Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Salamun Alaikum

AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.

Bacaan

“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian A.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian B.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian C.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian D.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian E.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian F.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian G.


Halaman Utama
link

“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

8: TAUBAT DAN PENGAJARAN MELALUI PERKATAAN

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Tahap-tahap dan peringkat-peringkat perubahan kerohanian telah pun disebut. Perlu ditegaskan bahawa setiap peringkat dicapai terutamanya dengan taubat. Bolehlah dipelajari cara bertaubat dengan orang yang mengetahui cara berbuat demikian dan yang telah sendirinya bertaubat. Taubat yang sebenar dan menyeluruh merupakan langkah pertama di dalam perjalanan.

 

“(Ingatlah) tatkala orang-orang kafir itu adakan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliah. Lalu Allah turunkan ketenteraman atas rasul-Nya dan atas mukmin. Dan Dia wajibkan mereka (ucapkan) perkataan menjaga keselamatan (taubat) kerana mereka lebih berhak dengan itu, dan memang (mereka) ahlinya, dan adalah Allah mengetahui tiap sesuatu”. (Surah Fath, ayat 26).

 

Apa yang diperkata oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, tidak releven dengan taubat yang dibincangkan. Sebagai bukti sila lihat keseluruhan ayat tersebut.

 

48:25. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak mengetahui, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah memasukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami mengazab orang-orang yang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.

 

48:26. Apabila orang-orang yang tidak percaya meletakkan di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah mengetahui segala sesuatu.

 

48:27. Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut." Dia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan membuatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.

 

Ayat ini menjelaskan orang kafir, menghalangi rombongan Nabi Muhammad dan segelintir orang mukmin bersama baginda untuk ke Masjidil Haram dan orang-orang kafir tersebut sangat keras hati.

 

Manakala, Nabi Muhammad dan segelintir orang mukmin tersebut diberi ketenangan dan Allah menjadikan benar visi Nabi Muhammad, untuk ke Masjidil Haram.

 

Keadaan takutkan Allah mempunyai maksud yang sama dengan kalimah “La ilaha illa Llah” - tiada Tuhan, tiada apa-apa, kecuali Allah. Bagi orang yang mengetahui ini akan ada perasaan takut kehilangan-Nya, kehilangan perhatian-Nya, cinta-Nya, keampunan-Nya; dia takut dan malu melakukan kesalahan sedangkan Dia melihat, dan takutkan azab-Nya.

 

Jika seseorang itu tidak berkeadaan demikian dia perlu mendapatkaan orang yang takutkan Allah dan menerima keadaan takutkan Allah itu daripada orang berkenaan.

 

Pertama harus dinafikan bahawa “takut pada Allah” dan kalimah “La ilaha illa Llah” adalah dua benda yang berbeza.

 

Hanya Allah wajib ditakuti.

 

3:175. Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin.

 

6:81. Bagaimanakah aku boleh takut pada apa yang kamu menyekutukan, sedang kamu tidak takut bahawa kamu mempersekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kepada kamu sebarang kuasa? Manakah antara dua golongan yang lebih berhak dengan keamanan jika kamu mengetahui?"

 

33:39. Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung.

 

Jika orang yang takut pada Allah, dia akan menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan mereka tidak takut kepada sesiapa jua kecuali kepada Allah, manakala, kalimah,  “La ilaha illa Llah” adalah wadah suci yang dibawa oleh para rasul dan nabi untuk sekian umat manusia, seperti yang telah dibincangkan dalam bab 7.

 

Kemudian Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menyarankan “Jika seseorang itu tidak berkeadaan demikian dia perlu mendapatkaan orang yang takutkan Allah dan menerima keadaan takutkan Allah itu daripada orang berkenaan”.

 

Bagaimana pula orang tersebut boleh mengetahui orang sekian atau sekian ialah orang yang “takutkan Allah” ?.

 

Cukupkah hanya dengan berjubah lusuh meyapu bumi, wajah berjambang yang tidak bercukur, serban hijau yang tinggi membukit, celak secalit dibawah mata, dan tasbih tergantung ditangan adalah orang yang “takutkan Allah” ?.

 

Allah telah berfirman supaya berjaga-jaga dengan orang-orang begini:

 

63:4. Apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; tetapi apabila mereka berkata, kamu mendengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka menyangka bahawa tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!

 

Selanjutnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Sumber dari mana perkataan itu diterima mestilah bersih dan suci daripada segala-galanya kecuali Allah, dan sesiapa yang menerimanya mestilah ada kebolehan untuk membezakan antara perkataan orang yang suci hatinya dengan perkataan orang awam.

 

Jika benar kata saudara “sumber dari mana perkataan itu diterima mestilah bersih dan suci daripada segala-galanya kecuali Allah”, maka saudara serta pengarang kitab-kitab lain bolehlah berpencen terus dari menggarang kitab.

