup menabur fitnah sedemikian rupa ?.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Nabi
s.a.w menjelaskan taubat yang demikian dengan sabda baginda s.a.w, “Ada
sebahagian hamba-hamba Allah yang tulen yang tubuh mereka berada di sini tetapi
hati mereka berada di sana, di bawah arasy”. Hati mereka berada pada langit
kesembilan, di bawah arasy Allah kerana penyaksian suci terhadap Zat-Nya tidak
mungkin berlaku pada alam bawah.
Mari kita semak bersama supaya haq menghilangkan batil. Sila lihat
ayat-ayat berikut.
2:29. Dia yang menciptakan untuk kamu semua yang di bumi, kemudian Dia
beranjak ke langit dan mendatarkannya tujuh langit; dan Dia mengetahui segala
sesuatu.
17:44. Tujuh langit dan bumi dan sesiapa di dalamnya menyanjung-Nya; tiada sesuatu yang tidak melafazkan sanjungan-Nya, tetapi kamu tidak memahami sanjungan mereka. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun.
23:86. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara
Arasy yang besar?"
23:87. Mereka akan berkata, "Kepunyaan Allah." Katakanlah,
"Tidakkah kamu bertakwa?"
41:12. Maka Dia menentukan mereka sebagai tujuh langit dalam dua hari,
dan Dia mewahyukan perintahnya di tiap-tiap langit." Dan Kami menghiasi
langit dunia dengan pelita-pelita, dan untuk menjaganya; itulah ketentuan Yang
Perkasa, Yang Mengetahui.
65:12. Allah yang mencipta tujuh langit, dan daripada bumi yang serupa
dengan mereka, di antara mereka Perintah turun, supaya kamu mengetahui bahawa
Allah berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa Allah meliputi segala sesuatu
dalam pengetahuan.
67:3. Yang mencipta tujuh langit berlapis-lapis. Kamu tidak melihat pada
ciptaan Yang Pemurah sebarang ketidaksempurnaan. Kembalikanlah pandangan kamu;
adakah kamu melihat sebarang rekahan?
71:15. Tidakkah kamu merenungkan bagaimana Allah mencipta tujuh langit
berlapis-lapis,
Lebih baik percaya kepada Allah yang langit ada tujuh dari percaya kepada
saudara yang mengatakan bahawa langit ada sembilan.
49:16. Katakanlah, "Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai
agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi?
Dan Allah mengetahui segala sesuatu."
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Bagi
memperolehi suasana tersebut, untuk membersihkan dan menyinarkan hati, perlulah
kepada guru yang matang, yang di dalam keesaan dengan Allah, yang disanjung dan
dimuliakan oleh semua, dahulu dan sekarang. Guru berkenaan mestilah telah
sampai kepada makam kehampiran dengan Allah dan dihantar balik ke alam rendah
oleh Allah untuk membimbing dan menyempurnakan mereka yang layak tetapi masih
mempunyai kecacatan.
6:116. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan
menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan,
semata-mata dugaan.
Diakhirat kelak ada terjadi pertelingkahan antara guru dan murid.
7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia melaknatkan kawannya sehingga, apabila mereka semua telah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang menyesatkan kami, maka berilah mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak mengetahui."
7:39. Yang pertama daripada mereka berkata kepada yang terakhir,
"Kamu tidak ada kelebihan di atas kami, maka rasalah azab kerana apa yang
kamu mengusahakan."
Kemudia manusia dan syaitan pula akan bertelingkah:
8:48. Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi
mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap
kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan
berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku
berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat.
Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya."
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Rasul
diutuskan untuk menyelamatkan orang ramai dan juga orang-orang yang beriman.
Guru-guru tadi pula tidak dihantar untuk mengajar semua orang tetapi hanyalah
sebilangan yang dipilih sahaja. Rasul-rasul diberi kebebasan dalam menjalankan
tugas mereka, sementara wali-wali yang mengambil tugas sebagai guru mesti
mengikuti jalan rasul-rasul dan nabi-nabi.
Rasul diutus kepada semua manusia. Tugas utama rasul hanya menyampaikan sesutu yang jelas. Terpulang kepada diri masing-masing untuk mengikut atau berpaling. Malangnya, ada guru-guru menulis kitab-kitab dengan tangan-tangan mereka. Ada yang menokok tambah ada yang mengurangi.
Lalu, mereka bermegah mengatakan bahawa kitab merekalah kitab sahih, atau
dapat memecah “rahsia dalam rahsia yang kebenarannya sangat diperlukan”.