 

41:26. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Janganlah mendengarkan al-Qur'an ini, dan bercakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat mengalahkan." 

 

Nah, sekarang telah ada orang yang “ada kebolehan untuk membezakan antara perkataan orang yang suci hatinya dengan perkataan orang awam”.

 

Benar kata saudara, perkataan orang yang suci hatinya, tidak mencampuradukkan firman Allah dengan karangan manusia.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Saidina Ali r.a meminta Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadanya cara yang mudah, paling bernilai, paling cepat kepada keselamatan. Baginda s.a.w menanti Jibrail memberikan jawapannya daripada sumber Ilahi. Jibrail datang dan mengajarkan baginda s.a.w mengucapkan “La ilaha” sambil memusingkan mukanya yang diberkati ke kanan, dan mengucapkan “illa Llah” sambil memusingkan mukanya ke kiri, ke arah hati sucinya yang diberkati.

 

Jibrail mengulanginya tiga kali; Nabi s.a.w mengulanginya tiga kali dan mengajarkan yang demikian kepada Saidina Ali r.a dengan mengulanginya tiga kali juga. Kemudian baginda s.a.w mengajarkan yang demikian kepada sahabat-sahabat baginda. Saidina Ali r.a merupakan orang yang pertama bertanya dan menjadi orang yang pertama diajarkan.

 

Telah diulas dalam bab 7. Kenapa saudara ulang dan terus mengulangi ?.

 

Adakah Islam ala sufi mengharapkan sesuatu yang mudah, paling bernilai, paling cepat, dalam agama mereka ?.

 

2:97. Katakanlah, "Sesiapa yang menjadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang menurunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."

 

Adakah Jibril ajar macam apa yang diperkatakan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, atau Jibril menyampaikan wahyu Allah pada Nabi Muhammad. 

 

53:4. Ini tidak lain hanyalah satu wahyu yang diwahyukan,

53:5. Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan,

53:6. Sangat kuat; dia tegak mengambang,

53:7. Di horizon yang tinggi,

53:8. Kemudian mendekati dan turun,

53:9. Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat,

53:10. Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia mewahyukan.

 

Sesungguhnya, ayat tersebut juga telah dibincangkan dalam bab 6.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Kemudian kamu mesti usahakan membuang perangai-perangai ego yang jahat, takabur, sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit tubuh dan hati kamu. Cuma orang yang berbuat demikian yang benar-benar bertaubat dan menjadi bersih, suci murni dan tulen.


“Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertaubat dan memelihara kesuciannya”. (Surah Baqarah, ayat 222).

 

Seperti yang dijelaskan ayat itu perihal perempuan berhaid yang para suami mereka tidak boleh bersetubuh dengan mereka.

 

2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:


“Tidak kira berapa banyak mereka bertaubat mereka tidak sebenarnya menyesal. Taubat mereka tidak diterima”.

 

Sekali lagi, tiada rujukan yang diberi oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Cangkul yang digunakan untuk menggali akarnya, punca kepada dosa-dosa, ialah pengajaran kerohanian daripada guru yang benar. Tanah mestilah dibersihkan sebelum ditanam pokok orkid.


“Dan Kami bawakan perumpamaan kepada manusia supaya mereka memikirkannya”. (Surah Hasyr, ayat 21).

 

59:21. Sekiranya Kami menurunkan al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah daripada ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami membuatkan untuk manusia supaya mereka memikirkan.

 

Persamaan Allah buat untuk manusia supaya mereka memikirkan yang tugas berat menjunjung al-Qur’an. Qunung pun akan tunduk hingga terpecah kerana ketakutan kepada Allah.

 

Malangnya, ada segelintir manusia terus memperlekehkan al-Qur’an.

 

4:47. Wahai orang-orang yang diberi al-Kitab, percayalah kepada apa yang Kami menurunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami menghapuskan muka-muka, dan memusingkannya di atas belakangnya, atau melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat.

 

Eloklah berjaga-jaga dengan ayat yang diberi. Sila semak al-Qur’an.

 

Berkata lagi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani :

 

Orang mukmin sejati, hamba Allah yang tulen, berada di dalam suasana yang jauh berbeza. Mereka berada pada makam makrifat yang jauh lebih tinggi daripada makam orang awam yang paling baik. Sebenarnya bagi mereka tidak ada lagi anak tangga untuk dipanjat; mereka telah sampai kepada kehampiran dengan Allah.

 

3:69. Ada segolongan daripada ahli Kitab menginginkan untuk menyesatkan kamu, tetapi tiada yang mereka menyesatkan melainkan diri-diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedari.

3:70. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah yang kamu sendiri mempersaksikan?

3:71. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan kamu menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya?

 

Bercakap perihal mukmin, sila lihat ayat :

 

2:285. Rasul percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang  percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. "Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara rasul-rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan."

 

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

 

5:43. Dan bagaimanakah mereka mengangkat kamu menjadi hakim sedang mereka ada Taurat, yang di dalamnya terdapat kehukuman Allah, kemudian sesudah itu mereka berpaling? Mereka bukanlah orang-orang mukmin.

 

6:118. Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.

 

7:2. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk memberi amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin (yang mempercayai).

 

8:74. Dan orang-orang yang percaya, dan berhijrah, dan berjuang di jalan Allah, dan orang-orang yang memberi perlindungan, dan pertolongan, mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin, dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia.

 

9:62. Mereka bersumpah kepada kamu dengan Allah, untuk menyenangkan hati kamu; tetapi Allah dan rasul-Nya - adalah lebih berhak untuk mereka menyenangkan hati-Nya, jika mereka orang-orang mukmin.

 

9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

 

9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah yang lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli kamu yang kamu memperjualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.

 

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

 

17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan bahawa bagi mereka upah yang besar,

 

17:82. Dan Kami menurunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang yang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.

 

Sila baca keseluruhan Surah 23. Surah Mukmin.

 

Mereka merendahkan hati dalam solat, melakukan zakat, menjaga kemaluan,  menjaga amanat dan perjanjian mereka.

 

24:15. Apabila kamu menerimanya dengan lidah kamu, dan kamu mengatakan dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan, dan di sisi Allah ia adalah satu yang besar.

24:16. Dan mengapa, apabila kamu mendengarnya, kamu tidak berkata, "Tidak patut bagi kami untuk mengatakan mengenai ini; Engkau disanjung! Ini pengumpatan yang besar"?

24:17. Allah menegurkan kamu, bahawa kamu jangan kembali kepada yang serupa dengannya lagi selama-lamanya, jika kamu orang-orang mukmin.

 

24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan.

 

27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.

27:2. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin,

27:3. Yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan yakin akan akhirat.

27:4. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, Kami menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.

 

33:36. Tidaklah patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yang nyata.

 

33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

 

Sila baca lagi: 

 

49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

 

49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.

 

49:15. Orang-orang yang mukmin ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.

 

Benarlah firman Allah:

 

2:8. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang mempercayai).

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Kata-kata yang diucapkan oleh orang arif, “Kewujduan dirimu merupakan dosa, menyebabkan segala dosa menjadi kecil jika dibandingkan dengannya”.

 

5:57. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil sebagai wali-wali (sahabat-sahabat) kamu daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang yang tidak percaya, yang mengambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.

 

Telah banyak kali terdengar ungkapan-ungkapan demikian, tetapi dimana ya ?. (Apa yang diketahui penulis hanya puak Kristian yang percaya pada dosa kewujudan).

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Nabi s.a.w menjelaskan taubat yang demikian dengan sabda baginda s.a.w, “Ada sebahagian hamba-hamba Allah yang tulen yang tubuh mereka berada di sini tetapi hati mereka berada di sana, di bawah arasy”.

 

Hati mereka berada pada langit kesembilan, di bawah arasy Allah kerana penyaksian suci terhadap Zat-Nya tidak mungkin berlaku pada alam bawah.

 

Ayat pertama tanpa rujukan dan ayat kedua pula, seperti diulas dalam bab 7, bahawa langit hanya ada tujuh dan bukan sembilan seperti yang didakwa oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Dalam kehampiran mereka dengan Rasulullah s.a.w mereka telah sampai kepada peringkat di mana mereka boleh bercakap tentang rahsia israk dan mikraj Rasulullah s.a.w sebelum baginda membuka rahsia tersebut kepada sahabat-sahabat baginda.

 

Ini sebuah khayalan leganda sufi yang tidak masuk akal. Ia telah diulas panjang lebar yang Nabi Muhammad bukan seorang penyimpan rahsia.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Tidak semua orang yang memiliki ilmu berada di dalam keadaan tersebut. Mereka yang sampai ke situ adalah yang lebih hampir kepada Rasulullah s.a.w daripada anak-anak dan keluarga mereka sendiri dan mereka adalah umpama anak-anak kerohanian Rasulullah s.a.w yang hubungannya lebih erat daripada hubungan darah. Mereka adalah pewaris sebenar kepada Nabi s.a.w.

 

Cuba lihat apa yang Allah firman dalam al-Qur’an.

 

6:20. Orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan Kitab, mereka mengenalinya sebagaimana mereka mengenali anak-anak lelaki mereka. Orang-orang yang  merugikan jiwa-jiwa mereka sendiri, mereka tidak mempercayai.

6:21. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang yang zalim.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Malah perkataan yang diucapkan oleh manusia biasa datangnya daripada Loh Terpelihara menurut hukum Allah terhadap segala perkara daripada awal hingga akhir. Loh itu disimpan pada alam tinggi pada akal asbab tetapi perkataan diucapkan menurut makam seseorang. Perkataan mereka yang telah mencapai makam makrifat adalah secara langsung daripada alam tersebut, makam kehampiran dengan Allah. Di sana tidak ada perantaraan.