Ada juga kitab yang menceritakan pahala sesuatu ayat, fadilat-fadilat
tertentu, hukum hakam tertentu dan segala macam cerita dan biasalah kitab ini
dijual di toko-toko atau pasar-pasar malam.
2:41. Dan
percayalah kepada apa yang Aku menurunkan, yang mengesahkan apa yang bersama
kamu, dan janganlah menjadi yang pertama tidak percaya kepadanya, dan janganlah
menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit; dan kamu takutilah Aku.
Adakah mereka mengarang untuk mendapat upah atau untuk mendapat nama dan
darjat ~ hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani selanjutnya berkata:
Dalam
kehampiran mereka dengan Rasulullah s.a.w mereka telah sampai kepada peringkat
di mana mereka boleh bercakap tentang rahsia israk dan mikraj Rasulullah s.a.w
sebelum baginda membuka rahsia tersebut kepada sahabat-sahabat baginda.
Amat aneh jika dikatakan, sahabat-sahabat sudah mengetahui rahsia israk dan mikraj sebelum Rasullulah menceritakan pada mereka. Akal yang waras menafsirkan bahawa mereka juga sama taraf dengan Rasullulah !.
17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari
dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana
sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian
daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
Tujuan Allah memperjalankan Nabi Muhammad pada waktu malam hari dari
Masjidil Haram adalah untuk memperlihatkan kepada Nabi Muhammad sebahagian daripada ayat-ayat Allah.
Malangnya, bila ada anak murid bertanya pada si guru, macam mana Nabi Muhammad diperjalankan, apa yang baginda bawa, apa yang baginda naik, apa yang baginda nampak dan sebagainya, maka sang guru mula bersandarkan pada “kitab-kitab” atau sumber-sumber yang lain.
Hati mereka menjadi resah dan gundah-gulana. Mereka terasa tercabar,
kenapa al-Qur’an tidak menceritakan lebih lanjut perihal tersebut.
Mentaliti mereka sama macam kes lembu dalam surah Bakaraah dalam zaman
Nabi Musa.
Walaupun Allah telah mengatakan yang al-Qur’an ini:
Satu Pembeza, untuk hambaNya (25:1). Al-Qur'an itu mulia (55:77), indah
(85:21), bijaksana (36:2). Ayat Kitab yang jelas (12:1).Satu penurunan daripada
Pemelihara semua alam (26:192). Di dalamnya tiada keraguan dan menjadi petunjuk
bagi orang-orang yang bertakwa (2:2). Satu perkataan yang menetapkan (86:13).
Satu bentuk kehukuman (13:37). Kami yang menurunkan Peringatan tersebut dan
Kami yang menjaganya (15:9). Satu teguran, satu penyembuhan bagi apa yang di
dalam dada, satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin (10:57).
Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu (17:39). Ia adalah
di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana (43:4) Satu cahaya,
yang dengannya Kami memberi petunjuk kepada siapa yang Kami mengkehendaki
(42:52). Satu penyembuhan, satu pengasihan bagi orang mukmin, dan bagi orang
zalim, ia dalam kerugian (17:82). Kitab yang tidak ada sebarang kebengkokan
(18:1). Memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi
berita gembira kepada orang mukmin (18:2) Yang menyuruh mereka pada yang baik,
dan melarang kemungkaran, menghalalkan benda yang baik, mengharamkan yang buruk,
membebaskan mereka daripada beban dan belenggu mereka (7:157). Kami menurunkan
kepada kamu Kitab dengan benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya
dan hakimkanlah menurut apa yang Allah menurunkan, jangan mengikuti keinginan
mereka untuk mengabaikan yang benar (5:48), antara yang persoalan yang menarik
untuk difikirkan ialah ia adalah satu Peringatan yang diberkati, yang Kami
menurunkan; maka adakah kamu sekarang menolaknya ? (21:50) dan inilah
Ahsan-al-Hadith (39:23), iaitu hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab,
wahyu Allah (42:7), untuk menjadi pedoman hidup dan sumber hukum bagi setiap
Muslim (4:105; 5:49,50; 45:20).
Namun, sesunguhnya, hati manusia masih tidak puas. Manusia masih mahu
bergantung pada kitab-kitab karangan manusia lain dalam pencarian yang tidak
berkesudahan.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Nabi s.a.w menjelaskan rahsia ini, “Ilmu khusus adalah umpama khazanah rahsia yang hanya mereka yang mengenali Zat Allah boleh mendapatkannya. Namun bila rahsia itu dibukakan orang yang mempunyai kesedaran dan ikhlas tidak menafikannya”.