 

Terasa malang bagi orang muslim, yang hanya membaca sebuah kitab iaitu al-Quran. Kisah ini tiada dalam kitab mereka.

 

Dalam bab ini Syeikh Abdul Qadir al-Jilani asyik menggulang-gulang dari bab-bab yang lepas.

 

 

 

 

9: KEROHANIAN ISLAM DAN AHLI SUFI

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Dalam buku ‘al-Majm’ ada dikatakan, “Apa yang terjadi kepada ahli suluk yang suci ialah pakaian dan kehidupan mereka sangat sederhana dan hina”.

 

Sebuah al-Qur’an masih tidak mencukupi. Manusia masih memerlukan kitab-kitab  lain. Ini telah dibincangkan dalam bab-bab lepas.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Dalam bahasa Arab perkataan tasawwuf, kerohanian Islam, terdiri daripada empat huruf - ‘ta’, ‘sin’, ‘wau’ dan ‘pa’ (t,s,w,f).

 

Huruf pertama, t, bermaksud taubat. Ini adalah langkah pertama perlu diambil pada jalan ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu zahir dan satu batin. Taubat zahir dalam perkataan, perbuatan dan perasaan, menjaga kehidupan agar bebas daripada dosa dan kesalahan dan cenderung untuk berbuat kebaikan dan ketaatan; meninggalkan keingkaran dan penentangan, mencari kesejahteraan dan kedamaian.

 

Taubat batin dilakukan oleh hati. Penyucian hati daripada hawa nafsu duniawi yang huru hara dan hati bulat berazam mahu mencapai alam ketuhanan. Taubat - mengawasi kesalahan dan meninggalkannya, menyedari kebenaran dan berjuang ke arahnya - membawa seseorang kepada langkah kedua.

 

Langkah kedua ialah keadaan aman dan sejahtera, safa. Huruf ‘s’ adalah simbolnya.

Dalam peringkat ini juga ada dua langkah perlu diambil.

 

Pertama ialah ke arah kesucian di dalam hati dan kedua pula ke arah pusat hati. Hati yang tenang datang daripada hati yang bebas daripada kesusahan, keresahan yang disebabkan oleh masalah semua kebendaan ini, masalah makan, minum, tidur, perkataan yang sia-sia.

 

Ia direka oleh sebilangan manusia lalu disahihkan oleh sebilangan manusia lain. Ajaran ini pula diajarkan kepada manusia lain. Tokok menokok dan tampah menambah telah menjadi asam garam dalam agama ini. 

 

Cuba lihat ayat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Cara membebaskan hati, bagi menyucikannya, adalah dengan mengingati Allah. Pada permulaan ingatkan ini berlaku secara luaran, dengan mengulangi nama-nama Tuhan, menyebutnya kuat-kuat sehingga kamu dan orang lain boleh mendengarnya. Apabila ingatkan kepada-Nya sudah berterusan ingatkan tersebut masuk ke dalam hati dan berlaku di dalam senyap.

 

31:19. Sederhanakanlah dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah suara keledai."

 

Cara yang Syeikh Abdul Qadir al-Jilani ajar berlawanan dengan apa yang Allah sarankan, tetapi wirid ini dilakukan juga, dirumah-rumah persendirian, gua-gua kelam atau ditengah-tengah hutan.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dengan berkata lagi:

 

Bila hati dan pusat hati berada dalam suasana tenang dan damai maka peringkat kedua yang disimbolkan sebagai huruf ‘s’ selesai.

 

Huruf ketiga ‘w’ bermaksud wilayah, suasana kesucian dan keaslian pencinta-pencinta Allah dan sahabat-sahabat-Nya. Keadaan ini bergantung kepada kesucian batin. Allah menggambarkan sahabat-sahabat-Nya dengan firman-Nya:

 

“Ketahuilah, sesungguhnya pembantu-pembantu Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat…”. (Surah Yunus, ayat 62 - 64).

 

Walaupun begitu sila lihat Surah Yunus ayat 62 hingga 64.

 

10:22. Dia yang memperjalankan kamu di darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka dengan angin yang baik, dan mereka bergembira dengannya; lalu datang kepada mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap tempat, dan mereka menyangka bahawa mereka diliputi olehnya; mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, "Jika Engkau menyelamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di kalangan orang-orang yang berterima kasih."

 

10:23. Maka apabila Dia telah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka angkuh di bumi, tanpa patut. Wahai manusia, keangkuhan kamu hanyalah terhadap diri kamu sendiri; kesenangan kehidupan dunia ini, kemudian kepada Kami kamu kembali, kemudian Kami memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.

 

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami menurunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya menyangka bahawa mereka telah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

 

Bagi kaum yang memikirkan dan mahu menggunakan otak, kisah itu perihal orang yang belayar. Mula-mula angin dalam keadaan biasa kemudian ia menjadi kencang, dan gelombang-gelombang kuat mulai dating. Penumpang-penumpang tersebut berdoa dan Allah memperkenaan doa mereka.

 

Bila mereka selamat tiba dipantai, tiba-tiba mereka menjadi angkuh. Mereka lupa yang mereka pernah berdoa pada Allah dari ancaman rebut taufan tadi. 

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Perbuatan baik adalah ibu yang melahirkan bayi kebenaran; kehidupan dalam kesedaran bagi manusia yang sebenar-benarnya.  “Perkataan yang baik dan perbuatan yang baik naik kepada Allah”. (Surah Fatir, ayat 10).

 

35:10. Sesiapa yang menghendaki kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja kebaikan - Dia menaikkannya; tetapi orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan menjadi sia-sia belaka.

 

Jika seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah sahaja maka dia mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yang lain pada tempat Allah - dosa yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya, lambat atau cepat.

 

Tetapi bila diri dan kepentingan diri fana seseorang itu mencapai peringkat bersatu dengan Allah. Allah menggambarkan makam tersebut:

 

“Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk kebenaran, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 54 & 55).

 

Pada perengan ini, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, berkata tentang bahaya syrik manakala dalam perengan yang sama beliau bercakap untuk “mencapai peringkat bersatu dengan Allah”. Ini sesuatu yang konflik dan kontradik, dan pendapatnya yang tidak konsistan. Jiwa kacau.

 

54:53. Dan segala sesuatu, besar atau kecil, adalah ditulis.

54:54. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman dan sungai-sungai,

54:55. Di tempat duduk yang sebenar, di sisi Raja Yang Mempunyai Kuasa.

 

Sebenarnya, Allah mengira kebaikan atau kejahatan walaupun sebesar zarah.

 

4:40. Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimkan sebanyak seberat sebiji zarah (atom) pun, dan jika ia yang baik, Dia akan menggandakannya, dan memberikan daripada sisi-Nya upah yang besar.

 

 

 

 

10: ZIKIR

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Allah Yang Maha Tinggi menunjukkan jalan kepada para pencari supaya mengingati-Nya:


“Dan hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu. (Surah Baqaraah, ayat 198).

 

2:198. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Kemudian peringkat demi peringkat zikir mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik kepada roh dan seterusnya pergi semakin jauh iaitu kepada bahagian rahsia-rahsia, pergi lagi kepada yang lebih jauh iaitu bahagian yang tersembunyi sehinggalah kepada yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi.

 

10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu membaca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu membuat sebarang amalan, melainkan Kami adalah saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu melakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.

 

Walaupun amalan zikir, sedekah, infaq atau apa saja,  secara jahar atau sir (kuat atau perlahan), secara rahsia atau nampak, hanya Allah adalah saksi dan cukuplah Allah sebagai saksi.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Zikir adalah melalui pancaran cahaya suci yang dipancarkan oleh keperkasaan dan keelokan Allah.

 

Jika manusia berzikir dengan amalan zikir songsang, seperti ayat 2:102, adakah ini juga “pancaran cahaya suci yang dipancarkan oleh keperkasaan dan keelokan Allah” ?.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani terus berkata:

 

Zikir pada tahap rahsia ialah melalui keghairahan (zauk) yang diterima daripada pemerhatian rahsia suci itu. Zikir pada bahagian tersembunyi membawa seseorang kepada:


“Di tempat duduk yang hak, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 55).

 

Zikir peringkat terakhir yang dipanggil khafi al-khafi - yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi - membawa seseorang kepada suasana fana diri sendiri dan penyatuan dengana yang hak.

 

 

54:53. Dan segala sesuatu, besar atau kecil, adalah ditulis.

54:54. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman dan sungai-sungai,

54:55. Di tempat duduk yang sebenar, di sisi Raja Yang Mempunyai Kuasa.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, terus mengulangi ayat ini.

 

Tidak ada khafi al-khafi - yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi. Dalam Islam semuanya telah dibentangkan didalam sebuah Kitab yang berusia 1400 tahun. 

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani terus berkata:

 

Dalam kenyataannya tiada sesiapa kecuali Allah yang mengetahui keadaan orang yang telah masuk ke dalam alam yang mengandungi semua pengetahuan, kesudahan kepada semua dan segala perkara.


“Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7).

 

Sila lihat keseluruhan ayat ini.

 

20:6. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit, dan apa yang di dalam bumi, dan semua yang di antara keduanya, dan semua yang di bawah tanah.

20:7. Kamu lantangkanlah ucapan kamu; namun demikian, sesungguhnya Dia mengetahui rahsia, dan apa yang lebih tersembunyi.

20:8. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang paling baik.

 

Seterusnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berbicara lagi.