Ilmu
tersebut dimasukkan kepada Nabi s.a.w pada malam baginda s.a.w mikraj kepada
Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri baginda di sebalik tiga ribu
tabir hijab. Baginda s.a.w tidak membuka rahsianya melainkan kepada sebahagian
pengikut baginda yang sangat hampir dengan baginda.
Punyalah rahsia sampai tiga ribu hijab ?.
Kalau hendak berahsia setakat, lebih baik tidak bagi terus. Sesiapa yang
mendapat rahsia beruntung, siapa yang tidak mendapat rahsia, maka jatuhlah dia
kedalam neraka. Adakah ini caranya Allah yang maha adil ?.
Mana sifat Allah, (1:1). Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Yang lebih sayu mengapa tergamak Nabi Muhammad “tidak membuka rahsianya
tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut baginda yang sangat hampir dengan
baginda” kenapa tidak kepada semua umat sehingga akhir zaman ?.
Ini tidak lain hanyalah tohmah dan fitnah yang
amat keji pada Nabi Muhammad.
Hujah songsang ini dapat ditolak sepenuhnya hanya berpandukan dengan
sebuah kitab iatu al-Qur’an.
Pertama: Nabi Muhammad tidak sesat dan tidak bercakap merepek. (53:2).
Kedua: Nabi hanya mengikut apa yang diwahyukan kepadanya sahaja. Sila lihat 6:50,
10:15, 7:203, 38:70.
Ketiga: Nabi Muhammad kena sampaikan apa-apa sahaja yang diturunkan
kepadanya jika Nabi Muhammad tidak lakukan demikian, maka Nabi Muhammad “gagal”
dalam tugasan baginda.
6:89. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan Kitab,
dan Putusan, dan Kenabian. Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami
mengamanahkannya kepada suatu kaum yang bukanlah orang-orang yang tidak percaya
kepadanya.
6:90. Mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk; maka ikutlah
petunjuk mereka. Katakanlah, "Aku tidak meminta kepada kamu upah untuknya;
ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam."
5:67. Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu
daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu
menyampaikan Mesej-Nya. Allah melindungi kamu daripada manusia. Sesungguhnya
Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
Keempat: Allah memerintahkan para rasul supaya buatlah kerja-kerja
kebaikan. Sila lihat ayat 23:51.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani, berkata lagi:
Ada
golongan yang menyeru kepada Allah dengan nasihat yang baik. Sebahagian
daripada mereka mengikuti sunnah Nabi s.a.w dan dipimpin oleh Saidina Ali r.a.
yang menjadi pintu kepada gedung ilmu yang melaluinya masuklah mereka yang
menerima undangan dari Allah.
Alhamdulilah, amat setuju benar pada ayat pertama saudara. Malangnya,
ayat kedua saudara, ternampak pula ada
unsur-unsur Shia disini. Mengapa mesti dipimpin oleh Saidina Ali, mengapa tidak
Abu Bakar, atau orang lain ?.
(Walaupun apapun anutan saudara, dari mana-mana alirab mahzab sekalipun,
ia tidak menjadi hal sama sekali - penulis )
Nabi Muhammad diperintahkan agar tidak menjadikan orang Islam
bergolong-golong dan Nabi Muhammad sendiri berlepas diri daripada
golongan-golongan ini. Inilah persatuan yang dituntut, malangnya:
6:159. "Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan
menjadi golongan-golongan, kamu bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun.
Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa
yang mereka telah buat".
Ayat 19:37 pula. "Tetapi golongan-golongan berselisih sesama mereka,
kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak percaya kerana senario hari
yang besar."
Allah telah berfirman 30:32."Daripada orang-orang yang memecahkan
agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga
dengan apa yang di sisi mereka."
Dan dalam satu ayat yang lain pula 43:65. "Tetapi golongan-golongan
antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang membuat
kezaliman kerana azab hari yang pedih.".
Surah 72 ayat 11 hingga 15.
"Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian
daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan.
Sesungguhnya kami menyangka bahawa kami tidak dapat mengandaskan Allah di bumi,
dan tidak juga mengandaskan-Nya dengan melarikan diri. Apabila kami mendengar
petunjuk, kami percaya kepadanya; dan sesiapa yang mempercayai Pemeliharanya,
Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang.
Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati, Tetapi bagi mereka yang
menyimpang, mereka menjadi kayu api untuk Jahanam!"