 

Bila seseorang telah melepasi tahap zikir-zikir tersebut suasana jiwa yang berlainan seolah-olah roh lain lahir dalam diri seseorang. Roh ini lebih tulen dan seni daripada roh-roh yang lain. Ia adalah bayi kepada hati, bayi kepada hakikat. Ketika dalam bentuk benih bayi ini mengajak dan menarik orang lain untuk mencari dan menemui yang hak. Setelah ia lahir bayi ini menggesa orang lain supaya mendapatkaan Zat Allah Yang Maha Tinggi. Roh baharu ini yang dinamakan bayi kepada hati dan juga benih serta keupayaannya tidak terdapat pada semua orang. Ia hanya terdapat pada orang mukmin yang tulen.


“Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki arasy. Dia kirim roh dari perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki:. (Surah Mukmin, ayat 15).

 

Sila lihat ayat ini:

 

23:14. Kemudian Kami menciptakan daripada setitis mani, dadih darah; kemudian Kami menciptakan daripada dadih darah, seketul daging yang kecil; kemudian Kami menciptakan daripada seketul daging yang kecil, tulang; kemudian Kami mengelubungkan tulang dengan daging; kemudian Kami menumbuhkan dia sebagai ciptaan yang lain. Berkatnya Allah, pencipta yang paling baik!

23:15. Kemudian sesudah itu kamu pasti mati.

23:16. Kemudian pada Hari Kiamat, kamu akan dibangkitkan.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Bagi mereka yang menyaksikan yang hak mengingati Allah adalah wajib sebagaimana perintah-Nya:


“Maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil (berbaring) atas rusuk-rusuk kamu”. (Surah Nisaa’, ayat 103).

 

“Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi (sambil berkata), ‘Wahai Tuhan kami, Engkau tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau’”. (Surah Imraan, ayat 191).

 

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

 

3:191. Yang mengingati Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.

 

87:14. Beruntunglah orang yang menyucikan dirinya,

87:15. Dan mengingati (menyebut) nama Pemeliharanya, dan menyembah

 

54:17/22/32/40/51 Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

 

63:9. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah harta-harta kamu dan jangan juga anak-anak kamu memesongkan kamu daripada mengingati Allah; sesiapa yang berbuat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi.

 

87:14. Beruntunglah orang yang menyucikan dirinya,

87:15. Dan mengingati (menyebut) nama Pemeliharanya, dan menyembah.

 

 

 

 

11: SYARAT YANG PERLU UNTUK MELAKUKAN ZIKIR

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Salah satu syarat menyediakan seseorang untuk berzikir ialah berada di dalam keadaan berwuduk; basuh dan bersihkan tubuh badan dan sucikan hati.

 

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

 

Inikah ayat “wudu” ?. Kenapa Allah berfirman “apabila kamu berdiri untuk solat” ?. Kenapa Allah tidak menyuruh “wudu” sebelum berzikir ?.

 

Walaupun amalan ini nampak baik, sesungguhnya Allah tidak memberatkan “wudu” sebelum zikir. Janganlah berlebihan dalam agama.  Sila lihat 4:171 & 5:77.

 

26:227. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan mereka mengingati Allah dengan banyak, dan menolong diri-diri mereka sendiri setelah dizalimi; dan orang-orang yang membuat kezaliman pasti akan mengetahui di mana tempat berbalik yang mereka akan dibalikkan.

 

Oleh kerana tiada “wudu”, masa untuk berzikir pada Allah dibatasi. Manusia tidak boleh berzikir masa memandu, berkerja atau sambil menulis.

 

42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih.

 

Berkata saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Nabi s.a.w menceritakan bahawa keadaan orang mukmin yang mencapai yang hak melalui zikir, “Orang mukmin tidak mati. Mereka hanya meninggalkan hidup yang sementara ini dan pergi kepada kehidupan abadi”.

 

Ini satu tohmahan kepada Nabi Muhammad. Sila lihat satu contoh klasik.

 

3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang rasul; rasul-rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan berbalik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang berbalik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan memudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan membalas orang-orang yang berterima kasih.

 

Nabi Muhammad sendiri pun akan mati mengapa pula Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata orang mukmin tidak mati ?.

 

Adakah ini bermaksud, orang mukmin lebih baik dari Nabi Muhammad sendiri ?.

 

37:16. Apa, apabila kami telah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Nabi s.a.w bersabda, “Nabi-nabi dan orang-orang yang hampir dengan Allah terus beribadat di dalam kubur seperti yang mereka lakukan di dalam rumah mereka”.

 

22:8. Dan antara manusia, ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, atau petunjuk, atau sebuah kitab yang memberi cahaya,

 

Mereka yang sudah mati hanya tidur didalam kubur mereka sehingga trompet ditiupkan. Mati ini bermaksud mati semati-matinya.

 

35:22. Tidaklah sama yang hidup dengan yang mati. Allah menjadikan mendengar sesiapa yang Dia mengkehendaki; kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar.

 

Apa yang pasti Nabi Muhammad tidak pernah berkata begitu. Itu hanyalah diantara fitnah yang dilemparkan kepada baginda. Apa yang Nabi Muhammad bersabda adalah seperti berikut:

 

36:51. Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka.

36:52. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah menjanjikan, dan para utusan berkata benar."

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Nabi s.a.w, “Jika seseorang berniat mempelajari dan beramal menurut keinginannya itu tetapi mati sebelum mencapai tujuannya, Allah melantik dua orang malaikat sebagai guru yang mengajarnya ilmu dan makrifat sampai ke hari kiamat. Orang itu dibangkitkan dari kuburnya sebagai orang arif yang telah memperolehi hakikat”.

 

Dua orang malaikat di sini menunjukkan roh Nabi Muhammad s.a.w dan cahaya cinta yang menghubungkan insan dengan Allah.

 

Apa lagi perlu diperkatakaan ?.

 

Baru berniat hendak “mempelajari dan beramal menurut keinginannya”, (tidak kira keinginannya baik, atau jahat), kemudian dia mati, dia mendapat dua malaikat iaitu “roh Nabi Muhammad” dan “cahaya cinta”, sebagai guru yang mengajarnya sampai ke hari kiamat !. 

 

Waduh, kalau begitu baik diniatkan sahaja dalam dunia. Bila mati pasti kesorangan. Masa itu bolehlah berguru dengan 2 malaikat yang mengajar ilmu dan makrifat sampai ke hari kiamat.

 

Kalau kenyataan ini bukan temberang, tohmah, fitnah, hasutan, menghina, memperlekehkan, mencerca atau memutar belit, perkataan apa yang paling sesuai untuk digunakan disini ?.

 

2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka menulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Mereka adalah orang-orang yang bermegah dengan ilmu mereka, yang menuntut ilmu kerana muslihat duniawi dan berbuat dosa. Mereka diberi amaran:


“Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa orang-orang kafir ke neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah bersuka-sukaan dengannya. Maka pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas”. (Surah Ahqaaf, ayat 20).

 

Sila lihat ayat ini:

 

57:20. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang yang tidak percaya; kemudian ia menjadi kering, dan kamu melihatnya menjadi kuning, kemudian ia menjadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan keampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan.

 

Berkata lagi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Cara terbaik ialah mencari guru kerohanian yang akan membawa hati kamu hidup. Ini akan menyelamatkan kamu di akhirat. Ini adalah penting; ia mesti dilakukan segera ketika masih hidup.

 

Adakah guru kerohanian tersebut berjaya menyelamatkan kita di akhirat kelak ?.

 

Kalaulah benar, mereka lebih baik dari Nabi Muhammad, sedangkan Nabi Muhammad sendiri tidak tahu nasibnya.

 

46:9. Katakanlah, "Aku bukanlah yang baru antara rasul-rasul, dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

 

Sebaliknya al-Qur’an perlulah dibaca, difahami dan ditegak segera dalam diri setiap manusia ketika dia hidup kerana ini sahaja mukjizat terakhir yang dapat menyelamatkan setiap diri didunia mahupun diakhirat.

 

 

 

 

12: MENYAKSIKAN ALLAH: SAMPAI KEPADA MAKAM MELIHAT KENYATAAN ZAT YANG MAHA SUCI.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Melihat Allah ada dua jenis: Pertama melihat sifat keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat’ dan satu lagi melihat sifat-sifat ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang jernih kepunyaan hati yang tulen di dalam kehidupan ini.

 

Dalam hal tersebut penyaksian kelihatan sebagai penzahiran cahaya keluar daripada keindahan Allah yang sempurna dan dilihat oleh mata hati yang hakiki.

 

“Hati tidak menafikan apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 11).

 

Sekali lagi, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, mengulangi apa yang beliau tulis. Maka, terpaksa pula disempurnakan ayat tentang penurunan wahyu dari Jibril kepada Nabi Muhammad.

 

53:5. Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan,

53:6. Sangat kuat; dia tegak mengambang,

53:7. Di horizon yang tinggi,

53:8. Kemudian mendekati dan turun,

53:9. Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat,

53:10. Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia mewahyukan.

53:11. Hatinya tidak berdusta pada apa yang dia lihat.

53:12. Apa, adakah kamu berdebat dengannya mengenai apa yang dia lihat ?.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, mula membantah pada ayat ini dengan berkata:

 

Dalam kes diatas Nabi Muhammad telah melihat Jibril bukan bersandar pada ayat ini manusia melihat Allah keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat’.

 

Waduh, sampai kesini jadinya.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, terus berkata:

 

Mengenai melihat kenyataan Allah melalui perantaraan, Nabi s.a.w bersabda, “Yang beriman adalah cermin kepada yang beriman”. Yang beriman yang pertama, cermin dalam ayat ini, adalah hati yang beriman yang suci murni, sementara yang beriman kedua adalah Yang Melihat bayangan-Nya di dalam cermin itu, Allah Yang Maha Tinggi.

 

Sesiapa yang sampai kepada makam melihat kenyataan sifat Allah di dalam dunia ini akan melihat Zat Allah di akhirat, tanpa rupa tanpa bentuk.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, terpaksa memperturunkan kata-kata Saidina Umar dan Saidina Ali untuk mengguatkan hujahnya yang tidak konsistan dan kongkrit.

 

Kenyataan ini disahkan oleh Saidina Umar r.a dengan katanya, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”. Saidina Ali r.a berkata, “Aku tidak menyembah Allah kecuali aku melihat-Nya”.

 

Mereka berdua tentu telah melihat sifat-sifat Allah dalam kenyataan.

 

Jika seseorang melihat cahaya matahari masuk melalui jendela dan dia berkata, “Aku melihat matahari”, dia bercakap benar.

 

Jika seseorang melihat cahaya matahari masuk melalui jendela dan dia berkata, “Aku melihat matahari”, dia berbohong. Melihat cahaya matahari tidak bermaksud melihat matahari. Melihat cahaya matahari tidak menyakiti mata, tetapi, melihat matahari akan menyakiti mata.

 

Begitu juga dengan melihat cahaya lilin, bukan melihat lilin tersebut.

 

Melihat kekuasaan Allah bukan melihat Allah secara keseluruhan.

 

Adakah ajaran Islam, berasaskan dengan kata-kata Saidina Umar dan Saidina Ali ?.

 

Mungkinkah dalam menyampaikan ajaran Islam, Nabi Muhammad telah “terlupa” beberapa hal, hingga Allah terpaksa membangkitkan Saidina Umar dan Saidina Ali sebagai penyambung misi kenabian Muhammad ?.

 

7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."

 

Siapakah pula Nabi Musa jika dibandingkan dengan Saidina Umar dan Saidina Ali ?.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Secara langsung, melalui bahasa yang asli itulah Nabi s.a.w menerima pembukaan al-Qur’an. Dalam kenyataan Jibrail membawa firman Tuhan hanya setelah firman tersebut diterima - ini adalah untuk faedah kita supaya kita boleh mendengarnya dalam bahasa manusia.

 

Kenapa tidak diterangkan secara terperici (seperti yang sudah-sudah) bahasa asli apakah yang Jibril mengajar Nabi Muhammad sebagai pembukaan al-Qur’an ?.

 

26:191. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

26:192. Sesungguhnya ia adalah satu penurunan Pemelihara semua alam,

26:193. Dibawa turun oleh Roh Amin (yang dipercayai),

26:194. Ke dalam hati kamu supaya kamu menjadi antara orang-orang yang memberi amaran,

26:195. Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas.

 

Allah telah berfirman bahawa Roh Amin (Jibril) “menurunkan ke dalam hati kamu (Nabi Muhammad)” (wahyu yang diwahyukan)  dengan bahasa pengantar Arab yang jelas.

 

Selanjutnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Ini juga memperjelaskan siapakah yang tidak percaya dan munafik dengan memberi mereka peluang untuk menafikannya seperti mereka tidak percaya kepada malaikat.


“Dan sesungguhnya diwahyukan kepada kamu Qur’an (ini) dari sisi (Tuhan) yang bijaksana, yang mengetahui”. (Surah Naml, ayat 6).

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani cuba kaitkan dengan Ayat 6, surah Naml.

 

27:5. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.

27:6. Kamu menerima al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.

27:7. Apabila Musa berkata kepada keluarganya, "Aku melihat api, dan aku akan mendatangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan mendatangkan kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat memanaskan diri-dirikamu."

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Nabi s.a.w bersabda, “Aku melihat Tuhanku di dalam rupa jejaka tampan”.

 

47:24. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?

 

22:3. Dan antara manusia ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang derhaka.

 

22:8. Dan antara manusia, ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, atau petunjuk, atau sebuah kitab yang memberi cahaya,

 

Apa yang dapat dipastikan Nabi Muhammad tidak bersabda demikian. Ini adalah satu fitnah yang sangat jelas terhadap baginda. Apa yang Nabi Muhammad bersabda ialah:

 

“Dan yang setara dengan Dia, tiada sesiapa” (112:4).

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Dan Allah berfirman melalui Rasul-Nya: “Aku ciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya Wujud-Ku sendiri”.

 

(Sesuatu yang samar-samar bukan daripada Allah dan berwaspadalah daripada perangkap syaitan yang direjam - penulis).

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Pentingnya utusan Allah yang dikasihi-Nya itu jelas dengan firman-Nya kepada baginda, “Jika tidak kerana engkau Aku tidak ciptakan makhluk”.

 

(Sesuatu yang samar-samar bukan daripada Allah dan berwaspadalah daripada perangkap syaitan yang direjam - penulis).

 

 

View My Guestbook
Sign My Guestbook